Total Pageviews

Saturday, 3 March 2018

Cara Menyediakan Perangkap Kelulut


Cara Menyediakan Perangkap Pengerumuman Kelulut







Musim kering sudah bermula dan didapati koloni kelulut pada masa ini mula aktif semula memandangkan banyak pokok-pokok buah-buahan seperti mangga, longan sudah mula berbunga.  

Sehubungan dengan itu, pemerhatian yang dibuat menunjukkan banyak pengerumuman (swarming) telah mula berlaku. Dalam proses penguruman ini, ratu madu bersama dengan sekumpulan pekerja akan berpencah dari sarang utama dan keluar untuk mencari sarang baru dan seterusnya membina koloni baru.

Bersama ini saya kongsikan kaedah yang telah diamalkan oleh Saudara  
El Ilmy dan Amin RY untuk membuat sarang memerangkap kelulut.

 

Kaedah membuat perangkap kelulut


Bahan yang digunakan botol minuman plastik atau balang biskut yang bersesuaian, propolis dan ethanol untuk membuat larutan propolis.  Plastik hitam atau binding yang bewarna hitam untuk membungkus botol tersebut agar tidak telus cahaya.

Propolis boleh didapati dari dalam sarang kelulut mana-mana spesis. Rujuk 
propolis. Kantung madu kelulut itu diperbuat daripada propolis. Propolis tersebut boleh digunakan sebagai salah satu bahan perangkap.



Pilihan botol plastik(termasuk botol air 
mineral) yang boleh digunakan untuk
membuat perangkap lebah




Bahagian dalam botol diselaputi
dengan cecair propolis (Propolis boleh
dicairkan dengan menggunakan ethanol)



Bekas dibungkus rapat dengan plastik hitam
untuk mewujudkan keadaan yang gelap
di dalam bekas.



Perangkap diletakkan dikawasan yang
terdapat banyak kelulut berkerumun.  Pemeriksaan
dibuat untuk menilai status kehadiran koloni
pada perangkap tersebut.



Perangkap diletak dekat dengan koloni
asal kelulut



Broodcel yang terbentuk dalam perangkap



Broodcel yang terbentuk dalam perangkap. Telur baru warna hitam. Telur matang warna cerah.
.


Contoh kejayaan usaha memerangkap


Teknik ini telah berjaya digunapakai oleh Sdr. Amin RY untuk memerangkap kelulut yang bersarang di dalam paip di kawasan perumahan.  Beliau telah menggunakan bekas botol air mineral (1.5 litre) sebagai perangkap sarang. Cara yang dibuat beliau adalah seperti berikut:

1.  Guna 2 botol kosong bekas air mineral saiz 1.5L dan cantum menjadi 1 botol sahaja.

2.  Tebuk lubang pada tudung botol saiz 0.5 inci.

3.  Letakkan propolis yang telah dilembutkan di bawah panas matahari pada tudung botol yg telah ditebukan itu dan di dalam botol itu sedikit.  Jangan terlalu banyak didalam botol,  nanti boleh menyebabkan kulat.

4.  Balut botol tersebut dengan surat khabar.  Lagi tebal lagi baik.  Ianya lebih jika di balut dengan kotak.

5.  Botol kemudian dibalut dengan plastik keseluruhan botol bagi memastikan ianya gelap. Selepas itu, baru dibalut dengan plastik hitam (jangan ada ruang cahaya selaian dari tudung botol tadi). Pastikan didalam botol keadaan gelap sahaja keseluruhannya.

6.  Letak ditempat tidak tekena cahaya matahari (tempat teduh), selamat daripada semut dan kawasan penguruman koloni kelulut (ada induk kelulut).

7.  Jarak perangkap dengan induk kelulut adalah dalam linkungan 1-2 m.

8.  Buat pemantaun secara berkala

9.  Berdoa agar usaha yang dibuat mendapat kejayaan


Catatan:


Jika anda semua memerlukan maklumat lanjut berkenaan teknik memerangkap penguruman kelulut cara ini, tuan boleh berhubung terus dengan Tn Amin RY atau El Ilmy





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.