Umum tahu bahawa lebah adalah antara spesis
haiwan yang paling rajin dan berdisiplin di dunia. Namun tak ramai yang tahu
bahawa lebah adalah penyumbang terpenting dalam proses pendebungaan dan
pertanian.
Masih tidak jelas kenyataan ini kerana ramai
tak dapat gambarkan apakah kepentingan pendebungaan dan pertanian kepada dunia?
iluminasi.com ingin berkongsi 8 perkara
yang akan musnah dari muka bumi jika lebah mengalami kepupusan.
8. Industri
kopi
Lebah juga agen pendebungaan utama bagi kopi,
selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi, ini membuatkan bekalan
kopi dunia akan semakin merosot menyebabkan industri kopi musnah. Ya, mungkin
kopi tidak penting bagi sesetengah orang dan tidak akan menyebabkan kebuluran
jika lenyap dari muka bumi. Namun banyak industri-industri lain di dunia
bergantung kepada pengeluaran dan penjualan kopi.
Sebagai contoh, keuntungan yang dihasilkan
oleh Starbucks pada tahun 2016 sahaja adalah sebanyak RM89 billion, dan
mempunyai kakitangan seramai 245,000. Itu baru Starbucks, tak termasuk syarikat
kopi lain.
Selain itu, kopi juga merupakan hasil utama
negara Amerika Latin terutamanya Guatemala, yang mana kebanyakan populasinya
bekerja dalam industri kopi. Jadi, jika kopi lenyap, maka ratusan ribu atau
jutaan pekerja di seluruh dunia akan mata pencarian.
7. Industri
pakaian
Bahan fabrik yang paling popular di dunia
adalah kapas. Dianggarkan 60% daripada pakaian wanita dan 75% daripada pakaian
lelaki ketika ini menggunakan kapas sebagai bahan utama. Dan seperti yang anda
boleh jangka, ya, lebah adalah agen pendebungaan terbesar bagi kapas.
Tanpa bantuan lebah, kapas boleh menjalankan
pendebungaan sendiri namun sangat terhad. Tanpa lebah, industri kapas yang
bernilai lebih RM420 billion ini akan merosot dan akhirnya lenyap. Ini secara
tak langsung membuatkan penghasilan baju daripada kapas, juga terjejas dan akan
lenyap juga.
Antara pakaian yang paling popular yang
diperbuat daripada kapas adalah t-shirt dan juga seluar jeans.
6. Industri
biofuel
Biofuel bermaksud bahan api yang dihasilkan
secara langsung daripada benda hidup. Ia merupakan tenaga yang boleh
diperbaharui, dan berfungsi sama seperti bahan api lain seperti petrol.
Bezanya adalah, ia tidak digali dari dasar
lautan, tetapi dihasilkan daripada beberapa tumbuhan yang diproses menjadi
etanol. Teknologi ini telah merevolusikan industri bahan api, lantas
menghasilkan cara untuk mengekalkan pembekalan kuasa kepada kenderaan. Banyak
negara kini sudah mengambil kesempatan ke atas teknologi canggih ini
terutamanya Kanada.
Antara contoh paling baik adalah bahan api
berasaskan kanola. Ia menjadi pilihan yang lebih baik daripada yang lain
disebabkan oleh tahan pada suhu sejuk, tinggi kandungan minyak, dan tidak
menghakis. Dan ya, tanpa lebah, minyak kanola tak akan wujud lagi. Lebah
mendebunga tumbuhan asalnya (rapeseed) dan membuatkan penghasilan minyak kanola
masih boleh bertahan sehingga hari ini.
Industri yang menjadi penyelesaian kepada
masalah terbesar dunia (bahan bakar) ini akan musnah tanpa lebah.
5. Bekalan
makanan dunia
Terdapat sekitar 100 tanaman utama di atas
muka bumi ini yang mana 90% daripadanya menjadi bekalan makanan kepada kita.
Antaranya termasuklah adalah bawang, kobis, kelapa, tomato, cili, timun, epal,
pisang, jagung dan banyak lagi. Lebah adalah agen pendebungaan utama kepada 70%
daripada tanaman-tanaman.
Jika dihitung, 63% daripada tanaman dunia
bergantung secara langsung kepada haiwan kecil ini. Ya, memang ada agen
pendebungaan yang lain selain lebah, namun ia adalah terlalu sedikit berbanding
lebah. Sebagai contoh, kelawar adalah agen pendebungaan kedua terbesar selepas
lebah.
Namun kelawar lebih tertarik kepada tumbuhan
yang mempunyai warna yang pudar termasuklah jambu dan buah ara, yang mana
pasaran globalnya adalah sangat rendah. Malah, hasil-hasil ini tidak mampu
untuk menampung 7 billion populasi dunia.
4. Industri
pengangkutan trak dan lori
Bila disebutkan mengenai industri
pengangkutan trak, ramai di antara kita tak terfikirkan mengenai buah-buahan
dan sayur-sayuran. Tapi realitinya, terdapat permintaan yang sangat tinggi
terhadap pemandu trak untuk menghantar makanan di seluruh dunia.
Jadi, dengan musnahnya 63% daripada bekalan
makanan utama manusia, ia akan memberikan impak yang tersangat besar kepada
industri pengangkutan lori dan trak. Ia juga akan mencetuskan masalah
kebuluran, serta menambahkan jumlah pengangguran di kalangan pemandu lori.
3. Industri
daging
Bagi menternak haiwan ternakan untuk
dijadikan sumber makanan, 4 perkara penting perlu ada iaitu pelawas,
biji-bijian, bijian minyak dan produk sampingan. Bahan pelawas dan bijian
seperti rumput, jagung dan gandum mampu bertahan dengan mendebunga sendiri
melalui angin. Produk sampingan pula dihasilkan daripada apa sahaja yang
berkhasiat yang membekalkan nutrein dan kalori kepada haiwan ternakan.
Namun, bijian minyak seperti kanola dan bunga
matahari, hanya diperoleh daripada tumbuhan yang didebungakan oleh lebah
sahaja. Bijian minyak merupakan sumber protein utama kepada haiwan ternakan
seperti lembu yang membantu ternakan membesar dengan baik dan sihat seterusnya
membekalkan daging yang banyak kepada manusia.
Haiwan ternakan yang kekurangan nutrien dari
bijian ini alkan mengalami masalah kesihatan seperti tumbesaran terbantut,
pembiakan yang berkurangan dan keinginan untuk makan tanah. Jadi, selain
sayuran dan buahan, bekalan daging juga akan semakin merosot tanpa lebah.
2. Ekonomi
dunia
Ekonomi di seluruh dunia sebenarnya agak
bergantung kepada kehadiran lebah dalam ekosistem. Ekonomi Amerika Latin sangat
bergantung kepada penjualan pisang di mana negara-negara di benua ini
mengeksport 13 billion tan pisang setiap tahun. Jumlah ini sangat tinggi
berbanding dari Asia sebanyak 2 tan dan 600,000 tan dari Afrika.
Di Asia pula, produk pertanian utama seperi
kapas, bijian minyak dan buahan lain menyumbang kepada sebahagian besar
ekonominya. Sebanyak 4% daripada produk pertanian ini menyumbang kepada KDNK
China. Ekonomi Afrika juga bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran
serta produk pertanian berasaskan minyak.
Dan kesemua ekonomi ini sangat berharap
kepada kerja-kerja lebah dalam mengekalkan kewujudan tumbuhan-tumbuhan
tersebut. Jumlah keseluruhan hasil tanaman melalui bantuan lebah melebihi RM126
billion setiap tahun. Jika agen pendebungaan ini pupus, ia akan memberikan
impak yang sangat dahsyat kepada ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa.
1. Umat
manusia
Dan akhir sekali, benda yang akan lupus dari
muka bumi ini jika populasi lebah lenyap, adalah umat manusia. Banyak jurutera
dan saintis percaya bahawa manusia tak mampu untuk meneruskan kehidupan dalam
jangka masa yang lama, selepas kepupusan lebah. Namun ramai juga yang ragu-ragu
dengan teori ini, antaranya adalah "Science Focus" oleh BBC. Mereka
berhujah dan tidak bersetuju dengan kesan yang akan berlaku terhadap manusia
jika lebah pupus.
Namun, lebih banyak saintis yang bersetuju
dengan teori ini yang mana manusia bergantung kepada lebah secara langsung.
Malah, saintis-saintis menggelarkan lebah sebagai spesis paling berharga di
dunia, mengatasi kulat, plankton, kelawar, dan juga primata.
Dr. George McGavin dari sebuah NGO,
Earthwatch (Penyelidikan alam sekitar) mengakui bahawa dunia tanpa lebah
sangatlah membinasakan. Hanya masa yang dapat menentukan sama ada ia benar atau
tidak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.