Total Pageviews

Saturday, 3 March 2018

Berhati hati beli madu takut palsu





Berhati hati membeli madu takut terbeli tertipu palsu





Orang zaman sekarang untuk mendapat wang dengan mudah dan cepat mereka sudah tak kira apa apa dah.. Mereka juga sudah tidak mengerti mana betul dan salah; mereka tidak faham halal haram dan mereka dah tak kenal dosa pahala. Mereka dah tak nampak yang hak dan yang batil... Mereka dah tak ingat hidup mati hatta mata hati mereka asyik dikelabukan dengan perkara mengejar wang duniawi sahaja sehingga mereka sakan sanggup auta, menipu buta orang ramai pula layaknya...


Allah mengarahkan agar lebah madu menjadi rahmat kepada manusia dan madunya menjadi penawar pula kepada manusia yang sakit ; Surah An Nahl : Ayat 68 dan 69.


16:68 Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah:  Buatlah rumah di atas bukit dan di atas pohon kayu dan pada apa apa yang mereka jadikan atap,


16:69 Kemudian makanlah bermacam macam buah buahan dan laluilah jalan Tuhanmu dengan mudah. Keluar dari dalam perutnya minuman (madu) yang berlain lainan warnanya, untuk menyembuhkan (penyakit) manusia. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkannya.


Madu kelulut ciptaan Yang Maha Suci amat unik, selain mempunyai khasiat yang hebat sekali, peternakan lebah madu juga mengajar manusia agar tidak amalkan sikap sikap tidak baik seperti tamak, haloba, kedekut, irihati, penting diri sendiri, sombong, riak, ujub dsbnya.


Madu juga mendisiplinkan manusia agar menghormati hak hak binatang dan alam sekitar serta menjaga alam sekitar agar tidak tercemar, memelihara bukit agar tidak gondol, serta memberi semangat manusia memelihara semula hutan yang telah dirosakkan akibat kerakusan manusia.


Sebenarnya manusia telahpun diajar agar menjaga dan menghargai alam sekitar melalui ibadah haji. Dalam ibadah haji, manusia sebenarnya telahpun diajar supaya tidak membunuh binatang, tidak ubah kedudukan batu atau tanah ke tempat lain, tidak petik daun atau rumput kerana ia dilarang semasa ibadah haji.


Tetapi ramai yang terlupa sesudah mengerjakan haji amalan amalan baik melalui saranan dan percontohan amalan mulia dalam ibadah Haji, sepatutnya dikuti untuk sepanjang zaman agar mereka menjaga kelestarian alam sekitar dengan sebaik daya, sehabis mungkin.


Setakat ini, sebanyak lebih 500 species lebah kelulut madu telah dikenalpasti ujud di dunia manakala 33 jenis species lebah kelulut madu dikenalpasti ujud di Malaysia.


Syukur Alhamdullilah kita beruntung, kerana kebanyakkan taburan species lebah kelulut madu berada  di kawasan garisan khatulistiwa dan kawasan subtropika. Kelulut umpama emas berharga yang dikurniakan Allah kepada kita semua untuk kita tuai hasil khasiatnya apabila tiba masanya yang sesuai. Sepatutnya kita bersyukur kepada Allah terhadap anugerah yang tiada terhingga kebaikkan dan manfaatnya ini.


Jika manusia terus terusan rakus menggondol hutan dan mencemarkan alam sekitar, satu hari nanti, sudah tentu anak cucu kita tidak akan lagi dapat mengenali species lebah kelulut madu.


Lebah kelulut madu mempunyai pelbagai saiz...  Ada yang kecil dan ada yang besar. Lagi kecil saiz lebah, maka lagi pendek jarak terbangnya dalam anggaran 50 ke 100 meter sahaja... Lagi besar saiz lebah, maka lagi jauh jarak terbangnya dalam anggaran mampu terbang hingga ke 2000 meter. Harus diingat bahawa, lagi jauh lebah terbang maka lagi banyak tenaga ia menggunaperlukan... serupa dengan kereta anda melahap petrol... lagi jauh perjalanan anda lagi, banyak petrol yang habis.. Lebah, serupa itu juga prinsip penggunaan tenaga mereka.


Lebah kelulut madu suka latarbelakang bewarna hitam gelap dan lebah kelulut madu tidak suka kepada warna cerah atau warna putih terang. Lebah kelulut madu tidak menyengat tetapi ia, menggigit. Tenteranya sanggup kamikaze bergumpal dalam rambut anda demi melindungi sarang, telur dan ratu mereka! Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan sangat hebat dan ajaib. Mahabesar Allah dengan segala puji hanya untuk Allah.


Lagi kecil saiz lebah kelulut madu, maka lagi berkhasiat madu tersebut kerana lebah boleh masuk sedut madu dalam bunga rumput yang sangat kecil sekalipun. Justeru, lebah kelulut madu species kecil mampu masuk ke dalam pelbagai species bunga kecil atau besar sedangkan, lebah kelulut madu bersaiz besar, hanya boleh sedut bilangan jenis bunga yang tidak banyak sebab saiz mereka besar, tentu sekali mereka susah atau tidak boleh masuk ke dalam bunga yang kecil.


Disebabkan purata jarak penerbangan lebah kelulut madu daripada sarang masing masing hanyalah 500 meter, maka jika terlampau banyak sarang dalam satu halaman rumah atau dari hanya satu kawasan akan menyebabkan bekalan madu, bekalan damar, bekalan resin, segalanya akan menjadi cepat kehabisan.


Apabila bekalan kehabisan, koloni tidak cukup makanan, koloni tak cukup resin, koloni tak cukup damar dan akan akibatkan koloni jadi semakin beransur lemah dan mereka mudah dimusnah atau diserang musuh kelulut seperti semut, lipas, kumbang dsbnya. Lebah kelulut madu juga terpaksa bergaduh untuk merebut kawasan makanan terutama apabila madu dari satu kawasan radius 500m dari sarang mereka menjadi semakin berkurangan.


Justeru, jika anda membeli madu kelulut daripada penjual berskala produksi besar besaran tetapi madu tersebut datang daripada hanya satu keluasan kawasan yang terhad, adalah menjadi kemusykilan tentang bagaimana penjual itu mampu mendapat bekalan madu dengan sedemikian banyak kerana satu satu kawasan mempunyai bekalan nektar yang terhad dari sumber bunga yang terhad bagi satu satu kawasan ...  


Umpama sebagai misalannya, untuk kawasan 1 km persegi mungkin punyai nektar bunga yang telah ditetapkan oleh Allah Taala produksi pengeluarannya setakat hasilan maksimum madu 10 kg sahaja untuk kawasan 1 km persegi sehari.


Jadi, bagaimana penjual madu ini boleh mengumpulkan madu dengan sebegitu banyak hingga berkotak kotak, bertan tan kerana madu yang boleh dihasilkan dari kawasan 500 meter persegi adalah terhad. ... melainkan syarikat ini mempunyai kawasan ternakan lebah kelulut yang amat luas yakni beratus ratus ekar atau beribu ribu ekar....


Oleh itu gunakan hak anda untuk mendapat hanya madu asli untuk keluarga anda.... Sekali anda minum madu asli, untuk pengedua kali, anda sudah tahu membezakan antara madu tiruan dan yang madu asli.



Perbandingan madu asli dan madu tiruan


Madu tiruan

Madu sebenar

Harga
Murah dibawah RM 150 / 1000ml
Mahal RM 300 / 1000ml
kepekatan
Cair
Pekat
kelekitan
tak melekit
melekit
Konsistensi
macam air
macam gam
Bau
tak menusuk hidung.
Baunya sama sekata sahaja antara botol botol sebab punca dari bahan kimia dan pewarna &  pengawet yang sama jumlah dan konsistensinya
menyengat hidung anda - bau madu dari tempayan kelulut akan berbeza dari tempayan madu yang lain. Justeru madu daripada botol madu yang lain akan mesti punyai warna, rasa dan bau yang berlainan dari botol yang lain sebab nektar berpunca daripada sumber bunga yang berbeza

Warna
Sama dengan botol yang lain
( An Nahl : 69 ) Warna madu lebah kelulut akan berlainan dengan botol yang lain bergantung dengan jenis bunga yang disedut madunya. Justeru akan ada kekuningan, jingga atau hijau.

Rasa
Sama sekata rasanya antara berlainan botol
Macam mana rasanya boleh sama kerana rasa dari tempayan yang berlainan dalam koloni yang sama juga akan berlainan rasa madunya.

Gas
Tiada
Ada gas menendang

Cara Simpanan

Tak perlu chiller. Tak rosak pada suhu bilik.
** Kena letak dalam chiller peti ais → kalau tak selepas 4 hari madu kelulut yang disimpan pada suhu bilik akan rosak menjadi masam




**Madu kelulut mempunyai kandungan air yang lebih banyak daripada madu lebah besar. Itulah sebabnya, madu kelulut cepat rosak menjadi masam jika diletak pada suhu bilik.


Akibat kandungan air < 22% , madu lebah besar tidak rosak jika disimpan pada suhu bilik.


Untuk elakkan madu kelulut menjadi masam kita masukkan madu kelulut ke dalam peti ais bersuhu antara 4 ̊ C  hingga 8 ̊ C. Jangan simpan pada suhu 0 ̊ C atau lebih rendah ( suhu negatif ) sebab madu kelulut akan rosak.


Boleh juga masuk madu kelulut  ke dalam mesin pengering untuk merendahkan kandungan air sehingga < 22%. Sekiranya air madu > 22% madu senang rosak. Madu lebah besar mempunyai kandungan air < 22% justeru madu lebah biasa tak rosak pada suhu bilik.





Pokok pokok yang elok ditanam:

Anda perlu tanam pokok yang banyak resin getah seperti manggis.
Anda juga patut tanam pokok yang berbunga sepanjang tahun untuk bekalkan madu seperti pokok gelam ( melaleuca cajuputi ) dan pokok air mata pengantin.
Pokok pokok lain yang elok ditanam adalah pokok belimbing buluh.
Pokok bunga raya






Keperluan lain:
Garam Bukit
Tempat teduh, sejuk dan kering





Musuh Kelulut:

Katak – suka menunggu di corong kelulut
Cicak
Monyet
Kulat
Black Soldier Fly
Kumbang
Ayam dan burung
Tenggiling
Semut




Allah Yang lebih Mahamengetahui.  Sekiranya saya salah sila betulkan saya.





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.