Jual Madu Palsu
Kenyataan Akhbar
KPK 17 Ogos 2016
Kementerian Kesihatan mengambil maklum
laporan oleh akhbar Kosmo pada 15 Ogos 2016 di mukasurat 3 bertajuk
“Lambakan madu palsu, sintetik” dan pada 16 Ogos 2016 di mukasurat 2 bertajuk
“Kandungan toksik bawa maut“. Laporan tersebut menyatakan bahawa 80% madu yang
dijual di negara ini merupakan madu palsu berdasarkan kandungan hydroxymethyl fulfural (HMF)
yang terlalu tinggi dan aktiviti enzim yang kurang daripada paras yang
ditetapkan oleh standard antarabangsa. Madu palsu ini didakwa boleh mengundang
pelbagai penyakit dalam jangka masa panjang.
Kementerian
Kesihatan ingin menjelaskan bahawa kandungan HMF merupakan indikator kualiti
madu dan kandungannya akan meningkat apabila suhu meningkat dan tempoh
penyimpanan bertambah. Menurut The
Federal Institute for Risk Assessment (BfR), Jerman, HMF tidak
memberikan kesan toksik kepada kesihatan manusia.
Peraturan 130, Peraturan-Peraturan Makanan
1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan standard bagi madu. Kegagalan
mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan,
boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua
(2) tahun.
Kementerian
Kesihatan telah menjalankan pemantauan ke atas madu tempatan di peringkat
pemprosesan dan sehingga kini, hasil pemantauan menunjukkan bahawa satu (1)
sampel tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Peraturan 130,
Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kementerian Kesihatan akan meneruskan
pemantauan bagi memastikan madu yang dijual di pasaran adalah tulen.
Selain
itu, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Skim Pensijilan Makanan
Autentik bagi madu mulai 19 Januari 2016. Pengeluar madu adalah digalakkan
untuk menyertai skim ini. Maklumat lanjut mengenai skim tersebut boleh didapati
di laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://fsq.moh.gov.my .
Kementerian
Kesihatan menasihatkan orang ramai agar membuat aduan mengenai penjualan
madu yang disyaki palsu di Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat
Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman
web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.
DATUK
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA
PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA
17
Ogos 2016
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.