Total Pageviews

Thursday, 17 January 2019

Diabetes and Ketones


Diabetes and Ketones


The presence of high levels of ketones in the bloodstream is a common complication of diabetes, which if left untreated can lead to ketoacidosis.
Ketones build up when there is insufficient insulin to help fuel the body’s cells.
High levels of ketones are therefore more common in people with type 1 diabetes or people with advanced type 2 diabetes.
If you are suffering from high levels of ketones and seeking medical advice, contact your GP or diabetes healthcare team as soon as possible.



What are ketones?

Ketones are an acid remaining when the body burns its own fat.
When the body has insufficient insulin, it cannot get glucose from the blood into the body's cells to use as energy and will instead begin to burn fat.
The liver converts fatty acids into ketones which are then released into the bloodstream for use as energy.
It is normal to have a low level of ketones as ketones will be produced whenever body fat is burned.
In people that are insulin dependent, such as people with type 1 diabetes, however, high levels of ketones in the blood can result from taking too little insulin and this can lead to a particularly dangerous condition known as ketoacidosis.

 

 

How do I test for ketones?

Ketone testing can be carried out at home.
The most accurate way of testing for ketones is to use a blood glucose meter which can test for ketones as well as blood glucose levels.
You can also test urine for ketone levels, however, the testing of urine means that the level you get is representative of your ketone levels up to a few hours ago.

 

 

Who needs to be aware of ketones?

The following people with diabetes should be aware of ketones and the symptoms of ketoacidosis:
·         Anyone dependent on insulin – such as all people with type 1 diabetes
·         People with type 2 diabetes that are taking SGLT2 inhibitors (such as Forxiga, Invokana and Jardiance)
It is essential to know what the symptoms are, and when you should test for ketones. Finding high levels of ketones present in your urine is a sign that the management of your diabetes needs adjusting.
Ketone testing will be important within pregnancy for anyone with diabetes on insulin. Pregnant women with type 2 diabetes or gestational diabetes that is not treated with insulin should contact their health team if experiencing the symptoms of ketoacidosis.

 

 

Ketones and weight loss

As noted above, ketones are produced when the body burns fat. Therefore people that are losing a significant amount of weight may experience higher than normal ketone levels.
Ketone testing has also become used by people with type 2 diabetes on ketogenic diets to assess whether they are burning fat effectively. Use of ketone testing in this way is not recommended by the NHS and so ketone testing strips prescribed by doctors are not to be used for this purpose.
Ketogenic diets are not usually recommended for people with insulin dependent diabetes as aiming for higher ketone levels could present a higher risk of ketoacidosis occurring.

 

 

 

When should I test for ketones, and how will this affect the management of my diabetes?

The following information is of relevance to people who need to take insulin.
·         Blood glucose levels rise above 17 mmol/L
·         Blood glucose levels are consistenly above 13 mmol/L
·         If blood glucose levels rise in response to illness
·         If you notice symptoms of ketoacidosis such as vomiting or suffering from diarrhoea

If you record high levels of ketones, contact your health team immediately for advice on how best to manage your diabetes.


 

I think I might have diabetic ketoacidosis, how would I know?

If you are suffering from diabetic ketoacidosis the early signs are likely to include:
·         Stomach pains
·         Nausea and/or vomiting
·         Breathlessness
·         Breath that smells fruity
In this instance, call your doctor as soon as possible as ketoacidosis is an extremely severe condition.

.

Addaem Mikhail




Membesar di kawasan estet bukanlah suatu pengalaman yang indah buat lelaki ini. Namun, keperitan yang dilalui mengajarnya tentang makna kehidupan sebenar sehingga dia mencapai kejayaan hidup. Muhammad Addaem Mikhail Chandran, 37, tidak pernah melupakan pengalamannya sewaktu dibesarkan dalam kemisikinan dan konflik keluarga.


Lebih mencabar, abang dan kakaknya tidak dapat meneruskan persekolahan ke peringkat lebih tinggi kerana faktor kewangan dan persekitaran. Addaem yang juga menantu kepada pakar motivasi terkenal, Prof. Dr. Muhaya Mohamad, tidak pernah berputus asa malah bercita-cita untuk mengubah kehidupannya.


Walaupun pernah menjawat Pengurus Kumpulan P&G, lelaki kacukan Cina-India ini merasakan kehidupannya tidak sempurna.


Keadaan dan pengalaman getir yang dilalui semasa membesar, banyak mempengaruhi perasaan Addaem walaupun sudah berjaya dalam kehidupan. Addaem masih mencari sesuatu yang mampu mengisi kekosongan yang dirasai Syukur yang tidak terhingga apabila segala-galanya berubah.


Ramadan 2009 merupakan permulaan hidup penuh keredaan Allah SWT apabila beliau mendapat hidayah untuk memeluk Islam. Keindahan Islam membuatkan perasaan terhadap setiap perkara yang dilalui dahulu telah berubah. Addaem sudah mengenal dan mendalami konsep kemaafan dengan lebih sempurna. Addaem mengakui bahawa kemampuan untuk memaafkan itu bukanlah hanya lahir dari diri sendiri tetapi dengan rahmat dan bantuan Allah SWT. Kini, selain ibunya yang sentiasa menjadi pedoman hidup, Addaem juga yakin mendiang bapanya telah menjadi seorang guru dan merupakan pembakar semangat dan motivasi sehingga mencapai kejayaan pada hari ini. Derita hidup yang dilaluinya pada zaman kanak-kanak dan remaja turut mengajarnya tentang erti kesungguhan tanpa putus asa.



Hidayah

Bercerita tentang pengalaman hidayahnya, waktu itu, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan hampir menginjak kepada waktu Maghrib. Tanpa disedari, Addaem terdengar sebuah lagu berunsurkan doa taubat ketika sedang menukar saluran radio.


“Apabila mendengar bait-bait lirik yang dialunkan, hati saya menjadi sayu dan sedih,” ujarnya yang berkahwin dengan anak sulung Dr. Muhaya, Dr. Noor Aniah Azmi pada 27 Januari 2013.


Cerita Addaem lagi, kali pertama dia mengucap dua kalimah syahadah melalui perbualan telefon dengan seorang rakan Muslim dari Singapura. Tiga minggu selepas itu, Addaem nekad dan terus memeluk Islam secara rasmi di pejabat Majlis Agama Islam Selangor pada 10 Oktober 2009.


Walaupun Addaem banyak mencari maklumat tentang Islam dalam Internet, Addaem tidak pernah jemu untuk menambah ilmu Islam. Apa yang menariknya kata Addaem, selepas itu semua urusannya dipermudahkan Allah SWT.


Sebagai contoh, walaupun beliau bekerja di sebuah syarikat mutlinasional, majikannya faham dan menghormati masa untuk Addaem bersolat.


Di sebalik kegigihan Addaem memeluk Islam, keluarganya tidak dapat menerima keputusan itu malah ibunya yang tinggal bersamanya sebelum itu juga mula menjauhkan diri.


Maklumlah, Addaem merupakan anak harapan keluarga sementelah mereka sekeluarga bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Sebagai anak, Addaem tetap berusaha memperbaiki hubungan tersebut dan kini dia sekeluarga kembali pulih seperti sedia kala dan bertambah erat.


Selepas empat bulan memeluk Islam, Addaem menjejakkan kaki ke Mekah buat pertama kali selepas empat bulan memeluk Islam.


Walaupun beliau takut untuk pergi ke Mekah memandangkan dia bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci membawa dosa sebagai hamba tetapi dia bersyukur kerana segala-galanya dipermudahkan.


“Ketika berada di sana, setiap detik dan pengalaman yang dilalui membuka hati saya untuk mendalami dan mendekatkan lagi diri dengan Yang Maha Esa. Saya juga pernah disuruh membaca al-Quran oleh seorang lelaki Arab yang baru saya kenal. Ketika itu saya masih lagi belum mengenal huruf al-Quran.
“Bermula daripada situ, saya perlahan-lahan belajar mengenal huruf al-Quran melalui Internet selain menghadiri kelas mengaji bagi memantapkan bacaan saya,” jelasnya yang berasal dari Kota Bharu, Perak.


Bahkan berada di tanah suci Mekah cukup mengusik jiwanya kerana di sanalah dia mendapat hidayah untuk mendirikan rumah tangga pada Ramadan 2013. Biarpun tidak pernah ‘berdating’ dan bercinta dengan anak sulung figura motivasi ini, Addaem berkata, dia memang mahu mengikut syariat Islam yang mahu menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram.


Selepas mendapat cahaya mata pertama, Noor Yasmein Chandran, Addaem membuat keputusan untuk meletakkan jawatan di sebuah syarikat multinational terkemuka untuk menumpukan masa bersama keluarga.
Kini,Addaem merupakan tunjang penubuhan Pusat Mata dan Lasik Prof. Muhaya dan dia merupakan Pengarah Urusan pusat rawatan mata yang bertapak di Kajang, Selangor.



Bercerita tentang masa depannya, Addaem kini giat dalam urusan perniagaan. Selain itu, dia juga aktif dalam bidang pembangunan jati diri dan merupakan seorang pelatih korporat yang bertauliah.



Addaem meneruskan pendedahan, bahawa Islam menjadikan dirinya lebih arif, matang, bertenaga dan yakin tentang apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian dan dia merasakan hidup sangat lengkap. Dalam masa yang sama, Addaem berhasrat untuk menyampaikan dakwah Islam kepada keluarga dan rakan-rakan yang bukan beragama Islam.


“Islam sangat indah. Saya hendak beritahu kepada mereka tentang keindahan Islam namun pada masa yang sama saya sanggat bangga menjadi seorang India yang beragama Islam. Bagi saya, Islam merupakan gaya hidup yang sempurna untuk saya berjaya dunia dan akhirat,” katanya mengakhiri bicara.

Awas 7 produk kosmetik beracun ini



Awas 7 produk kosmetik beracun ini, berhenti dari menggunakannya - KKM


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menggesa orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik yang didapati mengandungi racun berjadual yang mampu memberikan kesan mudarat jika digunakan.

Kementerian itu berkata tujuh jenis produk yang dikenal pasti itu dipercayai mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri.
Susulan itu, notifikasi berkaitan produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM  berikutan  pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
"Bahan beracun tersebut mampu memberi kesan negatif terhadap kulit seperti timbulnya kemerahan, ketidakselesaan, menghalang proses pigmentasi serta meningkatkan risiko untuk menghidap kanser.

"Produk kosmetik yang dicampurpalsu ini juga boleh memudaratkan kesihatan disebabkan bahan beracun yang dicampur dengan produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menjurus kepada kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.


Susulan itu penjualan produk ini telah dilarang serta merta kerana telah melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.


Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 dan penjara tidak melebihi 3 tahun untuk kesalahan pertama, manakala denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun untuk kesalahan-kesalahan yang berikutnya.


Justeru mereka yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk menghentikan penggunaannya serta mendapatkan nasihat ahli kesihatan yang profesional jika terdapat kesan sampingan dan sebagainya.


Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi KKM di 
http://npra.moh.gov.my/.



.

Wednesday, 2 January 2019

Kosmetik beracun



PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL





1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:



Bil.
Nama Produk
Nombor Notifikasi
Racun Berjadual Yang Dikesan
Nama Pemegang Notifikasi

1.
Tati Ultra Treatment
NOT171202674K
Hydroquinone & Tretinoin
NH Biz Resources

2.
Tati Ultra Night Cream
NOT171202673K
Merkuri

NH Biz Resources
3
Deeja Dream Cream
NOT180105343K
Hydroquinone

Limajari Marketing
4.
Deeja Wrinkle Cream
NOT180105344K
Merkuri

Limajari Marketing
5.
ROBISIS - Anti-Acne Whitening Day & Night Cream
NOT170402517K

Merkuri
YS Medicals Sdn. Bhd.
6.

Asdanne Whitening Freckle Day Cream
NOT170804496K

Merkuri
YS Medicals Sdn. Bhd.
7.
Fulenze - Whitening Freckle Day Cream
NOT170900717K

Merkuri
YS Medicals Sdn. Bhd.



2. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.


PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN


3. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

4. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

5. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

6. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata serta kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

7. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

8. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

9. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.



PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

10. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

11. Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA https://www.npra.gov.my .


DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
29 Januari 2019



.

Ubat Tidak Berdaftar





RAMPASAN PRODUK TIDAK BERDAFTAR BERNILAI RM 7.4 JUTA





Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah berjaya merampas beberapa jenis produk tradisional Cina yang tidak berdaftar bernilai RM 7.4 juta di Kuching, Sarawak. Rampasan ini adalah hasil daripada saringan pemeriksaan di pintu masuk Pelabuhan Senari Kuching dan seterusnya membawa kepada satu serbuan yang dilakukan pada 8 Januari 2019 di gudang penyimpanan di Kuching, Sarawak. Senarai produk-produk tidak berdaftar yang telah dirampas dalam operasi tersebut adalah seperti di Lampiran A.


Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemui sejumlah lebih 100 ribu kotak produk-produk tidak berdaftar. Kesemua produk ini dipercayai didalangi oleh sindiket dan dibawa masuk secara tidak sah untuk pasaran domestik khususnya di Sarawak. KKM sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap semua pihak yang terlibat dalam sindiket ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan.


Individu atau syarikat yang didapati terlibat menjual produk-produk berkenaan akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan berikutnya. Manakala, bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.


KKM juga memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat yang mempunyai stok produk ini agar menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta merta memandangkan produk tersebut tidak terjamin daripada segi kualiti dan keselamatannya.


KKM juga menyarankan orang ramai untuk menyemak status pendaftaran sebelum membeli sesuatu produk kesihatan. Produk kesihatan berdaftar boleh dikenalpasti dengan meneliti ciri-ciri seperti nombor pendaftaran MAL serta label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang https://www.npra.gov.my di ruangan “Product Status” ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78835400. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk kesihatan serta testimoni pengguna yang membuat tuntutan yang tidak munasabah.


Selain itu, orang ramai dan pihak media juga digalakkan untuk melaporkan serta menyalurkan maklumat berkenaan produk yang meragukan sebagai usaha bersama pihak kementerian untuk membanteras penjualan produk kesihatan yang tidak dibenarkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam. Laporan dan maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang https://www.pharmacy.gov.my ATAU melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat https://moh.spab.gov.my. ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03- 78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran.

Sekian, terima kasih.


DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 JANUARI 2019




SENARAI PRODUK-PRODUK TIDAK BERDAFTAR YANG DIRAMPAS DALAM OPERASI TERSEBUT:


Bil
Nama Produk
1.
Ginseng Kianpi Pill
2.
Tou Gubao Pil Reumatisme
3.
Niao Suan Wan Pil Urik Asid
4.
Tian Ma Tu Chung Seven Leaves Ginseng
5.
Qu Fe Su Wei Lin Dan
6.
Tong Mai Dan
7.
Jiang Chun Yi Suan Wan
8.
Ke Ong
9.
Samyun Wan 20 Capsule
10.
High Strength Samyun Wan 20 Capsule
11.
Kotak Kuning bertulisan Cina Bewarna Merah & Emas



.