Wanita
yang dicintai Iblis
Ciri ciri Wanita Yang di Cintai IBLIS
http://sebuahnotaperjalanan.blogspot.com/2012/03/ciri-ciri-wanita-yang-di-cintai-iblis.html
Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta
sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak
pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka
derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka
kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal sepenuhnya
oleh iblis laknatullah. Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya
dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan iblis agar berbuat
kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran rumah tangga suami isteri
yang telah dicintai iblis merupakan gambaran rumah tangga yang penuh
kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.
1. Tidak Mengenal Allah
Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu.
Untuk mendapat ilmu, perlu belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang
ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan
sepenuh hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila
kita sudah tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk
menghancurkan kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan
sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan
dari iblis.
2. Cinta dunia, takut mati
Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa
kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang
dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan
aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati
ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah
merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa
cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang dimahukan
oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari
suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan
kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk
memperolehi cinta-Nya.
3. Hati yang Kotor
Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan
‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan
tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu
dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta
kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti
sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan paa yang ada.
Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan
agung.
Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki,
pendedndam, tamak dan disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati
telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.
4. Melakukan Dosa
Jika seseorang itu tidak bertaubat dari
dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa,
hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta
mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk
membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.
5. Tidak Mahu Berdoa
Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan
jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri
memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si
hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon
kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya,
akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.
WANITA YANG PENDENDAM
1. Pengertian dendam
Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa
sangat berat terhadap seseorang lain seperti membencinya, menjauhi diri
darinya, dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak
padam-padam.
2. Keburukan-keburukan Dendam
Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu
berpunca dari sifat marah yang tidak dikekang atau diredhakan dengan segera.
Sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya:
Perasaan hasad atau dengki dalam diri,
sehingga pendengki itu merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di
dalam kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu daripada orang
itu. Dengan makna yang lain seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka
melihat orang yang didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa
gembira apabila orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan. Kelakuan ini
adalah contoh dari kelakuan orang-orang munafik
.
Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan
hasad dengki dalam dirinya, malah ia merasakan senang sekali apabila orang yang
didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana.
Pendengki akan menjauhi dan memutuskan
perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya.
Pendengki akan mengucapkan kata-kata yang
tidak patut terhadap orang yang didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat,
mendedahkan rahsia lawanya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya.
Pendengki akan menganiaya lawannya, samada
dengan memukulnya atau sebagainya.
Pendengki akan menahan hak milik orang yang
didengkinya, seperti menahan hutang yang patut dibaya, enggan mengembalikan
amanah yang diserahkan kepadanya dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan seperti
di atas itu adalah haram dilakukan dan ianya merupakan perbuatan iblis
terkutuk.
3. Orang Pendendam Menjadi Rakan Iblis
Sekiranya orang yang berdendam itu dapat
menguasai dirinya dari perbuatan-perbuatan buruk yang disebutkan di atas,
tetapi masih memiliki perangai yang tidak baik seperti sengaja tidak mahu
bermuka manis terhadap orang yang didendamnya itu, tidak belas kasihan
terhadapnya, tidak mengambil berat terhadap dirinya dengan menunaikan segala
keperluannya, tidak bersedia membantu pada perkara yang memberi kebaikan kepada
orang itu, maka itu menandakan sifat dendamnya masih ada. Semua perkara yang
disebutkan itu akan menjatuhkan darjat seseorang dan akan melenyapkan pahala
yang banyak, seterusnya ia menjadi rakan-rakan iblis.
Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Baka
As-Siddiq r.a bersumpah tidak akan memberikan bantuan (harta) kepada Misthah
yang masih tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh
Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:
“Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan
dan kekayaan di antara kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang
berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang
dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang,”
(An-Nur: 22)
Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu
Bakar, maka beliaupun akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu
beliaupun kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun
Misthah telah melakukan penganiayaan terhadap beliau.
Ayat di atas memberikan pengajaran kepada kita
supaya jangan menaruh dendam, yang perlu hendaklah berlapang dada dan suka
memaafkan. Teruskanlah melakukan kebaikan sekalipun mendapat penganiayaan.
Bahkan kalau boleh tambahkanlah kebaikan dari kebiasaan yang dilakukan, sebagai
suatu cara untuk menundukkan hawa nafsu dan mengecewakan hasutan syaitan.
Bilamana seseorang itu dapat melakukan seumpama itu, maka ia mencapai kedudukan
dan darjat para siddiqin.
4. Dendam Perbuatan Haram
Nyatalah dari penjelasan di atas bahawa sifat
dendam itu tidak dibenarkan dalam Islam. Mengenainya Nabi SAW bersabda yang
bermaksud:
“Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.”
Walau bagaimanapun untuk memberikan penjelasan yang lebih mengenai
sifat hasad, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hasad (dibenarkan berhasad) kecuali dalam dua perkara
sahaja, iaitu seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan
harta itu pada perkara yang haq/benar, sehinggalah hartanya habis. Dan seorang
lagi dikurniakan Allah ilmu, lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya
kepada orang ramai.”
Apa yang dapat disimpulkan dari maksud hadis di atas bahawa
tidaklah dilarang kiranya lelaki mahupun wanita itu mengharap-harapkan sesuatu
nikmat yang sama, yang ada pada orang lain untuk dirinya. Maka selagi ia
menginginkan nikmat yang sama untuk dirinya dan tidak pula ia mengharapkan
lenyapnya nikmat itu dari orang lain, ataupun ia tidak akan membenci kalau
orang itu dapat mengecap nikmat itu terus-menerus, maka cita-citanya itu
tidaklah dihukum haram, malah ada kalanya dituntut oleh syariat. Sebagaimana
firman Allah yang bermaksud:
“Dan dalam (mencari kelebihan) itu, maka hendaklah berlumba-lumba
orang yang ingin perlumbaan.”
(Al-Muthaffifin: 26)
Menderhaka Kepada Ibu Bapa
WANITA yang derhaka kepada ibu bapa termasuk
dalam senarai mereka yang dicintai iblis. Oleh kerana ibu telah melahirkan
kita, sehinggakan Allah menyebutkan bahawa redha Allah tergantung kepada redha
ibu bapa. Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:
“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan
beribadahselain kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu.
Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanyasampai berumur lanjut
dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya
perkataan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka
perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan
penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya,
sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku waktu kecil.”
(Al’Israk: 23-24)
Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu
bapa mereka dan mentaati mereka. Bagi wanita ketaatan merekasebelum mereka
berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas berkahwin, kepada
suami mereka. Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang amat
besar.
1. Meninggikan Suara Di Hadapan Ibu Bapa
Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang
lelaki meminta nasihat:
Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasul menjawab:
“Janganlah engkau menyengutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau
dibakar atau dibelah dua. Ia berkata: “WahaiRasulullah, tambahkanlah.”
Rasulullah menjawab: “Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali
engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau
untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.”
Lelaki itu meminta kembali: “Wahai Rasulullah,
tambah lagiselain itu.” Rasulullah menjawab, “Jangan engkau meminum khamar
(arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan.”Lelaki itu meminta
kembali, “Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah menjawab,
“Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan
janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan) mu namun berbuatlah agar mereka
takut kepada Allah.”
(HR Imam Ibnu Majah)
2. Mengherdik Ibu Bapa
Mengherdik ibu bapa bererti telah berbuat
derhaka kepada mereka, apalagi menganiaya mereka dengan cara melukai tubuh
badan mereka. Perbuatan ini merupakan kebiadaban seorang anak yang tidak tahu
berterima kasih kepada ibu bapa. Walaupun anak perempuan tidak lagi
bertanggungjawab terhadap ibu bapanya sesudah berkahwin, namun tidak putus
hubungan seorang perempuan dengan ibu bapanya. Cuma tanggungjawabnya terhadap
ibu bapanya tidaklah menjadi wajib seperti mana anak lelaki. Tetapi perhubungan
ibu dengan anak tetap berjalan terus, sehingga tiada alasan bagi seorang anak
perempuan untuk mengherdik ibu bapanya.
3. Memutuskan Hubungan Dengan Ibu Bapa
Oleh kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk
perbuatan dosa besar, apalagi memutuskan hubungan dengan mereka. Ianya
merupakan perbuatan seperti mana yang diumpamakan dalam sebuah peribahasa,
“kacang lupakan kulitnya.”
Islam melarang memutuskan tali silaturrahim
apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan
dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan
dengan perintah suami.
4. Melupakan Jasa-jasa Ibu Bapa
Ibu telah melahirkan dalam keadaan yang payah
dan sukar, manakala bapa pula bertungkus lumus dari pagi hingga petang mencari
nafkah demi anak-anak. Memandangkan kepada jasa-jasa yang sedemikian hebatnya,
adalah tidak wajar apabila sang anak melupakan jasa-jasa tersebut.
Merupakan kewajipan anak untuk mengetahui akan
hak dan jasa baik ibu bapanya. Ia tidak boleh melakukan perbuatan yang
menyebabkan ibu bapanya marah atau murka kepadanya, ia tidak boleh berdusta
atau berbohong kepada kedua-duanya. Antara kewajipannya ke atas ibu bapanya
adalah:
Berbuat baik dan berlemah-lembut terhadap
mereka.
Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak
bertentangan dengan perintah Allah.
Melihat wajah mereka dengan kasih sayang
merupakan ibadah.
Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.
Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan
mereka.
Menjalinkan silaturrahim dengan
sahabat-sahabat mereka.
Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal
dunia
LARANGAN DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Islam sangat melarang perbuatan derhaka kepada
ibu bapa. Adapun hikmah daripada berbuat baik kepada ibu bapa adalah
sebagaimana dikisahkan berikut ini. Nabi Sulaiman a.s. adalah seorang raja
terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin
ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang.
Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba
di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup
memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit
menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah
kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas
samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.
Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari
dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, “Kubah apakah gerangan
ini?” Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa
terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
“Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau
manusia?” Tanya Nabi Sulaiman kehairanan. “Aku adalah manusia.” Jawab pemuda
itu perlahan. “Bagaiman engkau boleh memperolehi karamah semacam ini?” Tanya
Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian
memperolehi karamah dari Allah sehingga boleh tinggal di dalam kubah dan berada
di dasar lautan.
Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak
berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi.
Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan
anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di
suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. “Setelah ibuku wafat
aku berjalan-jalan di pantai. Dalam perjalanan, aku melihat sebuah kubah
terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga
aku masuk ke dalamnya.” Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di
antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu. “Bagaimana engkau
boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?” Tanya Nabi Sulaiman ingin
mengetahui lebih lanjut. “Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana
berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku
ketika aku tinggal di dalam kubah.” “Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?”
“Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya aku
makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih
daripada susu dan lebih manis daripada madu.” “Bagaimana engkau mengetahui
perbezaan siang dan malam?” Tanya Nabi Sulaiman a.s. yang merasa semakin
hairan. “Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku
mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan
menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam.” Tuturnya. Selesai
menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah
itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah karamah
bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.
Derhaka Kepada Suami
PERKAHWINAN di dalam Islam adalah suatu aqad
yang mulia antara lelaki dan wanita. Ia menghalalkan setiap keduanya untukyang
lain. Dengan itu mereka akan saling mengasihi, tolong menolong, bergabung dan
bertolak ansur. Al-Quran telah menggambarkan hubungan ini dengan suatu gambaran
yang menarik yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Diamenciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dandijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum
yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)
Diantara tanda Islam memuliakan wanita ialah, Islam
memberikannya hak memilih suami. Ibu dan bapa tiada hak memaksa anakperempuan
mereka mengahwini lelaki yang tidak diingininya. Wanita Islam tidak mengabaikan
hak ini tetapi mereka meminta nasihat daripada ibu bapa mereka kerana
pengalaman mereka yang luas. Islam memberikan hak ini untuk menjamin
kebahagiaan sesuatu perkahwinan di mana ia diasaskan daripada kesesuaian
pasangan pada perasaan, adat, keinginan dan matlamat. Apabila wujud
kepincangan, kehidupan suami dan isteri tidak berjalan dengan baik. Setengah
wanita sukar memberikan cintanya dengan tulus dan boleh mengakibatkan
penderhakaan pada suami yang tidak dicintainya. Dalam hal ini, dia berhak
menuntut talak.
Wanita Islam yang sedar dengan petunjuk
agamanya, akan memilih suami bukan hanya berdasarkan paras rupa, tetapi yang
penting dilihat ialah akhlaknya. Mereka tidak akan tergoda dengan lelaki yang
leka, lemah dan lesu. Wanita mukmin hanya tertarik dengan lelaki mukmin yang
bersungguh-sungguh, sedar, bersih hatinya dan terbuka pemikirannya. Benarlah
firman Allah yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan
lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki
yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula…)”
(An-Nur: 26)
Ini bukanlah bermakna wanita Islam mengabaikan sudut
kecantikan rupa, paras yang indah, lalu dia redha dengan yang burukdan hodoh
rupa parasnya. Dia berhak memilih sebagaimana yang menguasai jiwanya, diredhai
oleh perasaan dan hatinya.
ISTERI YANG MENOLAK PANGGILAN SUAMI
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW
bersabda:
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia
menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga
hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.” Wanita Islam yang bijaksana
sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara
yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk
menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan kesusahan atau font kesempitan
hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah Islam unggulnya
peribadi Fatimah r.a.
Wanita Islam yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk suaminya
dan dia tahu hak suami ke atasnya. Sesungguhnya ia adalah hak yang amat besar
sebagaimana sabda Rasulullah:
“Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang
yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya.”
(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)
Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke
syurga sebagaimana sabda Rasulullah:
“Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasa pada
bulannya, taat kepada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia:
Masuklah kamu ke dalam syurga daripadamana-mana pintu yang kamu sukai.”
(Riwayat Ibn Majah)
Disamping itu, Islam juga mengancam dengan
dosa kemurkaan dan laknat kepada wanita yang berpaling daripada peringatan ini:
“Apabila seseorang lelaki memanggil isterinya ke katilnya tetapi
dia enggan mendatanginya, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya
nescaya malaikat akan melaknatnya sehingga waktu subuh (pagi).”
(Sahih Muslim)
MENDEDAHKAN AURAT
Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah
berfirman, maksudnya:
“Hiduplah dengan apa yang engkau suka.”
Allah melaknat wanita yang sengaja mendedahkan
auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
Perempuan yang memakai kain yang nipis dan
jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan
keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.
Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang
lelaki yang jahat.
TIDAK REDHA DENGAN PEMBERIAN SUAMI
Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh
Allah dan rasul-Nya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan
kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain
dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut
melaungkan persamaan hak seperti di Barat. Ini semua bukanlah salah mereka,
tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang
dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan dan bimbingan kepada
manusia.
Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang
solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat
perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya
kita terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat
dasyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa
bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat
sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, “semoga engkau mendapat
kutukan Allah” maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh dan
mengutuk pula segala sesuatu yangdicipta oleh Allah kecuali dua jenis makhluk
iaitu manusia dan jin.”
Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanjaatau
membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima
amalannya yang wajib dansunatnya.”
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW
bersabda:
“Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas dan perak
serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari
dia terlontar kata-kata angkuh, “engkau ini siapa? Semua harta ini milikku dan
engkau tidak punya harta apa pun.”
Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.”
Nabi SAW adalah seorang yang sangat kasih pada umatnya dan
terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azhab Allah. Baginda menghadapi
segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan dan tekanan. Begitu juga air mata
dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap
kita. Maka kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita,
keluarga kita dan seluruh umat baginda.
MENYAKITI HATI SUAMI
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
“Saya bersama Faimah berkunjung ke rumah
Rasulullah dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada
baginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Pada malam
aku di Irak dan dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami
berbagai penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya
lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:
Wanita yang digantung dengan rambutnya dan
otak kepalanya mendidih.
Wanita yang digantung dengan lidahnya serta
tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari neraka dituangkan
ke dalam kerongkongnya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari
balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan
tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan
kala jengking.
Wanita yang memakan badannya sendiri serta
dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Wanita yang memotong badannya sendiri dengan
gunting dari neraka.
Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus
perutnya sendiri.
Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti
neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan
badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan
keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai
ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan
wanita-wanita itu.” Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Fatimah, ada pun tentang:
Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana
dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di hadapan lelaki.
Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana
menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
Kemudian Nabi SAW bersabda:
“Tidak seorang wanita yang menyakiti hati
suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari
kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya.”
Adapun wanita yang digantung dengan buah
dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan
tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari
haidh dan nifas.
Adapun wanita yang memakan badannya sendiri
kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suku membicarakan keaiban
orang.
Adapun wanita yang memotong badannya sendiri
dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan
orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang
jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan
tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana
dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan
tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala
babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba (melaga-lagakan
orang) serta berdusta.
Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing
kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
MENGEJEK DAN MENGUTUK SUAMI
Ada juga diantara isteri nabi-nabi yang mati
dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka
adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk
suaminya.
Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah
orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk
mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut
atau tidak mahu berubah, maka kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka
yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.
MEMBENCI POLIGAMI
Poligami sememangnya boleh menimbulkan
kontroversi yang hebat seandainya tidak ditangani dengan berkesan. Justeru,
dalam mengatasi permasalahan ini, kebijaksanaan para suami memainkan faktor
penting dalam melayari kebahagiaan rumah tangga yang dibina.
“Sememangnya Islam membolehkan poligami. Hal
ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat tiga yang bermaksud,
“Kahwinilah wanita-wanita di kalangan kamu dua, tiga atau empat,tetapi
sekiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka cukuplah dengan satu.”
Jadi dari situ kita lihat terdapat keharusan
untuk berpoligami bagi kaum lelaki. Sungguhpun dibolehkan ia tidaklah dibuka
dengan seluas-luasnya. Dibolehkan itu pula bergantung kepada sebab-sebab
tertentu misalnya masalah isteri mandul, isteri gagal berfungsi dengan sempurna
untuk melayan suami, suami ingin mendapat lebih ramai anak, ataupun suami
sendiri mempunyai keinginan nafsu yang berlipat ganda sehingga kalaulah dengan
seorang isteri itu boleh membawa dirinya ke arah penzinaan maka di situ ada
keharusannya.
Bagaimanapun dalam berpoligami ini dituntut
keadilan. Keadilan yang dimaksudkan ialah keadilan dari sudut zahiriah dan
batiniah. Bagaimanapun keadilan dari segi perasaan tidak diambil kira. Ini
dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW yang menyebut, “bahawa memang kamu tidak
boleh berlaku adil dalam masalahmembahagi kasih sayang, walaupun kamu mencuba
sedaya upaya kamu.”Maklumlah masalah hati dan perasaan ini sememangnya suatu
perkara yang sukar untuk ditangani. Namun demikian Rasulullah SAW mengingatkan
agar dicuba seboleh mungkin untuk menampakkan keadilan.
Justeru dalam masalah poligami ini, walaupun
ianya hak kaum lelaki namun ia bukanlah hak mutlak mereka kerana sejak dari
zaman Rasulullah SAW lagi sehinggalah ke hari ini, sekiranya dengan
perlaksanaan poligami itu boleh menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau
menyebabkan anak-anak terbiar misalnya, maka dengan sendirinya keharusan itu
terbatal. Kalaulah si suami benar-benar ingin berpoligami maka ia perlu mencari
jalan yang boleh mengawal isteri-isteri dan anak-anak.
Malangnya, apa yang berlaku hari ini, ramai
suami yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan adil terhadap
isteri-isteri mereka. Walaupun dibenarkan suami bernikah di luar pengetahuan
isteri pertama, dimana suami boleh bertindak merahsiakan pernikahannya. Namun
demi menjaga kerukunan rumah tangga adalah lebih baik sekiranya isteri
mengetahui tindakan suami kerana mereka juga sebenarnya mempunyai hak terhadap
suami.
Cuba bayangkan perasaan seorang isteri apabila
mengetahui wujudnya orang ketiga setelah sekian lama dirahsiakan. Tentulah lain
jadinya berbanding jika si isteri diberitahu sendiri oleh suaminya, maka sudah
tentu dia lebih bersedia walaupun pada peringkat awalnya agak sukar menerima
keadaan. Isu isteri mengamuk atau tidak membenarkan ini sebenarnya bergantung
kepada kebijaksanaan suami. Jika dia bijak berkomunikasi dengan isteri, sudah
tentu pihak isteri akan berlembut. Tetapi bila isteri menolak dan membenci
poligami, ianya bermakna isteri derhaka kepada suami dan menolak hukum Allah.
Sebenarnya jika pihak suami ikhlas dan bijak
menangani keadaan, si isteri bukan sahaja memberi kebenaran untuk suami
bernikah tetapi sanggup pula mencarikan calonnya. Namun apa yang berlaku kini
sehinggakan isteri membantah keputusan suami untuk berpoligami ialah sikap
suami yang cuba melarikan diri daripada tekanan hidupnya dan seolah-olah ingin
mencari keseronokan lain.
Wanita yang dimadukan ini pula perlu
mengetahui hak mereka. Dalam Islam, wanita yang dirinya diabaikan boleh membuat
aduan kepada pihak yang berwajib, seperti mahkamah syariah atau qadhi, untuk
menuntut keadilan dari segi nafkah, giliran dan segala yang berkaitan dengan
haknya. Pihak isteri, tidak kira isteri keberapa, sekiranya menghadapi masalah
perlu cepat membuat aduan berdasarkan saluran yang sah dan bukannya
menceritakan kepada jiran atau pihak lain kerana ini bukan sahaja tidak dapat
membantu menyelesaikan masalah bahkan memburukkan lagi keadaan. Jika isteri
tidak pernah mengetahui haknya sebelum ini maka segeralah berjumpa pihak qadhi
atau lain-lain yang berpengetahuan untuk bertindak. Ambil tindakan yang bijak
dan bukannya dengan jalan yang tidak rasional.
Sekiranya setelah pengaduan dibuat, tetapi
masih tidak mendapat perhatian daripada pihak suami maka wanita yang dizalimi
ini boleh mengambil jalan keluar yang terakhir iaitu memohon fasakh atau tebus
talak di mahkamah. Justeru itu pihak suami yang ingin melaksanakan poligami
perlu menambah ilmu dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Fahami selok belok
berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah. Biarlah orang yang ingin
dijadikan isteri itu benar-benar orang yang ingin dibela. Banyak berlaku di
kalangan suami yang kononnya ingin membela nasib wanita, tetapi memilih anak
gadis yang berumur 17 tahun, walaupun tak salah. Tentulah lari daripada konsep
pembelaan. Rasulullah SAW dalam konteks membela kaum wanita, baginda mengahwini
wanita-wanita yang janda dan sudah berumur bahkan ada yang sudah putus haidnya.
Janganlah poligami itu sahaja mengikut sunnah
Rasul sedangkan pengamalannya tidak mengikut sunnah. Rasulullah sendiri sewaktu
memperisterikan Khadijah tidak sekali-kali melakukan poligami. Baginda
menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh Khadijah. Setelah kematian Khadijah
dan baginda berkahwin dengan Aisyah barulah baginda melaksanakan poligami
berdasarkan wahyu Allah SWT.
Justeru pihak suami perlu berpada-pada dengan
apa yang ada dan jika ada keinginan untuk berpoligami seharusnya menilai diri
samada boleh mengikut anjuran Rasulullah atau sebaliknya. Poligami ini jelas
merupakan satu keharusan dalam
Islam. Bagaimanapun para suami yang berkeinginan untuk berpoligami perlu
meneliti dahulu apakah diri mereka layak
untuk melaksanakannya supaya tidak berlaku keretakan atau keruntuhan rumah
tangga yang telah sedia dibina.
Apa yang penting ialah para suami perlu bijak
menangani masalah rumah tangga, bersikap tegas dan berkeupayaan dalam
menjalankan tugas seorang suami. Jangan pula pihak suami yang berpoligami ada
niat untuk menumpang kekukuhan ekonomi pihak isteri kedua atau seterusnya,
sudah tentu tidak kena caranya. Para isteri janganlah melawan hukum Allah yang
membolehkan poligami bagi lelaki yang mampu melaksanakannya. Jadilah wanita
solehah yang memahami keadaan suami dan memahami hukum Allah agar terlepas dari
seksa Allah SWT.
ISTERI YANG DERHAKA KEPADA MENTUA
Tidak ada siapa yang mahu dicap sebagai anak
derhaka, demikian juga yang terjadi kepada Alqamah. Sejak remajanya lagi
Alqamah sentiasa memberi layanan yang baik kepada ibunya. Tidak pernah kasar kepada
ibunya. Diceritakan, apabila tinggal berasingan dari ibunya, dia akan singgah
menjenguk ibunya setiap hari ketika berulang-alik ke masjid.
Bagaimanapun, sikap Alqamah berubah apabila
mendirikan rumah tangga. Kasih dan tumpuan sudah diberi kepada isteri tercinta,
lalu sering terlupa pada ibu sendiri. Si ibu sudah jarang diziarahi hingga
akhirnya si ibu memendam rasa terhadap si anak. Tidak ada siapa yang tahu hal
ini, malah Alqamah sendiri pun tidak dapat mengesan gejolak hati ibunya. Hanya
setelah Rasulullah SAW sendiri “menyoal siasat” si ibu kerana Alqamah tidak
mampu mengucap syahadah dalam nazaknya, barulah perasaan yang terpendam itu
diluahkan. Itu pun setelah Rasululah memerintahkan sahabat-sahabat menghimpun
kayu api dan mengancam untuk membakar Alqamah. Akhirnya si ibu memaafkan
anaknya itu, barulah Alqamah dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas
terakhir dalam redha ibunya.
Mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada
Alqamah, timbul persoalan kenapa boleh berlaku hal seumpama itu sedangkan
hubungan menantu-mentua telah diatur dengan begitu cantik di dalam Islam. Islam
menetapkan, apabila seorang lelaki berkahwin, bererti dia mengembangkan
keturunan keluarganya. Isterinya adalah orang baru dalam keluarga itu yang
harus diberi perlindungan, pembelaan dan diberi nafkah secukupnya oleh suaminya
sebagai wakil keluarga.
Manakala keluarga sebelah isterinya walaupun
‘kehilangan’ seorang ahli tetapi dalam masa yang sama, mendapat jalinan
hubungan dengan keluarga baru di mana kedua-dua keluarga wajib saling
berhubungan (menjalin silaturrahim). Hubungan kedua-dua keluarga ini adalah
dengan ketetapan bahawa anak perempuan tadi harus ‘tunduk’ di bawah wilayah
tadbir keluarga suaminya dan akur dengan resam budaya keluarga itu selagi tidak
melibatkan pelanggaran syariat.
1. Tidak Memuliakan Keluarga Suami
Di dalam kitab Muhimmah disebutkan bahawa
antara sifat isteri yang solehah ialah dia memuliakan keluarga suaminya lebih
daripada keluarganya sendiri. Apabila ia tidak memuliakan keluarga suami, bererti
ia telah menderhakai suami. Namun dalam kes-kes seperti yang berlaku kepada
Alqamah tadi, pihak suami tidaklah wajar dengan membiarkan dirinya renggang
dengan keluarga sendiri, sebaliknya lebih rapat dengan keluarga isteri. Suami
seolah-olah terpisah dari naungan keluarga sendiri, lalu lebih selesa berteduh
di bawah naungan keluarga isteri.
Berlakunya hal seumpama ini didorong oleh
kurangnya ilmu dan pimpinan baik di pihak suami atau isteri. Tanpa ilmu,
tiadalah panduan bertindak dalam mengatur kehidupan. Tanpa pimpinan, hilanglah
pedoman dan kekuatan mengatur langkah demi mencari keredhaan Allah. Ilmu
penting untuk kejernihan akal, manakala pimpinan untuk menjernihkan jiwa.
2. Tidak sayang kepada keluarga suami
Isteri perlu memahami dengan jelas aspek-aspek
tertentu dalam sistem kekeluargaan dalam Islam. Apa peranan dan kedudukannya
dalam sebuah keluarga besar yang di situ ada ibu bapa, mentua, ipar dan
saudara-mara lain. Bagaimana memberi prioriti (keutamaan) dalam hal-hal yang
melibatkan hubungannya dengan suami dan hubungan dengan ibu bapa sendiri.
Isteri perlu berfikir mana satu patut didahulukan antara taat kepada ibu bapa
dengan memenuhi keperluan anak dan suami, antara tanggungjawab menggembirakan
ibu bapa dengan tanggungjawab melayan anak dan suami dan lain-lain.
3. Kurang Memperhatikan Keluarga Suami
Isteri tidak istiqamah dalam menyuburkan
sifat-sifat terpuji dan mengikis sifat-sifat keji yang dapat melahirkan akhlak
mulia. Maka berlakulah kes-kes kurang memperhatikan ibu mentua atau mentua
berkecil hati dan marah. Keadaan menjadi bertambah parah apabila isteri ego dan
mengabaikan hak-hak mentuanya yang juga ibu kepada suaminya.
4. Tidak Ikhlas Kepada Keluarga Suami
Tanpa niat yang ikhlas, seorang isteri mudah
alpa pada tanggungjawab terutama bila ditimpa dugaan. Bisikan syaitan dan
bujukan nafsu tidak mampu ditepis. Tipu daya musuh batin yang begitu halus,
tidak mampu lagi dikesan.
5. Melebihkan Keluarga Sendiri Daripada
Keluarga Suami
Hal ini boleh berlaku apabila isteri tidak mengiktiraf
kepimpinan suami dan kehadiran keluarga suami. Mungkin bagi sesetengah isteri,
dia berasa kedudukan diri dan keluarganya lebih daripada kedudukan suami dan
keluarga suami. Maka ketaatan pada suami adalah dengan ‘bersyarat’ iaitu suami
memberi perhatian tidak berbelah bagi kepada dirinya dan keluarganya walaupun
ini bermakna suami harus memutuskan hubungan atau renggang dengan keluarganya
sendiri.
Kes ini biasa berlaku bila seorang lelaki
berkahwin dengan wanita yang status sosial diri atau kerjaya lebih tinggi
berbanding keluarga si lelaki. Bagaimanapun, ia berlaku juga dalam perkahwinan
sekufu di segi status sosial tetapi mungkin berbeza di sudut lain seperti
isteri lebih cantik atau pandai. Sebab itu hadis menyebutkan bahawa sesiapa
yang mengahwini wanita semata-mata kedudukannya maka Allah tidak akan menambah
kepadanya melainkan kehinaan. Dalam satu hadis lain disebutkan bahawa ciri
isteri yang solehah itu ialah, “…jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila
dipandang,menyukakan hati…”Antara cara menyukakan atau menggembirakan suami
ialah memuliakan keluarga suaminya setiap masa, dalam keadaan apa sekalipun.
Namun ia satu perkara yang skar dilakukan jika
ketaatan terhadap suami tidak benar-benar utuh. Kadang-kadang datang dugaan
dalam bentuk mentua ditimpa sakit. Tidak ada di kalangan anak sendiri yang
mampu atau sanggup menjaganya. Maka anak lelaki atas rasa tanggungjawabnya,
mengambil peranan itu. Namun kerana dia sendiri sibuk dengan pekerjaan, tugas
itu diamanahkan kepada isterinya. Maka waktu itu pengorbanan daripada seorang
isteri sangat dituntut, atas dasar taat kepada suami dan berbakti kepada
mentua. Tanpa ketaatan yang utuh, si isteri tidak akan sanggup bersusah-payah
untuk menjaga mentua yang sakit dan berenggang dengan suami buat seketika.
Tanpa ketaatan yang sepenuhnya juga, isteri
mungkin cuai pada tanggungjawabnya, yang mungkin kerana kongkongan ibu bapanya.
Ini berlaku bilamana ibu tidak memberi kepercayaan penuh kepada anak untuk
membina kehidupan sendiri dan duduk di bawah tadbir orang lain (suaminya).
Isteri ini mungkin mempengaruhi suami dalam banyak hal, agar melebihkan
keluarganya sendiri daripada keluarga suami.
6. Renggang Dengan Keluarga Suami
Memimpin dan mendidik isteri bukan sahaja
untuk melahirkan isteri yang solehah tetapi juga ibu dan anak yang taat dan
rela berbakti. Jika suami gagal mendidik isteri agar taat dan memuliakan mentua
(ibu bapa suami), tentu isterinya tidak dapat diharapkan mendidik anak-anaknya
agar hormat dan memuliakan datuk nenek mereka itu? Isteri tidak berasa dirinya
sebahagian daripada keluarga suami, dan anak-anak tidak berasa diri mereka
dekat dengan keluarga ayah sebagaimana dekatnya mereka dengan keluarga ibu.
Bayangkan perasaan seorang mentua ketika itu. Menantu dan cucu-cucunya lebih
mesra dengan keluarga besannya tetapi tidak dengan mereka.
7. Kurang Bersilaturrahim
Untuk membetulkan keadaan ini, maka penting
bagi suami dan isteri menghayati ajaran Allah dalam soal menjalin hubungan
silaturrahim dengan keluarga kedua-dua pihak. Di dalam Islam, menjalin
silaturrahim adalah wajib dan memutuskannya adalah haram malam termasuk dalam
salah satu dosa besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskansilaturrahim.”Sabdanya
lagi, bermaksud:
“Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun pada kaum yang adapadanya
orang-orang yang memutuskan silaturrahim.”
(Riwayat Ahmad)
Di dalam Islam, asas-asas bagi jalinan
silaturrahim yang kukuh di dalam keluarga (termasuk hubungan dengan mentua) adalah:
Kefahaman yang jelas terhadap tanggungjawab
setiap ahli dalam sesebuah keluarga.
Menghias diri dengan akhlak yang mulia seperti
merendah diri, pemurah, pemaaf, sabar, redha, menghormati orang tua,penyayang,
bersikap mengambil berat dan belas kasihan. Dengan akhlak mulia, hati mentua
dapat ditawan melalui kemesraan yangdilahirkan. Mentua merasakan menantunya
seperti anak sendiri, manakala si menantu dapat merasakan mentuanya bagai ibu
sendiri; dihormati, disayangi sepenuh hati dan selalu diminta pandangannya.
Adanya niat yang ikhlas iaitu melakukan
kebaikan dan menunaikan tanggungjawab semata-mata kerana Allah, menantu
akansanggup berkorban untuk kebahagiaan mentua dan untuk kebahagiaan suami
selagi tidak masuk dalam perkara mungkar atau maksiat.Niat yang ikhlas menjadi
benteng dari bisikan syaitan dan hasutan pihak ketiga.
Adanya sifat amanah dalam menunaikan
tanggungjawab. Setiap pasangan suami isteri perlu merasai bahawa isteri
atausuaminya adalah anugerah Allah yang harus dipelihara. Bagi isteri, selain
menjadi penenang jiwa bagi suami, dia harus menjadipembantu suami dalam
melaksanakan tanggungjawab. Jika suami cuai dan lemah, maka isteri menjadi
penguat. Sebab itu dalam hadis yang masyhur, Rasulullah bersabda:
“Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara; hartanya,kecantikannya,
kedudukan dan kerana agamanya, maka pilihlah perempuan yang beragama nescaya
menguntungkankamu.”
Walaupun di peringkat awal si isteri tidak sedar berlakunya
kelalaian di pihak suami tetapi disebabkan asas agamanya yang kuat, dapat
mengingatkan suami atas kelalaiannya itu. Sebagai isteri memegang peranan yang
penting agar keluarga mereka selamat dan diredhai Allah SWT. Dengan kukuhnya
nilai Islam, dalam rumahtangga akan mencurah rahmat Allah dan di situlah
lahirnya keberkatan. Bila ada keberkatan, suami dan isteri mampu menunaikan
segala perintah Allah serta mampu pula menjalin hubungan baik dan mesra dengan
ahli keluarga kedua-dua pihak terutama dengan ibu bapa sendiri dan mentua.
Untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua belah
pihak, terutama bagi pihak isteri agar tidak menderhakai suami, maka perlu
dilakukan perkara-perkara berikut:
Taat dan berbakti kepada suaminya
Berbakti kepada ibu mentuanya dan memuliakan
keluarganya
Mesra dengan suami dan sentiasa berusaha
mencari keredhaannya
Tidak membuka rahsianya
Berdiri disisinya dan berkongsi pandangan
dengannya
Membantu suami mentaati Allah
Memahami jiwa suaminya
Berhias untuk suami
Menemui suami di dalam kegembiraan dan
bersyukur
Berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama
suami
Menundukkan pandangan selain daripada suami
Tidak menceritakan keadaan wanita lain kepada
suami
Mewujudkan ketenangan, kerehatan dan kedamaian
dalam rumahtangga
Bertoleransi dan saling memaafkan
Wanita Yang Mendedahkan Aurat
MENAMPAKKAN PERHIASAN
Diharamkan bagi perempuan menampakkan
perhiasannya kepada lelaki asing. Perhiasan yang dimaksud dapat berupa
perhiasan atau pun aurat wanita itu sendiri. Allah Taala menyatakan di dalam
firmanNya, maksudnya:
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya”
(An-Nur: 31)
Sehingga bila pada perempuan itu terdapat perhiasan samada
di dada mahu pun pada tangannya, maka wajiblah baginya untukmenutupi kedua
tempat itu. Terlebih-lebih di masa kini, di mana perempuan semakin terdedah
dengan berbagai perhiasan dan warna-warni pakaian. Namun di sisi lain mereka
yang berakal tidak meragukan lagi pengharaman atau larangan menampakkan
perhiasan bagi perempuan di hadapan lelaki asing.
Ada pun perkara yang dilakukan wanita-wanita
kini dengan berbagai bedak, minyak wangi dan sebagainya jelas dimaksudkan untuk
memperindah atau mempercantik diri. Seterusnya mereka memperlihatkan diri
mereka kepada para lelaki asing di jalan-jalan. Tidaklah diragukan lagi bahawa
pengharaman terhadap hal seperti ini telah disepakati oleh seluruh ulama.
MELAKUKAN KEMUNGKARAN
Syeikh Imam Al Qurthubi menyebutkan
kemungkaran yang dilakukan wanita pada zamannya. Katanya:
“Pasar-pasar penuh dengan perempuan. Rasa malu
yang hanya tinggal sedikit telah bermaharajalela dan meliputi kebanyakan
perempuan hingga dapat anda saksikan perempuan-perempuan duduk dalam keramaian
kelompok-kelompok muzik, bersolek dan memakai perhiasan. Inilah kemungkaran
yang telah menyebar di zaman kita sekarang. Kita berlindung kepada Allah dan
keadaan seperti itu dan dari kemarahan-Nya.”
Al Allamah Ibnu Hajr al Haitami menganggap
bahawa keluarnya seorang perempuan dengan memakai harum-haruman dan perhiasan
merupakan dosa besar. Katanya:
“Dosa-dosa besar jumlahnya dua ratus tujuh puluh sembilan. Keluarnya
seorang perempuan dari rumahnya dengan memakai harum-haruman dan perhiasan
walau dengan seizin suami adalah salah satu di antaranya.”
Rabi’ Ibnu Hirasyi meriwayatkan dari isterinya, dari saudara
perempuan Hudzaifah yang berkata:
“Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami: Wahai para perempuan bukankah
kamu memiliki perhiasan perak dan emas yang kamu pakai untuk berhias?
Sesungguhnya tidaklah seorang dari kamu berhias dengan emas yang dinampakkannya
kecuali dia akan diseksa dengan perhiasannya itu.”
Dalam huraian ini jelas tedapat ancaman yang keras terhadap
perbuatan menampakkan perhiasan opleh perempuan dihadapan orang-orang yang
dilarang untuk melihat perhiasannya itu, padahal berhias dengan emas, perak dan
sebagainya dibenarkan oleh syariat dengan tujuan untuk kelihatan cantik di
hadapan suami. Sedangkan perbuatan selain daripada itu dianggap dosa dan wanita
yang melakukannya termasuk ke dalam senarai mereka yang dicintai oleh iblis.
Hadis di atas menunjukkan bahawasanya dilarang
seorang perempuan untuk menampakkan perhiasan. Baik yang berbentuk perhiasan
biasa atau pun berbentuk tubuh badan dan sebagainya. Hal ini dikuarkan lagi
dengan hadis dari Aisya r.a ketika ditanyakan kepadanya:
“Bagaimana pendapatmu tentang pewarna, celak, azimat,
subang,gelang kaki, cincin emas serta pakaian nipis? Aisyah r.a. menjawab:
“Wahai para wanita! Kisah tentang kalian adalah kisahtentang seorang wanita.
Allah menghalalkan bagi kalian perhiasan tanpa boleh kamu berdandan atau
bersolek bagi mereka yang tidak boleh melihat perkara yang haram dari diri
kalian.”
WANITA YANG MENYUKAI FITNAH
Fitnah dan rosaknya zaman kini lebih
diakibatkan oleh bermaharajalelanya wanita yang mendedahkan aurat. Dengan itu
fitnah mempunyai kesan yang buruk dalam kehidupan manusia, yang dapat
menimbulkan bencana dan memporak-perandakan kerukunan dan ketenteraman. Begitu
buruknya fitnah itu sehingga pada saat Rasulullah SAW mengetahui bahawa Fadl
Ibnu Abbas menoleh kepada seorang perempuan Khath’am yang terlarang untuk
dilihat, segera baginda memalingkan wajah Fadl. Tidaklah hal tersebut dilakukan
oleh Rasulullah melainkan kerana baginda tidak dapat menjamin tiadanya fitnah
yang bakal terjadi di antara Fadl dan perempuan Khat’am tersebut.
Oleh sebab itu siapa pun yang mengetahui
keadaan masyarakat moden dan keadaan di dalamnya yang penuh dengan kerosakan,
pastilah menyedari bahawa mendedahkan aurat merupakan jalan yang dapat membawa
manusia kepada hal-hal yang terlarang dan dapat membawa kepada kebinasaan.
Sebeb wanita yang mendedahkan auratnya tidak akan bebas dari bahaya fitnah.
Fitnah wanita yang mendedahkan aurat merupakan fitnah yang lebih berbahaya
daripada fitnah yang lainnya.
Dari Usmah Ibnu Zaid r.a dari Nabi SAW yang
bersabda:
“Tidaklah kutinggalkan nanti sesudahku fitnah
yang lebihberbahaya bagi lelaki selain fitnah dari perempuan.”Demikianlah
peringatan Nabi SAW kepada manusia agar mereka tidak terjatuh ke dalam jeratan
wanita, tipu daya mereka tau pun tergelincir kerana mereka.
BERPAKAIAN TETAPI TERLANJANG
Tudung yang dikenakan perempuan saat keluar
rumah disyaratkan haruslah tebal, tidak nipis pada bahagian bawahnya dan bukan
tudung yang bercorak perhiasan sebagaimana trend yang dilakukan wanita di zaman
ini. Memakai pakaian yang nipis tidaklah berbeza dengan berdandan dan memakai
perhiasan. Lebih daripada itu berpakaian seperti itu bererti memancing
timbulnya fitnah yang sememangnya harus dihindari.
1. Memakai Pakaian Nipis
Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan
larangan tersebut:
1. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:
“Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan dari
ahli neraka yang tidak mahu saya lihat:”
Suatu kaum yang memegang cambuk / cemeti yang
bagaikan ekor-ekor lembu. Kemudian dengan itu mereka cambukkan manusia.
Perempuan-perempuan yang berpakaian namun
terlanjang. Berlenggang-lenggok ketika berjalan. Kepala-kepala mereka bagaikan punuk-punuk
unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak pula mendapatkan
harumnya (syurga). Sesungguhnya harum syurga itu terdapat pada perjalanan
begini dan begini.” Al Hafidh Ibnu Abd. al Birri berkata: “Maksud dari sabda
Rasulullah SAW “Berpakaian tetapi terlanjang” adalah gambaran tentang perempuan
yang berpakaian dari kain yang nipis yang dapat memberikan gambaran bentuk
tubuh dan bukan bersifat menutupi tubuh. Kaum perempuan seperti ini secara
zahir dan secara sebutannya sahaja berpakaian, namun pada hakikatnya mereka
berterlanjang.
2. Memakai Pakaian Ketat & Sempit
Di antara syarat-syarat menutup aurat seorang
wanita muslimah adalah agar pakaian yang dipakai tersebut hendaklah longgar dan
tidak sempit. Dengan demikian bentuk tubuhnya tidak dapat digambarkan. Pakaian
yang sempit dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, dan bila keadaannya seperti
itu, maka pakaian tersebut dapat menjadi bahagian dari perkara yang dapat
menyesatkan. Dapat juga menjadi salah satu sebab bagi timbulnya kejahatan dan
menjadi salah satu sebab menimbulkan fitnah. Maka untuk melindungi perempuan
dan untuk memelihara masyarakat, Islam mengharamkan ‘tabarruj’ (berhias)
sekaligus memerintahkan perempuan agar berpakaian hijab dengan memakai pakaian
yang longgar, tebal, dan tidak tergambar bentuk tubuhnya.
Perhatikanlah! Allah sebegitu jauhnya
memerintahkan kepada seorang perempuan muslimah untuk menutup tubuhnya dan
tidak menampakkan sedikit pun dari bentuk tubuhnya itu. Kesemuanya ini dengan
matlamat untuk menghormati dan melindungi kaum wanita agar mereka memiliki
marwah dan harga diri yang sempurna. Bagaimana dengan perempuan-perempuan di
zaman kita sekarang. Mereka telah keluar dari syariah yang telah ditetapkan
Allah di dalam hal berpakaian. Yang mereka pakai adalah pakaian yang sempit,
pendek dan ketat. Mereka juga memperlihatkan perhiasan-perhiasan pada
tempat-tempat berkumpulnya manusia. Terhadap hal ini para suami atau pun wali
mereka hanya dapat mendiamkannya sahaja. Sebahagian dari mereka kita ketahui
tetap mendirikan solat, membayar zakat malah juga memuliakan Allah dengan
berhaji ke rumah-Nya yang suci.
Sebagaimana wanita dilarang berpakaian ketat
yang dapat menggambarkan bentuk tubuhnya, demikian jugalah dilarang bagi para
muhrim untuk melihat yang tergambar dari auratnya. Sedangkan kepada lelaki
asing dilarang untuk melihat yang tergambar dari seluruh bentuk tubuh wanita.
Walau pun pakaian yang dikenakan itu tebal serta tidak nipis.
3. Memakai Pakaian Warna-Warni
Dasar dari menutup aurat ke atas wanita adalah
untuk menutupi bentuk tubuh dan mencegah pandangan orang kepadanya. Maka jika
hijab diperindah dengan gambar-gambar yang menawan, warna-warni atau pun
jahitan yang indah dan dapat menarik perhatian orang lain, akan hilanglah
hikmah memakainya. Hijab yang seperti itu tidak berfungsi untuk mencegah
pandangan orang lain, tidak pula dapat menolak kesan yang bakal ditimbulkannya.
Oleh itu pakaian yang seperti itu dilarang untuk dipakai. Dengan itu
pakaian-pakaian seperti itu termasuklah ke dalam senarai pakaian-pakaian yang
tidak boleh untuk ditampilkan dan dipakai. Padahal dengan menutup aurat yang
sempurna, akan tertutuplah salah satu sebab dari pelbagai sebab yang dapat
menimbulkan fitnah, dan tertutup pulalah ancaman mangsa bagi manusia yang telah
sakit jiwanya.
Wanita Yang Menyerupai Lelaki
DARI SEGI PAKAIAN
Tidak dibenarkan seorang wanita menyerupai
seorang lelaki atau pun sebaliknya seorang lelaki menyerupai seorang wanita.
Penyerupaan tersebut dilarang samada dalam suara, bentuk tubuh, cara berjalan,
gerak-geri, pakaian mahupun dalam hal-hal lain yang memang pada keduanya telah
terdapat perbezaan. Allah Taala telah menciptakan wanita dan lelaki. Bagi
masing-masing diciptakan pula tabiat yang khusus sehingga mereka saling
berbeza. Dengan perbezaan tersebut yang satu akan tertarik kepada yang lainnya.
Dia dapat menenteramkan hati dan perasaannya kepada pasangannya. Dengan begitu
kehidupan manusia akan berlanjut untuk memakmurkan dunia. Namun sebaliknya
penyerupaan antara yang satu dengan yang lain merupakan kenyataan yang
melanggar norma kehidupan. Sekaligus sebagai penderhakaan terhadap fitrah
wanita dan lelaki yang telah ditetapkan Allah kepada mereka. Lalu berkecamuklah
di hadapan mereka faham-faham persamaan. Menghilanglah sendi-sendi perbezaan
alami di antara kedua jenis tersebut. Masing-masing telah mulai kehilangan
spesifikasi khas yang dimiliki dan yang membezakannya. Hingga mulailah terdapat
kecenderungan wanita untuk bersifat ‘jantan’ (kelelakian) dan lelaki pula bersifat
kewanitaan (pondan). Pernikahan akhirnya tidak dipentingkan kerana
memperturutkan kemahuan sesama jenis.
Dengan begitu bermaharajalelalah homoseksual.
Terjadilah perbuatan-perbuatan yang dapat menjauhkan rahmat
Allah. Kehinaan mengambil tempat kemuliaan. Perbuatan seks dengan sesama jenis
meminggirkan tempat-tempat pernikahan yang sesuai dengan syariah. Hal ini dapat
disaksikan di Eropah. Mulai dari bercinta dengan sesama jenis hingga kepada
penghambaan terhadap nafsu syahwat. Malahan sebahagian perempuan dari
masyarakat tersebut dapat menjadikan anjing sebagai tempat pelampiasan hawa
nafsunya. Kebiasaan-kebiasaan buruk itu, kini mulai menyerang belia-belia
Islam. Dimulai dengan mengikuti kebiasaan-kebiasaan aneh mahupun
kegemaran-kegemaran yang tidak lazim, pemuda di dunia Islam mulai memanjangkan
rambutnya, mencukur janggutnya, menghaluskan suara dan juga menyempitkan
pakaiannya. Sedangkan gadisnya memendekkan rambut, merokok, bersuara lantang
bagaikan lelaki. Semua itu dilakukan tanpa rasa malu yang dapat menghalangi
perbuatan tersebut.
Rasulullah melarang seorang lelaki menyerupai
wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki. Dari Abu Hurairah r.a yang
berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai
pakaian perempuan atau pun perempuan yang memakai pakaian lelaki.”
Dari Ibnu Abbas yang berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang
menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.”
Al Hafiz Ibnu Hajr berkata:
“Menurut at Tabari, maknanya bahawa tidaklah
dibolehkanlelaki menyerupai perempuan dalam pakaian atau pun perhiasan yang
memang dikhususkan untuk perempuan. Demikian sebaliknya,dan demikian pula
kiranya dalam berbicara dan berjalan. Ada pun dalam hal bentuk pakaian terdapat
perbezaan pendapat berkenaan dengan perbezaan negeri. Akan tetapi perempuan
dibezakan dengan berhijab dan menutupi dirinya (tubuhnya).”
Tentang penyerupaan dalam suara dan berjalan,
hal ini dikhususkan kepada mereka yang memang sengaja melakukannya. Namun
apabila penyerupaan tersebut memang dari asalnya (pembawaan lahir/semulajadi)
dia hanya diperintahkan untuk meninggalkannya dan berusaha secara tekun dan
beransur-ansur untuk merubatnya. Bila dia tidak berbuat seperti itu, lalu dia
pun tetap dalam kebiasaan tersebut, maka dia akan mendapat celaan. Bila keadaannya
seperti itu maka itulah dimaksudkan dengan lafaz (menyerupai).
Sedangkan yang telah pasti seperti menurut an Nawawi:
seorang pondan semulajadi (pembawaan lahir) tidak akan dicela selama dia tidak
mampu untuk meninggalkan sifatnya dalam berjalan, berbicara, setelah berubat
dan usaha untuk memperbaikinya. Namun bila dia dapat merubah (pembawaan lahir)
tersebut walau pun secara beransur-ansur sedangkan dia menolaknya, maka dia
mendapat celaan.
Dari Ibnu Abbas r.a yang berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang bersifat
keperempuanandan perempuan yang kelelakian. Sabdanya: “Keluarkanlah mereka dari
rumah-rumahmu.” Ibnu Abbas berkata: “Nabi SAW mengeluarkanseorang lelaki
seperti itu dan Umar mengeluarkan perempuan yang seperti itu.” Jika seorang perempuan
mengenakan pakaian lelaki yang dibalik, berlubang dan tangannya yang sempit,
bererti dia telah menyerupai lelaki. Maka dia akan mendapat laknat dari Allah.
Demikian pula dengan suaminya yang membiarkannya seperti itu atau pun redha
kepada perbuatan isterinya serta tidak melarang dan mencegahnya padahal para
suami diperintahkan untuk memelihara isteri mereka agar teguh di dalam ketaatan
kepada Allah. Para suami juga diperintahkan untuk mencegah isteri mereka dari
perbuatan maksiat. Hal ini adalah amanat dari firman Allah SWT menerusi
firman-Nya yang bermaksud:
“Didiklah dan ajarlah mereka dan suruhlah
mereka untuk mematuhi Allah lalu cegahlah mereka dari berbuat maksiat kepada
Allah.”
(At-Tahrim: 6)
Wanita Yang Menyerupai Orang Kafir
DARI SEGI PAKAIAN
Tidak dibenarkan seorang muslim menyerupai
orang kafir di dalam perbuatan, ucapan dan perayaan hari raya mereka. Hal ini
dimaksudkan agar masyarakat Islam dapat memiliki keperibadian yang berbeza dari
yang lain dalam segala cara kehidupan mereka. Selain itu kesepakatan masyarakat
muslim dengan masyarakat kafir di dalam perbuatan, ucapan, pakaian mahupun
hari-hari raya mereka dapat mendorong mereka untuk menyerupai masyarakat kafir.
Tentunya hal ini dapat menimbulkan kerosakan akidah dan dapat menghilangkan
identiti keperibadian masyarakat muslim. Dan kemungkinan lebih jauh, bahawa
mereka menjadi pengikut
masyarakat yang memusuhi mereka. Padahal Islam
tidak menghendaki penganutnya menjadi pengikut musuh-musuhnya. Akidah yang
mereka pegang mengajarkan mereka menjadi pemimpin bagi manusia, bukannya
menjadi pengikut bagi setiap pendusta dan penyeleweng. Firman Allah yang
bermaksud:
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedihhati
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang
yang beriman.”
(Ali Imran: 139)
Adapun larangan untuk menyerupai dengan masyarakat kafir
terdapat pada beberapa tempat di dalam al Quran al Karim. Demikianpula,
terdapat di dalam sabda Rasulullah SAW. Firman Allah yang maksudnya:
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat
dariurusan agama, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu
orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnyamereka sekali-kali tidak akan
dapat menolak dari kamu sedikit pun dari seksaan Allah. Dan sesungguhnya
orang-orang yang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian
yang lain dan Allah adalah pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Al Jatsiah: 18-19)
Seterusnya Allah SWT menjelaskan bahawa sebahagian dari
masyarakat kafir adalah wali bagi yang lain samada di dunia mahupundi akhirat.
Namun tidak seorang walupun dari mereka yang dapat memberikan manfaat untuk
mencapai pahala ataupun untuk menghindarkan diri mereka dari azab Allah.
Sebaliknya, masyarakat muslimin yang bertakwa dan mendapat petunjuk,
sesungguhnya Allah lah Tuhan mereka. Syeikh Ibn Taimiyah berkata: Allah telah
menjadikan bagi Nabi Muhammad SAW sebuah syariat lalu Allah SWT memerintahkan
Nabi Muhammad SAW agar mengikuti syariat tersebut serta melarangnya agar
mengikuti kehendak hati orang-orang yang tidak mengetahui. Termasuk ke dalam
pengertian orang-orang yang tidak mengetahui tersebut adalah orang-orang yang
menentang syariat yang dibawa Nabi Muhammad SAW.
MEMAKAI PAKAIAN YANG ADA TANDA SALIB
Tidak dibolehkan mengenakan pakaian yang
tedapat gambar salib di dalamnya atau pun seumpamanya. Pkaian yang dilarang
tersebut termasuklah tudung yang dipakai untuk keluar atau pun untuk yang
lainnya. Larangan terhadap salib ini dapat difahami kerana salib adalah syiar
dan lambang dari agama Nasrani (Kristian). Mereka telah membuat salib tersebut
sebagai lambang untuk sebuah akidah yang sesat. Iaitu anggapan yang mereka
yakini bahawa Nabi Isa as. telah dibunuh dan disalib. Oleh itu mereka
mensucikan salib sebagai dasar ketaatan terhadap akidah mereka dan menghormati
atau pun mengagungkannya adalah cara untuk mendekati Tuhan. Allah Taala
menyatakan bahawa anggapan mereka tersebut adalah dusta dan kebohongan. Firman
Allah yang bermaksud:
“Dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuhal
Masih Isa putera Maryam, Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan
tidak pula menyalibnya, tetapi (yang merekabunuh) ialah orang yang diserupakan
dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang
(pembunuhan) itu benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu,
kecuali mengikuti persangkaan belaka. Mereka tidak (pula) yakin bahawa yang
mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat
Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(An Nisa: 157-158)
Hadis-hadis berikut ini menunjukkan adanya larangan
mengenakan pakaian apa sahaja yang terdapat salib dan seumpamanya.Dari Imran
Ibnu Hitthan, sesungguhnya Aisyah ra. memberitahunya bahawa Rasulullah SAW
tidak akan membiarkan di dalam rumahnya terdapat sesuatu yang ada salibnya
kecuali dihilangkannya.
Dari Aisyah ra. yang berkata:
“Kami tidak memakai pakaian yang terdapat gambar salibpadanya.
“Dari Abu al Jahhaf, katanya:
“Saya bertanya kepada Abu Jaafar tentang kotak Tabut yang ku miliki dan padanya
terdapat gambar-gambar. Lalu Abu Jaafar memberitahuku bahawa dia melihat Umar
membakar pakaian yang adagambar salibnya, dia pun menghilangkan salib dari
pakaian itu.”
Dari riwayat para sahabat ini terdapat petunjuk tidak boleh
memakai pakaian yang terdapat padanya salib. Kalau tidak tentu Umar ra. tidak
berani membakar pakaian tersebut.
Dari Ibnu Aun dari Muhammad bahawa Rasulullah
SAW melihat pada tirai beberapa isterinya gambar salib, lalu baginda
memerintahkan hingga mereka memotongnya. Dari beberapa hadis mahupun riwayat
tersebut diatas, terdapat petunjuk yang jelas yang melarang memakai pakaian
terdapat padanya gambar salib. Bila tidak, bererti kita menyerupai masyarakat
Kristian yang telah menjadikan salib sebagai lambang akidah mereka yang batil
mahupun sebagai syiar syariat mereka yang telah diselewengkan. Ibnu Qudamah
berkata:
“Dibenci adanya gambar salib dalam pakaian
kerana Imran Ibnu Hitthan telah meriwayatkan dari Aisyah ra. bahawa Rasulullah
SAW tidak akan membiarkan di dalam rumahnya sesuatu yang adasalibnya kecuali
dihancurkannya.”
Imam Bukhari telah menjelaskan hadis ini di
dalam kitab al Buyu’ pada Bahagian “Perdagangan Benda-benda yang dibenci untuk
lelaki dan perempuan.” Al Hafiz Ibny Hajar dalam penjelasannya mengatakan:
“Larangan memakai pakaian atau kain yang terdapat gambar-gambarnya untuk semua
golongan samada kepada lelaki mahupun kepada perempuan.”
Wanita Yang Tidak Mahu Mengurus Anak
Setiap insan yang bernama ibu dan bapa
menginginkan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah kerana seorang anak
yangberiman dan mempunyai akhlak yang mulia akan dapat membantu ibu bapa baik
di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Sememangnya itulah idaman kita,
tetapi adakah kita berusaha untuknya? Apakah yang kita lakukan untuk menjamin
cita-cita kita itu? Kebanyakan yang berlaku sekarang ini ibu bapa membiarkan
anak-anak mereka menjalani hidup sendiri. Ibu bapa hanya berpuas hati jika
dapat memberi makan dan minum kepada anak secukupnya.
Begitu juga ibu bapa berasa senang hati
apabila dapat membiayai anak mereka dalam pelajaran. Tetapi berapa ramai ibu
bapa yang mengasuh dan mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh yang
tinggi budi pekertinya? Jawabnya tidak ramai dan ini terbukti apabila gejala
sosial yang melanda di kalangan remaja sekarang ini semakin berleluasa dan
berada pada tahap yang membimbangkan.
MENGABAIKAN ANAK
Untuk melahirkan anak yang baik yang mempunyai
akhlak dan budi pekerti yang tinggi bukanlah terlalu sukar. Cuma ibu bapa
hendaklah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh mereka
terhadap anak-anak. Perkara yang paling penting sekali ialah sentiasa
mendampingi anak-anak atau memberi perhatian kepada mereka. Mendampingi anak-anak
sangat mustahak kerana dengan cara ini sahaja kita akan dapat mengetahui
perasaan dan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Jika kta
mengabaikannya, menyebabkan mereka memendam rasa yang boleh merosakkan atau
membahayakannya. Biasanya anak yang mempunyai masalah, yang tidak diambil
peduli oleh ibu bapa, akan mencurahkan isi hati mereka kepada kawan-kawan yang
rapat dengannya. Mencurahkan isi hati pada rakan tidaklah menjadi kesalahan
tetapi sekiranya rakan-rakannya itu adalah dari kalangan mereka yang mempunyai
peribadi yang buruk ditakuti akan merosakkan anak tersebut.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk
membolehkan ibu bapa berdamping atau berkawan dengan anak-anak remaja mereka.
Pertama, ibu bapa hendaklah sentiasa memperhatikan perilaku dan gerak-geri
harian anak remajanya kerana dengan cara ini akan membolehkan kedua ibu bapa
mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Apabila masalah dan perasaan anak
dapat diselami, maka mudahlah si ibu atau bapa untuk mendampinginya dan menjadi
kawan kepada mereka.
CEREWET KEPADA ANAK
Selain daripada itu ibu bapa juga janganlah
hendaknya terlalu cerewet dalam mendidik anak-anak remaja. Umpamanya, jangan
terlalu sangat ingin mencungkil rahsia anak remaja, kerana cara ini boleh
menjauhkan atau merenggangkan lagi anak-anak daripada kedua ibu bapa. Ini
adalah kerana anak-anak pada peringkat ini dalam proses membentuk
keperibadiannya sendiri dan mereka tidak suka hatta ibu bapa mereka sendiri
mengetahui rahsia peribadi mereka.
Bagaimanapun apabila ibu bapa dan anak telah
menjadi begitu mesra, maka dengan sendiri rahsia anak-anak akan dapat diketahui
dengan mudah kerana antara ibu bapa dan anak sudah tidak ada lagi benteng
pemisah. Oleh itu ibu bapa hendaklah bijak mendampingi anak-anak supaya mereka dapat
menceritakan apa sahaja yang terpendam dalam hati mereka sebagaiman mereka
mencurahkan segala isi hati mereka kepada rakan yang rapat dengan mereka.
MEMANDANG REMEH DAN MENENGKING
Apabila anak meluahkan masalah yang dihadapi,
maka janganlah pula ibu bapa memandang remeh atau tidak mengendahkannya, tetapi
hendaklah mengambil perhatian. Sekiranya apa yang disuarakannya itu dirasakan
betul hendaklah menyetujuinya dan jika sebaliknya maka ibu bapa hendaklah
memberi nasihat dengan cara yang baik, bukannya dengan menengking atau menolak
hujah mereka mentah-mentah. Selain daripada itu untuk mendampingi anak-anak,
ibu bapa boleh mengajak sama anak-anak remaja mereka dalam merundingkan sesuatu
hal atau masalah dalam keluarga. Misalnya dengan cara meminta pandangan atau
timbul dalam keluarga. Cara begini dapat menimbulkan rasa dihormati dan
perasaan tanggungjawab pada keluarganya. Secara tidak langsung, tentunya akan
menambahkan keintiman hubugan antara anak dengan ibu bapa.
TIDAK MAHU BERKUMPUL DAN BERAMAH MESRA
Ibu bapa juga hendaklah sentiasa meluangkan
masa untuk anak-anak. Misalnya, pada waktu lapang mengajar anak-anak berkumpul
untuk beramah mesra & dalam masa yang sama bertukar-tukar fikiran. Pada
masa beginilah ibu bapa akan dapat mendekati atau mengenal hati budi mereka dan
secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan antara keduanya. Sesungguhnya
anak remaja adalah golongan yang mempunyai tingkat sensitiviti yang tinggi
kerana pada tahap ini mereka dalam zaman peralihan untuk menjuju ke alam dewasa.
Ibu bapa harus memahami keadaan ini dan hendaklah dapat menyesuaikan diri
dengan pengaruh emosi yang ada dalam diri anak mereka. Sebenarnya banyak cara
yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mendampingi anak-anak bergantunglah
pada suasana dalam keluarga itu sendiri. Dengan hubungan mesra yang terjalin
antara anak-anak dan ibu bapa akan mengelakkan anak-anak daripada terjerumus ke
dalam perkara-perkara yang tidak baik seterusnya dapat mewujudkan sebuah
keluarga yang bahagia.
Penyakit Wanita Berkarier
Kita hari ini hidup dalam masyarakat moden
dimana sistem komputer sudah mempengaruhi hidup manusia. Dia masa yang sama
manusia sudah mencipta alat-alat canggih di darat, laut dan udara termasuk di
angkasa lepas. Semuanya mesti berkejar-kejar agar tidak ketinggalan hingga
memaksa ibu dan bapa bekerja sepenuh masa atau lebih masa untuk jaga status,
hingga anak-anak mereka dibiarkan membesar dan diurus oleh orang gaji; jiran
yang menjaga atau ditempatkan di nurseri seperti anak-anak ayam yang ditetas
oleh kuasa elektrik.
Apabila si isteri dan anak gadis bekerja;
mereka sudah masuk ke satu alam kerjaya – menjadi wanita berkarier. Sudah tentu
mereka akan hidup berbeza dengan surirumah sepenuh masa. Di masa dulupun memang
ada wanita bekerja; tetapi masalah yang dihadapi oleh wanita hari ini amat
membimbangkan dari segi kesihatan.
Dalam masyarakat perkampungan, wnaita bekerja
membantu keluarga memasarkan hasil pertanian tidak menghadapi masalah penyakit
zaman moden. Ini adalah kerana mereka makan makanan berkhasiat dengan ulam-ulam
tanaman sendiri, padi tanam sendiri dan tinggal di kawasan udara bersih.
Anak-anak mereka dijaga oleh datuk atau neneknya dan makanan yang disediakan
untuk anak-anak ini juga dari hasil tanaman tidak seperti anak-anak di bandar
besar yang gemar makan junk foods. Harini kebanyakan suami isteri tidak suka
ibu atau bapa masing-masing pihak tinggal bersama. Mereka lebih rela orang gaji
tinggal bersama mereka atau jika tidak mampu hantar sahaja anak ke mana-mana
yang sanggup menjaga mereka. Dan si isteri ikut sama keluar pagi-pagi buta ke
tempat kerja bersama suami atau pergi sendiri setalah urusan hantar anak ke
tempat penjaga. Balik sebelah petang atau malam mereka terpaksa juga
menyediakan makan malam, jika malas cari jalan ringkas seperti beli sahaja
makanan yang dijual di luar atau masak makanan segera walaupun tidak ada zat
pada makanan itu. Ditambah lagi dengan kerja yang hanya duduk di kerusi hadapi
komputer, sehingga peluang untuk senaman tidak ada. Jika tidak diatasi masalah
sembelit, ianya membawa kepada gejala-gejala lain seperti selalu sakit kepada,
badan rasa lemah, kurang selera makan dan sakit gastrik.
Penat
Lantaran kesibukan yang keterlaluan sehingga
tidak ada masa untuk menguruskan diri sendiri dengan teratur, corak pemakanan
yang tidak seimbang dan berdiet yang keterlaluan semata-mata untuk menguruskan
badan.
Terdapat juga wanita yang merasakan bahawa
penyakit yang dia hidapi itu tidak serius, kalau sakit sangat baru hendak jumpa
doktor. Hari ini sindrom wanita muda memiliki tulang orang tua sudah ada di
kalangan wanita berkarier – umur masih muda tetapi tulangnya sudah reput –
penyakit osteoporosis. Puncanya ialah kerana kekurangan bahan kalsium dalam
badan, senaman yang kurang atau tidak langsung senaman dan kurang menerima
cahaya matahari. Kurang menerima cahaya matahari ialah kerana:
Pergi kerja awal sebelum matahari terbit sudah
dalam perjalanan dan apabila matahari sudah terbit, ianya sudah beradadalam
pejabat berhawa dingin,
Kalau pun keluar makan dia akan berpayung
Balik dari kerja ketika matahari akan
terbenam, malah kalau kerja lebih masa, matahari sudah tiada lagi.
Kurang kalsium terjadi kerana:
Selepas umur 35 tahun, kadar kehilangan
kalsium dalam tubuh melebihi kadar penyerapannya. Bagi mereka yang sudah putushaid
(menopaus) kehilangan hormon lebih terdedah kepada penyakit osteoporosis.
Hormon yang terdapat dalam tubuh membantupengambilan dan penyerapan kalsium.
Faktor cahaya matahari penting kerana untuk
mendapatkan vitamin D yang akan membantu dari segi penyerapan kalsium.
Kurang makan makanan yang berzat.
AMALAN AGAR TIDAK DIMURKAI ALLAH
Allah yang Maha Bijaksana telah menciptakan
manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hamba-Nya itu
berpasang-pasangan, lelaki dan wanita yang saling memerlukan, sebahagiannya
menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain.
1. Memelihara Kemaluan dan Melayan Suami
Allah telah mengurniakan kepada wanita dengan
berbagai kelebihan. Banyak amalan ataupun cara agar wanita itu tidak dimurkai
Allah, malahan syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik
meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib
sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan
masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”
(HR Abu Nuaim)
Abd. Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang bukan
soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan
baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang mana dia dapat
masuk dari pintu mana saja tanpa hisab.”
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan
kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidhnya
membaca:
“Alhamdulillahi ‘ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli
zanbih”
Maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah
melalui sirat, aman dari seksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40
orang syuhada apabila dia selalu berdzikir kepada Allah selama haidhnya.”
2.
Menjaga Harta Suami
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW
bersabda:
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau
pandang dia maka dia mengembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau
tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”
3. Taat kepada Suami
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi SAW
ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia
berpesan kepada isterinya.
“Wahai isteriku…janganlah sekali-kali engkau
meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.”
Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka
wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda
kepada utusan itu,
“Agar dia taati suaminya.”
Demikian
pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia
mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal
dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga
suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud, memberi
wahyu kepada Nabi yang bermaksud,
“Sesungguhnya
Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya.
Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya
disebabkan ketaatan anaknya itu.
Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan
wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut
oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat
ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka…dan bila melihat ke
dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari
penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan kemurkaan
Allah.
4. Membasuh Pakaian Suami
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi
SAW bersabda:
“Apabila
seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000
kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari
matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya.”
5. Memasak, Berdzikir dan Menutup Aurat
Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya
menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:
Seorang wanita yang solehah lebih baik dari
seorang wali Allah.
Wanita
yang menguli tepun dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir
dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang
lelaki yang soleh.
Allah
akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan dzikir.
Seorang
wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya
13 kali dari wajah asal.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang
untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah
dengan istiqamah.
Susunan: Khairul Ghazali
http://sebuahnotaperjalanan.blogspot.com/2012/03/ciri-ciri-wanita-yang-di-cintai-iblis.html
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.