Jalan yang lurus ( Straight path )
Khalifah,
Beraninya kamu
berkata kata, agar dapat menaiki singah sana, puncak kuasa. Boleh jadi kamu memberi sesuatu kerana
mengharapkan ganjaran yang lebih banyak darinya… Di manakah letaknya
keihklasanmu? Jujurkah kamu sebagai manusia?
Khalifah,
Kamu makan
berlebih lebihan, kamu berbelanja berbazir baziran, kamu lupa dengan fakir
miskin, kamu lupa dengan anak yatim dan kamu lupa golongan memerlukan….
Khalifah,
Beraninya kamu
auta menipu, beraninya kamu lindung melindungkan, beraninya kamu sorok
menyorokkan, beraninya kamu buruk
memburukkan, ada mengadakan,
Khalifah,
Beraninya kamu
tikam menikam, umpat mencaci, fitnah mendengki, agar kamu dipilih sebagai teratas
Khalifah,
Tak takutkah
kamu saat kaki kulit dan tanganmu menjadi saksi, dipandaikan berkata kata,
sebagai punca rekaman aksi mu sendiri?
Andai manusia
mengetahui tentang apa apa Rahmat kesenangan serta rezeki yang tidak pernah
terfikir oleh minda, tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pernah terhidu oleh
hidung, tidak pernah dirasa oleh lidah, tidak pernah terlintas dalam benakmu..
Yang kesemuanya disembunyikan Tuhanmu dari kamu.
Sesungguhnya di
samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di
samping kesukaran ada kemudahan,
Maka, sabarlah
kamu dengan kesabaran yang indah.
Maka, sabarlah
kamu dengan kesabaran yang indah.
Allah
menciptakan kamu sebagai rahmat untuk sekalian alam.
Allah ciptakan
manusia dengan sebaik baik kejadian.
Sujud sekalian
malaikat kepada Adam.
Setiap manusia
adalah khalifah.
Justeru berhentilah
berbuat rusak binasa, porak peranda,
Berlumbalah kamu
berbuat kebaikan kepada sekalian alam dan seluruh isinya.
Mudah mudahan
kamu dikasihi Tuhanmu, serta mendapat rahmat, jalan yang lurus, lagi diredhai.
Bukan jalan yang sesat lagi dimurkai.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.