Muhammad
http://tigosotigo.blogspot.com/2012/01/4-sifat-rasulullah-saw-siddiq-amanah.html
Muhammad memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat
mulia. Oleh kerana itu hendaklah kita mempelajari, seterusnya sangat dituntut mengamalkan
sifat-sifat mulia dan terpuji Muhammad iaitu Siddiq, Amanah Tabligh dan
Fathonah.
SIDDIQ
Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang
mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada
perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki
para Nabi dan Rasul yang dikirim Allah ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan
agamanya.
Pada diri Rasul, bukan hanya perkataannya yang benar,
malah perbuatannya juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Benar bermaksud
mengiakan untung nasib diri samada baik atau rugi adalah dari Allah semata
mata.
Nabi Zakaria tidak pernah berputus asa daripada berdoa
kepada Tuhannya agar dikurniakan seorang anak walaupun baginda mengetahui
dirinya telah sangat tua dan isterinya mandul pula. Nabi Zakaria tidak
menyalahkan sesiapa perihal baginda tidak mendapat anak itu.
3:38 Di sanalah Zakaria memohon
kepada Tuhannya, ia berkata: Ya Tuhanku, anugerahilah aku seorang anak yang
baik dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Mahamendengarkan doa.
3:39 Kemudian malaikat menyeru
Zakaria, ketika ia berdiri sembahyang di mihrab. Sesungguhnya Allah memberi
khabar gembira kepada engkau dengan seorang anak Yahya. Yang membenarkan
kalimat dari Allah) (yakni Isa ) dan menjadi ikutan dan sangat suci.
3:40 Zakaria berkata: Ya Tuhanku,
bagaimanakah aku akan mendapat seorang anak, sedang aku telah sangat tua dan
isteriku mandul. Allah berkata: (Ya), seperti demikianlah, Allah memperbuat apa
apa yang dikehendakiNya.
3:41
Zakaria berkata: Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tanda (perempuanku telah
hamil). Allah berfirman: Tandanya bahawa
engkau tiada bercakap cakap dengan manusia tiga hari, kecuali dengan isyarat
saja. Ingatlah akan Tuhanmu sebanyak banyaknya dan bertasbihlah pada petang dan
pagi.
19:2 (Inilah) peringatan rahmat
Tuhanmu kepada hambaNya, Zakaria.
19:3 Ketika ia menyeru (meminta)
kepada Tuhannya suatu permintaan yang tersembunyi (dengan berbisik).
19:4
Dia berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya telah lemas tulangku dan telah bernyala
nyala (penuh) uban di kepala ku dan aku tak pernah celaka (kecewa) dalam
meminta kepadamu, Ya Tuhanku.
19:5 Sesungguhnya aku takut akan
orang orang yang akan menjadi wali sepeninggalku (iaitu orang orang jahat),
sedang perempuanku mandul, sebab itu berilah aku seorang wali (anak) dari sisi
Mu.
19:6 Yang akan mewarisiku dan
mewarisi keluarga Yaakub, dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang disukai.
19:7
Hai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang
anak, namanya Yahya yang belum pernah Kami berikan nama seperti itu sebelumnya.
19:8 Dia berkata: Ya Tuhanku,
bagaimanakah aku akan memperoleh seorang anak, sedang perempuanku mandul dan
aku telah sampai usia sangat tua?
19:9
Berkata Allah: Demikianlah (akan terjadi). Berfirman Tuhanmu : Ia mudah bagiKu,
sesungguhnya telah Kujadikan engkau sebelumnya sedang engkau belum ada suatu
apa pun.
19:10 Berkata Zakaria: Ya Tuhanku!
Unjukkanlah kepada ku tandanya. Berfirman Allah. Tandanya bahawa engkau tiada
bercakap cakap dengan manusia tiga malam, sedang engkau masih sihat.
19:11 Lalu Zakaria keluar kepada
kaumnya dari mihrab (tempat sembahyang), lalu diisyaratkan kepada mereka :
Sembahyanglah kamu pada pagi dan petang.
21:83 Ingatlah akan Aiyub, ketika dia
menyeru Tuhannya: Sesungguhnya aku telah ditimpa kemelaratan, sedang Engkau
lebih pengasih dari segala yang pengasih.
21:84 Lalu Kami perkenankan
permintaannya dan Kami hilangkan kemelaratan yang ada pada dirinya dan Kami
datangkan kepadanya keluarganya berlipat ganda, sebagai rahmat dari sisi Kami
dan jadi peringatan bagi orang orang yang beribadat (menyembah Kami).
21:89
(Ingatlah) akan Zakaria, ketika ia menyeru Tuhannya : Ya Tuhanku! Janganlah
Engkau biarkan daku seorang diri (tanpa beranak) dan Engkau sebaik baik yang
mewarisi.
21:90
Lalu Kami perkenankan permintaannya dan Kami kurniakan kepadanya Yahya dan Kami
perbaiki isterinya (sampai mengandung). Sesungguhnya mereka itu bersegera
(berlumba lumba memperbuat) kebajikan dan mereka meminta kepada Kami dengan
pengharapan dan ketakutan. Dan mereka itu berhina diri kepada Kami.
22:41
Mereka, jika Kami beri tempat (kekuasaan) di muka bumi, mereka mendirikan
sembahyang dan membayarkan zakat serta menyuruh dengan ma’ruf (kebaikan) dan
melarang yang mungkar (kejahatan). Dan kepada Allah (terserah) akibat semua
pekerjaan.
AMANAH
Amanah ertinya sangat boleh dipercayai. Jika satu
urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Oleh kerana itulah penduduk Makkah memberi gelaran
kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’,
jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan,
dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang
yang tidak pernah berdusta.
“Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu
dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu.” (QS Al-A'raaf:
68)
Mustahil Rasul Allah itu berlaku khianat, pembohong,
penipu terhadap orang yang memberinya amanah. Baginda tidak pernah menggunakan
kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai pemimpin untuk kepentingan peribadinya
atau kepentingan keluarganya, namun yang dilakukan Baginda adalah semata-mata
untuk kepentingan Islam melalui ajaran Allah SWT.
Ketika Nabi Muhammad SAW ditawarkan kerajaan, harta,
wanita oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan
agama Islam, Baginda menjawab:
”Demi Allah… wahai pakcik, seandainya mereka dapat
meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku
meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah
memenangkan (Islam) atau aku hancur kerananya”……
Meskipun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh
Baginda, namun Baginda tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang dia
terima. Setiap orang Muslim sepatutnya memiliki sifat amanah seperti Baginda
SAW.
TABLIGH
Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT
yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang
disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri.
“Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya
rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya
meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu
persatu.” (QS Al-Jin: 28)
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana
telah datang seorang buta kepadanya.” (QS 'Abasa: 1~2)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah
(QS 'Abasa: 1) turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang
kepada Rasulullah SAW sambil berkata: “Berilah petunjuk kepadaku, ya
Rasulullah.” Pada waktu itu Rasulullah SAW sedang menghadapi para pembesar
kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap
melayani pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: “Apakah yang saya
katakan ini mengganggu tuan?” Rasulullah menjawab: “Tidak.” Maka
ayat ini turun sebagai teguran di atas perbuatan Rasulullah SAW. (Diriwayatkan
oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari ‘Aisyah. Diriwayatkan pula
oleh Ibnu Ya’la yang bersumber dari Anas.)
Sebetulnya apa yang dilakukan Rasulullah SAW itu
menurut standard umum adalah hal yang wajar. Ketika sedang berbicara di depan
umum atau dengan seseorang, tentu kita tidak suka diganggu oleh orang lain.
Namun untuk standard Nabi, itu tidak cukup. Oleh kerana itulah Allah SWT telah
menegur Baginda SAW.
Sebagai seorang yang tabligh, meski ayat itu
menyindirnya, Nabi Muhammad SAW tetap menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat
seorang Nabi . Jadi, mustahil Nabi itu ‘kitman’ atau menyembunyikan wahyu.
FATHONAH
Fathonah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang
Rasul Allah itu bersifat bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran
dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan
yang luar biasa.
Baginda Rasul harus mampu menjelaskan firman-firman
Allah SWT kepada kaumnya sehingga mereka mahu memeluk Islam. Rasul Allah juga
harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.
Apatah lagi Baginda mampu mengatur umatnya sehingga
berjaya mentransformasikan bangsa Arab jahiliah yang asalnya kasar / bengis,
berpecah-belah serta sentiasa berperang antara suku, menjadi satu bangsa yang
berbudaya dan berpengetahuan. Itu semua memerlukan kebijaksanaan yang luar
biasa.
Mudah mudahan kita dapat memahami seterusnya menerapkan,
mengamalkan, menghidupkan 4 sifat Muhammad di atas di dalam kehidupan kita dan
mendapat keredhaan Allah SWT.
Insha Allah.
http://tigosotigo.blogspot.com/2012/01/4-sifat-rasulullah-saw-siddiq-amanah.html
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.