Persetujuan isteri, dapat capai hikmah berpoligami
Amalan
poligami tidak sepatutnya menjarakkan perhubungan dan mencetuskan konflik
membabitkan pasangan suami isteri dan anak-anak.
Pensyarah
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS), Zainuddin Che Seman, berkata konsep dan konteks poligami perlu difahami
oleh masyarakat Islam dengan betul.
"Hikmah
poligami amat murni kerana ia sepatutnya mendekatkan lagi hubungan, sekali gus
mengukuhkannya dan bukan menjarakkan hubungan kekeluargaan.
"Jadi
dalam proses membina keluarga yang lebih besar ini saya berpandangan suami
perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama kerana hanya dengan cara itu
matlamat poligami yang dianjurkan Islam dapat dicapai.
"Bahkan,
ia amat penting dalam memupuk persefahaman dan mengurangkan konflik di antara
pasangan," katanya pada Seminar Poligami Pilihan Atau Takdir di KUIS di
sini, hari ini.
Zainuddin
turut berpandangan, merahsiakan status poligami biasanya memberikan impak
negatif kepada institusi rumah tangga.
"Antaranya
mengakibatkan peningkatan kes perceraian dengan kebanyakannya cuma mampu
bertahan dalam tempoh masa singkat," katanya.
Sementara
itu, peserta seminar, Rogayah Jaafar, 42 berpandangan kebanyakan persepsi buruk
dan fitnah terhadap amalan berpoligami yang dibenarkan Islam dicetuskan oleh
kaum wanita sendiri.
Beliau
yang berkongsi pengalamannya bermadu sejak lapan tahun lalu berkata, wanita
tidak sepatutnya menolak hukum disyariatkan Allah SWT sehingga meletakkan
kesalahan atau memandang serong kepada lelaki yang memilih untuk berpoligami.
Katanya,
kaum wanita sepatutnya perlu berlapang dada kerana ia adalah fitrah dan hak
untuk berkahwin lebih daripada seorang isteri.
"Sebagai
isteri yang melamar sendiri isteri kedua untuk suami, saya sarankan lebih baik
kita redha dan janganlah sengaja mencari kesalahan pasangan sekiranya mereka
memilih untuk berpoligami.
"Saya
anggap isteri kedua suami sebagai hadiah kepadanya dan ini semua digerakkan
oleh Allah SWT," katanya.
Mengulas
soal keadilan dalam amalan poligami, beliau berkata, tidak tepat jika ia cuma
dilihat berasaskan cara layanan yang dianggap berat sebelah di antara isteri.
Katanya,
cara layanan tentu saja berbeza kerana suami perlu menyesuaikannya mengikut
karakter, keperibadian dan gaya hidup berbeza diamalkan setiap isterinya.
Seminar
anjuran Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang KUIS itu
bertujuan mendedahkan poligami dari aspek undang-undang dan fiqh kepada
masyarakat, selain memperbetulkan persepsi dalam menghadapi realiti sebenar
hidup berpoligami.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.