Ciri
ciri manusia akhir zaman yang boleh diangkat jadi Khalifah ....
- Dia selalu mengingati kematian mungkin
akibat penyakit yang sedang ditanggungnya. Atau mungkin dari kejadian
kemalangan dasyat yang memberikan impak besar dalam dirinya yg sukar dilupainya.
Contoh, seluruh ahli keluarganya meninggal kecuali dia.
- Tidak ambil kisah untuk ambil upah atas
perjalanan atau apa apa kerja yang dilakukannya. Kerana dia melakukan
aktiviti tersebut semata mata kerana Allah.
- Dia selalu mengingati kearah akhirat.
- Dia membesarkan akhirat. Dia tidak
mengejar dunia.
- Dia suka membimbing rakannya kearah
akhirat.
- Dia tidak merebut harta peninggalan
bapanya dari adik beradiknya.
- Dia mempunyai rumah dengan sangat
sederhana. Begitu juga dengan kereta yang dipakainya mungkin dari kereta
terpakai sahaja, yang murah harganya tapi tinggi kualiti dan
kebolehpercayaannya.
- Dia tidak dikalahkan oleh wanita perawan
cantik.
- Dia berlaku lurus, adil dan jujur dalam
segala hal perkara.
- Dia bersikap Benar, Amanah, Bijaksana dan
Menyampaikan dalam semua hal perkara.
- Dia berjemaah dengan mereka yang benar
benar ahli pakar dalam membuat keputusan yang rumit.
- Dia mempunyai sikap belas kasihan dan
mengambil berat perihal orang orang bawahannya.
- Dia tidak mengambil kesempatan dengan
melantik ahli keluarganya jadi orang penting dalam syarikat perniagaan
besar.
- Bersikap menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan ma’ruf dan melarang dari
yang mungkar.
- Dia berusaha sebaik dayanya ke arah
dapatan rahmat kepada alam dengan usaha
menghidupkan manusia dengan penghidupan yang baik, juga cuba sedaya upaya
menyambung kelestarian alam sekitar dan sama sekali dia tidak bersetuju
dengan aktiviti pencemaran alam, pencemaran sumber air atau pemusnahan
habitat haiwan liar, pemusnahan hutan / gunung ganang dsbnya.
- Menjadikan Al Quran sebagai panduan
rujukannya. Dia tidak memisahkan politik dari agamanya.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.
11:23 Sesungguhnya orang orang yang
beriman dan beramal salih dan tenteram hati mereka terhadap Tuhannya, mereka
itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.
22:41
Mereka, jika Kami beri tempat (kekuasaan) di muka bumi, mereka mendirikan
sembahyang dan membayarkan zakat serta menyuruh dengan ma’ruf (kebaikan) dan
melarang yang mungkar (kejahatan). Dan kepada Allah (terserah) akibat semua
pekerjaan.
25:64
Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.
32:16
Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring (kurang tidur malam hari),
sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan mereka
menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.
39:9 Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada
waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta
mengharapkan rahmat Tuhannya ( sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah;
Adakah sama orang orang yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak
berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang
orang yang berakal.
39:22
Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk Islam, sehingga ia mendapat
cahaya dari Tuhannya, (sama dengan orang yang keras hatinya?) Maka celakalah
bagi orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan
yang nyata.
74:6
Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak
(daripadanya).
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
Terjemahan Hadis Sahih Al Imam Al Bukhari
33.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw.
bersabda : “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barang siapa memperberat
berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu kerjakanlah (agama
itu) menurut mestinya atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan
beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu
pagi, petang dan sebahagian malam.”
76.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw.
bersabda: “Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan
mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang
orang berpengetahuan (ulama). Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka
masyarakat akan mengangkat orang orang bodoh menjadi pemimpin yang akan
dijadikan tempat bertanya. Orang orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu;
mereka itu sesat dan menyesatkan,”.
1382. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w.
berdiri bersama kami, lalu beliau menyebut perkara korupsi. Beliau mengatakan
perkara itu besar dan amat besar. Beliau bersabda: “Saya nanti menemui seorang
kamu pada hari kiamat, di atas bahunya (kuduknya) ada kambing yang mengembek,
kuda yang meringkik,”. Orang itu berkata: “Ya Rasulullah! Tolonglah saya!”.
Saya menjawab: “Saya tidak dapat menolong engkau sedikitpun. Sesungguhnya saya
pernah menyampaikan kepada engkau.” Dan di atas bahunya unta yang melenguh,
orang itu berkata: “Ya Rasulullah, tolonglah saya!”. Saya menjawab: “Saya tidak
dapat menolong engkau sedikitpun. Sesungguhnya saya pernah menyampaikan kepada
engkau.” Dan di atas bahunya emas dan perak (harta). Ia berkata: “Ya
Rasulullah! Tolonglah saya!”. Saya menjawab: “Saya tiada dapat menolong engkau
sedikitpun. Sesungguhnya saya pernah menyampaikan kepada engkau.” Dan di atas
bahunya sepotong kain yang berkibar kibar. Dia berkata: “Ya Rasulullah!
Tolonglah saya!”. Saya menjawab: “Saya tiada dapat menolong engkau sedikitpun.
Sesungguhnya saya pernah menyampaikan kepada engkau.”
1569. Dari
Abu Bakrah r.a. katanya: Ketika sampai khabar kepada Rasulullah saw. bahwa
penduduk parsi telah mengangkat anak perempuan Kisra menjadi Raja mereka, lalu
Beliau bersabda : “Tidaklah beruntung satu kaum yang mengangkat seorang
perempuan untuk urusan pemerintahan mereka,”.
1739. Dari
Ibnu ‘Abbas r.a. katanya: Saya dengar Rasulullah saw. bersabda: “Seandainya
seorang anak Adam (manusia) mempunyai harta sepenuh dua lembah, tentulah ia
meminta agar diberi harta selembah lagi. Rongga batang tubuh anak Adam itu
hanya dapat dipenuhi (dipuaskan) dengan tanah. Setelah itu Tuhan memberi tobat
kepada siapa yang tobat.”
1746. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Kalau amanah tidak lagi
dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran.” Ia bertanya: “Bagaimana orang
tidak memegang teguh amanah itu, ya Rasullulah?” Beliau menjawab: “Kalau
sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah
saat kehancuran.”
1868. Dari
Abdullah r.a.: Nabi saw. bersabda: “Mencaci orang islam itu suatu kejahatan dan
membunuhnya adalah kekafiran.”
1897. Dari
Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Sesungguhnya kamu sangat
mengharapkan Jabatan Pemerintahan, tetapi di hari kiamat hal itu menjadi
penyesalan. Amat baik perempuan yang menyusukan anaknya dan amat buruk
perempuan yang berhenti menyusukan,”
Simbolik perempuan menyusu anak digunakan disini di mana
ikut sains tempoh waktu terbaik menyusu
bayi adalah untuk selama 2 tahun maknanya perempuan itu sesuai berada di rumah
2 tahun untuk mengurus hal bayi kecilnya. Kewajipan mencari nafkah atau mencari
makan dan memberi tempat perlindungan adalah kewajipan pihak laki laki, bukan
pihak wanita. Dan perempuan adalah pihak yang sepatut lebih layaknya pihak yang
perlu dilindungi dan diberi nafkah. Juga sejak bilakah Nabi, Rasul dan Quran mengajar
kita Khalifah adalah paling baiknya dilantik dari kalangan Perempuan? Juga
walaupun Islam menyarankan Khalifah itu baik dipilih dari kalangan laki laki
(diperlihatkan melalui gerak kerja amalan nabi dan rasul) tetapi bukanlah dipilih
dari laki laki sembarangan – Ciri cirinya, laki laki itu sendiri adalah laki
laki mulia di sisi Tuhannya di mana perangai tingkah lakunya berhemah dan
lembut, bertolak ansur, bijaksana dalam membuat keputusan, amanah, jujur,
telus, adil, memahami, penyayang, pendengar yang baik, tidak ria, tidak ujub,
tidak istidraj, merendah diri dan zuhud, bersikap pemaaf, penyayang, pemurah,
penyantun, suka menolong orang /haiwan /alam, dan dia sendiri sebenarnya
menolak iaitu dia tidak mau duduk atau mengambil jawatan khalifah tersebut kerana
dia sendiri takut pada tanggungjawab yang berat yang sedia menanti beliau untuk
dilaksanakan. Sanggupkah dia melaksanakan segala tanggungjawab itu kerana
khalifah itu sebenarnya bekerja kerana Allah hanya untuk kebaikan manusia lain
di bawah kuasa takluk pemerintahannya seperti hadis 1897 dan Hadis 1898.
Justeru laki laki itu adalah dalam terpaksa menerima jawatan khalifah kerana
fardhu kifayah dan jauh sekali dari dia meronta ronta atau berlumba lumba atau
berebut rebut mau mengejar, memiliki jawatan khalifah itu.
1898. Dari
Abu Musa r.a. katanya: Saya bersama dua orang kaum saya datang kepada Nabi saw.
: Yang seorang mengatakan: “Angkatlah kami untuk jabatan pemerintahan, ya
Rasulullah!” Dan yang seorang lagi mengucapkan perkataan serupa itu pula.
Beliau menjawab: “Sesungguhnya kami tidak mengangkat untuk itu orang yang
memintanya dan tidak pula orang yang sangat mengharapkannya.”
Berdasarkan hadis sahih Bukhary no 1898 ini, maka jelaslah
khalifah dalam Islam wajib dilantik hanya selepas perbincangan dari ahli jemaah
mesyuarat yang berwibawa. Khalifah hanya boleh dilantik dari kalangan mereka
yang tidak mau jawatan khalifah itu diberikan kepada mereka kerana mereka takut
akan tanggunggjawab yang akan dipersoal Allah di akhirat kelak iaitu apabila
didatangkan illiyin dan sijjin dan apabila kulit dan anggota manusia dipandaikan
berkata kata oleh Allah. Dari amalan dan gerakkerja Rasulullah dan sahabat
pula, tiada khalifah dilantik dari kalangan wanita. Begitu juga dari kalangan
para Nabi bahwa tiada nabi dari kalangan perempuan kerana Allah telah
menciptakan manusia laki laki sebagai pelindung dan pembela kepada wanita.
Lelaki juga cenderung membuat keputusan berdasarkan akal fikiran dan tidak
menurut emosi atau hawa nafsu. Manakala wanita lebih banyak membuat keputusan
berdasarkan emosi, marah dan nafsu tidak puashati terutama jika mereka masih
berada dalam tempoh pengaruh putaran tinggi rendahnya hormon estrogen
progesterone kerana datang bulan. Simbolik penciptaan Hawa adalah dari rusuk
Nabi Adam yang bengkok. Justeru daripada Hadis Sahih Bukhary 1898 ini jelaslah
mereka yang memburu jawatan dan memperbuat 1001 helah untuk berkuasa adalah
sama sekali mereka ini tidak layak untuk diambil menjadi khalifah. Golongan
wanita pula adalah dari golongan lebih beruntung kerana mereka tidak perlu
menggalas tanggungjawab penting sebagai khalifah dalam pentadbiran Islam.
Dalam Islam apabila untuk kes cerai, akan bercerai satu
pasangan hanya apabila dengan satu lafaz cerai saja oleh lelaki. Tetapi tidak
jatuh hukum cerai apabila ribuan kali lafaz cerai yang dikeluarkan dari mulut
wanita. Justeru dari sini kita telah nampak Allah dan rasulnya memang telah memilih
manusia laki laki untuk jadi khalifah atau jadi ketua atau pemimpin dan juga
untuk membuat keputusan. Bukan wanita. Tapi bukanlah maksudnya merendahkan
wanita kerana wanita adalah insan istimewa ciptaan dari yang Mahasuci.
Begitulah indahnya aturan dalam Islam. Malangnya, amat
dukacita apabila saja penjajah menyuruh orang Islam memisahkan agama dari
politik lalu, saranan penjajah ini diterima pakai oleh kita tanpa kita melihat
apa kehendak dan perintah agama seperti yang diamalkan oleh para Nabi &
Rasul sebelum ini. Justeru, contoh terbaik dalam pelantikan dan pemilihan
Khalifah di zaman kita ini adalah seperti yang pernah diamalkan oleh
Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
1899 Dari
Ma’qil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya
dengar dari Rasulullah saw dan saya telah mendengar beliau bersabda: “
Seseorang yang telah ditugaskan Tuhan memerintahi rakyat, kalau dia tidak
memimpin rakyat itu dengan jujur, niscaya dia tiada akan memperoleh bau
syurga.”
1900 Dari
Ma’qil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya
dengar dari Rasulullah saw dan beliau bersabda: “Seorang pembesar yang
memerintahi rakyat kaum Muslimin, apabila pembesar itu mati, sedang dia tidak
jujur terhadap rakyat, niscaya dia dilarang oleh Allah masuk syurga”.
1904. Dari
Abdur Rahman bin Abu Bakar r.a. katanya: Abu Bakrah menulis surat kepada
anaknya yang ketika itu sedang berada di Sijitsan: “Bahwa janganlah engkau
memutuskan perkara antara dua orang yang bersilisih, pada hal engkau sedang
marah, kerana sesungguhnya saya mendengar Nabi saw. bersabda: “Janganlah
seorang hakim memutuskan perkara antara dua orang yang berselisih, pada hal dia
sedang marah”.
1927. Dari
Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Tiga golongan, tidak
bercakap cakap Allah dengan mereka dan tidak akan menyucikan mereka di hari
kiamat dan mereka memperoleh siksaan yang pedih. 1. Orang yang mempunyai
kelebihan air dalam perjalanan tetapi dia tidak mau memberikannya kepada
musafir (yang memerlukan). 2. Orang yang berjanji setia kepada Imam (Kepala
Pemerintahan), tetapi dia berjanji setia itu hanya kerana hendak memperoleh
keuntungan dunia. Kalau dia diberi, dipenuhinya janjinya. Tetapi kalau tidak
diberi, janji itu tidak dipenuhinya. 3. Orang yang jual beli suatu barang
sesudah ‘Asar, lalu orang yang membeli itu bersumpah dengan nama Allah, bahwa
telah dibayarnya sekian , lalu dibenarkan oleh orang menjual. Maka diberikannya
barang itu, pada hal yang sebenarnya belum dibayar.”
1964. Dari
Urwah r.a. katanya: Abdullah bin Umar naik haji bersama dengan kami dan kami
dengar dia berkata: “ Saya mendengar Nabi saw. bersabda: Sesungguhnya Allah
tidak akan mengambil (menghilangkan) ilmu sekaligus sesudah diberikanNya,
melainkan mengambil itu dengan mengambil (mewafatkan) ahli ilmu bersama
ilmunya. Maka tinggallah orang orang bodoh. Mereka diminta fatwanya: lalu
mereka berfatwa menurut kemauan sendiri. Sebab itu, mereka menyesatkan dan
sesat.
2018.
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Allah berfirman: “Aku
telah menyediakan untuk hambaKu yang salih, apa yang belum pernah mata melihat,
belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat dalam hati manusia.”
Terjemahan Hadis Sahih Al Imam Muslim
114.
Dari Al Hasan r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang
hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya, tetapi dia menipu rakyat,
maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga baginya.”
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.