Total Pageviews

Friday, 8 May 2026

Allah melebihkan lelaki dari perempuan.

 

 

https://myislam.org/quran-transliteration/

 

Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

 

 

 

2:228 Perempuan perempuan yang diceraikan suaminya (ditalaknya) hendaklah menantikan dengan sendirinya tiga kali suci / haid. Tiada halal bagi mereka menyembunyikan apa apa yang dijadikan Allah dalam rahimnya (anak, haid), jika mereka beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Suami mereka lebih patut kembali kepadanya (rujuk) ketika itu, jika mereka menghendaki kemuslihatan. (Hak hak) untuk perempuan seumpama (kewajipan) yang di atas pundaknya, secara ma’ruf dan untuk laki laki ada kelebihan satu derajat dari perempuan. Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

 

3:14 Dihiaskan kepada manusia, mencintai shahwat (keinginan nafsu), seperti perempuan2, anak anak dan harta benda yang banyak, dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang binatang ternak dan tanam tanaman. Demikian itulah kesukaan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaik baiknya (iaitu syurga). 

 

3:15 Katakanlah: Adakah kamu suka, ku khabarkan kepadamu barang yang lebih baik daripada yang demikian? (Yaitu) : Untuk orang orang yang taqwa di sisi Tuhannya ada surga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka itu kekal di dalamnya dan (lagi) isteri isteri yang suci dan keredhaan Allah, dan Allah Mahamelihat segala hambanya.

 

3:146 Beberapa banyaknya nabi yang berperang bersamanya kaum yang banyak. Mereka itu tidak pengecut, kerana (bahaya) yang menimpa mereka pada jalan Allah dan tiada lemah dan tiada pula tunduk: dan Allah mengasihi orang orang yang sabar.

 

4:3 Jika kamu takut, bahwa kamu tak akan berlaku ‘adil tentang anak anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan perempuan yang baik bagimu, berdua, bertiga atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut, bahwa tiada akan berlaku ‘adil, maka kahwinilah seorang saja, atau pakailah hamba sahaya. Yang demikianlah itu lebih dekat kepada tiada aniaya.

 

4:25 Barang siapa yang tidak kuasa (tak mempunyai) harta di antara kamu untuk mengahwini perempuan merdeka yang beriman, hendaklah ia mengahwini hamba sahaya, (iaitu) perempuan perempuan muda yang  beriman. Allah lebih mengetahui keimananmu. Sebagaimana kamu berhubungan dengan yang lain. Maka hendaklah kamu kahwini mereka itu dengan izin ahlinya, dan kamu berikanlah kepadanya mas kahwinnya, menurut patut, sedang hamba itu perempuan baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil laki laki lain menjadi teman dengan rahsia. Apabila hamba hamba perempuan itu telah bersuami, tetapi mereka berbuat jahat juga (berzina), adalah hukuman mereka seperdua hukuman perempuan yang merdeka (didera lima puluh kali dan dibuang setengah tahun). (Mengahwini hamba) itu (dihalalkan) bagi orang yang takut akan kejahatan (zina). Kalau kamu sabar (tiada suka mengahwini hamba itu), adalah lebih baik bagimu, Dan Allah Pengampun lagi Pengasih.

 

4:34 Laki laki itu menjadi tulang punggung (pemimpin) bagi perempuan, sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (laki laki) memberi belanja dari hartanya (bagi perempuan). Perempuan perempuan yang salih ialah perempuan perempuan yang ta’at yang memeliharakan kehormatannya waktu ghaib (suaminya) sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya. Perempuan perempuan yang khawatir kamu akan kedurhakaannya, hendaklah kamu beri nasihat dan kamu tinggalkanlah mereka sendirian di tempat berbaringnya dan kamu pukullah mereka (tetapi dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika mereka ta’at kepadamu, janganlah kamu cari jalan untuk menganiayanya. Sesungguhnya Allah Mahatinggi, lagi Mahabesar.

 

5:5 Pada hari ini telah dihalalkan bagimu (makanan) yang baik baik rasanya. Makanan orang orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), halal bagimu dan makanan kamu, halal pula bagi mereka itu dan (lagi dihalalkan bagi kamu mengahwini) perempuan perempuan suci di antara orang orang mukminat dan perempuan perempuan suci di antara orang orang ahli Kitab sebelum kamu, bila kamu bayarkan mas kawinnya kepada mereka, sedang kamu menjadi orang suci, bukan berzina dan bukan pula mengambil teman rahsia. Barang siapa yang kafir sesudah beriman, maka sesungguhnya hapuslah amalannya sedang ia di akhirat termasuk orang orang yang merugi.

 

5:8 Wahai orang orang yang beriman! Hendaklah kamu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah kebencian kamu kepada suatu kaum (seseorang) menjerumuskan kamu untuk tidak berlaku adil. Lakukanlah keadilan. Keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang kamu lakukan.

 

12:109 Kami tiada mengutus rasul sebelum engkau, melainkan beberapa orang laki laki, Kami wahyukan kepada mereka, di antara penduduk negerinya. Tiadakah mereka berjalan di muka bumi, lalu mereka perhatikan bagaimana akibatnya orang orang sebelum mereka? Sungguh kampung akhirat lebih baik bagi orang orang yang taqwa. Tiadakah kamu memikirkan?

 

13:38 Sesungguhnya telah Kami utus beberapa rasul sebelum engkau dan Kami adakan bagi mereka isteri isteri dan anak anak . Tidak ada hak bagi seorang rasul mendatangkan ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Untuk tiap tiap ajal ada kitab (hukum yang sesuai dengan dia).

 

19:41 Perhatikanlah (riwayat) Ibrahim dalam Kitab (Quran). Sesungguhnya dia seorang yang sangat benar dan seorang nabi.

 

19:56 Perhatikanlah dalam Kitab (riwayat) Idris. Sesungguhnya dia seorang yang sangat benar dan seorang nabi.

 

33:51 Engkau boleh meninggalkan siapa yang engkau kehendaki di antara isteri isteri engkau, dan boleh engkau pergauli siapa yang engkau kehendaki. Siapa yang engkau tuntut (kembali) di antara perempuan yang telah engkau tinggalkan, maka tiadalah engkau berdosa. Itulah lebih menyenangkan hati mereka dan tiada berduka cita; dan mereka semuanya suka menerima apa apa yang engkau berikan kepadanya. Allah mengetahui apa apa yang dalam hatimu. Allah Mahamengetahui lagi Penyantun.

 

33:52 Tidak halal bagi engkau (Ya Muhammad) (mengahwini) perempuan perempuan sesudah isteri isteri engkau (yang sekarang) dan tidak pula menukarnya dengan isteri yang lain, meskipun engkau ingin kepadanya, kerana kecantikkannya, kecuali hamba sahaya yang engkau miliki. Allah Mahamengawasi tiap tiap sesuatu.

 

49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki laki dan perempuan (bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa (bermacam macam umat) dan bersuku suku supaya kamu berkenal kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.

 

66:1 Hai Nabi, mengapakah engkau haramkan sesuatu yang dihalalkan Allah bagimu, kerana menuntut keredhaan isteri isterimu? Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

66:2 Sesungguhnya Allah memerlukan bagimu menghalalkan sumpahmu (melepaskannya dengan membayar kifarat sumpah), dan Allah walimu dan Dia Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.

 

66:3 (Ingatlah) ketika Nabi merahsiakan suatu berita kepada setengah isteri isterinya (Hafsah). Maka tatkala isterinya itu mengabarkan (membukakan rahsia itu kepada madunya Aishah) dan Allah memberitahukan yang demikian itu kepada Nabi, lalu Nabi menerangkan sebahagiannya kepada isterinya itu (Hafsah) dan meninggalkan sebagian yang lain. Tatkala Nabi mengabarkan demikian kepadanya (Hafsah), ia berkata: Siapakah yang mengabarkan ini kepadamu? Sahut Nabi: Yang mengabarkan kepadaku ialah (Allah) yang Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.

 

66:4 Kalau kamu berdua (hai Hafsah dan Aisyah) taubat kepada Allah, maka sesungguhnya telah miring hatimu (maka taubatmu diterima). Jika kamu bertolong tolongan (menentang) Nabi, maka sesungguhnya Allah menolongnya, serta Jibril dan orang orang Mukmin yang salih; sedang malaikat malaikat sesudah itu menolong pula.

 

66:5 Mudah mudahan Tuhannya, jika Nabi menceraikan kamu, bahwa Tuhan mengganti kamu dengan isteri isteri lain, yang lebih baik daripadamu, iaitu perempuan perempuan, muslimat, mukminat, yang ta’at, yang taubat, yang beribadat, yang berpuasa, janda dan perawan.

 

66:6 Hai orang2 yang beriman, peliharakanlah dirimu dan keluargamu daripada neraka, yang bahan bakarnya manusia dan batu batu, sedang penjaganya malaikat malaikat yang kasar lagi keras, mereka tiada mendurhakai Allah tentang apa apa yang disuruhNya dan mereka memperbuat apa apa yang diperintahkan kepadanya.

 

66:10 Allah memberikan contoh bagi orang orang yang kafir, (iaitu) isteri Nuh dan isteri Luth. Keduanya di bawah (penjagaan) dua orang hamba yang salih di antara hamba hamba Kami, lalu keduanya berkhianat kepada suaminya, maka suami keduanya tidak dapat mempertahankan keduanya daripada (siksa) Allah sedikitpun, dan dikatakan ( kepada keduanya ) : Masuklah kamu ke dalam neraka bersama sama orang orang yang masuk.

 

66:11 Dan Allah memberikan contoh bagi orang orang yang beriman, (yaitu) isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Ya Tuhanku, bangunkanlah rumah untukku di sisi Engkau dalam surga dan lepaskanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan lepaskan aku dari kaum yang aniaya.

 

 

 

https://myislam.org/quran-transliteration/

 

Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

 

 

.

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.