Total Pageviews

Friday, 8 May 2026

Wanita isteri kawen cerai

 

Women wife wedding divorce

 

 

https://myislam.org/quran-transliteration/

 

Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

 

 

 

2:23 Jika kamu dalam ragu ragu tentang (Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka perbuatlah olehmu satu surat seumpamanya, dan panggillah saksi2mu lain dari pada Allah, jika kamu orang yang benar.

 

2:24 Kalau tidak kamu perbuat dan takkan dapat kamu memperbuatnya, maka takutlah akan api neraka yang penyalaannya manusia dan batu-batu, disediakan untuk orang-orang kafir.

 

2:25 Berilah khabar gembira orang orang yang beriman dan beramal salih, bahawa sesungguhnya untuk mereka itu syurga yang mengalir air sungai di bawahnya. Tiap tiap mereka mendapat rezeki daripada buah buahannya, mereka berkata: Ini seperti rezeki yang diberikan kepada kita dahulu. Mereka diberi rezeki yang serupa serupa dan untuk mereka dalam syurga isteri isteri yang suci, sedang mereka kekal di dalamnya.

 

2:102 Mereka mengikuti apa yang dibacakan syetan (ketua tukang sihir) pada masa kerajaan Sulaiman; dan Sulaiman itu bukan orang kafir, tetapi syetanlah yang kafir. Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia, dan apa apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut di negeri Babil. Keduanya tiada mengajarkan sihir kepada seseorang melainkan lebih dahulu berkata: Kami ini hanya mendatangkan cobaan, sebab itu, janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa apa yang akan menceraikan antara suami dan isterinya. Mereka itu tiada memberi melarat kepada seorang juapun, kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari apa apa yang melarat kepada mereka dan tiada bermanfaat bagi mereka. Sesungguhnya mereka itu telah tahu, siapa yang membeli sihir (mengerjakannya) tak adalah untuknya bahagian di akhirat. Sesungguhnya amat jahat orang orang yang menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengetahui.

 

2:187 Dihalalkan bagimu waktu malam (bulan) puasa bersetubuh dengan isterimu. Mereka itu pakaianmu dan kamu pakaian mereka. Allah mengetahui bahawa kamu telah berkhianat kepada dirimu sendiri, maka diterimaNya taubatmu dan dimaafkanNya kesalahanmu. Sekarang bolehlah kamu bersetubuh dengan perempuanmu dan tuntutlah apa apa yang dihalalkan Allah bagimu. Makanlah dan minumlah, sehingga nyata bagimu benang yang putih dari benang yang hitam iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam (terbenam matahari). Janganlah kamu bersetubuh dengan isterimu sedang kamu beri’tikap (beribadat) dalam masjid. Demikianlah batas yang ditentukan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Seperti demikianlah Allah menerangkan ayat ayatNya kepada manusia, mudah mudahan mereka bertaqwa.

 

2:216 Diperlukan atas kamu berperang, sedang berperang itu suatu yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tiada mengetahui.

 

2:218 Sesungguhnya orang orang yang beriman, orang orang yang berhijrah dan berjuang pada jalan Allah, mereka itu mengharap rahmat Allah. Allah pengampun lagi Penyayang.

 

2:220 (Urusan) dunia dan akhirat. Mereka itu bertanya kepada engkau dari hal anak anak yatim. Katakanlah: Berbuat kebaikan untuk mereka lebih baik dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka itu saudaramu. Allah mengetahui orang yang berbuat binasa dari orang yang berbuat muslihat. Jika Allah menghendaki niscaya disempitkanNya kamu. Sungguh Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

 

2:221 Janganlah kamu kahwini perempuan perempuan musyrik, kecuali jika mereka beriman. Sesungguhnya hamba sahaya yang beriman, lebih baik dari perempuan yang musyrik, meskipun ia mentakjubkan kamu dan janganlah kamu kahwinkan (perempuan muslim) dengan laki2 musyrik, kecuali jika mereka beriman. Sesungguhnya hamba laki2 yang beriman, lebih baik dari laki2 yang musyrik, meskipun ia mentakjubkan kamu. Mereka itu menyeru ke dalam neraka dan Allah menyeru ke dalam syurga dan kepada ampunan dengan izinNya. Allah menyatakan ayat ayatNya  kepada manusia, mudah mudahan mereka menerima peringatan.

 

2:222 Mereka bertanya kepada engkau dari hal haid (darah bulanan perempuan). Katakanlah: Ia suatu kotoran, sebab itu hindarkanlah perempuan perempuan ketika mereka dalam haid, dan janganlah kamu bersetubuh dengan mereka, sehingga mereka suci. Apabila mereka bersuci (mandi) bersetubuhlah kamu dengan mereka sebagaimana Allah telah menyuruhmu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang orang yang taubat dan mengasihi orang orang bersuci.

 

2:223 Perempuan perempuan itu ladangmu, maka datangilah ladangmu itu sebagaimana kamu kehendaki dan kerjakanlah (amalan) untuk dirimu. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahwa kamu akan menghadapNya. Dan berilah khabar gembira orang orang beriman.

 

2:224 Janganlah kamu jadikan Allah sasaran bagi sumpahmu untuk (menghalangi) kamu berbuat baik dan bertaqwa dan memperdamaikan antara manusia. Allah Mahamendengar lagi Mahamengetahui.

 

2:225 Allah tiada menyiksamu tentang sumpahmu yang tiada dengan sengaja, tetapi Dia menyiksamu sebab usaha hatimu. Allah Pengampun lagi Penyantun.

 

2:226 Orang orang yang bersumpah dengan perempuannya (tiada akan bersetubuh) diberi janji empat bulan lamanya, maka jika mereka kembali, sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

2:227 Jika mereka bercita cita hendak menceraikannya, maka sesungguhnya Allah Mahamendengar lagi Mahamengetahui.

 

2:228 Perempuan perempuan yang diceraikan suaminya (ditalaknya) hendaklah menantikan dengan sendirinya tiga kali suci / haid. Tiada halal bagi mereka menyembunyikan apa apa yang dijadikan Allah dalam rahimnya (anak, haid), jika mereka beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Suami mereka lebih patut kembali kepadanya (rujuk) ketika itu, jika mereka menghendaki kemuslihatan. (Hak hak) untuk perempuan seumpama (kewajipan) yang di atas pundaknya, secara ma’ruf dan untuk laki laki ada kelebihan satu derajat dari perempuan. Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

 

2:229 Thalaq itu hanya dua kali, kemudian itu menahan isteri secara ma’ruf atau melepaskannya dengan kebaikan. Tiada halal bagimu mengambil apa apa yang telah kamu berikan kepadanya sedikitpun, kecuali jika keduanya takut, bahwa tiada akan menegakkan batas batas (peraturan) Allah. Jika kamu takut, bahwa keduanya tiada akan menegakkan batas batas Allah, maka tiada berdosa keduanya tentang barang yang jadi tebusan oleh perempuan itu. Demikianlah batas batas Allah, maka janganlah kamu lampaui. Barang siapa yang melampaui batas batas Allah, maka mereka itulah orang orang aniaya.

 

2:230 Jika dia menceraikan perempuannya (sesudah talak dua kali), maka tiadalah halal perempuan itu baginya, kecuali jika perempuan itu telah kahwin dengan lelaki yang lain. Dan jika diceraikan pula oleh lelaki lain itu, tiada berdosa keduanya kalau keduanya rujuk kembali, jika keduanya menduga akan menegakkan batas batas Allah. Demikian itulah batas batas Allah, diterangkanNya kepada kaum yang akan mengetahuinya.

 

2:231 Apabila kamu mentalak perempuan, lalu hampir habis ‘idahnya, maka tahanlah mereka secara ma’ruf, atau ceraikanlah mereka secara ma’ruf. Janganlah kamu tahan mereka dengan kemelaratan, kerana kamu hendak menganiayanya. Barang siapa memperbuat demikian, sesungguhnya ia telah menganiaya dirinya sendiri. Janganlah kamu ambil ayat ayat Allah jadi olok olokan. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu dan apa apa yang diturunkanNya kepadamu, iaitu Kitab dan  hikmah, sedang Dia memberi pengajaran kepadamu. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Mahamengetahui tiap tiap sesuatu.

 

2:232 Apabila kamu menceraikan perempuan, kemudian telah habis ‘idahnya, maka janganlah kamu larang perempuan itu hendak mengahwini bekas suaminya kembali, jika mereka itu telah suka sama suka secara ma’aruf. Demikian itu diajarkan kepada siapa yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Demikian itulah yang lebih baik dan lebih suci bagimu. Allah mengetahui dan kamu tiada mengetahui.

 

2:233 Ibu ibu itu menyusukan anak anaknya dua tahun genap, bagi orang yang menghendaki akan menyempurnakan susuan. (Kewajiban) atas bapa memberi belanja ibu anaknya itu dan pakaiannya secara ma’ruf. Tiadalah diberati seseorang melainkan sekadar tenaganya. Tiadalah melarat ibu kerana anaknya, dan tiada pula (melarat) bapa kerana anaknya; dan terhadap waris pun seperti demikian pula. Jika kedua ibu bapa hendak menceraikan anaknya dari menyusu (sebelum dua tahun) dengan kesukaan dan permusyawaratan antara keduanya, maka tiada berdosa keduanya. Jika kamu menghendaki perempuan lain menyusukan anakmu, maka tiada berdosa kamu bila kamu berikan upahnya secara ma’ruf. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawasanya Allah Mahamelihat apa apa yang kamu kerjakan.

 

2:234 Orang orang yang mati di antara kamu, sedang mereka meninggalkan janda, hendaklah janda mereka menantikan dengan sendirinya (ber’idah) empat bulan dan sepuluh hari. Apabila sampai ‘idahnya itu, maka tiada berdosa kamu, tentang apa apa yang diperbuat perempuan itu terhadap dirinya secara ma’ruf. Allah Mahamengetahui apa apa yang kamu kerjakan.

 

2:235 Tiada berdosa kamu, jika kamu meminang perempuan dengan kata sindiran atau kamu sembunyikan dalam hatimu. Allah mengetahui, bahwa kamu akan menyebutkannya kepada perempuan itu. Tetapi janganlah kamu janjikan kepadanya dengan rahsia (kawin), melainkan hendaklah kamu sebut perkataan yang patut. Janganlah kamu bercita cita hendak melangsungkan perkahwinan (akad nikah) kecuali apabila habis ‘idahnya. Ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa apa yang dalam hatimu, maka takutlah kamu kepadaNya dan ketahuilah bahawasanya Allah Pengampun lagi penyantun.

 

2:236 Tiada berdosa kamu, jika kamu mentalak perempuanmu, sebelum kamu bersetubuh dengan dia atau sebelum kamu tentukan maskawinnya. Berilah perempuan itu kegembiraan secara ma’ruf; orang kaya sekadar kekayaannya dan orang miskin sekadar kemiskinannya, sebagai suatu kewajiban atas orang orang yang berbuat kebaikan.

 

2:237 Jika kamu mentalak perempuan, sebelum kamu bersetubuh dengan dia, sedang kamu telah menentukan mas kawinnya, maka untuk perempuan itu seperdua dari yang kamu tentukan itu, kecuali jika dimaafkannya atau maaf orang yang di tangannya akad nikah (lelaki). Maaf itu lebih hampir kepada taqwa. Janganlah kamu lupakan kurnia (pemberian) sesama kamu. Sesungguhnya Allah Mahamelihat apa apa yang kamu kerjakan.

 

2:238 Peliharakanlah segala sembahyang dan sembahyang yang pilihan (‘Ashar). Berdirilah kerana Allah, serta mentaatiNya.

 

2:239 Jika kamu takut, maka (boleh sembahyang) berjalan kaki atau berkenderaan. Apabila kamu telah aman, maka ingatlah akan Allah, sebagaimana Dia telah mengajarkan kepadamu apa apa yang tiada kamu ketahui.

 

2:240 Orang orang yang mati di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri isteri, boleh mereka berwasiat kepada isterinya itu, supaya bersenang senang setahun lamanya, tanpa dikeluarkan (dari rumahnya). Tetapi jika perempuan itu keluar, maka tiada berdosa kamu tentang apa yang diperbuatnya bagi dirinya secara ma’ruf. Allah Mahaperkasa lagi Maha bijaksana.

 

2:241 Untuk perempuan yang ditalak itu kegembiraan (pemberian dari suaminya) secara ma’ruf, sebagai suatu kewajiban atas orang orang yang taqwa.

 

2:242 Demikianlah Allah menerangkan ayat ayatNya kepadamu, mudah mudahan kamu memikirkannya.

 

3:14 Dihiaskan kepada manusia, mencintai shahwat (keinginan nafsu), seperti perempuan2, anak anak dan harta benda yang banyak, dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang binatang ternak dan tanam tanaman. Demikian itulah kesukaan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaik baiknya (iaitu syurga). 

 

3:15 Katakanlah: Adakah kamu suka, ku khabarkan kepadamu barang yang lebih baik daripada yang demikian? (Yaitu): Untuk orang orang yang taqwa di sisi Tuhannya ada surga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka itu kekal di dalamnya dan (lagi) isteri isteri yang suci dan keredhaan Allah, dan Allah Mahamelihat segala hambanya.

 

4:1 Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadanya; dan daripada keduanya berkembang biak laki laki dan perempuan yang banyak. Dan takutlah kepada Allah yang pinta meminta kamu dengan namaNya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesunggguhnya Allah mengawasi kamu.

 

4:3 Jika kamu takut, bahwa kamu tak akan berlaku ‘adil tentang anak anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan perempuan yang baik bagimu, berdua, bertiga atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut, bahwa tiada akan berlaku ‘adil, maka kahwinilah seorang saja, atau pakailah hamba sahaya. Yang demikianlah itu lebih dekat kepada tiada aniaya.

 

4:4 Berikanlah kepada perempuan perempuan maskawinnya, sebagai satu pemberian. Jika perempuan perempuan itu orang baik hati, mau merelakan sebahagian daripadanya, makanlah oleh mu dengan baik dan senang.

 

4:14 Barang siapa mendurhakai Allah dan rasulNya dan melampaui batas batas (larangan) Nya, niscaya Allah memasukkan dia ke dalam neraka, serta kekal di dalamnya, dan untuknya siksa yang menghinakan.

 

4:15 Orang orang yang memperbuat pekerjaan yang keji (berzina) di antara perempuan perempuan mu, maka adakanlah empat orang saksi diantara kamu atas perbuatannya itu. Kalau mereka itu mempersaksikan, penjarakanlah perempuan itu dalam rumahmu, sampai mereka mati atau Allah mengadakan jalan yang lain bagi mereka (ganti hukuman itu).

 

4:16 Dua orang yang mengerjakan pekerjaan keji di antara kamu, maka sakitilah keduanya (dengan dipukul atau didera). Kalau keduanya taubat dan memperbaiki dirinya, maka berpalinglah kamu daripada keduanya. Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi penyayang.

 

4:19 Hai orang orang yang beriman, tiada halal bagimu mempusakai perempuan dengan paksaan, dan janganlah kamu susahkan mereka, kerana hendak mengambil kembali sebahagian (mas kawin) yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka memperbuat keji yang nyata (zina). Bergaullah dengan mereka (isterimu) menurut patut. Kalau kamu benci kepada mereka (hendaklah kamu sabar), kerana boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, sedang Allah menjadikan kebaikan yang banyak di dalamnya.

 

4:20 Jika kamu hendak menukar perempuan dengan perempuan yang lain dan telah kamu berikan kepadanya harta yang banyak (mas kawin),  janganlah kamu ambil kembali daripadanya sedikitpun. Adakah patut kamu ambil kembali harta itu dengan aniaya dan dosa yang terang?

 

4:21 Bagaimanakah akan kamu ambil harta itu kembali, padahal setengah kamu telah berhubungan rapat dengan yang lain, dan mereka telah mengambil setia yang teguh daripadamu?

 

4:22 Janganlah kamu kahwini perempuan perempuan yang telah dikahwini Bapakmu, kecuali pada masa yang telah lalu. Sesungguhnya pekerjaan itu keji dan dibenci dan sejahat jahat jalan.

 

4:23 Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibumu, anak perempuanmu, saudara perempuanmu, saudara perempuan bapakmu, saudara perempuan ibumu, anak perempuan dari saudara laki laki, anak perempuan dari saudara perempuan, ibu yang menyusukanmu, saudara perempuan dari sesusuanmu, ibu isterimu dan anak tiri yang dalam pemeliharaanmu, jika kamu telah bersetubuh dengan ibunya, kalau kamu belum bersetubuh dengan ibunya, maka tiada berdosa kamu (mengahwini anak tiri itu) dan juga (diharamkan mengahwini) bekas isteri anak kandungmu (menantu) dan menghimpunkan dua orang perempuan yang bersaudara, kecuali pada masa yang lalu. Sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

4:24 Dan (diharamkan juga atas kamu mengahwini) perempuan perempuan yang bersuami, kecuali perempuan yang kamu miliki. (Yang demikian itu) telah dituliskan Allah atas kamu. Dan dihalalkan bagimu (mengahwini) perempuan perempuan yang lain daripada itu, jika kamu mencari perempuan dengan hartamu (mas kahwin) serta beristeri dengan dia bukan berbuat jahat (zina). Jika kamu telah bersetubuh dengan perempuan itu, hendaklah kamu berikan kepadanya mas kahwinnya (mahar) yang telah kamu tetapkan. Tetapi tiadalah berdosa kamu, jika kamu telah suka sama suka tentang mas kahwin itu (berdamai) sesudah ditetapkan. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.

 

4:25 Barang siapa yang tidak kuasa (tak mempunyai) harta di antara kamu untuk mengahwini perempuan merdeka yang beriman, hendaklah ia mengahwini hamba sahaya, (iaitu) perempuan perempuan muda yang  beriman. Allah lebih mengetahui keimananmu. Sebagaimana kamu berhubungan dengan yang lain. Maka hendaklah kamu kahwini mereka itu dengan izin ahlinya, dan kamu berikanlah kepadanya mas kahwinnya, menurut patut, sedang hamba itu perempuan baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil laki laki lain menjadi teman dengan rahsia. Apabila hamba hamba perempuan itu telah bersuami, tetapi mereka berbuat jahat juga (berzina), adalah hukuman mereka seperdua hukuman perempuan yang merdeka (didera lima puluh kali dan dibuang setengah tahun). (Mengahwini hamba) itu (dihalalkan) bagi orang yang takut akan kejahatan (zina). Kalau kamu sabar (tiada suka mengahwini hamba itu), adalah lebih baik bagimu, Dan Allah Pengampun lagi Pengasih.

 

4:26 Allah menghendaki, supaya menerangkan kepadamu dan menunjukkan kepadamu sunnah (peraturan) orang orang yang sebelum kamu, dan Dia menerima taubatmu. Allah Mahamengetahui, lagi Mahabijaksana.

 

4:27 Allah menghendaki, supaya Dia menerima taubatmu, dan orang orang yang mengikut syahwatnya (hawa nafsunya) menghendaki, supaya kamu condong (dari kebenaran) secondong condong yang besar.

 

4:28 Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama), kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah.

 

4:34 Laki laki itu menjadi tulang punggung (pemimpin) bagi perempuan, sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (laki laki) memberi belanja dari hartanya (bagi perempuan). Perempuan perempuan yang salih ialah perempuan perempuan yang ta’at yang memeliharakan kehormatannya waktu ghaib (suaminya) sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya. Perempuan perempuan yang khawatir kamu akan kedurhakaannya, hendaklah kamu beri nasihat dan kamu tinggalkanlah mereka sendirian di tempat berbaringnya dan kamu pukullah mereka (tetapi dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika mereka ta’at kepadamu, janganlah kamu cari jalan untuk menganiayanya. Sesungguhnya Allah Mahatinggi, lagi Mahabesar.

 

4:35 Kalau kamu ketahui perselisihan antara keduanya (laki isteri), hendaklah kamu utus seorang hakim dari keluarga laki laki dan seorang hakim dari keluarga perempuan. Jika kedua hakim itu menghendaki perdamaian, niscaya Allah akan memberikan taufik kepada kedua laki isteri itu. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui, lagi Mahamengenal.

 

4:57 Orang2 yang beriman, dan beramal salih, akan Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal dalamnya selama lamanya. Bagi mereka itu ada isteri yang suci dan Kami masukkan mereka ke naungan yang melindunginya.

 

4:97 Sesungguhnya orang orang yang diwafatkan malaikat, sedang mereka menganiaya dirinya, malaikat berkata: Dalam apakah kamu berada? Mereka menjawab: Kami adalah orang lemah (tiada sanggup mengerjakan agama) di tanah air kami. Berkata malaikat: Tiadakah bumi Allah itu lapang, lalu kamu berhijrah kepadanya? Maka tempat mereka itu neraka jahannam dan itulah sejahat jahat tempat tinggal.

 

4:98 Kecuali orang orang yang lemah di antara laki laki dan perempuan perempuan dan anak anak, mereka tiada berdaya dan tiada mendapat suatu jalan.

 

4:99 Mudah mudahan Allah akan memaafkan mereka, dan Allah Pemaaf, lagi Pengampun.

 

4:100 Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya akan diperolehnya di bumi tempat pindah yang banyak lagi lapang (rezeki). Barang siapa keluar dari rumahnya kerana hijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia ditimpa maut, maka sesungguhnya pahalanya daripada Allah. Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

4:124 Barang siapa mengerjakan amal salih, baik laki laki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tiada teraniaya sedikit pun.

 

4:125 Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai tolan.

 

4:126 Bagi Allah apa apa yang di langit dan apa apa yang di bumi, Allah meliputi (ilmunya) tiap tiap sesuatu.

 

4:127 Mereka minta petua kepada engkau (ya, Muhammad) dari hal perempuan. Katakanlah: Allah mempetuakan kepadamu dari hal mereka itu, dan apa apa yang dibacakan kepada mu dalam Kitab, tentang anak anak yatim perempuan yang tiada kamu berikan (pusaka) yang ditentukan untuk mereka, sedang kamu tiada ingin mengahwininya dan tentang orang orang yang lemah di antara anak anak dan supaya kamu menjaga anak anak yatim dengan keadilan. Apa apa kebaikan yang kamu perbuat, sesungguhnya Allah Mahamengetahuinya.

 

4:128 Jika seorang perempuan melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya. Berdamai itulah terlebih baik (daripada bercerai). (Memang) manusia itu berperangai amat kikir. Jika kamu berbuat baik (kepada isterimu) dan bertaqwa, sungguh Allah Mahamengetahui apa apa yang kamu kerjakan.

 

4:129 Kamu takkan kuasa berlaku adil antara perempuan perempuan itu, meskipun kamu sangat ingini demikian itu, sebab itu janganlah kamu condong secondong condongnya, sehingga kamu tinggalkan perempuan itu sebagai seorang yang tergantung. Jika kamu perbaiki (kesalahanmu) dan bertaqwa, sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

4:130 Jika kedua laki isteri bercerai, maka Allah akan memberi kesenangan bagi masing masingnya dengan kurniaNya. Allah lapang (kurnianya) lagi Mahabijaksana.

 

5:5 Pada hari ini telah dihalalkan bagimu (makanan) yang baik baik rasanya. Makanan orang orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), halal bagimu dan makanan kamu, halal pula bagi mereka itu dan (lagi dihalalkan bagi kamu mengahwini) perempuan perempuan suci di antara orang orang mukminat dan perempuan perempuan suci di antara orang orang ahli Kitab sebelum kamu, bila kamu bayarkan mas kawinnya kepada mereka, sedang kamu menjadi orang suci, bukan berzina dan bukan pula mengambil teman rahsia. Barang siapa yang kafir sesudah beriman, maka sesungguhnya hapuslah amalannya sedang ia di akhirat termasuk orang orang yang merugi.

 

6:25 Di antara mereka, ada orang yang mendengarkan (pengajaran) engkau dan Kami adakan tutup atas (mata) hati mereka, sehingga mereka tiada mengerti apa apa dan (Kami adakan) pekak di telinga mereka. Jika mereka lihat beberapa ayat (keterangan), mereka tiada beriman kepadanya. Sehingga apabila mereka datang kepada engkau hendak membantahmu, maka orang orang yang kafir itu berkata: Ini tidak lain, hanya khabar dongeng orang orang dahulu.

 

7:189 Dia yang menjadikan kamu dari diri (jenis) yang satu; kemudian daripadanya Allah jadikan isterinya, supaya ia bersenang hati kepadanya. Setelah ia bersetubuh dengan isterinya, lalu isteri itu mengandung dengan kandungan yang ringan, sehingga lalu beberapa waktu. Setelah berat kandungan itu, keduanya berdoa kepada Allah, Tuhan keduanya: Demi, jika Engkau beri kami seorang anak yang saleh, niscaya kami berterima kasih kepada Engkau.

 

8:63 Dia yang mengasih sayangkan antara hati mereka. Jika engkau belanjakan semua yang di atas bumi ini, niscaya tak dapat engkau mengasih sayangkan antara hati mereka; tetapi Allah mengasih sayangkan antara mereka itu. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

 

12:2 Sesungguhnya telah Kami turunkan Qur’an dalam bahasa ‘Arab, mudah mudahan kamu memikirkannya.

 

13:12 Dia yang memperlihatkan kilat kepadamu, dengan ketakutan (kepada petirnya) dan harapan (akan turun hujannya) dan Dia menjadikan awan yang berat (dengan air hujan).

 

13:38 Sesungguhnya telah Kami utus beberapa rasul sebelum engkau dan Kami adakan bagi mereka isteri isteri dan anak anak . Tidak ada hak bagi seorang rasul mendatangkan ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Untuk tiap tiap ajal ada kitab (hukum yang sesuai dengan dia).

 

16:72 Allah menjadikan bagimu jodoh (isteri) dari dirimu (bangsamu) dan menjadikan anak anak dan cucu cucu dari isterimu itu, serta memberi kamu rezeki yang baik baik. Apakah mereka percaya kepada yang batil (tiada benar) dan ingkar akan nikmat Allah?

 

24:1 (Inilah) surat telah Kami turunkan dia dan Kami tetapkan (hukum hukumnya) dan Kami turunkan di dalamnya beberapa ayat yang terang, mudah mudahan kamu mendapat peringatan.

 

24:2 Perempuan yang berzina dan laki laki yang berzina hendaklah kamu dera, masing masingnya seratus dera dan janganlah kamu kasih sayang terhadap keduanya, dalam (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyiksa keduanya satu golongan di antara orang orang Mukmin.

 

24:3 Laki laki berzina tiada berkahwin, melainkan dengan perempuan berzina pula, atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki laki berzina pula, atau laki laki musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang orang yang beriman.

 

24:4 Orang orang yang menuduh perempuan suci (dengan berzina), kemudian mereka tiada mengemukakan 4 orang saksi, hendaklah kamu dera mereka itu delapan puluh kali, dan janganlah kamu terima kesaksiannya selama lamanya, kerana mereka orang fasik.

 

24:5 Kecuali orang orang yang telah taubat sesudah itu, dan memperbaiki amalannya), maka sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

24:6 Orang orang yang menuduh isterinya (dengan berzina), tetapi mereka tiada mempunyai saksi saksi, kecuali dirinya sendiri, maka kesaksiannya ialah empat kali bersumpah dengan Allah, bahawa ia seorang yang benar.

 

24:7 Dan yang kelima, bahawa kutuk Allah atas dirinya, jika ia dusta.

 

24:8 Dan hukuman dapat tertolak dari isteri, jika ia bersumpah empat kali dengan Allah, bahawa suaminya itu dusta.

 

24:9 Dan yang kelima, bahawa amarah Allah atas dirinya, jika suaminya yang benar.

 

24:13 Mengapa mereka tiada mendatangkan empat orang saksi untuk tuduhannya itu. Jika mereka tiada mendatangkan saksi saksi adalah mereka orang dusta di sisi Allah.

 

24:26 Perempuan perempuan jahat untuk laki laki jahat. Laki laki jahat untuk perempuan perempuan jahat pula. Perempuan perempuan baik untuk laki laki baik, laki laki baik untuk perempuan perempuan baik pula. Mereka itu (orang orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka itu ampunan dan rezeki yang mulia.

 

24:31 Katakanlah kepada orang orang beriman perempuan, supaya mereka merendahkan pemandangannya dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya dan hendaklah mereka tutupkan kudungnya ke lehernya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapaknya, bapak suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang laki laki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimat, hamba sahayanya, orang orang yang mengikutnya di antara laki laki yang tiada berhajat (shahwat) kepada perempuan atau kanak kanak yang belum (ingin) melihat ‘orat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubat lah kamu sekalian kepada Allah, hai orang orang beriman, mudah mudahan kamu mendapat kemenangan.

 

24:32 Hendaklah kamu kawinkan orang orang yang meranda di antara mu dan orang orang yang saleh di antara hambamu yang laki laki dan hambamu yang perempuan. Jika mereka itu orang miskin, Allah akan mengajakan mereka dengan kurniaNya. Allah luas kurniaNya lagi Maha mengetahui.

 

24:33 Orang orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatannya (jangan berzina), sehingga Allah mengajakan mereka dengan kurniaNya. Hamba hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran uang), hendaklah kamu terima, jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah, yang diberikanNya kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian, supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia. Barang siapa memaksa mereka, maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

 

24:58 Hai orang orang beriman, hendaklah minta izin (untuk masuk kepadamu) hamba sahayamu dan anak anak yang belum sampai umur, dalam tiga waktu, (iaitu) sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaianmu tengahari dan sesudah sembahyang Isya (malam hari). Inilah tiga aurat untukmu. Kamu tiada berdosa dan tiada pula mereka, selain dari waktu yang tiga itu. Mereka bergaul dengan kamu, setengah kamu bergaul dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu beberapa keterangan. Allah Maha mengetahui, Maha bijaksana.

 

24:59 Apabila anak anakmu telah sampai umur (baligh), hendaklah mereka minta izin (untuk masuk ke dalam bilikmu), sebagaimana orang orang lain minta izin. Demikianlah Allah menerangkan ayat ayatNya kepadamu. Allah Maha mengetahui, Maha bijaksana.

 

25:74 Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri isteri dan anak anak yang mengirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang orang yang taqwa.

 

30:21  Dan di antara tanda tandaNya, bahawa Dia menciptakan jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang senang kepadanya dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat.  Sesunguhnya tentang demikian itu , menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.

 

31:20 Tiadakah kamu perhatikan, bahwa Allah menundukkan (memudahkan) untukmu apa apa yang di langit dan apa apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat nikmatNya lahir dan batin. Di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang terang.

 

33:28 Hai Nabi, katakanlah kepada isteri isterimu: Jika kamu menghendaki hidup di dunia dan perhiasannya, maka marilah kamu, aku berikan pemberian kepadamu dan kuceraikan kamu dengan perceraian yang baik.

 

33:29 Jika kamu menghendaki (keredhaan) Allah dan RasulNya, serta kampung akhirat, maka sungguh Allah telah menyediakan pahala yang besar untuk wanita wanita yang berbuat baik di antara kamu.

 

33:30 Hai perempuan perempuan Nabi, barang siapa di antara kamu yang memperbuat kejahatan yang terang, maka dilipat gandakan siksaan baginya dua kali lipat. Demikian itu mudah bagi Allah.

 

33:32 Hai perempuan perempuan nabi, kamu bukan seperti seorang di antara perempuan perempuan (lain), jika kamu taqwa, maka janganlah kamu terlalu lemah lembut (mengucapkan) perkataan, nanti orang orang yang dalam hatinya ragu ragu ingin kepadamu, dan katakanlah perkataan yang baik (ma’ruf).

 

33:33 Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berdandan (berhias) seperti dandan perempuan jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan ikutlah Allah dan rasulNya. Allah hanya menghendaki supaya Dia menghilangkan kekotoran (dosa) daripadamu, hai ahli rumah dan supaya Dia membersihkan kamu sebersih bersihnya.

 

33:35 Sesungguhnya laki laki muslim dan perempuan perempuan muslimah, laki laki yang mukmin dan perempuan perempuan yang mukminah, laki laki yang taat (patuh) dan perempuan perempuan yang taat, laki laki yang benar dan perempuan perempuan yang benar, laki laki yang sabar dan perempuan perempuan yang sabar, laki laki yang khusyuk (takut kepada Allah / rendah hati) dan perempuan perempuan yang khusyuk, laki laki yang bersedekah dan perempuan perempuan yang bersedekah, laki laki yang berpuasa dan perempuan perempuan yang berpuasa, laki laki yang memelihara farajnya (kehormatannya) dan perempuan perempuan yang memeliharanya, laki laki yang banyak mengingat Allah dan perempuan perempuan yang banyak mengingat(Nya), maka Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

 

33:36 Tidak ada bagi laki laki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih dalam urusan mereka, bila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.

 

33:37 Ingatlah, ketika engkau (ya Muhammad) berkata kepada orang yang Allah telah memberi nikmat kepadanya dan engkau telah memberi  nikmat pula kepadanya iaitu Zaid: Peganglah isteri engkau (jangan engkau thalak) dan takutlah kepada Allah. Sedang engkau menyembunyikan dalam hati engkau sesuatu yang Allah akan melahirkannya dan engkau takut kepada manusia, padahal Allah terlebih patut engkau takuti. Setelah Zaid menunaikan hajatnya (telah bergaul dengan isterinya kemudian diceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengan perempuan itu, supaya tidak ada kesempitan bagi orang orang mukmin, untuk mengahwini (bekas) isteri anak angkatnya, bila ia telah menunaikan hajatnya. (Semua) urusan Allah itu mesti terjadi.

 

33:38 Tidak ada kesempitan bagi Nabi, tentang sesuatu yang telah diperlukan (diaturkan) Allah baginya. Itulah sunnah (peraturan) Allah pada orang orang yang terdahulu sebelum itu. (Semua) urusan Allah menurut kadar yang ditentukan.

 

33:49 Hai orang orang yang beriman, apabila kamu mengahwini perempuan perempuan mukmin, kemudian kamu thalak (ceraikan) mereka, sebelum menyentuhnya (bersetubuh dengan dia), maka tidak ada bagi mereka idah, yang kamu perhitungkan. Maka kamu berilah mereka kesukaan (pemberian sekedarnya), dan ceraikanlah mereka dengan perceraian yang baik.

 

33:50 Hai Nabi, sesungguhnya telah Kami halalkan bagi engkau isteri isteri engkau yang telah engkau berikan maskawinnya dan perempuan yang engkau miliki di antara tawanan perang yang diberikan Allah kepada engkau dan (Kami halalkan juga mengahwini) anak perempuan dari saudara bapa yang laki laki, anak perempuan dari saudara bapa yang perempuan, anak perempuan dari saudara ibu yang laki laki dan anak perempuan dari saudara ibu yang perempuan yang pergi hijrah bersama engkau, dan (lagi) perempuan mukmin jika ia memberikan dirinya kepada Nabi, sedang Nabi mau pula mengahwininya. (Yang belakangan ini) khusus (tertentu) untuk engkau saja (ya Muhammad), bukan untuk orang orang mukmin. Sesungguhnya Kami tahu apa yang telah Kami perlukan (aturkan) untuk mereka terhadap isteri isterinya dan hamba sahaya yang dimilikinya, supaya engkau tiada merasa kesempitan. Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

33:51 Engkau boleh meninggalkan siapa yang engkau kehendaki di antara isteri isteri engkau, dan boleh engkau pergauli siapa yang engkau kehendaki. Siapa yang engkau tuntut (kembali) di antara perempuan yang telah engkau tinggalkan, maka tiadalah engkau berdosa. Itulah lebih menyenangkan hati mereka dan tiada berduka cita; dan mereka semuanya suka menerima apa apa yang engkau berikan kepadanya. Allah mengetahui apa apa yang dalam hatimu. Allah Mahamengetahui lagi Penyantun.

 

33:52 Tidak halal bagi engkau (Ya Muhammad) (mengahwini) perempuan perempuan sesudah isteri isteri engkau (yang sekarang) dan tidak pula menukarnya dengan isteri yang lain, meskipun engkau ingin kepadanya, kerana kecantikkannya, kecuali hamba sahaya yang engkau miliki. Allah Mahamengawasi tiap tiap sesuatu.

 

33:53 Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah nabi, kecuali jika kamu telah diizinkan untuk makan, tanpa menunggu nunggu masak makanan, tetapi apabila kamu diundang hendaklah kamu masuk, dan apabila sudah makan, hendaklah kamu keluar tanpa beramah tamah dengan percakapan (omong kosong). Sesungguhnya demikian itu menyakiti hati nabi, tetapi ia malu (mencegah) kamu, dan Allah tidak malu (menerangkan) kebenaran. Apabila kamu meminta suatu hajat kepada isteri isteri nabi itu, hendaklah minta dari balik dinding (layar). Demikian itu lebih menyucikan hatimu dan hati mereka. Kamu tiada boleh menyakiti Rasullullah dan tidak pula mengahwini isteri isterinya sesudah wafatnya selama lamanya. Sesungguhnya demikian itu (dosa) besar di sisi Allah.

 

33:55 Mereka itu (isteri isteri nabi) tiada berdosa berhadapan (tanpa dinding) dengan bapanya, anak anaknya, saudara saudaranya yang laki laki, anak anak saudaranya yang laki laki, anak anak saudaranya yang perempuan, wanita mukmin dan hamba sahayanya. Takutlah kamu (hai isteri isteri nabi) kepada Allah. Sesungguhnya Allah jadi saksi atas tiap tiap sesuatu.

 

33:56 Sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatNya, selawat kepada nabi (Muhammad). Hai orang2 yang beriman, selawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam dengan salam yang sempurna.

 

33:57 Sesungguhnya orang orang yang menyakiti (mendurhakai) Allah dan rasulNya, niscaya mereka dikutuki Allah di dunia dan akhirat dan disediakanNya untuk mereka siksa yang menghinakan(nya).

 

33:58 Orang orang yang menyakiti mukmin laki laki dan mukmin perempuan dengan sesuatu yang tidak diperbuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.

 

33:59 Hai Nabi, katakanlah kepada isteri isterimu, anak anak perempuanmu dan perempuan perempuan orang orang mukmin, supaya mereka menutupkan baju mantelnya ke seluruh badannya. Hal itu lebih mudah untuk mengenal mereka, sehingga mereka tidak diganggu (disakiti) (oleh orang orang jahat). Allah Pengampun lagi Pengasih.

 

34:39 Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan menyempitkan bagi siapa yang dikehendakiNya, di antara hamba hambaNya. Apa apa yang kamu nafkahkan di antara sesuatu, maka Allah akan menggantikannya, dan Dia sebaik baik yang memberi rezeki.

 

36:36 Maha Suci Allah yang menciptakan berpasang-pasang semuanya, diantara apa-apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.       → [ Contoh : Sendi soket tulang manusia adalah berpasang-pasang. Contoh, tulang femur mempunyai permukaan licin berongga bulat bagi melekatkan dirinya kepada tulang pelvis  ]

 

38:49 Inilah peringatan nama baik mereka. Sesungguhnya untuk orang orang yang taqwa sebaik baik tempat kembali.

 

38:50 (Iaitu) syurga Aden yang dibukakan pintu pintunya untuk mereka.

 

38:51 Sedang mereka duduk bersandar di sana, sambil meminta buah buahan yang banyak dan minuman.

 

38:52 Disisi mereka ada (isteri isteri) yang rendah mata (bukan mata keranjang) lagi sebaya.

 

38:53 Inilah yang dijanjikan kepadamu pada hari berhisab (kiamat).

 

38:54 Sesungguhnya inilah rezeki Kami yang tidak habis habisnya.

 

39:6 Dia menciptakan kamu, dari diri yang satu (bangsa, Adam), kemudian daripadanya Dia jadikan isterinya. Dia jadikan untukmu di antara beberapa binatang ternak delapan pasang,  (unta jantan dan betina, sapi jantan dan betina, biri biri jantan dan betina, kambing jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam perut ibumu, kejadian demi kejadian dalam 3 macam kegelapan (perut, kegelapan rahim, kegelapan uri). Itulah Allah Tuhanmu yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan kecuali Dia. Maka kemanakah kamu berpaling?

 

43:12  Dia yang menjadikan berpasang pasang ( jantan dan betina atau bermacam macam ) semuanya dan mengadakan untukmu kapal dan binatang binatang ternak untuk kamu kendarai. 

 

49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki laki dan perempuan (bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa (bermacam macam umat) dan bersuku suku supaya kamu berkenal kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.

 

51:49 Tiap tiap sesuatu Kami jadikan berpasang pasang (jantan dan betina), mudah mudahan kamu menerima peringatan.

 

52:17 Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam syurga dan (dalam) nikmat.

 

52:18 Serta berlazat lazat (bersenang senang) dengan apa apa yang diberikan Tuhan kepada mereka, dan mereka dipeliharakan Tuhan dari siksa neraka.

 

52:19 (Dikatakan kepadanya): Makanlah kamu dan minumlah dengan selazat lazatnya, kerana (amalan) yang telah kamu kerjakan.

 

52:20 Sedang mereka bersandar di atas dipan (peterana, balai balai), yang berbaris baris, dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari.

 

55:52 Dalam keduanya ada bermacam macam buah buahan yang berpasang pasangan.

 

55:54 Mereka bersandar diatas hamparan, yang sebelah kedalamnya dari sutera. Dan buah kedua dua kebun itu rendah rendah, (mudah memetiknya).

 

55:55 Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

 

55:56 Dalam syurga itu perempuan perempuan yang pendek pemandangan (bukan bermata keranjang), mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka.

 

55:57 Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

 

55:58 Seolah olah perempuan perempuan itu permata yakut dan mutiara.

 

55:59 Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

 

55:60 Tiadalah balasan kebaikan, melainkan kebaikan pula.

 

55:70 Di dalam semuanya ada perempuan perempuan yang baik akhlak dan cantik parasnya.

 

55:71 Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

 

55:72 (Iaitu) bidadari (perempuan yang putih) yang tertutup dalam khemah.

 

55:73 Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

 

55:74 Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka.

 

55:75 Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

 

55:76 Mereka bersandar di atas bantal yang hijau warnanya dan permaidani yang cantik rupanya.

 

55:77 Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

 

55:78 Mahasuci nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan.

 

56:10 Dan orang orang dahulu yang terdahulu (masuk Islam),

 

56:11 Mereka itu orang yang hampir di sisi Tuhan,

 

56:12 Dalam syurga kesenangan,

 

56:13 Mereka itu banyak di antara orang orang dahulu,

 

56:14 Dan sedikit di antara orang orang yang kemudian.

 

56:15 Mereka di atas dipan (peterana) yang bertatahkan (emas dan intan).

 

56:16 Sedang mereka bersandar di atasnya, berhadap hadapan.

 

56:17 Mereka dikelilingi (dilayani) oleh anak anak yang berkekalan.

 

56:18 (Menghidangkan) cangkir cangkir, kendi kendi dan gelas arak yang mengalir,

 

56:19 Mereka tiada pusing dan tidak pula mabuk, kerana minuman itu.

 

56:20 Dan buah buahan di antara apa apa yang mereka sukai.

 

56:21 Dan daging burung yang mereka ingini.

 

56:22 (Di samping) mereka itu ada bidadari,

 

56:23 Seperti mutiara yang tersimpan rapi,

 

56:24 (Sebagai) balasan bagi amalan yang mereka kerjakan.

 

56:25 Mereka tiada mendengar di dalamnya omong kosong dan tidak pula yang mendosakan,

 

56:26 Melainkan ucapan: Selamat, selamat!

 

56:27 Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu?

 

56:28 Mereka dalam (kebun) pohon sidr yang tidak berduri,

 

56:29 Dan pohon pohon pisang yang tersusun,

 

56:30 Dan naung yang terbentang,

 

56:31 Dan air yang mengalir terus,

 

56:32 Dan buah buahan yang banyak,

 

56:33 Yang tidak putus putus dan tidak pula terlarang,

 

56:34 Dan hamparan yang tinggi.

 

56:35 Sesungguhnya Kami adakan (untuk mereka) bidadari bidadari dengan suatu kejadian.

 

56:36 Lalu Kami jadikan mereka itu tetap perawan,

 

56:37 Cinta kepada suaminya, sebaya umurnya.

 

56:38 (Semuanya itu) untuk orang2 golongan kanan,

 

56:39 (Mereka itu) banyak di antara orang orang dahulu,

 

56:40 Dan banyak pula di antara orang orang yang kemudian.

 

60:10 Hai orang orang yang beriman, apabila datang kepadamu perempuan perempuan Mukminat hendak berhijrah (pindah dari Makkah ke Madinah), maka hendaklah kamu uji mereka itu, (Apa sebenarnya mereka betul beriman atau tidak)? Allah lebih mengetahui keimanan mereka. Kalau kamu ketahui bahwa mereka (sebenarnya) Mukminat, maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami suami mereka) orang orang kafir itu, Mereka tidak halal bagi laki laki yang kafir itu dan tidak pula laki laki yang kafir itu halal bagi mereka. Dan berikanlah kepada suami mereka yang kafir itu (emas kawin) yang telah diberikannya kepada mereka. Tiadalah kamu berdosa mengahwini mereka, bila kamu berikan emas kahwinnya. Janganlah kamu pegang perhubungan (nikah) perempuan perempuan yang kafir (bahkan ceraikanlah mereka itu), dan mintalah (emas kahwin) yang telah kamu berikan kepadanya dan mereka hendaklah meminta pula (emas kahwin) yang telah mereka berikan. Itulah hukum (peraturan) Allah. Dia menghukum antara kamu dan Allah Mahamengetahui lagi Maha bijaksana.

 

60:11 Jika lari seseorang di antara isteri isteri mu kepada orang orang kafir (kerana murtad), kemudian kamu menyiksa (memerangi) mereka (dan mendapat harta rampasan), maka hendaklah kamu berikan kepada orang orang yang lari isterinya itu dari harta rampasan, seumpama (emas kawin) yang telah diberikannya kepada isterinya itu. Takutlah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.

 

60:12 Hai nabi (Muhammad), apabila datang kepadamu perempuan perempuan Mukminat hendak berbai’ah (bersetia ta’at) kepadamu, bahwa mereka tiada akan mempersekutukan Allah dengan suatu apa pun dan tidak akan mencuri, dan tidak akan berzina dan tidak akan membunuh anaknya dan tidak akan mengadakan kebohongan, yang mereka ada adakan antara tangan dan kaki mereka (yaitu mengatakan anak yang dapat tengah jalan anak suaminya) dan tidak pula mendurhakai engkau tentang yang ma’ruf (baik dalam agama), maka hendaklah engkau terima bai’ah mereka dan mintakanlah ampun untuk mereka kepada Allah. Sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

60:13 Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu angkat wali (dari) kaum yang marah Allah kepada mereka, sungguh mereka telah berputus asa daripada akhirat, sebagaimana berputus asa orang orang kafir yang dalam kubur.

 

64:14 Hai orang2 yang beriman, sesungguhnya di antara isteri2mu dan anak2mu ada yang menjadi musuhmu, sebab itu waspadalah kamu terhadap mereka; jika kamu memaafkan, membebaskan dan mengampun, maka sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

64:15 Sesungguhnya harta bendamu dan anak anakmu menjadi cobaan (ujian) bagimu. Allah di sisiNya pahala yang besar.

 

65:1 Hai Nabi, apabila kamu mentalak (menceraikan) perempuan perempuan mu, hendaklah kamu ceraikan diwaktu mulai idahnya, kemudian kamu hitunglah idahnya itu, dan takutlah kepada Allah, Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari dalam rumahnya dan jangan pula mereka kelua, kecuali jika mereka memperbuat kejahatan yang nyata. Itulah batas (hukum) Allah. Barang siapa yang melanggar hukum Allah, maka sesungguhnya ia telah menganiaya dirinya. Engkau (hai laki laki yang mentalak) tidak tahu, barangkali Allah mengadakan suatu hal yang baru, sesudah itu (iaitu hendak rujuk kembali).

 

65:2 Apabila idahnya (hampir) sampai habis, hendaklah kamu pegang (rujuki) mereka kembali dengan secara maaruf (baik) atau kamu ceraikan mereka dengan secara maaruf, dan hendaklah kamu persaksikan (yang demikian) kepada dua orang yang adil di antara mu, dan hendaklah kamu bayarkan kesaksian itu kerana Allah. Itulah yang diajarkan kepada orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Barang siapa yang takut kepada Allah, maka Allah akan mengadakan baginya tempat keluar (dari kesulitan),

 

65:3 Dan (Allah) akan memberinya rezeki dengan tiada terkira. Barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memeliharanya). Sungguh Allah menyampaikan (melangsungkan) urusanNya. Sungguh Allah mengadakan kadar (aturan yang tertentu) bagi tiap tiap sesuatu.

 

65:4 Perempuan perempuan yang telah putus asa daripada haid (darah bulanan), jika kamu ragu ragu (tentang idahnya), maka idahnya tiga bulan, dan begitu juga idah perempuan perempuan yang belum haid. Perempuan perempuan yang hamil (mengandung anak), idahnya ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Barang siapa yang takut kepada Allah, (maka Allah) akan mengadakan baginya kemudahan dalam urusannya.

 

65:7 Hendaklah orang orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit) rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya. Allah tiada memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran.

 

66:4 Kalau kamu berdua (hai Hafsah dan Aisyah) taubat kepada Allah, maka sesungguhnya telah miring hatimu (maka taubatmu diterima). Jika kamu bertolong tolongan (menentang) Nabi, maka sesungguhnya Allah menolongnya, serta Jibril dan orang orang Mukmin yang salih; sedang malaikat malaikat sesudah itu menolong pula.

 

66:5 Mudah mudahan Tuhannya, jika Nabi menceraikan kamu, bahwa Tuhan mengganti kamu dengan isteri isteri lain, yang lebih baik daripadamu, iaitu perempuan perempuan, muslimat, mukminat, yang ta’at, yang taubat, yang beribadat, yang berpuasa, janda dan perawan.

 

66:10 Allah memberikan contoh bagi orang orang yang kafir, (iaitu) isteri Nuh dan isteri Luth. Keduanya di bawah (penjagaan) dua orang hamba yang salih di antara hamba hamba Kami, lalu keduanya berkhianat kepada suaminya, maka suami keduanya tidak dapat mempertahankan keduanya daripada (siksa) Allah sedikitpun, dan dikatakan ( kepada keduanya ) : Masuklah kamu ke dalam neraka bersama sama orang orang yang masuk.

 

66:11  Dan Allah memberikan contoh bagi orang orang yang beriman, (yaitu) isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Ya Tuhanku, bangunkanlah rumah untukku di sisi Engkau dalam surga dan lepaskanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan lepaskan aku dari kaum yang aniaya.

 

70:29 Dan lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya (tidak berzina).

 

70:30 Kecuali terhadap kepada isterinya atau hamba sahaya yang dimilikinya, maka sesungguhnya mereka tiada dicela.

 

 

 

https://myislam.org/quran-transliteration/

 

Maha Benar Allah yang Maha Agung

 

 

 

 

 

https://www.facebook.com/540856839306680/posts/3542123002513367/?vh=e&extid=0&d=w

Kenapa Islam benarkan poligami? https://fb.watch/biuxXSMQ48/

 

 

 

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.