Total Pageviews

Friday, 8 May 2026

Zina

 

 

https://myislam.org/quran-transliteration/

 

Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

 

 

 

3:104 Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar ; dan mereka itulah yang menang.

 

4:14 Barang siapa mendurhakai Allah dan rasulNya dan melampaui batas batas (larangan) Nya, niscaya Allah memasukkan dia ke dalam neraka, serta kekal di dalamnya, dan untuknya siksa yang menghinakan.

 

4:15 Orang orang yang memperbuat pekerjaan yang keji (berzina) di antara perempuan perempuan mu, maka adakanlah empat orang saksi diantara kamu atas perbuatannya itu. Kalau mereka itu mempersaksikan, penjarakanlah perempuan itu dalam rumahmu, sampai mereka mati atau Allah mengadakan jalan yang lain bagi mereka (ganti hukuman itu).

 

4:16 Dua orang yang mengerjakan pekerjaan keji di antara kamu, maka sakitilah keduanya (dengan dipukul atau didera). Kalau keduanya taubat dan memperbaiki dirinya, maka berpalinglah kamu daripada keduanya. Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi penyayang.

 

4:19 Hai orang orang yang beriman, tiada halal bagimu mempusakai perempuan dengan paksaan, dan janganlah kamu susahkan mereka, kerana hendak mengambil kembali sebahagian (mas kawin) yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka memperbuat keji yang nyata (zina). Bergaullah dengan mereka (isterimu) menurut patut. Kalau kamu benci kepada mereka (hendaklah kamu sabar), kerana boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, sedang Allah menjadikan kebaikan yang banyak di dalamnya.

 

4:25 Barang siapa yang tidak kuasa (tak mempunyai) harta di antara kamu untuk mengahwini perempuan merdeka yang beriman, hendaklah ia mengahwini hamba sahaya, (iaitu) perempuan perempuan muda yang  beriman. Allah lebih mengetahui keimananmu. Sebagaimana kamu berhubungan dengan yang lain. Maka hendaklah kamu kahwini mereka itu dengan izin ahlinya, dan kamu berikanlah kepadanya mas kahwinnya, menurut patut, sedang hamba itu perempuan baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil laki laki lain menjadi teman dengan rahsia. Apabila hamba hamba perempuan itu telah bersuami, tetapi mereka berbuat jahat juga (berzina), adalah hukuman mereka seperdua hukuman perempuan yang merdeka (didera lima puluh kali dan dibuang setengah tahun). (Mengahwini hamba) itu (dihalalkan) bagi orang yang takut akan kejahatan (zina). Kalau kamu sabar (tiada suka mengahwini hamba itu), adalah lebih baik bagimu, Dan Allah Pengampun lagi Pengasih.

 

4:26 Allah menghendaki, supaya menerangkan kepadamu dan menunjukkan kepadamu sunnah (peraturan) orang orang yang sebelum kamu, dan Dia menerima taubatmu. Allah Mahamengetahui, lagi Mahabijaksana.

 

4:27 Allah menghendaki, supaya Dia menerima taubatmu, dan orang orang yang mengikut syahwatnya (hawa nafsunya) menghendaki, supaya kamu condong (dari kebenaran) secondong condong yang besar.

 

4:28 Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama), kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah.

 

4:29 Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil, kecuali dengan perniagaan (jual beli)  dengan suka sama suka di antara kamu. Janganlah kamu bunuh dirimu (saudaramu). Sesungguhnya Allah penyayang kepada mu.

 

4:43 Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu kerjakan sembahyang, ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub (sudah campur dengan isterimu), kecuali melalui jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamu sakit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang di antara kamu dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tiada memperoleh air, maka hendaklah kamu tayammum dengan tanah yang bersih: maka sapulah mukamu dan kedua tanganmu (dengan tanah itu). Sesungguhnya Allah Pemaaf lagi Pengampun.

 

4:48 Sesungguhnya Allah tiada mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan lainNya dan Dia akan mengampuni (dosa) yang kurang dari itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya ia telah memperbuat dosa yang besar.

 

4:115 Barang siapa menentang rasul, sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang orang mukmin, niscaya Kami angkat dia menjadi pemimpin apa yang dipimpinnya dan Kami masukkan dia ke dalam neraka jahannam. Itulah sejahat jahat tempat kembali.

 

4:116 Sesungguhnya Allah tiada mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan yang lain dan Dia mengampuni (dosa) yang kurang daripada itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jauh.

 

4:123 Bukanlah semata mata angan angan kamu saja dan bukan pula semata mata angan angan ahli kitab. Barang siapa mengerjakan kejahatan, niscaya akan dibalas dengan kejahatan pula, sedang ia tiada memperoleh wali dan tiada pula penolong selain dari Allah.

 

4:149 Jika kamu lahirkan kebaikan atau kamu sembunyikan atau kamu maafkan suatu kesalahan, maka sesungguhnya Allah Pemaaf lagi Mahakuasa.

 

5:5 Pada hari ini telah dihalalkan bagimu (makanan) yang baik baik rasanya. Makanan orang orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), halal bagimu dan makanan kamu, halal pula bagi mereka itu dan (lagi dihalalkan bagi kamu mengahwini) perempuan perempuan suci di antara orang orang mukminat dan perempuan perempuan suci di antara orang orang ahli Kitab sebelum kamu, bila kamu bayarkan mas kawinnya kepada mereka, sedang kamu menjadi orang suci, bukan berzina dan bukan pula mengambil teman rahsia. Barang siapa yang kafir sesudah beriman, maka sesungguhnya hapuslah amalannya sedang ia di akhirat termasuk orang orang yang merugi.

 

5:33 Sesungguhnya balasan orang orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan berusaha memperbuat bencana di muka bumi, bahawa mereka itu dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kakinya dengan bertimbal balik, atau dibuang jauh dari tanah airnya. Balasan itu adalah suatu kehinaan bagi mereka di dunia dan untuk mereka itu di akhirat siksaan yang besar.

 

5:34 Kecuali orang orang yang taubat, sebelum kamu kuasai (menjatuhkan hukuman) atas mereka. Maka kamu ketahuilah, sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

5:39 Barang siapa yang taubat sesudah aniaya, dan memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya, Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

5:40 Tiadakah engkau ketahui, bahawa sesungguhnya bagi Allah kerajaan langit dan bumi. Ia menyiksa siapa yang dikehendakiNya dan mengampuni siapa yang dikehendakiNya. Allah Mahakuasa atas tiap tiap sesuatu.

 

6:151 Katakanlah: Marilah kamu, aku bacakan apa apa yang diharamkan Tuhanmu atas kamu, (iaitu) janganlah kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatupun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa; dan janganlah kamu bunuh anak2mu kerana takut kemiskinan. Kami memberi rezeki kamu dan mereka dan janganlah kamu hampiri perbuatan yang keji, baik yang lahir atau yang batin; dan janganlah kamu bunuh orang yang diharamkan Allah, kecuali dengan hak. Demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah mudahan kamu memikirkannya.

 

9:15 Dan lagi menghilangkan kemarahan hati mereka. Allah menerima taubat bagi siapa yang dikehendakiNya. Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.

 

12:23 Kemudian yang empunya rumah tempat tinggalnya (Zalikha) mengajak Yusuf berbuat jahat, lalu ditutupnya segala pintu, serta katanya: Marilah engkau ! Jawab Yusuf : Berlindung aku kepada Allah, sesungguhnya suami kau tuan saya, telah membaikkan kedudukan saya ( maka tak patut saya berkhianat kepadanya ). Sesungguhnya tiada menang orang orang aniaya.

 

12:24 Sesungguhnya perempuan itu telah suka kepada Yusuf dan Yusuf telah suka pula kepadanya, kalau sekiranya Yusuf tiada melihat dalil Tuhannya, (niscaya didekatinya perempuan itu). Demikianlah Kami lepaskan Yusuf dari kejahatan dan perbuatan yang keji. Sesungguhnya dia seorang hamba Kami yang tulus ikhlas.

 

12:25 Keduanya berlari ke pintu, lalu perempuan itu memegang baju Yusuf dari belakang, hingga koyak. Setiba di pintu, keduanya bertemu dengan tuannya (suami Zalikha), lalu perempuan itu berkata : Apakah balasan orang yang hendak berbuat jahat dengan isterimu? (Lain tiada), melainkan supaya dipenjarakan atau disiksa dengan siksaan yang pedih.

 

12:26 Berkata Yusuf : Dia yang mengajak saya dan menjadi saksi seorang saksi di antara keluarga perempuan itu : Jika baju Yusuf koyak di muka, maka perempuan itu yang benar, dan Yusuf yang dusta.

 

12:27 Tetapi jika bajunya koyak di belakang, maka perempuan yang dusta dan Yusuflah yang benar.

 

12:28 Tatkala suaminya melihat baju Yusuf koyak di belakang, ia berkata : Sesungguhnya ini tipu daya kamu. Sesungguhnya tipu daya kamu (bahaya) besar.

 

12:29 Yusuf! Tinggalkanlah persoalan ini ! Kau (ya Zalikha!) minta ampunlah kerana dosamu! Sesungguhnya engkau orang yang salah.

 

12:30 Berkata perempuan perempuan dalam Kota ( Mesir ketika mendengar kejadian itu) : Isteri pembesar itu mengajak hambanya (Yusuf): Sesungguhnya telah mendalam cinta hatinya. Sesungguhnya kita melihatnya dalam kesesatan yang nyata.

 

12:33 Berkata Yusuf: Ya Tuhanku, penjara itu lebih ku cintai dari apa yang mereka serukan kepadaku. Jika Engkau tiada menghindarkan dari pada ku tipu daya mereka, niscaya cenderunglah hatiku kepada mereka, dan aku termasuk orang orang yang jahil.

 

14:22 Berkata syetan , setelah diputuskan hukuman itu : Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan pula kepadamu, tetapi aku memungkiri janjiku. Tidak ada kekuasaan bagiku atas kamu, kecuali bahawa aku menyerumu, lantas kamu terima. Sebab itu janganlah kamu mencercaku dan cercalah dirimu sendiri. Aku tiada dapat menolongmu, dan kamu tiada tiada dapat menolongku. Sesungguhnya aku ingkar akan apa yang kamu persekutukan dengan daku masa dahulu. Sungguh untuk orang2 aniaya siksa yang pedih.

 

17:32 Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu, sangat keji dan jalan yang amat jahat.

 

23:7 Barang siapa mencari diluar dari pada itu, adalah mereka melampaui batas.

 

24:1 (Inilah) surat telah Kami turunkan dia dan Kami tetapkan (hukum hukumnya) dan Kami turunkan di dalamnya beberapa ayat yang terang, mudah mudahan kamu mendapat peringatan.

 

24:2 Perempuan yang berzina dan laki laki yang berzina hendaklah kamu dera, masing masingnya seratus dera dan janganlah kamu kasih sayang terhadap keduanya, dalam (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyiksa keduanya satu golongan di antara orang orang Mukmin.

 

24:3 Laki laki berzina tiada berkahwin, melainkan dengan perempuan berzina pula, atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki laki berzina pula, atau laki laki musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang orang yang beriman.

 

24:4 Orang orang yang menuduh perempuan suci (dengan berzina), kemudian mereka tiada mengemukakan 4 orang saksi, hendaklah kamu dera mereka itu delapan puluh kali, dan janganlah kamu terima kesaksiannya selama lamanya, kerana mereka orang fasik.

 

24:5 Kecuali orang orang yang telah taubat sesudah itu, dan memperbaiki amalannya), maka sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

24:6 Orang orang yang menuduh isterinya (dengan berzina), tetapi mereka tiada mempunyai saksi saksi, kecuali dirinya sendiri, maka kesaksiannya ialah empat kali bersumpah dengan Allah, bahawa ia seorang yang benar.

 

24:7 Dan yang kelima, bahawa kutuk Allah atas dirinya, jika ia dusta.

 

24:8 Dan hukuman dapat tertolak dari isteri, jika ia bersumpah empat kali dengan Allah, bahawa suaminya itu dusta.

 

24:9 Dan yang kelima, bahawa amarah Allah atas dirinya, jika suaminya yang benar.

 

24:10 Jikalau tiadalah kurnia Allah kepadamu dan rahmatNya, niscaya (disiksanya kamu dengan segera). Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Mahabijaksana.

 

24:13 Mengapa mereka tiada mendatangkan empat orang saksi untuk tuduhannya itu. Jika mereka tiada mendatangkan saksi saksi adalah mereka orang dusta di sisi Allah.

 

24:26 Perempuan perempuan jahat untuk laki laki jahat. Laki laki jahat untuk perempuan perempuan jahat pula. Perempuan perempuan baik untuk laki laki baik, laki laki baik untuk perempuan perempuan baik pula. Mereka itu (orang orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka itu ampunan dan rezeki yang mulia.

 

24:27 Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunya. Demikian itu lebih baik bagimu, mudah mudahan kamu mendapat peringatan.

 

24:28 Jika kamu tiada memperoleh seorang juga dalam rumah itu, maka janganlah masuk ke dalamnya, sampai kamu mendapat izin lebih dahulu. Jika dikatakan kepadamu; Kembalilah, hendaklah kamu kembali, demikian itu lebih baik bagimu. Allah Mahamengetahui apa apa yang kamu kerjakan.

 

24:31 Katakanlah kepada orang orang beriman perempuan, supaya mereka merendahkan pemandangannya dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya, dan hendaklah mereka tutupkan kudungnya ke lehernya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya, bapaknya, bapak suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang laki laki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimat, hamba sahayanya, orang orang yang mengikutnya di antara laki laki, yang tiada berhajat (syahwat) kepada perempuan atau kanak kanak yang belum (ingin) melihat aurat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang orang beriman, mudah mudahan kamu mendapat kemenangan.

 

24:32 Hendaklah kamu kawinkan orang orang yang meranda di antara mu dan orang orang yang saleh di antara hambamu yang laki laki dan hambamu yang perempuan. Jika mereka itu orang miskin, Allah akan mengajakan mereka dengan kurniaNya. Allah luas kurniaNya lagi Maha mengetahui.

 

24:33 Orang orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatannya (jangan berzina), sehingga Allah mengajakan mereka dengan kurniaNya. Hamba hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran uang), hendaklah kamu terima, jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah, yang diberikanNya kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian, supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia. Barang siapa memaksa mereka, maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

 

27:11 Tetapi orang yang aniaya, kemudian diperbuatnya kebaikan sesudah kejahatan, maka Aku Pengampun lagi Pengasih (kepadanya).

 

54:46 Bahkan hari kiamatlah waktu yang dijanjikan untuk mereka, sedang kiamat itu lebih hebat (siksaannya) dan lebih pahit (getir).

 

54:47 Sesungguhnya orang2 yang berdosa dalam kesesatan dan api yang bernyala nyala.

 

54:48 Pada hari mereka ditarik ke dalam neraka di atas mukanya (seraya dikatakan kepadanya): Rasailah olehmu sentuh api neraka.

 

54:51 Sesungguhnya telah Kami binasakan orang orang (dahulu) yang serupa dengan kamu, maka adakah orang yang mengambil pengajaran (daripadanya)?

 

60:10 Hai orang orang yang beriman, apabila datang kepadamu perempuan perempuan Mukminat hendak berhijrah (pindah dari Makkah ke Madinah), maka hendaklah kamu uji mereka itu, (Apa sebenarnya mereka betul beriman atau tidak)? Allah lebih mengetahui keimanan mereka. Kalau kamu ketahui bahwa mereka (sebenarnya) Mukminat, maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami suami mereka) orang orang kafir itu, Mereka tidak halal bagi laki laki yang kafir itu dan tidak pula laki laki yang kafir itu halal bagi mereka. Dan berikanlah kepada suami mereka yang kafir itu (emas kawin) yang telah diberikannya kepada mereka. Tiadalah kamu berdosa mengahwini mereka, bila kamu berikan emas kahwinnya. Janganlah kamu pegang perhubungan (nikah) perempuan perempuan yang kafir (bahkan ceraikanlah mereka itu), dan mintalah (emas kahwin) yang telah kamu berikan kepadanya dan mereka hendaklah meminta pula (emas kahwin) yang telah mereka berikan. Itulah hukum (peraturan) Allah. Dia menghukum antara kamu dan Allah Mahamengetahui lagi Maha bijaksana.

 

70:22 Kecuali orang orang yang sembahyang,

 

70:23 Yang mereka itu berkekalan (melakukan) sembahyang.

 

70:24 Dan orang orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu.

 

70:25 Untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tidak mau meminta,

 

70:26 Dan orang orang yang membenarkan hari pembalasan,

 

70:27 Dan orang orang yang takut akan siksa Tuhan mereka,

 

70:28 Sesungguhnya siksa Tuhan mereka tiada dapat diamani (amat ditakuti),

 

70:29 Dan lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya (tidak berzina).

 

70:30 Kecuali terhadap kepada isterinya atau hamba sahaya yang dimilikinya, maka sesungguhnya mereka tiada dicela.

 

70:31 Barang siapa yang menuntut lain dari pada itu, maka mereka itu orang orang aniaya (melampaui batas).

 

70:32 Dan orang orang yang memelihara amanah dan janji mereka,

 

70:33 Dan orang orang yang melakukan kesaksian (dengan sebetulnya),

 

70:34 Dan orang orang yang memelihara sembahyangnya.

 

70:35 Mereka itulah dalam syurga, mendapat kemuliaan.

 

76:11 Kemudian Allah memeliharakan mereka dari kejahatan pada hari itu, dan menganugerahi mereka (muka) yang berseri seri dan (hati) yang gembira.

 

76:12 Dia membalasi mereka, kerana mereka sabar, dengan syurga dan pakaian sutera,

 

95:4 Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk.

 

95:5 Kemudian Kami kembalikan dia serendah rendah orang yang rendah,

 

95:6 Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan (amal) yang salih . Maka untuk mereka itu pahala yang tidak putus2nya.

 

95:7 Maka apakah sebabnya engkau mendustakan agama (pembalasan) sesudah (keterangan) itu?

 

95:8 Bukankah Allah seadil adil hakim?

 

 

https://myislam.org/quran-transliteration/

 

 

Maha Benar Allah yang Maha Agung

 

.

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.