Kongsi Suami:-
Suami terlalu baik... isteri diam-diam
‘hadiah’kan bini baharu untuknya, kini bahagia tinggal sebumbung
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/07/24/lamar-madu
Polygamy
in Islam https://fb.watch/8PcRJHzuoW/
Kenapa
Islam benarkan poligami? https://fb.watch/biuxXSMQ48/
Dr
Hasnah : Indahnyaberpoligami https://fb.watch/5GOblOyy8w/
20-01-2021
Dr MAZA | Mona Din | Hj. Mohd Ajib - Wujudkah Scam Poligami? https://youtu.be/PQxKznhOdTI
Dalam Quran, Allah menetapkan manusia laki
laki boleh berkahwin hingga 4. Tetapi, sebelum turun hukum ini, zaman
sebelumnya, jumlah isteri tidak dihadkan. Justeru Nabi Allah Daud pernah
memiliki 99 orang isteri. Anak nya, Nabi Sulaiman juga memiliki ramai isteri.
Rasullulah sendiri memiliki 13 isteri. Justeru, tentu ada sebab Allah
menghadkan jumlah isteri untuk lelaki akhir zaman paling ramai, hanya 4 orang sahaja
berbanding dengan zaman sebelumnya. Dari sini jelaslah dalam Islam, khalifah
atau pemimpin adalah dianjurkan dari kalangan laki laki….
4:34 Laki laki itu
menjadi tulang punggung (pemimpin) bagi perempuan, sebab Allah melebihkan
setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (laki laki) memberi belanja
dari hartanya (bagi perempuan). Perempuan perempuan yang salih ialah perempuan
perempuan yang ta’at yang memeliharakan kehormatannya waktu ghaib (suaminya)
sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya. Perempuan perempuan yang
khawatir kamu akan kedurhakaannya, hendaklah kamu beri nasihat dan kamu
tinggalkanlah mereka sendirian di tempat berbaringnya dan kamu pukullah mereka
(tetapi dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika mereka ta’at
kepadamu, janganlah kamu cari jalan untuk menganiayanya. Sesungguhnya Allah
Mahatinggi, lagi Mahabesar.
Kata kata wanita merampas suami orang
TIDAK sepatutnya timbul kerana ia jelas menyimpang atau bercanggah dengan kata
kata peringatan dari Al Quran. Kerana menghadkan laki laki hanya layak kahwin
seorang sahaja sedangkan Allah membolehkan sehingga 4. Setakat diketahui, belum
kita dapati bahawa ada Nabi dari golongan wanita. Kerana nabi itu khalifah dan
ia memimpin. Dalam kerajaan Islam asal selepas nabi, ketua dilantik dari
kalangan laki laki. Penulisan ini bukan untuk memperkecilkan golongan wanita,
tetapi melihat kepada aturan asal Allah jua pada zaman Nabi yang diperlihatkan
dengan aturan asal ketetapannya adalah sedemikian. Penulis sendiri bukan
kemaruk maukan tempat atau mau apa apa kuasa, kerana bukan senang untuk jadi
pemimpin atau jadi khalifah kerana banyak soalan yang perlu dilangsaikan serta
dijawab dengan sebaik baiknya ketika dalam kubur nanti.
Ini diperjelas dan diperlihatkan oleh
Allahyarham TGNA sendiri yang secara tidak langsung beliau mendidik kita bahwa
dia tidak kemaruk kuasa, tidak mengejar pangkat dan tidak pula mengejar harta.
Beliau jauh sekali mau dilantik sebagai Menteri Besar tetapi jawatan itu
dipinta oleh orang ramai sendiri yang mengatakan tiada yang layak setakat ini
melainkan TGNA sendiri… maka telah jatuh Fardhu Kifayah atas beliau, maka beliau
dengan susah payah terpaksa menggalas juga tanggungjawab besar berkenaan
menjadi khalifah walau keberatan di dalam hati... Justeru diperlihatkan tiada tikam belakang
untuk naik ke puncak kuasa. Tiada fitnah dilontarkan atau tiada memburukkan
orang lain untuk naik ke puncak kuasa… Justeru itulah sebenarnya cara lantikan
khalifah yang dituntut oleh agama Allah dan dianjur oleh kesemua Rasul rasul
dan NabiNya.
Justeru ketua, jika menurut Islam yang
zaman dahulu, adalah layaknya dari golongan laki laki. Ini termasuklah jua lah
sepatutnya pada zaman sekarang yakni, ketua dalam organisasi jabatan dsbnya
selain Ketua Keluarga dalam rumah adalah laki laki. Akibat agama telah amat
jauh dipisahkan dari politik, makanya kita mendapati cacamarba dalam aturannya.
Dan bukan mudah untuk kembali kepada apa yang dikehendaki dan telah diamalkan
pada zaman Rasullulah. Ini manusia mengatakan cinta kepada Rasullulah tetapi
ada antara praktik rasullulah yang penting tidak diamalkan. Contohnya, tiada
khalifah dari golongan wanita yang dianjurkan memimpin laki laki pada zaman
Rasullulah.
Moga moga kita tidak dipengaruhi emosi
amarah apabila membuat keputusan penting lebih lebih lagi jika keputusan kita
bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan Allah dalam Al Quran.
Justeru apabila kita mengeluarkan apa apa
kata atau pendapat, eloklah dengan berhati hati agar tidak bercanggah dengan hukum
kehendak ketetapan agama Allah serta Nabi & rasul Nya seperti tertera dalam
Al Quran dan hadis sahih.
Dalam kehidupan kita atas mukabumi Allah
ini, diperhatikan ada dua jalan. Ini selaras dengan kata kata Allah menciptakan
sesuatu dengan berpasang pasang:
Laki laki – perempuan
Dosa – pahala
Benar – salah
Lurus – bengkok
Syurga – neraka
Jantan – betina
Langit – bumi
Siang – malam
Terang – gelap
Bulan - bintang
Salah – betul
Jalan Allah – Jalan Iblis
Justeru, apabila kita ada menyanggah kata
kata Quran, adakah kita berada pada jalan yang betul atau kita telah berpaling ?
Justeru, apabila kita tidak bersetuju
dengan kata kata Quran, adakah kita berada pada jalan Allah atau jalan yang
satu lagi ?
Justeru, apabila kita berbuat perkara
bidaah sehingga menyusahkan orang ( mengadakan perkara sesuatu yang tidak pernah
dibuat dan tak pernah diajar amal oleh nabi dan sahabatnya ), adakah kita
berada pada jalan Allah atau yang satu lagi ?
Sebaik baik manusia dan setinggi tinggi
darjat manusia di sisi Allah adalah mereka yang paling tinggi tahap taqwanya. (
Hujurat:13 )
Kerana Allah sama sekali tidak menilai
manusia daripada jenis kereta yang dipakainya, besar kolam renangnya, berapa jumlah
bilik dalam rumahnya, berapa kilogram emas isterinya, berapa gajinya, apa
gelaran pangkatnya di atas dunia, apa jenis pakaiannya, apa kereta dipakainya, apa
kedudukannya dalam masyarakat, kerana Allah menilai manusia melalui taqwa dan
imannya.
Apabila ia bersedekah, tetapi apabila sedekahnya
itu dicemari riya, kerna dia mau menunjuk nunjuk kepada orang lain (cth kepada bapa
mertuanya), maka hanya dia mendapat amarah Allah.
Justeru, bagi isteri yang redho berkongsi
suami, maka telah lulus salah satu ujian taqwa Allah yang hebat tetapi mudah,
kerana ia telah patuh kepada Allah. Nabi Ibrahim juga dulu patuh kepada arahan
Tuhannya mengorbankan anaknya hanya dengan melalui mimpi…
Tetapi, suami manakah yang sebenarnya
layak mendapat isteri berjiwa seperti itu? Tentulah dari kalangan laki laki
yang bertaqwa, beriman, mendirikan solat, bersujud dan berhina diri serta
selalu mengingati Allah. (
24:26 )
Justeru, janganlah kita membenarkan emosi
amarah mempengaruhi keputusan apa apa yang lahir dari perkataan kita. Kerana
setiap apa tindakan kita itu akan disandar dan dinilaikan oleh Allah.di mana
kulit anggota badan akan berkata berkata menjadi saksi. ( 4:56 , 18:49 , 41:20 , 41:21 , 75:3 ,
75:4 )
Kenapakah manusia amat susah mau
membenarkan hukum ketetapan Allah sedang ia adalah ujian taqwa yang disediakan
Allah untuk mereka. Dan Quran menyebut: Allah membenarkannya ( 4:3 ).
Diperlihatkan zaman sekarang wali
(pemimpin) di lantik dari kalangan wanita. Manakala kita melihat di zaman
Rasullulah, wali (pemimpin) adalah bukan dari kalangan wanita. Diketahui bahwa,
wanita lebih cenderung dipengaruhi emosi disebabkan perubahan kitaran hormon yang
berlaku pada mereka pada putaran 26 atau 35 hari. Mereka dipengaruhi kadar
turun naik aras hormon wanita estrogen dan progesteron ( 56:36 ), manakala
tahap emosi kalangan lelaki adalah lebih stabil kerana tidak mempunyai kitaran
aras hormon dalam darah yang turun naik parasnya.
Apabila semasa emosi tidak stabil ( kitaran
haid yang amat dipengaruhi aras hormon dalam darah wanita ( 56:36 ), bolehkah dia
membuat keputusan yang baik. Sedang, siapa jua pun yang membuat keputusan
walaupun dari kalangan laki laki adalah tidak boleh berseorangan tetapi dianjurkan
mereka membuatnya melalui perbincangan teliti, kajian terperinci, bermesyuarat
timbang tara atau seumpamanya.
Walaupun Islam menganjurkan pemimpin
dipilih dari kalangan laki laki, ia bukan bermaksud dipilih dari sembarangan
laki laki… Lelaki yang berbuat kerosakan, yang berbuat bencana, yang dayus, yang
menipu, yang berdosa, yang jahat, yang menyeleweng, yang sombong, yang khianat,
yang jahat tidak boleh diangkat menjadi wali atau pemimpin atau khalifah kerana
mereka tidak layak !
Justeru, wali atau pemimpin atau khalifah
mesti dipilih dan dilantik melalui mesyuarat, yakni manusia mana yang paling
layak ketika itu berdasarkan penilaian dan kajian ahli mesyuarat! Kriteria
khalifah ideal pula adalah mereka sendiri tidak mau atau menolak untuk dilantik
dijadikan khalifah kerana mereka takut tidak dapat melaksanakan tanggungjawab
besar yang telah tergalas tertanggung di atas bahu mereka! Mereka adalah dari
golongan laki laki yang sentiasa memikirkan kematian ( mereka tidak takut mati
malah menanti nantikannya ( 2:94 , 11:15 , 11:16 , 33:23 ) dan tidak
mengharapkan kehidupan dunia.
3:185 Tiap2 diri (yang
berjiwa) mesti merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada
hari kiamat. Barang siapa yang terjauh dari neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga, sesungguhnya menanglah ia. Tiadalah hidup di dunia ini, melainkan
kesenangan yang memperdayakan.
Antara contoh terbaik khalifah hendaklah
dipilih dari golongan orang seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat atau Uwais Al
Qarni. Mereka adalah contoh orang yang amat takut menggalas tugas penting sebagai
khalifah kerana besarnya tanggungjawab yang ditanggung.
Dan mereka sendiri sebenarnya tidak mau
diri mereka dilantik sebagai ketua atau pemimpin kerana bimbang tidak dapat
melaksanakan atau tidak dapat menyelesaikan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan dengan kesempurnaan terbaik yang dituntut oleh Allah.
7:8 Pada hari itu ada
neraca yang hak (adil). Barang siapa yang berat timbangan (pahalanya), mereka
itulah orang orang yang menang.
7:9 Barang siapa yang
ringan timbangannya, mereka itulah orang orang yang merugikan dirinya, kerana
mereka aniaya terhadap ayat ayat kami (membantahnya).
Mereka menerima tugas sebagai khalifah
adalah atas dasar terpaksa kerana dikatakan daripada mesyuarat pelantikan telah
tiada lagi yang layak menggalas tugas
tersebut tetapi mereka yang dipilih itu saja yang layak. Justeru, tanggungjawab
memegang jawatan ketua pada masa itu, telah menjadi Fardu Kifayah.
58:22 Engkau tiada
memperoleh kaum yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, bahwa mereka
mengasihi orang orang yang menentang Allah dan RasulNya, meskipun mereka itu
bapa, anak, saudara atau kaum keluarga mereka. Mereka telah ditetapkan Allah
keimanan dalam hati mereka dan dikuatkanNya mereka dengan ruh daripadaNya. Dan
dimasukkanNya mereka ke dalam surga yang mengalir air sungai di bawahnya,
sedang mereka kekal di dalamnya. Allah suka kepada mereka dan mereka suka pula
kepadaNya. Mereka itulah golongan (pengikut) Allah. Ingatlah bahwa sesungguhnya
pengikut Allah itu orang menang.
.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.