Cerita Khalifah
Apabila orang itu mengandung 9
bulan, dan bekerja sebagai pemeriksa jentera tali lif atau pemeriksa perancah (scaffolding) bangunan konstruksi tinggi,
barulah orang itu sedar tentang keindahan aturan Allah bahawasanya lelaki itu
dicipta sebagai sebagai pelindung dan penolong wanita khasnya dalam membuat
kerja kerja berat dan berisiko tinggi yang tidak sesuai dibuat wanita
mengandung. Kaum lelaki ditugaskan untuk melindungi kaum wanita sebagai kaum
yang lebih lemah. Adalah tidak wajar kaum yang lebih kuat meminta tolong dan
cuba bernaung dari kaum yang lemah. Juga tidak wajar kaum yang lebih lemah memberi pertolongan dan memberi naungan tempat
berpaut kepada kaum yang lebih perkasa dan kuat.
Dari Quran:
2:228 Perempuan perempuan yang
diceraikan suaminya (ditalaknya) hendaklah menantikan dengan sendirinya tiga
kali suci / haid. Tiada halal bagi mereka menyembunyikan apa apa yang dijadikan
Allah dalam rahimnya (anak, haid), jika mereka beriman kepada Allah dan hari
yang kemudian. Suami mereka lebih patut kembali kepadanya (rujuk) ketika itu,
jika mereka menghendaki kemuslihatan. (Hak hak) untuk perempuan seumpama
(kewajipan) yang di atas pundaknya, secara ma’ruf dan untuk laki laki ada kelebihan satu derajat dari
perempuan. Allah Mahaperkasa lagi
Mahabijaksana.
4:34 Laki laki itu menjadi tulang
punggung (pemimpin) bagi perempuan, sebab Allah melebihkan setengah mereka dari
yang lain dan kerana mereka (laki laki) memberi belanja dari hartanya (bagi
perempuan).
Perempuan perempuan yang salih ialah perempuan perempuan yang ta’at yang
memeliharakan kehormatannya waktu ghaib (suaminya) sebagaimana Allah telah
memeliharakan dirinya. Perempuan perempuan yang khawatir kamu akan
kedurhakaannya, hendaklah kamu beri nasihat dan kamu tinggalkanlah mereka sendirian
di tempat berbaringnya dan kamu pukullah mereka (tetapi dengan pukulan yang
tidak menyakiti badannya). Jika mereka ta’at kepadamu, janganlah kamu cari
jalan untuk menganiayanya. Sesungguhnya Allah Mahatinggi, lagi Mahabesar.
Terjemahan Hadis Sahih Al Imam Al Bukhari
1569.
Dari Abu Bakrah r.a. katanya:
Ketika sampai khabar kepada Rasulullah saw. bahwa penduduk Parsi telah
mengangkat anak perempuan Kisra menjadi Raja mereka, lalu Beliau bersabda :
“Tidaklah beruntung satu kaum yang mengangkat seorang perempuan untuk urusan
pemerintahan mereka,”.
Dari hadis ini, dapat disimpulkan
bahawa pemerintah itu lebih baik daripada dari lelaki dan bukan wanita. Ini
kerana wanita punya nafsu lebih besar dari laki laki ( lebih mengikut akal dan
kurang mengikut dorongan hawa nafsu ).
Lelaki yang wajar dilantik jadi
khalifah pula adalah bukan dari sembarangan laki laki tetapi:-
1. Laki laki yang tidak mengejar dunia sebaliknya lebih
membesarkan akhirat.
a. 25:64 Dan orang orang yang pada malam hari
bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.
b. 25:65 Dan orang orang yang berkata : Ya Tuhan
kami, hindarkanlah siksa neraka daripada kami. Sungguh siksanya itu mesti
menimpa (orang orang yang kafir).
c. 25:67 Dan orang orang yang menafkahkan
(hartanya) tanpa berlebih lebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan
antara keduanya.
d. 25:68 Dan orang orang yang tiada menyembah
Tuhan yang lain bersama Allah, dan tiada pula membunuh manusia yang diharamkan
Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang
memperbuat demikian, niscaya akan menemui dosa (siksa).
e. 25:73
Dan orang orang, jika mereka diberi peringatan dengan ayat ayat Tuhan, mereka
tiada menerima dengan telinga pekak dan mata buta (malahan diturutnya).
f. 25:74
Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri isteri dan
anak anak yang mengirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi
orang orang yang taqwa.
2.
Berakhlak
mulia / taqwa .
a.
49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan
kamu dari laki laki dan perempuan (bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu
berbangsa bangsa (bermacam macam umat) dan bersuku suku supaya kamu berkenal
kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah
orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.
3.
Bersifat
benar lurus jujur bijaksana dan tabligh.
4.
Dia
memang dari asal tidak mau kepada jawatannya itu tetapi dia terpaksa juga
menerima atas Fardhu Kifayah kerana sudah tiada lagi orang lain yang ada dan sudah
tiada yang paling layak dilantik melainkan hanya dirinya saja.
Lelaki yang dilantik sebagai
pemimpin nombor satu pula mestilah dibuat dari satu jemaah mesyuarat yang adil
dan jelas, tanpa apa apa sogokan kepentingan rasuah dan seumpamanya. Lagi pula,
laki laki yang dilantik itu memang terbukti tiada sedikitpun menyimpan niat
berhasrat untuk menjadi khalifah nombor 1 apatah lagi dia mempunyai niat untuk
mengaut hasil kekayaan sesuatu organisasi tersebut untuk kepentingan diri
sendiri.
Selepas kesemua ahli jemaah
mesyuarat bersetuju, barulah hasil keputusan mesyuarat diistihar pada lelaki
ini dan diberi surat pelantikan rasmi. Lelaki ini tidak boleh menolak kerana
telah jatuh hukum Fardhu Kifayah, di mana jika ditolak adalah berdosa kerana
kepercayaan penuh telah diberi kepadanya, bahawasanya telah difikirkan oleh ahli
jemaah mesyuarat tersebut, bahawa telah tiada lagi yang paling layak menyandang
tugas, melainkan orang yang telah dipilih tersebut.
Seharusnya kaum wanita berasa gembira
dan berlapang dada, menarik nafas lega dengan perkhabaran ini kerana terlepas
dari tangggungjawab berat daripada dibebankan dengan beban kerja sebagai
pemerintah yang terpaksa melaksana pelbagai macam tanggungjawab perkara sebagai
pemimpin, pelindung, sebagai tempat bernaung kerana setiap khalifah tidak akan terlepas
dari soal jawab apabila illiyin dan sijjin dihadir bentangkan dan neraca
keadilan Allah telah didatangkan nanti. Setiap Khalifah tidak akan terlepas
daripada soal jawab samaada telah melaksana amanah yang diserah dengan
sesempurna mungkin dan samada telah menjauhi daripada segala tipu daya atau
membuat porak peranda.
Dari Quran:
2:228 Perempuan perempuan yang
diceraikan suaminya (ditalaknya) hendaklah menantikan dengan sendirinya tiga
kali suci / haid. Tiada halal bagi mereka menyembunyikan apa apa yang dijadikan
Allah dalam rahimnya (anak, haid), jika mereka beriman kepada Allah dan hari
yang kemudian. Suami mereka lebih patut kembali kepadanya (rujuk) ketika itu,
jika mereka menghendaki kemuslihatan. (Hak hak) untuk perempuan seumpama (kewajipan)
yang di atas pundaknya, secara ma’ruf dan untuk laki laki ada kelebihan satu
derajat dari perempuan. Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.
3:162
Adakah orang yang mengikut keredhaan Allah, serupa dengan orang yang kembali
dengan mendapat kemarahan dari Allah dan tempatnya dalam neraka? Dan (itulah)
sejahat jahat tempat tinggal.
3:163
Mereka itu bertingkat tingkat di sisi Allah dan Allah Mahamelihat apa apa yang
mereka kerjakan.
4:34
Laki laki itu menjadi tulang punggung (pemimpin) bagi perempuan, sebab Allah
melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (laki laki) memberi
belanja dari hartanya (bagi perempuan). Perempuan perempuan yang salih ialah
perempuan perempuan yang ta’at yang memeliharakan kehormatannya waktu ghaib
(suaminya) sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya. Perempuan perempuan
yang khawatir kamu akan kedurhakaannya, hendaklah kamu beri nasihat dan kamu
tinggalkanlah mereka sendirian di tempat berbaringnya dan kamu pukullah mereka
(tetapi dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika mereka ta’at
kepadamu, janganlah kamu cari jalan untuk menganiayanya. Sesungguhnya Allah
Mahatinggi, lagi Mahabesar.
11:15
Barang siapa menghendaki hidup di dunia dan perhiasannya, Kami sempurnakan
pekerjaannya di dunia, sedang mereka tiada dirugikan.
11:16
Tetapi tidak ada bagi mereka di akhirat, melainkan neraka. Dan hapuslah apa apa
yang mereka perbuat di dunia, dan binasalah apa apa yang mereka amalkan.
16:96
Apa apa yang ada di sisimu akan habis dan apa apa yang ada di sisi Allah akan
kekal. Demi, nanti akan Kami balasi orang orang yang sabar dengan pahala yang
terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.
22:41
Mereka, jika Kami beri tempat (kekuasaan) di muka bumi, mereka mendirikan
sembahyang dan membayarkan zakat serta menyuruh dengan ma’ruf (kebaikan) dan
melarang yang mungkar (kejahatan). Dan kepada Allah (terserah) akibat semua
pekerjaan.
26:181 Sempurnakanlah sukatan, dan
janganlah kamu kurangkan!
26:182 Timbanglah (suatu barang)
dengan timbangan (neraca) yang betul.
26:183 Janganlah kamu kurangkan hak
manusia dan jangan pula berbuat bencana di muka bumi.
46:19
Untuk masing masing mereka ada beberapa darjat (tingkat) menurut amalan yang
telah mereka amalkan, dan supaya Allah menyempurnakan (balasan) amalan mereka,
sedang mereka itu tiada teraniaya.
61:8
Mereka hendak memadami cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang
Allah menyempurnakan cahayaNya, meskipun benci orang orang yang kafir.
61:9
Dia yang mengutus rasulNya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang benar,
supaya Dia memenangkan agama itu atas sekalian agama, meskipun benci orang
orang musyrik.
61:10 Hai orang orang yang beriman,
maukah ku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari
siksa yang pedih,
61:11(Iaitu) bahwa beriman kamu
kepada Allah dan rasulNya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan
dirimu. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Dari Hadis Sahih Al Imam Al Bukhari:
1382.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
Nabi s.a.w. berdiri bersama kami, lalu
beliau menyebut perkara korupsi. Beliau mengatakan perkara itu besar dan amat
besar. Beliau bersabda: “Saya nanti menemui seorang kamu pada hari kiamat, di
atas bahunya (kuduknya) ada kambing yang mengembek, kuda yang meringkik,”.
Orang itu berkata: “Ya Rasulullah! Tolonglah saya!”. Saya menjawab: “Saya tidak
dapat menolong engkau sedikitpun. Sesungguhnya saya pernah menyampaikan kepada
engkau.” Dan di atas bahunya unta yang melenguh, orang itu berkata: “Ya
Rasulullah, tolonglah saya!”. Saya menjawab: “Saya tidak dapat menolong engkau
sedikitpun. Sesungguhnya saya pernah menyampaikan kepada engkau.” Dan di atas
bahunya emas dan perak (harta). Ia berkata: “Ya Rasulullah! Tolonglah saya!”.
Saya menjawab: “Saya tiada dapat menolong engkau sedikitpun. Sesungguhnya saya
pernah menyampaikan kepada engkau.” Dan di atas bahunya sepotong kain yang
berkibar kibar. Dia berkata: “Ya Rasulullah! Tolonglah saya!”. Saya menjawab:
“Saya tiada dapat menolong engkau sedikitpun. Sesungguhnya saya pernah
menyampaikan kepada engkau.”
1569.
Dari Abu Bakrah r.a. katanya:
Ketika sampai khabar kepada Rasulullah saw. bahwa penduduk Parsi telah
mengangkat anak perempuan Kisra menjadi Raja mereka, lalu Beliau bersabda :
“Tidaklah beruntung satu kaum yang mengangkat seorang perempuan untuk urusan
pemerintahan mereka,”.
1746.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
Rasulullah saw. bersabda: “Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka
tunggulah saat kehancuran.” Ia bertanya: “Bagaimana orang tidak memegang teguh amanah
itu, ya Rasullulah?” Beliau menjawab: “Kalau sesuatu urusan telah diserahkan
kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran.”
1755.
Dari Imran r.a., dari Nabi saw.
beliau bersabda: “Aku menengok ke dalam syurga, maka ku lihat kebanyakkan
isinya orang miskin. Dan aku menengok ke dalam neraka, maka ku lihat
kebanyakkan isinya kaum wanita.”
1897.
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi
saw. Beliau bersabda: “Sesungguhnya kamu sangat mengharapkan Jabatan
Pemerintahan, tetapi di hari kiamat hal itu menjadi penyesalan. Amat baik
perempuan yang menyusukan anaknya dan amat buruk perempuan yang berhenti
menyusukan,”
1898.
Dari Abu Musa r.a. katanya: Saya
bersama dua orang kaum saya datang kepada Nabi saw. : Yang seorang mengatakan:
“Angkatlah kami untuk jabatan pemerintahan, ya Rasulullah!” Dan yang seorang
lagi mengucapkan perkataan serupa itu pula. Beliau menjawab: “Sesungguhnya kami
tidak mengangkat untuk itu orang yang memintanya dan tidak pula orang yang
sangat mengharapkannya.”
1899
Dari Ma’qil r.a. katanya: Saya akan
menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw dan saya
telah mendengar beliau bersabda: “ Seseorang yang telah ditugaskan Tuhan
memerintahi rakyat, kalau dia tidak memimpin rakyat itu dengan jujur, niscaya
dia tiada akan memperoleh bau syurga.”
1900 Dari Ma’qil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada
engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw dan beliau bersabda: “Seorang
pembesar yang memerintahi rakyat kaum Muslimin, apabila pembesar itu mati,
sedang dia tidak jujur terhadap rakyat, niscaya dia dilarang oleh Allah masuk
syurga”.
1904. Dari Abdur Rahman bin Abu Bakar r.a. katanya: Abu Bakrah
menulis surat kepada anaknya yang ketika itu sedang berada di Sijitsan: “Bahwa
janganlah engkau memutuskan perkara antara dua orang yang bersilisih, pada hal
engkau sedang marah, kerana sesungguhnya saya mendengar Nabi saw. bersabda:
“Janganlah seorang hakim memutuskan perkara antara dua orang yang berselisih,
pada hal dia sedang marah”.
2018
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi
saw beliau bersabda: “Allah berfirman: “Aku telah menyediakan untuk hambaKu
yang salih, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar
dan belum pernah teringat dalam hati manusia.”
Dari Hadis Sahih Al Imam Muslim:
114. Dari Al Hasan r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Seorang hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya,
tetapi dia menipu rakyat, maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga
baginya.”
965. Dari Abu Musa r.a., Dari Nabi saw., sabdanya: “Kelak akan
datang suatu masa, di mana seorang laki laki berkeliling membawa emas untuk
disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima
sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang laki laki dikuntit oleh empat puluh orang wanita yang
kesemuanya menginginkan laki laki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu akan
terjadi, kerana jumlah laki laki jauh lebih sedikit daripada perempuan.”
1790. Dari Ibnu Umar r.a. katanya:
Aku hadir ketika bapakku (Umar bin Khathab ) kena musibah ditikam orang. Para
sahabat beliau yang hadir ketika itu memujinya. Kata mereka, “Semoga Allah
membalasi anda dengan balasan yang baik,” Jawab Umar,”Aku penuh harap dan
merasa cemas,” Kata mereka, “Tunjuklah pengganti anda (Untuk menjadi khalifah)!”
Jawab Umar, “Apakah aku harus memikul urusan pemerintahan waktu hidup dan
matiku?” Aku ingin tugasku sudah selesai, tidak kurang dan tidak lebih. Jika
aku menunjuk penggantiku, memang orang yang lebih baik daripada ku - yakni Abu
Bakar Shiddiq. – pernah menunjuk penggantinya. Tetapi jika aku membiarkan kamu
memilih sendiri siapa yang akan menjadi khalifah, maka orang yang paling baik
daripadaku, yakni Rasullullah saw pernah membiarkan kamu memilih sendiri
penggantinya menjadi khalifah.” Kata Abdullah, “Dengan ucapannya itu, tahulah
aku bahawa beliau tidak akan menunjuk penggantinya untuk menjadi khalifah.”
1791. Dari Abdurrahman bin Samurah
r.a. katanya “Rasulullah saw bersabda kepadaku: “Hai Abdulrahman! Janganlah
engkau meminta minta hendak jadi pembesar negara. Kerana jika engkau jadi
pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau
diangkat tanpa permintaan, engkau akan ditolong orang dalam tugasmu.”
1792. Dari Abu Musa r.a. katanya :
“Aku datang menemui Nabi bersama sama dua orang laki laki anak pamanku. Yang
seorang berkata, “Ya Rasulullah! Angkatlah aku jadi Amir (pembesar) di salah satu daerah yang telah
dikuasakan Allah kepada anda.” Dan yang seorang lagi berkata pula seperti itu.
Jawab Rasulullah saw, “Demi Allah! Aku tidak akan mengangkat seseorang untuk
memangku suatu jabatan, orang yang meminta minta supaya dia diangkat, bahkan
tidak pula orang yang mengharap harap untuk itu.
1793. Dari Abu Dzar r.a. katanya:
dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah! Apakah Anda tidak
hendak mengangkatku (untuk memegang suatu jabatan pemerintahan)?” Lalu beliau
menepuk bahu ku dengan tangan beliau seraya berkata, “ Hai Abu Dzar! Engkau ini
lemah. Sedangkan pekerjaan itu adalah amanah, yang pada hari kiamat kelak
dipertanggungjawabkan dengan risiko penuh kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi
orang yang memenuhi syarat dan dapat melaksanakan tugas yang dibebankan
kepadanya dengan baik.
1794. Dari Abdullah bin Umar r.a.
katanya, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya orang orang yang berlaku adil
akan berada di atas panggung cahaya di sebelah kanan Allah ‘Azza wa Jalla –
kedua sisi tersebut sesungguhnya baik keadaannya dan tinggi darjatnya – iaitu
orang orang yang berlaku adil dalam hukum, adil terhadap keluarga dan adil
dalam melaksanakan tugas yang dikuasakan kepada mereka.”
1795. Dari ‘Aisyah r.a. katanya:
“Aku mendengar Rasulullah saw mendoa di rumahku, katanya: “Wahai Allah! Siapa
yang menjabat suatu jabatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia mempersulit
urusan mereka, maka persulit pulalah dia dan siapa yang menjabat suatu jabatan
dalam pemerintahan umatku, lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolong
pulalah dia!”
1796. Dari Ibnu ‘Umar r.a. dari
Nabi saw sabdanya: “Ketahuilah! Setiap kamu adalah pengembala (pemimpin), dan
setiap kamu akan ditanya tentang gembalaanmu (kepimpinanmu). Seorang Amir
(raja, penguasa, pembesar atau pemimpin) yang berkuasa terhadap rakyat akan
ditanya tentang kepimpinannya. Seorang laki laki adalah pemimpin atas
keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang wanita adalah
pemimpin di rumah tangga suami dan anak anaknya. Dia akan akan ditanya tentang
kepimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta kekayaan
majikannya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang
kepimpinannya. Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap kamu akan
ditanya tentang kepimpinannya.
1798. Dari Abul Malih r.a. katanya:
Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Maqil bin Yasar ketika dia sakit. Kata Maqil
kepada ‘Ubaidullah,”Aku hendak menyampaikan sebuah hadis kepadamu, seandainya
aku tidak hampir mati, niscaya hadis ini belum akan ku sampaikan kepadamu. Aku
mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidak seorang pun Amir (pembesar, penguasa
atau pemimpin) yang menguasai atau memerintah kaum muslimin, tetapi dia tidak
berjuang dengan sungguh sungguh dan tidak memberikan pengarahan untuk
kemakmuran mereka, niscaya Allah tidak membolehkannya masuk surga bersama sama
dengan mereka,”
1801. Dari ‘Adi Ibnu ‘Aminah al
Kindi r.a. katanya, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : “Barang siapa yang
kami angkat di antara kamu memangku suatu jabatan, lalu disembunyikannya
terhadap Kami sebuah jarum atau yang lebih kecil dari itu, maka perbuatannya
itu adalah pengelapan. Dia akan datang pada hari kiamat membawa barang yang
digelapkannya itu.
1806. Dari Ibnu ‘Umar r.a. dari
Nabi saw sabdanya: “Setiap muslim wajib patuh dan setia terhadap pemerintah,
disukai atau tidak disukainya, kecuali bila dia diperintah melakukan maksiat.
Jika dia diperintah melakukan maksiat dia tidak perlu patuh dan setia,”
________________________
Justeru, kita melihat perkara ini
hanya banyak terpakai dalam hal perkara bila menjadi imam imam masjid dan imam
dalam rumah; tetapi tidak banyak terpakai dalam sudut tadbir yang lain.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.