Andai belum perasan. Janganlah
terlepas pandang, ketetapan Allah
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.
Penciptaan adam dan hawa →
4:1 Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang
menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadanya; dan
daripada keduanya berkembang biak laki laki dan perempuan yang banyak. Dan
takutlah kepada Allah yang pinta meminta kamu dengan namaNya dan (takutlah akan
memutuskan) silaturrahim. Sesunggguhnya Allah mengawasi kamu.
30:21 Dan di antara tanda tandaNya, bahawa Dia menciptakan
jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang senang kepadanya dan
Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesunguhnya tentang demikian itu, menjadi
ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.
39:6 Dia menciptakan kamu, dari diri yang satu (bangsa,
Adam), kemudian daripadanya Dia jadikan isterinya. Dia jadikan untukmu di
antara beberapa binatang ternak delapan pasang,
(unta jantan dan betina, sapi jantan dan betina, biri biri jantan dan
betina, kambing jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam perut ibumu,
kejadian demi kejadian dalam 3 macam kegelapan (perut, kegelapan rahim,
kegelapan uri). Itulah Allah Tuhanmu yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan
kecuali Dia. Maka kemanakah kamu berpaling?
Dijadikan sebaik baik kejadian →
23:14 Kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu
segumpal darah itu Kami jadikan sepotong daging , lalu sepotong daging itu,
Kami jadikan tulang, lalu tulang itu Kami bungkus dengan daging , kemudian dia
Kami ciptakan makhluk yang lain (manusia yang sempurna). Maka Mahasuci Allah
yang sebaik baik menciptakan.
32:7 Yang membaguskan tiap2 sesuatu yang dijadikanNya dan
Dia memulai kejadian manusia dari tanah.
32:9 Kemudian Dia sempurnakan (kejadiannya) dan Dia tiupkan
ruh ke dalamnya, dan Dia adakan untukmu pendengaran, penglihatan dan hati.
Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima kasih (kepadaNya).
40:68 Dia yang menghidupkan dan mematikan. Apabila Dia
hendak memutuskan suatu urusan, maka hanya Dia
berkata kepadanya: Jadilah engkau, lalu jadilah ia.
59:24 Dialah Allah, yang Menciptakan, yang Mengadakan (
dari tidak ada menjadi ada ) dan yang Merupakan ( Membentuk rupa dengan indah
), bagiNya beberapa nama yang terbaik. Tasbih kepadaNya apa apa yang di langit
dan di bumi, dan Dia Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.
82:7 Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan
kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang.
82:8 Menurut rupa
yang dikehendakiNya, Dia menyusun tubuhmu.
87:1 Sucikanlah nama
Tuhanmu yang Mahatinggi,
87:2 Yang menciptakan (semua alam) lalu menyempurnakan
kejadiannya.
87:3 Dan yang
menentukan dan memberi petunjuk,
95:4 Sesungguhnya Kami ciptakan
manusia dengan sebaik-baik bentuk.
Kamu diciptakan dari antara tulang punggung bapamu →
4:34 Laki laki itu menjadi tulang punggung (pemimpin) bagi
perempuan, sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana
mereka (laki laki) memberi belanja dari hartanya (bagi perempuan). Perempuan
perempuan yang salih ialah perempuan perempuan yang ta’at yang memeliharakan kehormatannya
waktu ghaib (suaminya) sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya. Perempuan
perempuan yang khawatir kamu akan kedurhakaannya, hendaklah kamu beri nasihat
dan kamu tinggalkanlah mereka sendirian di tempat berbaringnya dan kamu
pukullah mereka (tetapi dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika
mereka ta’at kepadamu, janganlah kamu cari jalan untuk menganiayanya.
Sesungguhnya Allah Mahatinggi, lagi Mahabesar.
86:5 Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah ia
dijadikan?
86:6 Ia dijadikan dari air yang terpancar,
86:7 Yang keluar dari antara tulang punggung (lelaki) dan
tulang dada (perempuan).
86:8 Sesungguhnya Allah kuasa untuk menghidupkan kembali.
87:1 Sucikanlah nama
Tuhanmu yang Mahatinggi,
87:2 Yang menciptakan (semua alam) lalu menyempurnakan
kejadiannya.
87:3 Dan yang
menentukan dan memberi petunjuk,
87:4 Dan yang
menumbuhkan padang rumput (tanam tanaman).
Dijadikan berpasang pasang →
30:21 Dan di antara tanda tandaNya, bahawa Dia menciptakan
jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang senang kepadanya dan
Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesunguhnya tentang demikian itu , menjadi
ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.
35:11 Allah menciptakan kamu dari tanah (kejadian yang mula
mula iaitu Adam), kemudian dari mani, kemudian Dia menjadikan kamu berjodoh
jodohan (laki laki perempuan). Tidak adalah yang dikandung perempuan dan tidak
pula yang dilahirkannya, melainkan dengan pengetahuanNya (Allah). Tidak bertambah umur orang panjang umur dan
tidak pula kurang umurnya, melainkan termaktub dalam kitab (diketahuiNya).
Sesungguhnya demikian itu mudah bagi Allah.
43:12 Dia yang menjadikan berpasang pasang ( jantan dan
betina atau bermacam macam ) semuanya dan mengadakan untukmu kapal dan binatang
binatang ternak untuk kamu kendarai.
43:13 Supaya kamu tetap di atas punggungnya, kemudian kamu
ingati nikmat Tuhanmu, bila kamu telah tetap di atasnya, dan berkata: MahaSuci
(Allah) yang menundukkan ini (binatang, kapal) untuk kami dan kami tiada kuasa
mempergunakannya, (kalau tidak kurnia Tuhan kami).
49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari
laki laki dan perempuan (bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa
(bermacam macam umat) dan bersuku suku supaya kamu berkenal kenalan.
Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang
lebih taqwa. Sungguh Allah Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.
60:10 Hai orang orang yang beriman, apabila datang kepadamu
perempuan perempuan Mukminat hendak berhijrah (pindah dari Makkah ke Madinah),
maka hendaklah kamu uji mereka itu, (Apa sebenarnya mereka betul beriman atau
tidak)? Allah lebih mengetahui keimanan mereka. Kalau kamu ketahui bahwa mereka
(sebenarnya) Mukminat, maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami
suami mereka) orang orang kafir itu, Mereka tidak halal bagi laki laki yang
kafir itu dan tidak pula laki laki yang kafir itu halal bagi mereka. Dan
berikanlah kepada suami mereka yang kafir itu (emas kawin) yang telah diberikannya
kepada mereka. Tiadalah kamu berdosa mengahwini mereka, bila kamu berikan emas
kahwinnya. Janganlah kamu pegang perhubungan (nikah) perempuan perempuan yang
kafir (bahkan ceraikanlah mereka itu), dan mintalah (emas kahwin) yang telah
kamu berikan kepadanya dan mereka hendaklah meminta pula (emas kahwin) yang
telah mereka berikan. Itulah hukum (peraturan) Allah. Dia menghukum antara kamu
dan Allah Mahamengetahui lagi Maha bijaksana.
75:38 Kemudian ia menjadi segumpal darah, lalu (Allah)
menciptakannya (manusia) dan menyempurnakannya.
75:39 Lalu Dia mengadakan daripadanya 2 jenis, laki-laki
dan perempuan.
75:40 Bukankah Allah (yang menciptakan) itu, kuasa
menghidupkan orang orang yang mati?
larangan menghina manusia lain →
49:11 Hai orang
orang yang beriman, janganlah kaum laki laki menghinakan kaum laki laki (yang
lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang
menghinakan dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang
lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari
perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela mencela sesama kamu dan jangan
pula panggil memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk buruk nama
ialah pasik sesudah beriman. Barang siapa yang tiada bertaubat, maka mereka
itulah orang yang aniaya.
49:12 Hai orang
orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangka sangka (dugaan terhadap sesama
Muslim), kerana sebahagian sangka sangka itu ialah dosa dan janganlah kamu
mencari cari aib orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain.
Sukakah salah seorang kamu, bahawa ia memakan daging saudaranya yang telah mati
(bangkainya)? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah.
Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi penyayang.
Isteri isteri dalam syurga →
36:55
Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu, bersenang senang dalam
pekerjaannya.
36:56 Mereka
bersama sama dengan isteri isterinya tinggal di tempat yang terlindung,
bersandar di atas peterana (tempat duduk pengantin).
36:57 Untuk
mereka di sana buah buahan dan apa apa yang mereka minta.
36:58 (Dan
ucapan) selamat, perkataan daripada Tuhan yang Pengasih.
37:40 Kecuali hamba hamba Allah yang disucikan (ikhlas
menyembahnya).
37:41 Untuk mereka itu rezeki yang terang.
37:42 (Iaitu) beberapa buah buahan sedang mereka
dimuliakan.
37:43 Dalam syurga kenikmatan.
37:44 Di atas tempat duduk berhadap hadapan.
37:45 Diedarkan kepada mereka gelas (yang berisi minuman)
dari mata air (arak syurga).
37:46 Yang putih warnanya, lazat rasanya bagi orang2 yang
meminumnya.
37:47 Tidak ada padanya yang merusakkan (akal) dan tidak
pula mereka mabuk kerananya.
37:48 Di sisi
mereka ada (beberapa isteri atau bidadari) yang pendek pemandangannya (bukan
mata keranjang) lagi bundar matanya.
37:49 Seolah
olah warnanya seperti telur yang terpelihara (tersimpan).
37:50 Lalu
mereka berhadap hadapan sesamanya, seraya tanya bertanya (bercakap cakap).
38:48 Ingatlah akan Ismail Ilyasa’ dan Zulkifli, masing
masingnya termasuk orang orang yang baik.
38:49 Inilah peringatan nama baik mereka. Sesungguhnya
untuk orang orang yang taqwa sebaik baik tempat kembali.
38:50 (Iaitu) syurga Aden yang dibukakan pintu pintunya
untuk mereka.
38:51 Sedang mereka duduk bersandar di sana, sambil meminta
buah buahan yang banyak dan minuman.
38:52 Disisi mereka ada (isteri isteri) yang rendah mata
(bukan mata keranjang) lagi sebaya.
38:53 Inilah yang dijanjikan kepadamu pada hari berhisab
(kiamat).
38:54 Sesungguhnya inilah rezeki Kami yang tidak habis
habisnya.
39:20 Tetapi orang2 yang takut kepada Tuhannya, untuk
mereka beberapa bilik, di atasnya ada pula beberapa bilik yang dibangunkan,
mengalir air sungai di bawahnya. (Itulah) janji Allah. Allah tidak memungkiri
janjiNya.
39:34 Untuk mereka itu apa apa yang mereka kehendaki di
sisi Tuhannya. Itulah balasan untuk orang orang yang berbuat baik.
39:73 Orang orang yang taqwa terhadap Tuhannya dihalau ke
dalam syurga dengan berbondong bondong, sehingga bila mereka sampai ke sana dan
dibukakan pintu pintunya dan berkata malaikat malaikat penjaganya kepada
mereka: Selamat untukmu, kamu telah suci, maka masuklah kamu ke dalam syurga
serta kekal (di dalamnya).
43:68 Hai hamba2Ku, tiadalah kamu takut pada hari ini dan
tiada pula kamu berdukacita.
43:69 (Iaitu) orang2
yang beriman kepada ayat ayat Kami dan mereka patuh (kepada Kami).
43:70 Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri2 kamu
dengan bersuka ria.
43:71 Diedarkan kepada mereka piring piring dari emas dan
gelas gelas, di sana ada apa apa yang diingini oleh nafsu dan lazat dipandang
mata, sedang kamu kekal di dalamnya.
43:72 Itulah syurga yang dipusakakan kepadamu, kerana apa
yang telah kamu amalkan.
43:73 Untukmu disana
ada buah-buahan yang banyak, di antaranya kamu makan.
Pasangan Isteri dari kalangan bidadari →
44:51 Sesungguhnya
orang2 yang taqwa adalah dalam tempat yang aman,
44:52 Dalam kebun kebun dan mata air,
44:53 Mereka memakai sutera yang tipis dan sutera yang
tebal, serta berhadap hadapan (sesamanya).
44:54 Demikianlah (keadaannya), dan Kami kahwinkan mereka
dengan bidadari (perempuan putih yang bundar matanya).
44:55 Mereka meminta di dalamnya bermacam macam buah buahan
serta aman sentosa,
44:56 Mereka di sana tiada merasai mati, kecuali mati yang
pertama dan mereka dipeliharakan dari siksa neraka,
44:57 Sebagai kurnia daripada Tuhanmu. Itulah kemenangan
yang besar.
45:30 Adapun orang2 yang beriman dan beramal salih, maka
mereka itu dimasukkan Tuhan ke dalam rahmatNya (syurga). Itulah kemenangan yang
terang.
50:34 (Maka dikatakan kepadanya): Masuklah kamu ke dalam
syurga dengan selamat. Itulah hari yang kekal selama lamanya.
50:35 Untuk mereka apa yang mereka kehendaki dalam syurga
dan di sisi Kami ada tambahannya.
51:15 Sesungguhnya orang orang yang taqwa adalah dalam
syurga (kebun kebun) dan mata air (yang mengalir di dalamnya).
51:16 Sedang mereka mengambil (menerima) apa apa yang
diberikan Tuhan kepadanya. Sesungguhnya mereka sebelum itu berbuat kebaikan.
51:17 Adalah mereka itu sedikit tidur pada malam hari.
51:18 Dan di waktu sahur (dini hari) mereka itu meminta
ampun (kepada Tuhan).
51:19 Dan dalam harta mereka ada hak untuk orang yang
meminta dan orang miskin yang (tak) mau meminta.
51:51 Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah.
Sungguh aku memberi peringatan yang terang kepadamu daripadaNya.
52:17 Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam syurga dan
(dalam) nikmat.
52:18 Serta berlazat lazat (bersenang senang) dengan apa
apa yang diberikan Tuhan kepada mereka, dan mereka dipeliharakan Tuhan dari
siksa neraka.
52:19 (Dikatakan kepadanya): Makanlah kamu dan minumlah
dengan selazat lazatnya, kerana (amalan) yang telah kamu kerjakan.
52:20 Sedang mereka bersandar di atas dipan (peterana,
balai balai), yang berbaris baris, dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari.
52:21 Orang orang yang beriman dan diikuti oleh anak
cucunya (keturunannya) dengan keimanan, Kami perhubungkan (kumpulkan) kepada
mereka anak cucunya itu dan tiadalah Kami kurangkan (pahala) amalan mereka
sedikitpun. Tiap tiap manusia tergadai (terikat) oleh usahanya masing masing.
52:22 Dan Kami tambah untuk mereka dengan buah buahan dan
daging yang mereka ingini.
52:23 Di dalamnya (syurga) mereka berebut (berganti ganti)
gelas arak, tak ada omong kosong dan berbuat dosa kerana meminumnya.
52:24 Dan mereka dikelilingi (dilayani) oleh budak budak
(yang cantik), seolah olah mereka mutiara yang tersimpan.
52:25 Setengah mereka berhadap hadapan dengan yang lain,
seraya tanya bertanya (bercakap cakap).
52:26 Mereka berkata: Sesungguhnya kita dahulu dalam keluarga
kita (di atas dunia) berhati takut (kepada Allah).
52:27 Lalu Allah memberi kurnia kepada kita dan
memeliharakan kita dari pada siksa neraka.
52:28 Sesungguhnya kita dahulu menyembahnya. Sungguh Dia
berbuat baik lagi penyayang.
53:15 Di dekatnya syurga tempat diam (bagi orang orang yang
taqwa).
54:54 Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam beberapa
kebun dan sungai (syurga).
54:55 Di majlis (tempat) yang benar, di sisi Maharaja (
Allah ) yang berkuasa.
55:46 Untuk orang yang takut akan berdiri (dihadapan)
Tuhannya, ada dua kebun (syurga).
55:48 (Keduanya) mempunyai dahan dahan.
55:50 Dalam keduanya ada dua mata air yang mengalir.
55:52 Dalam keduanya ada bermacam macam buah buahan yang
berpasang pasangan.
55:54 Mereka bersandar diatas hamparan, yang sebelah
kedalamnya dari sutera. Dan buah kedua dua kebun itu rendah rendah, (mudah
memetiknya).
55:56 Dalam syurga itu perempuan perempuan yang pendek
pemandangan (bukan bermata keranjang), mereka belum pernah disentuh manusia dan
jin sebelum mereka.
55:58 Seolah olah perempuan perempuan itu permata yakut dan
mutiara.
55:60 Tiadalah balasan kebaikan, melainkan kebaikan pula.
55:62 Selain daripada kedua kebun itu, ada lagi dua kebun
yang lain.
55:64 (Keduanya) sangat hijau daun-daunnya.
55:66 Dalam keduanya ada dua buah mata air yang terpancar
keduanya.
55:68 Dalam keduanya ada buah buahan, pohon kurma dan
delima.
55:70 Didalam semuanya ada perempuan perempuan yang baik
akhlak dan cantik parasnya.
55:72 (Iaitu) bidadari (perempuan yang putih) yang tertutup
dalam khemah.
55:74 Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum
mereka.
55:76 Mereka bersandar di atas bantal yang hijau warnanya
dan permaidani yang cantik rupanya.
56:12 Dalam syurga kesenangan.
56:13 Mereka itu banyak diantara orang orang dahulu,
56:14 Dan sedikit diantara orang orang yang kemudian.
56:15 Mereka di atas dipan (peterana) yang bertatahkan
(emas dan intan).
56:16 Sedang mereka bersandar di atasnya, berhadap hadapan.
56:17 Mereka dikelilingi (dilayani) oleh anak anak yang
berkekalan.
56:18 (Menghidangkan) cangkir cangkir, kendi kendi dan
gelas arak yang mengalir,
56:19 Mereka tiada pusing dan tidak pula mabuk, kerana
minuman itu.
56:20 Dan buah buahan di antara apa apa yang mereka sukai.
56:21 Dan daging burung yang mereka ingini.
56:22 (Di samping) mereka itu ada bidadari,
56:23 Seperti mutiara yang tersimpan rapi,
56:24 (Sebagai) balasan bagi amalan yang mereka kerjakan.
56:25 Mereka tiada mendengar di dalamnya omong kosong dan
tidak pula yang mendosakan,
56:26 Melainkan ucapan: Selamat, selamat!
56:27 Golongan
kanan, siapakah golongan kanan itu?
56:28 Mereka dalam (kebun) pohon sidr yang tidak berduri,
56:29 Dan pohon pohon pisang yang tersusun,
56:30 Dan naung yang terbentang,
56:31 Dan air yang mengalir terus,
56:32 Dan buah buahan yang banyak,
56:33 Yang tidak putus putus dan tidak pula terlarang,
56:34 Dan hamparan yang tinggi.
56:35 Sesungguhnya Kami adakan (untuk mereka) bidadari
bidadari dengan suatu kejadian.
56:36 Lalu Kami jadikan mereka itu tetap perawan,
56:37 Cinta kepada suaminya, sebaya umurnya.
56:38 (Semuanya itu) untuk orang2 golongan kanan,
56:39 (Mereka itu) banyak di antara orang orang dahulu,
56:40 Dan banyak pula di antara orang orang yang kemudian.
56:95
Sesungguhnya ini adalah haqqul yakin (sebenar benarnya yakin)
56:96 Maka
tasbihlah (sucikanlah) nama Tuhanmu yang Mahabesar.
Dijadikan jodoh untuk berkasih sayang / kamu bersenang
senang kepadanya →
30:21 Dan di antara tanda tandaNya, bahawa Dia menciptakan
jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang senang kepadanya dan
Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesunguhnya tentang demikian itu , menjadi
ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.
Kahwin dengan hamba sahaya →
2:221 Janganlah kamu kahwini perempuan perempuan musyrik,
kecuali jika mereka beriman. Sesungguhnya hamba sahaya yang beriman, lebih baik
dari perempuan yang musyrik, meskipun ia mentakjubkan kamu dan janganlah kamu
kahwinkan (perempuan muslim) dengan laki2 musyrik, kecuali jika mereka beriman.
Sesungguhnya hamba laki2 yang beriman, lebih baik dari laki2 yang musyrik,
meskipun ia mentakjubkan kamu. Mereka itu menyeru ke dalam neraka dan Allah
menyeru ke dalam syurga dan kepada ampunan dengan izinNya. Allah menyatakan
ayat ayatNya kepada manusia, mudah mudahan mereka menerima peringatan.
4:3 Jika kamu takut, bahwa kamu tak akan berlaku ‘adil
tentang anak anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan perempuan yang baik
bagimu, berdua, bertiga atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut, bahwa
tiada akan berlaku ‘adil, maka kahwinilah seorang saja, atau pakailah hamba
sahaya. Yang demikianlah itu lebih dekat kepada tiada aniaya.
23:5 Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
23:6 Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, maka
mereka itu tiada tercela.
70:29 Dan lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya
(tidak berzina).
70:30 Kecuali terhadap kepada isterinya atau hamba sahaya
yang dimilikinya, maka sesungguhnya mereka tiada dicela.
70:31 Barang siapa yang menuntut lain dari pada itu, maka
mereka itu orang orang aniaya (melampaui batas).
Kisah Nabi Daud ada 99 orang isteri →
38:17 Sabarlah engkau ( Ya
Muhammad ) atas apa yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami, Daud
yang mempunyai kekuatan, sungguh dia banyak kembali kepada keredaan Allah.
38:18 Sesungguhnya Kami tundukkan gunung gunung kepadanya.
Semuanya tasbih pada petang petang dan pagi pagi.
38:19 Dan (Kami tundukkan pula ) burung burung yang
dikumpulkan, masing masingnya banyak kembali kepada
keredaan Allah.
38:20 Kami kuatkan
kerajaannya dan Kami berikan kepadanya hikmah dan lidah yang fasih (kata
putus).
38:21 Adakah sampai
kepadamu perkhabaran orang orang yang berselisih, ketika mereka naik ke dinding
mehrab,
38:22 Ketika mereka masuk
kepada Daud, lalu ia terkejut kerana kedatangan mereka, mereka berkata:
Janganlah engkau takut, kami dua orang yang berselisih, yang seorang aniaya
kepada yang lain, sebab itu hukumlah antara kami dengan keadilan dan janganlah
engkau aniaya, dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus.
38:23 Sesungguhnya ini
saudaraku, baginya ada sembilan puluh sembilan ekor kambing dan bagiku hanya
seekor kambing, lalu katanya padaku: Biarkanlah aku memelihara kambing engkau
ini, dan aku dikalahkan dengan percakapannya.
38:24 Berkata Daud:
Sungguh ia telah aniaya kepada engkau, kerana meminta kambing engkau (supaya
dipercampurkan) kepada kambingnya. Sungguh kebanyakkan orang orang yang
berserikat (bercampur) setengah mereka aniaya kepada yang lain, kecuali orang
orang yang beriman dan beramal salih, tetapi sedikit (bilangan) mereka itu.
Daud mengetahui bahawa Kami mengujinya, lalu ia minta ampun kepada Tuhannya dan
meniarap sujud dan kembali (taubat).
38:25 Maka Kami ampuni
(kesalahannya itu). Sungguh baginya darjat yang tinggi di sisi Kami dan tempat
kembali yang baik.
38:26 Hai Daud,
sesungguhnya Kami menjadikan engkau Khalifah di muka bumi, maka hukumlah antara
manusia dengan keadilan, dan janganlah engkau turut hawa nafsu, nanti ia
menyesatkan engkau dari jalan (Agama) Allah. Sesungguhnya orang orang yang
sesat dari jalan Allah, untuk mereka itu siksa yang keras, kerana mereka lupa
akan hari yang berhisab.
Tetap perawan →
56:27 Golongan
kanan, siapakah golongan kanan itu?
56:28 Mereka dalam (kebun) pohon sidr yang tidak berduri,
56:29 Dan pohon pohon pisang yang tersusun,
56:30 Dan naung yang terbentang,
56:31 Dan air yang mengalir terus,
56:32 Dan buah buahan yang banyak,
56:33 Yang tidak putus putus dan tidak pula terlarang,
56:34 Dan hamparan yang tinggi.
56:35 Sesungguhnya Kami adakan (untuk mereka) bidadari
bidadari dengan suatu kejadian.
56:36 Lalu Kami jadikan mereka itu tetap perawan,
56:37 Cinta kepada suaminya, sebaya umurnya.
56:38 (Semuanya itu) untuk orang2 golongan kanan,
56:39 (Mereka itu) banyak di antara orang orang dahulu,
56:40 Dan banyak pula di antara orang orang yang kemudian.
56:95
Sesungguhnya ini adalah haqqul yakin (sebenar benarnya yakin)
56:96 Maka
tasbihlah (sucikanlah) nama Tuhanmu yang Mahabesar.
Lelaki Dibenarkan kahwin lebih dari satu →
4:3 Jika kamu takut, bahwa kamu tak akan berlaku ‘adil
tentang anak anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan perempuan yang baik
bagimu, berdua, bertiga atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut, bahwa
tiada akan berlaku ‘adil, maka kahwinilah seorang saja, atau pakailah hamba
sahaya. Yang demikianlah itu lebih dekat kepada tiada aniaya.
70:29 Dan lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya
(tidak berzina).
70:30 Kecuali terhadap kepada isterinya atau hamba sahaya
yang dimilikinya, maka sesungguhnya mereka tiada dicela.
Nabi kahwin dengan Zainab, janda bekas anak angkat →
33:37 Ingatlah,
ketika engkau (ya Muhammad) berkata kepada orang yang Allah telah memberi
nikmat kepadanya dan engkau telah memberi
nikmat pula kepadanya iaitu Zaid: Peganglah isteri engkau (jangan engkau
thalak) dan takutlah kepada Allah. Sedang engkau menyembunyikan dalam hati
engkau sesuatu yang Allah akan melahirkannya dan engkau takut kepada manusia,
padahal Allah terlebih patut engkau takuti. Setelah Zaid menunaikan hajatnya
(telah bergaul dengan isterinya kemudian diceraikannya), Kami kahwinkan engkau
dengan perempuan itu, supaya tidak ada kesempitan bagi orang orang mukmin,
untuk mengahwini (bekas) isteri anak angkatnya, bila ia telah menunaikan
hajatnya. (Semua) urusan Allah itu mesti terjadi.
33:38 Tidak ada
kesempitan bagi Nabi, tentang sesuatu yang telah diperlukan (diaturkan) Allah
baginya. Itulah sunnah (peraturan) Allah pada orang orang yang terdahulu
sebelum itu. (Semua) urusan Allah menurut kadar yang ditentukan.
Semoga
Allah mengangkat mereka ke makam tertinggi dan terpuji, mendapat rahmat dan
pelihara istimewa dari Allah.
Tuan
Guru Nik Aziz Nik Mat
Sheikh
Ahmed Deedat
Ustad
Dr Zakir Naik
Ustad
Dr Farid Ravi
Dan
ramai lagi
Amin
ya rabbal alamin
2:155 Demi,
sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan suatu (cubaan), iaitu ketakutan,
kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah buahan. Dan berilah khabar
gembira orang2 yang sabar (atas cubaan itu).
2:156 (Iaitu)
orang2, apabila mereka ditimpa musibah (melapetaka), mereka berkata: Inna
lillahi wainna ilaihi radji’un. ( Bahwa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan
kita akan kembali kepadaNya).
2:157 Untuk mereka itu selawat (berkat) dari Tuhannya serta
rahmat, dan mereka itu mendapat petunjuk.
8:4 Mereka
itulah orang orang yang sebenarnya beriman. Untuk mereka darjat (yang tinggi)
di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.
13:19 Adakah
orang yang mengetahui, bahawa Quran yang diturunkan kepada Engkau dari Tuhanmu,
adalah suatu kebenaran, serupa dengan orang yang buta (tiada mengetahui)? Hanya
orang orang yang berakal, menerima pengajaran.
13:20 (Yaitu)
orang orang yang menepati janji Allah dan mereka tiada memungkiri janji.
13:22 Orang2 yang sabar, kerana mengharapkan keredhaan
Tuhannya, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami
berikan kepada mereka dengan bersembunyi dan
berterang terang, dan mereka menolak kejahatan dengan kebajikan, untuk
mereka itu akibat (yang baik) di kampung (akhirat),
13:23 (Iaitu) syurga
Aden, mereka masuk ke dalamnya bersama orang orang yang salih di antara bapak2nya,
isteri isterinya dan anak anaknya, sedang malaikat masuk kepada mereka dari
tiap tiap pintu.
13:24 (Lalu mengucapkan):
Salamun ‘alaikum (keselamatan atas kamu) , kerana kamu telah sabar, maka
sebaik baiknyalah akibat di kampung itu (syurga).
16:96 Apa apa yang ada di sisimu akan habis dan apa apa
yang ada di sisi Allah akan kekal. Demi, nanti akan Kami balasi orang orang
yang sabar dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.
18:28 Sabarkanlah hatimu serta orang orang yang menyembah
Tuhannya pada pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredhaan Allah; dan
janganlah engkau palingkan pemandangan dari pada mereka, kerana menghendaki
perhiasan hidup di dunia. Janganlah engkau turut orang yang telah Kami lalaikan
hatinya dari mengingat Kami dan mengikut hawa nafsunya; dan adalah perbuatannya
melebihi batas.
25:63 Hamba hamba Yang Mahapengasih, ialah orang orang yang
berjalan di muka bumi dengan tenang (tidak sombong), jika mereka dicela oleh
orang orang jahil (jahat), mereka berkata: Selamat !
25:64 Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan
sembahyang pada Tuhannya.
25:65 Dan orang orang yang berkata : Ya Tuhan kami,
hindarkanlah siksa neraka daripada kami. Sungguh siksanya itu mesti menimpa
(orang orang yang kafir).
25:67 Dan orang orang yang menafkahkan (hartanya) tanpa
berlebih lebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya.
25:68 Dan orang orang yang tiada menyembah Tuhan yang lain
bersama Allah, dan tiada pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali
dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang memperbuat
demikian, niscaya akan menemui dosa (siksa).
25:70 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi
mengerjakan amal salih. Maka Allah akan mengganti kejahatan mereka dengan
kebaikan. Allah Pengampun lagi Penyayang.
25:71 Barang
siapa yang taubat dan beramal salih, maka sesungguhnya ia bertaubat kepada
Allah sebenar benarnya taubat.
25:72 Dan orang
orang yang tidak mau menjadi saksi palsu, jika mereka liwat dengan omong
kosong, mereka lewat sebagai orang yang mulia.
25:73 Dan orang
orang, jika mereka diberi peringatan dengan ayat ayat Tuhan, mereka tiada
menerima dengan telinga pekak dan mata buta (malahan diturutnya).
25:74 Dan orang
orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri isteri dan anak anak
yang mengirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang orang
yang taqwa.
25:75 Orang
orang yang tersebut itu akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi (syurga)
kerana mereka berhati sabar, dan mereka akan disambut dengan kehormatan dan
keselamatan di dalamnya.
25:76 Mereka
kekal di dalamnya. (Syurga itu) sebagus bagus tempat tetap dan tempat diam.
28:83 Itulah kampung akhirat, Kami adakan untuk orang2 yang
tiada menghendaki sombong di muka bumi dan tiada pula memperbuat bencana.
Akibat (yang baik) untuk orang2 yang taqwa.
29:58 Orang
orang yang beriman dan beramal salih, akan Kami tempatkan mereka dalam syurga,
pada beberapa kamar (bilik), yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang
mereka kekal di dalamnya. (Itulah) sebaik baik pahala bagi orang orang yang beramal.
29:59 (Iaitu)
bagi orang orang yang sabar dan bertawakkal (menyerahkan diri) kepada Tuhannya.
32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan
untuknya di antara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah
mereka amalkan.
33:28 Hai Nabi, katakanlah kepada isteri isterimu: Jika
kamu menghendaki hidup di dunia dan perhiasannya, maka marilah kamu, aku
berikan pemberian kepadamu dan kuceraikan kamu dengan perceraian yang baik.
33:29 Jika kamu menghendaki (keredhaan) Allah dan RasulNya,
serta kampung akhirat, maka sungguh Allah telah menyediakan pahala yang besar
untuk wanita wanita yang berbuat baik di antara kamu.
34:37 Hartamu dan anak anakmu, tiada dapat menghampirkan
kamu di sisi Kami, kecuali orang yang beriman dan beramal salih, maka untuk
mereka itu balasan yang berlipat ganda, kerana amalannya, sedang mereka aman
sentosa dalam kamar kamar (bilik bilik syurga).
35:5 Hai manusia, sesungguhnya janji Allah sebenarnya,
sebab itu janganlah kamu terpedaya oleh kehidupan di dunia dan jangan pula
terpedaya terhadap Allah dengan si pendaya (Setan).
36:9
Dan Kami adakan satu tutup di hadapan mereka dan satu tutup di belakangnya,
lalu Kami tutup mata mereka, sehingga mereka tiada melihat (suatu apa pun).
36:10
Sama saja bagi mereka, baik engkau beri peringatan mereka atau tiada engkau
beri peringatan, niscaya mereka tiada juga beriman.
36:44 Kecuali
dengan rahmat dari Kami dan untuk kesukaan, hingga seketika (sampai ajalnya).
40:55 Maka
sabarlah engkau, sungguh janji Allah sebenarnya, dan minta ampunlah atas
dosamu, dan tasbihlah serta memuji Tuhanmu pada petang petang dan pagi pagi.
40:77 Maka
sabarlah engkau, sesungguhnya janji Allah sebenarnya. Maka adakalanya Kami
perlihatkan kepada engkau sebahagian (siksa) yang Kami janjikan kepada mereka,
atau Kami wafatkan engkau lebih dahulu, maka mereka akan dikembalikan kepada
Kami.
50:39 Maka
sabarlah engkau (Ya Muhammad) (mendengarkan) apa apa yang mereka katakan dan
tasbihlah serta memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum
terbenamnya.
51:5 Sesungguhnya apa apa yang dijanjikan
kepadamu, adalah benar,
51:6 Dan sesungguhnya
pembalasan (pada hari kiamat) mesti kejadian.
51:15 Sesungguhnya orang orang yang taqwa adalah dalam
syurga (kebun kebun) dan mata air (yang mengalir di dalamnya).
51:16 Sedang mereka mengambil (menerima) apa apa yang
diberikan Tuhan kepadanya. Sesungguhnya mereka sebelum itu berbuat kebaikan.
52:17 Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam syurga dan
(dalam) nikmat.
52:18 Serta berlazat lazat (bersenang senang) dengan apa
apa yang diberikan Tuhan kepada mereka, dan mereka dipeliharakan Tuhan dari
siksa neraka.
52:19 (Dikatakan kepadanya): Makanlah kamu dan minumlah
dengan selazat lazatnya, kerana (amalan) yang telah kamu kerjakan.
52:20 Sedang mereka bersandar di atas dipan (peterana,
balai balai), yang berbaris baris, dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari.
52:21 Orang orang yang beriman dan diikuti oleh anak
cucunya (keturunannya) dengan keimanan, Kami perhubungkan (kumpulkan) kepada
mereka anak cucunya itu dan tiadalah Kami kurangkan (pahala) amalan mereka
sedikitpun. Tiap tiap manusia tergadai (terikat) oleh usahanya masing masing.
52:22 Dan Kami tambah untuk mereka dengan buah buahan dan
daging yang mereka ingini.
52:23 Di dalamnya (syurga) mereka berebut (berganti ganti)
gelas arak, tak ada omong kosong dan berbuat dosa kerana meminumnya.
52:24 Dan mereka dikelilingi (dilayani) oleh budak budak
(yang cantik), seolah olah mereka mutiara yang tersimpan.
52:25 Setengah mereka berhadap hadapan dengan yang lain,
seraya tanya bertanya (bercakap cakap).
52:26 Mereka berkata: Sesungguhnya kita dahulu dalam
keluarga kita (di atas dunia) berhati takut (kepada Allah).
52:27 Lalu Allah memberi kurnia kepada kita dan
memeliharakan kita dari pada siksa neraka.
52:28 Sesungguhnya kita dahulu menyembahnya. Sungguh Dia
berbuat baik lagi penyayang.
52:48 Sabarlah
engkau (ya Muhammad)(menerima) hukum Tuhanmu, sesungguhnya engkau dalam
penjagaan mata Kami, dan tasbihlah (menyucikan Tuhan) serta memuji Tuhanmu,
ketika engkau berdiri.
53:15 Di dekatnya syurga tempat diam (bagi orang orang yang
taqwa).
70.5 Maka
sabarlah engkau dengan kesabaran yang indah.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.