Total Pageviews

Thursday, 7 May 2026

Ujian Taqwa Terbaik Bagi Wanita

 

Antara Ujian Taqwa Terbaik Bagi Wanita

 

49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki laki dan perempuan (bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa (bermacam macam umat) dan bersuku suku supaya kamu berkenal kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.

 

25:63 Hamba hamba Yang Mahapengasih, ialah orang orang yang berjalan di muka bumi dengan tenang (tidak sombong), jika mereka dicela oleh orang orang jahil (jahat), mereka berkata: Selamat !

 

25:64 Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.

 

25:65 Dan orang orang yang berkata : Ya Tuhan kami, hindarkanlah siksa neraka daripada kami. Sungguh siksanya itu mesti menimpa (orang orang yang kafir).

 

25:67 Dan orang orang yang menafkahkan (hartanya) tanpa berlebih lebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya.

 

25:68 Dan orang orang yang tiada menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dan tiada pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang memperbuat demikian, niscaya akan menemui dosa (siksa).

 

25:73 Dan orang orang, jika mereka diberi peringatan dengan ayat ayat Tuhan, mereka tiada menerima dengan telinga pekak dan mata buta (malahan diturutnya).

 

25:74 Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri isteri dan anak anak yang mengirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang orang yang taqwa.

 

25:75 Orang orang yang tersebut itu akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi (syurga) kerana mereka berhati sabar, dan mereka akan disambut dengan kehormatan dan keselamatan di dalamnya.

 

25:76 Mereka kekal di dalamnya. (Syurga itu) sebagus bagus tempat tetap dan tempat diam.

 

28:83 Itulah kampung akhirat, Kami adakan untuk orang2 yang tiada menghendaki sombong di muka bumi dan tiada pula memperbuat bencana. Akibat (yang baik) untuk orang2 yang taqwa.

 

29:59 (Iaitu) bagi orang orang yang sabar dan bertawakkal (menyerahkan diri) kepada Tuhannya.

 

32:15 Hanya yang beriman kepada ayat ayat Kami ialah orang orang, bila mereka diberi peringatan dengan ayat ayat itu, mereka meniarap sujud dan mereka tasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tiada sombong.

 

32:16 Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring ( kurang tidur malam hari ), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

 

32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya di antara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan.

 

51:5  Sesungguhnya apa apa yang dijanjikan kepadamu, adalah benar,

 

51:6 Dan sesungguhnya pembalasan (pada hari kiamat) mesti kejadian.

 

51:15 Sesungguhnya orang orang yang taqwa adalah dalam syurga (kebun kebun) dan mata air (yang mengalir di dalamnya).

 

51:16 Sedang mereka mengambil (menerima) apa apa yang diberikan Tuhan kepadanya. Sesungguhnya mereka sebelum itu berbuat kebaikan.

 

52:17 Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam syurga dan (dalam) nikmat.

 

52:18 Serta berlazat lazat (bersenang senang) dengan apa apa yang diberikan Tuhan kepada mereka, dan mereka dipeliharakan Tuhan dari siksa neraka.

 

52:19 (Dikatakan kepadanya): Makanlah kamu dan minumlah dengan selazat lazatnya, kerana (amalan) yang telah kamu kerjakan.

 

52:20 Sedang mereka bersandar di atas dipan (peterana, balai balai), yang berbaris baris, dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari.

 

52:21 Orang orang yang beriman dan diikuti oleh anak cucunya (keturunannya) dengan keimanan, Kami perhubungkan (kumpulkan) kepada mereka anak cucunya itu dan tiadalah Kami kurangkan (pahala) amalan mereka sedikitpun. Tiap tiap manusia tergadai (terikat) oleh usahanya masing masing.

 

52:22 Dan Kami tambah untuk mereka dengan buah buahan dan daging yang mereka ingini.

 

52:23 Di dalamnya (syurga) mereka berebut (berganti ganti) gelas arak, tak ada omong kosong dan berbuat dosa kerana meminumnya.

 

52:24 Dan mereka dikelilingi (dilayani) oleh budak budak (yang cantik), seolah olah mereka mutiara yang tersimpan.

 

52:25 Setengah mereka berhadap hadapan dengan yang lain, seraya tanya bertanya (bercakap cakap).

 

52:26 Mereka berkata: Sesungguhnya kita dahulu dalam keluarga kita (di atas dunia) berhati takut (kepada Allah).

 

52:27 Lalu Allah memberi kurnia kepada kita dan memeliharakan kita dari pada siksa neraka.

 

52:28 Sesungguhnya kita dahulu menyembahnya. Sungguh Dia berbuat baik lagi penyayang.

 

52:48 Sabarlah engkau (ya Muhammad)(menerima) hukum Tuhanmu, sesungguhnya engkau dalam penjagaan mata Kami, dan tasbihlah (menyucikan Tuhan) serta memuji Tuhanmu, ketika engkau berdiri.

 

53:15 Di dekatnya syurga tempat diam (bagi orang orang yang taqwa).

 

70.5 Maka sabarlah engkau dengan kesabaran yang indah.

 

 

Para Rasul dan Nabi dilihat dilantik dari kalangan laki laki. Kita tidak mengetahui adakah rasul dari kalangan wanita? Mungkin tiada. Dan Allah yang Mahamengetahuinya. Di dalam Quran dan Hadis Shahih menggambarkan laki laki lebih sesuai dilantik sebagai khalifah (Pemimpin atau Ketua) manakala golongan wanita adalah kaum yang diciptakan Allah lebih lemah dari laki-laki Justeru, adalah kaum wanita kaum yang wajar dilindungi oleh lelaki, dan sepatutnya dibantu oleh laki laki yang lebih perkasa kejadiannya, dan lebih panjang akal fikirannya, diciptakan oleh Tuhannya.

 

 

2:228 Perempuan perempuan yang diceraikan suaminya (ditalaknya) hendaklah menantikan dengan sendirinya tiga kali suci / haid. Tiada halal bagi mereka menyembunyikan apa apa yang dijadikan Allah dalam rahimnya (anak, haid), jika mereka beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Suami mereka lebih patut kembali kepadanya (rujuk) ketika itu, jika mereka menghendaki kemuslihatan. (Hak hak) untuk perempuan seumpama (kewajipan) yang di atas pundaknya, secara ma’ruf dan untuk laki laki ada kelebihan satu derajat dari perempuan. Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

 

3:139 Janganlah kamu lemah dan jangan pula berdukacita, sedang kamu orang orang yang lebih tinggi jika kamu orang beriman.

 

3:142 Bahkan adakah kamu kira, bahwa kamu akan masuk syurga saja, sedangkan Allah tiada mengetahui orang orang yang berjuang di antara kamu, serta mengetahui orang orang yang sabar.

 

4:3 Jika kamu takut, bahwa kamu tak akan berlaku ‘adil tentang anak anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan perempuan yang baik bagimu, berdua, bertiga atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut, bahwa tiada akan berlaku ‘adil, maka kahwinilah seorang saja, atau pakailah hamba sahaya. Yang demikianlah itu lebih dekat kepada tiada aniaya.

 

4:32 Jangan kamu irihati, kerana Allah melebihkan setengah kamu dari yang lain. Untuk laki laki ada bagian dari usaha yang dikerjakannya, dan untuk perempuan ada bagian dari usaha yang dikerjakannya. Kamu mintalah kepada Allah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui tiap tiap sesuatu.

 

4:34 Laki laki itu menjadi tulang punggung (pemimpin) bagi perempuan, sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (laki laki) memberi belanja dari hartanya (bagi perempuan). Perempuan perempuan yang salih ialah perempuan perempuan yang ta’at yang memeliharakan kehormatannya waktu ghaib (suaminya) sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya. Perempuan perempuan yang khawatir kamu akan kedurhakaannya, hendaklah kamu beri nasihat dan kamu tinggalkanlah mereka sendirian di tempat berbaringnya dan kamu pukullah mereka (tetapi dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika mereka ta’at kepadamu, janganlah kamu cari jalan untuk menganiayanya. Sesungguhnya Allah Mahatinggi, lagi Mahabesar.

 

70:29 Dan lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya (tidak berzina).

 

70:30 Kecuali terhadap kepada isterinya atau hamba sahaya yang dimilikinya, maka sesungguhnya mereka tiada dicela.

 

Allah menyatakan dalam Quran laki laki akhir zaman hanya boleh memiliki maksimum 4 wanita pada satu satu masa. Ini bermakna seorang wanita mengikut agama sebenarnya memiliki ¼ sahaja suaminya manakala ¾  lagi suaminya, boleh dimiliki bersama 3 wanita yang lain. Pada zaman terdahulu keadaannya adalah lebih banyak, contoh: Nabi Daud pernah memiliki 99 orang isteri :

 

38:21 Adakah sampai kepadamu perkhabaran orang orang yang berselisih, ketika mereka naik ke dinding mehrab,

 

38:22 Ketika mereka masuk kepada Daud, lalu ia terkejut kerana kedatangan mereka, mereka berkata: Janganlah engkau takut, kami dua orang yang berselisih, yang seorang aniaya kepada yang lain, sebab itu hukumlah antara kami dengan keadilan dan janganlah engkau aniaya, dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus.

 

38:23 Sesungguhnya ini saudaraku, baginya ada sembilan puluh sembilan ekor kambing dan bagiku hanya seekor kambing, lalu katanya padaku: Biarkanlah aku memelihara kambing engkau ini, dan aku dikalahkan dengan percakapannya.

 

38:24 Berkata Daud: Sungguh ia telah aniaya kepada engkau, kerana meminta kambing engkau (supaya dipercampurkan) kepada kambingnya. Sungguh kebanyakkan orang orang yang berserikat (bercampur) setengah mereka aniaya kepada yang lain, kecuali orang orang yang beriman dan beramal salih, tetapi sedikit (bilangan) mereka itu. Daud mengetahui bahawa Kami mengujinya, lalu ia minta ampun kepada Tuhannya dan meniarap sujud dan kembali (taubat).

 

38:25 Maka Kami ampuni (kesalahannya itu). Sungguh baginya darjat yang tinggi di sisi Kami dan tempat kembali yang baik.

 

38:26 Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan engkau Khalifah di muka bumi, maka hukumlah antara manusia dengan keadilan, dan janganlah engkau turut hawa nafsu, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan (Agama) Allah. Sesungguhnya orang orang yang sesat dari jalan Allah, untuk mereka itu siksa yang keras, kerana mereka lupa akan hari yang berhisab.

 

Manakala Nabi Sulaiman dikatakan mempunyai 700 orang isteri. Di mana jumlah sebenarnya tidak diketahui, ada yang mengatakan 1000 orang ( Allah yang lebih mengetahuinya ). Justeru, beristeri ramai bukan satu kesalahan, malah telah diamalkan oleh Nabi dan Rasul.

 

Di zaman sekarang, musuh Islam berlumba memesong fikiran masyarakat, bahawasanya, kesalahan besar lelaki berkahwin ramai. Lelaki sebegitu wajar dihukum berat dan dipulaukan, ibarat kesalahan lelaki itu melebihi kesalahan penjenayah, sedangkan hukum asal diturunkan Allah membolehkan lelaki berkahwin lebih dari satu.

 

Jika pada zaman sekarang ia dipermudahkan, maka adalah menjadi kegerunan, pihak yang membenci Islam. Bayangkan sekira satu keluarga mempunyai 4 isteri, manakala setiap isteri beranak 10, bukankah ini menjadikan bilangan anak seramai 40 orang bagi satu keluarga! Memang ini yang menjadi ketakutan kepada mereka yang tidak suka dengan hukum Allah dan membenci Islam.

 

Maka, adakah anda menentang hukum Allah atau membenarkan seruan Allah dan rasulnya? Fikir fikirkanlah di mana kita berada kerana dunia  hanya ibarat sekolah, medan Allah menguji hambaNya yang mengaku beriman kepada kitab dan rasulNya. Maka di manakah kita berada?

 

2:25 Berilah khabar gembira orang orang yang beriman dan beramal salih, bahawa sesungguhnya untuk mereka itu syurga yang mengalir air sungai di bawahnya. Tiap tiap mereka mendapat rezeki daripada buah buahannya, mereka berkata: Ini seperti rezeki yang diberikan kepada kita dahulu. Mereka diberi rezeki yang serupa serupa dan untuk mereka dalam syurga isteri isteri yang suci, sedang mereka kekal di dalamnya.

 

2:155 Demi, sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan suatu (cubaan), iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah buahan. Dan berilah khabar gembira orang2 yang sabar (atas cubaan itu).

 

2:156 (Iaitu) orang2, apabila mereka ditimpa musibah (melapetaka), mereka berkata: Inna lillahi wainna ilaihi radji’un. ( Bahwa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).

 

2:157 Untuk mereka itu selawat (berkat) dari Tuhannya serta rahmat, dan mereka itu mendapat petunjuk.

 

2:177 Bukanlah kebaikan bahawa kamu hadapkan mukamu arah ke timur dan kebarat, tetapi yang kebaikan itu ialah orang beriman kepada Allah, hari yang kemudian, malaikat, Kitab2 dan nabi2; dan dia memberikan harta yang dikasihinya kepada karib kirabatnya, anak2 yatim, orang2 miskin, orang berjalan, orang2 yang meminta dan untuk memerdekakan hamba sahaya, serta ia mendirikan solat, memberikan zakat, menepati janji, bila ia berjanji dan berhati sabar atas kemiskinan, kemelaratan dan ketika peperangan. Mereka itulah orang orang yang benar dan mereka itulah orang orang yang taqwa.

 

2:212 Dihiasi kehidupan di dunia bagi orang2 yang kafir dan mereka menghinakan orang2 yang beriman; dan orang2 bertaqwa diatas mereka itu (darjatnya) pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa terhisab.

 

3:15 Katakanlah: Adakah kamu suka, ku khabarkan kepadamu barang yang lebih baik daripada yang demikian? (Yaitu) : Untuk orang orang yang taqwa di sisi Tuhannya ada surga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka itu kekal di dalamnya dan (lagi) isteri isteri yang suci dan keredhaan Allah, dan Allah Mahamelihat segala hambanya.

 

3:16 Mereka itulah yang mengatakan: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, sebab itu ampunilah dosa kami dan peliharakanlah kami dari siksa neraka.

 

3:17 (Mereka itu) orang orang yang sabar, benar, patuh (mengikut perintah), memberikan nafkah dan meminta ampun (kepada Allah) di waktu sahur (akhir malam).

 

3:19 Sesungguhnya agama di sisi Allah, ialah Islam. Tiadalah berselisih orang orang ahli kitab, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, kerana berdengki dengkian sesamanya. Barang siapa yang kafir akan ayat ayat Allah, maka sesungguhnya Allah bersegera menghisabnya.

 

3:132 Taatlah kepada Allah dan rasul, mudah mudahan kamu mendapat rahmat.

 

3:146 Beberapa banyaknya nabi yang berperang bersamanya kaum yang banyak. Mereka itu tidak pengecut, kerana (bahaya) yang menimpa mereka pada jalan Allah dan tiada lemah dan tiada pula tunduk: dan Allah mengasihi orang orang yang sabar.

 

3:185  Tiap2 diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barang siapa yang terjauh dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya menanglah ia. Tiadalah hidup di dunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan.

 

3:186 Demi akan dicobai kamu tentang hartamu dan dirimu sendiri, Dan demi, akan kamu dengar caci, nista yang banyak dari orang orang ahli kitab sebelum kamu dan orang orang musyrik. Jika kamu sabar dan taqwa, sungguh demikian itulah perkara yang sangat di cita citakan.

 

3:198 Tetapi orang orang yang takut kepada Tuhannya, untuk mereka itu syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, serta mendapat hidangan dari sisi Allah, dan apa yang di sisi Allah, lebih baik bagi orang orang yang baik.

 

4:13 Demikianlah batas batas (peraturan) Allah. Barang siapa mengikut (perintah) Allah dan rasulNya, niscaya Allah memasukkan dia ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang besar.

 

4:27 Allah menghendaki, supaya Dia menerima taubatmu, dan orang orang yang mengikut syahwatnya (hawa nafsunya) menghendaki, supaya kamu condong (dari kebenaran) secondong condong yang besar.

 

4:28 Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama), kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah.

 

4:80 Barang siapa menta’ati rasul, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Barang siapa berpaling, maka Kami tiada mengutus engkau untuk menjaga mereka.

 

4:122 Orang orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang baik baik, nanti Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal di dalamnya selama lamanya. Janji Allah itu benar. Siapakah yang terlebih benar perkataannya dari (perkataan) Allah?

 

4:125 Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai tolan.

 

6:32 Tiadalah hidup di dunia ini, melainkan permainan dan pergurauan. Sesungguhnya kampung akhirat lebih baik bagi orang2 yang taqwa. Apa tidakkah kamu memikirkan?

 

6:51 Berilah peringatan dengan Quran akan orang orang yang takut, bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhannya, tidak ada bagi mereka wali dan tidak pula penolong, selain daripadaNya, mudah mudahan mereka bertaqwa.

 

7:35 Hai anak anak Adam, jika datang kepadamu beberapa rasul di antara kamu yang menceritakan ayat ayatKu kepadamu, maka barang siapa bertaqwa dan berbuat kebaikan, maka mereka itu tiada takut dan tiada berdukacita.

 

7:42 Orang orang yang beriman dan mengerjakan yang baik baik, - tiadalah Kami berati diri seseorang, melainkan sekadar tenaganya, mereka itu penghuni syurga, sedang mereka kekal di dalamnya.

 

7:43 Kami hapuskan apa apa yang di dalam dada mereka, iaitu irihati (dengki), mengalir air sungai di bawah mereka, seraya mereka berkata : Puji pujian bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Tiadalah kami mendapat petunjuk, kalau tiada kami ditunjuki Allah. Demi sesungguhnya telah datang rasul2 Tuhan kami dengan (membawa) kebenaran. Mereka diseru (dengan suara) : Syurga itu kamu terima  pusaka, disebabkan apa yang telah kamu amalkan.

 

7:44 Orang orang syurga menyeru orang orang neraka : Kami telah memperoleh apa apa yang dijanjikan Tuhan kami dengan sebenarnya. Adakah kamu memperoleh apa yang dijanjikan Tuhan kamu dengan sebenarnya? Mereka itu menyahut; Ya. Lalu menyeru yang menyeru (malaikat) di antara mereka itu : Sesungguhnya kutuk Allah di atas orang2 yang aniaya.

 

7:201 Sesungguhnya orang orang yang taqwa, jika mereka disentuh oleh syetan yang berkeliling, mereka lekas ingat, lalu mereka melihat (kebenaran).

 

8:3 (Dan) orang orang yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

 

8:4 Mereka itulah orang orang yang sebenarnya beriman. Untuk mereka darjat (yang tinggi) di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.

 

9:20 Orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang di jalan Allah, dengan harta dan dirinya, lebih tinggi darjatnya disisi Allah. Mereka itulah orang2 yang menang.

 

9:21 Tuhan mereka memberi khabar gembira bagi mereka dengan rahmat dan keredhaannya serta syurga, untuk mereka di dalamnya nikmat yang tetap (abadi),

 

9:22 Sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah pahala yang besar.

 

9:72 Allah telah menjanjikan untuk orang2 mukmin laki laki dan orang2 mukmin perempuan syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal di dalamnya dan beberapa tempat kediaman yang indah dalam syurga Aden, dan keredhaan dari pada Allah yang amat besar. Demikian itulah kemenangan yang besar.

 

9:112 Mereka orang orang yang taubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh dengan maaruf dan melarang yang mungkar, lagi memelihara batas batas (perintah) Allah. Berilah khabar gembira orang orang yang beriman itu (dengan syurga).

 

10:9 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih, Tuhan memberi petunjuk kepada mereka, kerana keimanannya, mengalir air sungai di bawahnya, dalam syurga nikmat (kesenangan).

 

10:10 Doa mereka di dalam syurga: Mahasuci Engkau ya Allah ; dan ucapan salamnya : Selamat. Akhir doanya : Alhamdullillahi rabbil’alamin. (Puji2an bagi Allah, Tuhan semesta alam).

 

10:25 Allah menyeru kepada kampung selamat (syurga) dan menunjuki orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus.

 

10:26 Untuk orang orang yang memperbuat kebajikan ada kebajikan, serta tambahannya. Muka mereka tiada tertutup oleh debu yang hitam dan tiada pula oleh kehinaan. Mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.

 

11:11 Kecuali orang2 yang sabar dan beramal salih. Untuk mereka itu ampunan dan pahala yang besar.

 

11:23 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih dan tenteram hati mereka terhadap Tuhannya, mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.

 

12:109 Kami tiada mengutus rasul sebelum engkau, melainkan beberapa orang laki laki, Kami wahyukan kepada mereka, di antara penduduk negerinya. Tiadakah mereka berjalan di muka bumi, lalu mereka perhatikan bagaimana akibatnya orang orang sebelum mereka? Sungguh kampung akhirat lebih baik bagi orang orang yang taqwa. Tiadakah kamu memikirkan?

 

13:35 Umpama syurga yang dijanjikan untuk orang orang yang taqwa (menurut yang kami ceritakan kepadamu), mengalir air sungai di bawahnya. Makanannya abadi (tak habis habis), begitupun naungannya. Itulah akibat orang orang yang taqwa ; dan akibat orang orang kafir ialah neraka.

 

14:23 Dimasukkan Allah orang orang yang beriman dan mengamalkan salih ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya, kekal mereka di dalamnya dengan izin Tuhan. Ucapan selamat mereka di dalamnya : Assalamu (‘alaikum).

 

15:45 Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam kebun kebun dan mata air.

 

15:46 Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat dan sentosa.

 

15:47 Kami cabut apa yang ada dalam dada mereka, (yakni sifat) dengki, sedang mereka itu bersaudara dan berhadapan di atas dipan (tempat tidur).

 

15:48 Mereka itu tiada merasa lelah di dalamnya, sedang mereka tiada dikeluarkan daripadanya.

 

16:30 Dikatakan kepada orang orang yang taqwa: Apakah yang diturunkan Tuhanmu? Jawab mereka itu: Kebajikan. Untuk orang orang yang memperbuat kebajikan di dunia ini (mendapat) kebajikan pula. Tetapi kampung akhirat lebih baik. Sungguh amat baik kampung orang2 yang taqwa.

 

16:31 (Iaitu) syurga Aden, mereka itu masuk ke dalamnya, sedang air sungai mengalir di bawahnya, untuk mereka itu di dalamnya apa apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah membalasi orang orang yang taqwa,

 

16:128 Sesungguhnya Allah beserta orang2 yang taqwa dan orang2 yang berbuat kebaikan.

 

18:30 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan mengerjakan yang baik baik, Kami tiada akan menyia nyiakan pahala orang yang membaikkan amalannya.

 

18:31 Untuk mereka itu syurga Aden, yang mengalir air sungai di bawah mereka, mereka dihiasi dengan gelang emas dan memakai baju hijau dari sutera yang tipis dan sutera yang tebal, sedang mereka (duduk) bersandar di atas dipan (peterana). (Itulah) sebaik baik pahala; dan sebagus bagus tempat bersenang senang.

 

18:107 Sesungguhnya orang2 yang beriman dan mengerjakan yang baik baik, untuk mereka syurga Firdaus sebagai tempat tinggalnya.

 

18:108 Sedang mereka kekal di dalamnya, tiada mau berpindah daripadanya.

 

19:60 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan yang baik, mereka itu akan masuk syurga, sedang mereka tiada teraniaya sedikitpun.

 

19:61 (Iaitu), Syurga Aden yang dijanjikan oleh Yang Mahapengasih kepada hambaNya, dengan barang yang ghaib. Sungguh janjiNya akan datang.

 

19:62 Mereka tiada mendengarkan di sana omong kosong, kecuali (ucapan) selamat. Untuk mereka ada rezeki di dalamnya pada pagi dan petang.

 

19:63 Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada orang yang taqwa di antara hamba hamba Kami.

 

20:130 Sebab itu, sabarlah engkau atas apa yang mereka katakan dan tasbihlah serta memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan di waktu malam, hendaklah engkau tasbih pula dan lagi di waktu tepi siang (pagi & petang), mudah mudahan engkau suka (menerima pahala).

 

20:131 Janganlah engkau layangkan kedua matamu kepada perhiasan yang Kami berikan kepada bermacam macam orang di antara mereka, sebagai bunga hidup di dunia, supaya mereka kami cobai dengan demikian itu. Dan rezeki Tuhanmu (dalam syurga), lebih baik dan lebih kekal.

 

21:101 Sesungguhnya orang orang yang telah memperoleh kebaikan dari Kami, mereka terhindar daripada neraka.

 

21:102 Mereka tiada mendengar bunyinya, sedang mereka kekal dalam apa yang diingini oleh nafsunya.

 

21:103 Mereka tiada berdukacita oleh kegemparan yang amat besar (bunyi suara yang menghalau manusia ke dalam neraka); dan mereka disambut oleh malaikat, (katanya): Inilah hari kamu yang telah dijanjikan kepadamu.

 

22:14 Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang orang yang beriman dan mengerjakan yang baik baik ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya. Sungguh Allah memperbuat sekehendakNya.

 

22:55 Orang orang yang kafir sentiasa dalam keraguan terhadap Quran, hingga datang kepada mereka kiamat dengan sekonyong konyong, atau sampai kepada mereka siksaan hari yang mandul (kemudian).

 

22:56 Pada hari itu adalah kerajaan (kekuasaan) bagi Allah. Dia menghukum di antara mereka. Maka orang orang yang beriman dan mengerjakan yang baik baik (adalah mereka) dalam syurga kesenangan.

 

25:15 Katakanlah: (siksaan) itukah yang lebih baik, atau syurga abadi yang dijanjikan untuk orang orang yang taqwa? Adalah syurga itu balasan untuk mereka itu dan tempat kembali.

 

25:16  Untuk mereka itu di dalamnya apa apa yang mereka kehendaki, serta kekal selama lamanya. Demikian itu perjanjian Tuhan yang dipertanggung jawabkan.

 

25:24 Penghuni syurga pada hari itu, lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah tempat istirahatnya.

 

25:76 Mereka kekal di dalamnya. (Syurga itu) sebagus bagus tempat tetap dan tempat diam.

 

26:90 Dihampirkan syurga kepada orang2 yang taqwa,

 

28:83 Itulah kampung akhirat, Kami adakan untuk orang2 yang tiada menghendaki sombong di muka bumi dan tiada pula memperbuat bencana. Akibat (yang baik) untuk orang2 yang taqwa.

 

29:58 Orang orang yang beriman dan beramal salih, akan Kami tempatkan mereka dalam syurga, pada beberapa kamar (bilik), yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. (Itulah) sebaik baik pahala  bagi orang orang yang beramal.

 

29:59 (Iaitu) bagi orang orang yang sabar dan bertawakkal (menyerahkan diri) kepada Tuhannya.

 

30:15 Adapun orang orang yang beriman dan beramal saleh, maka mereka itu dalam syurga, maka mereka itu dalam syurga dengan bersukaria.

 

32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya diantara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan.

 

41:30 Sesungguhnya orang orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka berlaku lurus (dalam amalannya), niscaya turunlah kepada mereka malaikat, (katanya): Janganlah kamu takut, dan janganlah berduka cita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu.

 

41:31 Kamilah wali wali kamu pada hidup di dunia dan di akhirat, dan untukmu di sana apa apa yang diingini oleh nafsumu dan untukmu di sana apa apa yang kamu minta.

 

45:30 Adapun orang2 yang beriman dan beramal salih, maka mereka itu dimasukkan Tuhan ke dalam rahmatNya (syurga). Itulah kemenangan yang terang.

 

47:12 Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang2 yang beriman dan beramal salih ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya. Dan orang2 yang kafir bersenang senang (di dunia) dan makan seperti binatang binatang makan, dan nerakalah tempat diam mereka.

 

47:15 Umpama syurga yang dijanjikan kepada orang2 yang taqwa, di dalamnya beberapa sungai dari air yang tiada berubah ubah, beberapa sungai dari susu, yang tidak berubah rasanya, beberapa sungai dari arak yang lazat rasanya bagi orang orang yang meminumnya dan beberapa sungai dari madu yang bersih. Dan untuk mereka di dalamnya bermacam macam buah buahan dan ampunan daripada Tuhan mereka. (Adakah orang yang dalam kesenangan itu) sama dengan orang yang kekal dalam neraka, dan diberi minum dengan air yang sangat panas, sehingga putus putus usus perut mereka?

 

48:5 Supaya Dia memasukkan orang orang yang beriman laki laki dan orang orang yang beriman perempuan ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya, dan supaya Dia mengampuni kejahatan mereka. Demikian itu di sisi Allah adalah kemenangan yang besar.

 

49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki laki dan perempuan (bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa (bermacam macam umat) dan bersuku suku supaya kamu berkenal kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.

 

50:31 Dihampirkan syurga kepada orang2 taqwa yang tiada jauh (daripadanya).

 

50:32 (Dikatakan kepadanya): Inilah yang dijanjikan untuk tiap tiap orang yang kembali (taubat) lagi memelihara (peraturan Allah).

 

50:33 Barang siapa yang takut kepada yang Mahapengasih (Allah) tanpa tanpa dilihatnya dan datang dengan hati yang taubat (kepada Allah),

 

50:34 (Maka dikatakan kepadanya): Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat. Itulah hari yang kekal selama lamanya.

 

50:35 Untuk mereka apa yang mereka kehendaki dalam syurga dan di sisi Kami ada tambahannya.

 

51:15 Sesungguhnya orang orang yang taqwa adalah dalam syurga (kebun kebun) dan mata air (yang mengalir di dalamnya).

 

51:16 Sedang mereka mengambil (menerima) apa apa yang diberikan Tuhan kepadanya. Sesungguhnya mereka sebelum itu berbuat kebaikan.

 

51:17 Adalah mereka itu sedikit tidur pada malam hari.

 

51:18 Dan di waktu sahur (dini hari) mereka itu meminta ampun (kepada Tuhan).

 

51:19 Dan dalam harta mereka ada hak untuk orang yang meminta dan orang miskin yang (tak) mau meminta.

 

52:17 Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam syurga dan (dalam) nikmat.

 

52:18 Serta berlazat lazat (bersenang senang) dengan apa apa yang diberikan Tuhan kepada mereka, dan mereka dipeliharakan Tuhan dari siksa neraka.

 

55:60 Tiadalah balasan kebaikan, melainkan kebaikan pula.

 

57:12 Pada hari (kiamat) engkau lihat orang orang Mukmin laki laki dan Mukminat perempuan berlari (bersinar) cahaya mereka di hadapan dan di kanan mereka (dikatakan kepadanya): Kabar gembira untuk mu pada hari ini, ialah surga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang kamu kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

 

59:20 Tiadalah sama orang orang penghuni neraka dengan orang orang penghuni syurga. Penghuni syurga itu adalah orang orang yang menang.

 

61:10 Hai orang orang yang beriman, maukah ku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari siksa yang pedih,

 

61:11(Iaitu) bahwa beriman kamu kepada Allah dan rasulNya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

 

61:12 (Jika kamu perbuat demikian), niscaya Allah mengampuni dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir air sungai di bawahnya, dan (ke dalam) tempat tempat diam yang indah dalam surga ‘Aden. Itulah kemenangan yang besar.

 

61:13 (Dan lagi nikmat nikmat) lain yang kamu cintai, (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan berilah khabar gembira orang orang mukmin.

 

64:9 Pada hari Allah menghimpunkan kamu pada hari berkumpul (segala manusia) (kiamat), itulah hari tipu menipu. Barang siapa yang beriman kepada Allah, dan beramal salih, niscaya Allah menutupi (mengampuni) kejahatannya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

 

65:11  (Dan mengutus) rasul yang membaca kan kepadamu beberapa ayat Allah yang terang, supaya dikeluarkanNya orang2 yang beriman dan beramal salih, dari gelap gulita kedalam terang benderang. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal salih, dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama lamanya. Sungguh Allah membaguskan rezeki untuk mereka.

 

66:11  Dan Allah memberikan contoh bagi orang orang yang beriman, (yaitu) isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Ya Tuhanku, bangunkanlah rumah untukku di sisi Engkau dalam surga dan lepaskanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan lepaskan aku dari kaum yang aniaya.

 

66:12 Dan (lagi) Maryam binti Imran, yang menjaga kehormatannya, kemudian Kami tiupkan ruh kepadanya (sehingga ia melahirkan Isa) dan ia membenarkan kalimat Tuhan dan kitab kitabNya, dan ia termasuk orang orang yang taat.

 

67:12 Sesungguhnya orang orang yang takut kepada Tuhannya, dalam keadaan gaib (sendirian), untuk mereka itu ampunan dan pahala yang besar.

 

68:34 Sesungguhnya untuk orang orang taqwa disisi Tuhannya ada syurga kenikmatan.

 

69:18 Pada hari itu kamu dihadapkan (kehadirat Tuhan untuk berhisab), sehingga tidak tersembunyi daripadamu apa apa yang tersembunyi.

 

70.5 Maka sabarlah engkau dengan kesabaran yang indah.

 

70:24 Dan orang orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu.

 

70:25 Untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tidak mau meminta,

 

70:26 Dan orang orang yang membenarkan hari pembalasan,

 

70:27 Dan orang orang yang takut akan siksa Tuhan mereka,

 

70:28 Sesungguhnya siksa Tuhan mereka tiada dapat diamani (amat ditakuti),

 

70:29 Dan lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya (tidak berzina).

 

80:38 Ada muka (manusia) pada hari itu yang berseri seri,

 

80:39 Tertawa dan gembira.

 

81:1 Apabila matahari telah digulung ( telah hilang cahayanya ),

 

81:2 Dan apabila bintang bintang telah bertebaran ( berjatuhan ),

 

81:3 Dan apabila gunung gunung telah diperjalankan ( pecah belah jadi abu ),

 

81:4 Dan apabila unta unta bunting telah ditinggalkan ( tidak diperdulikan ),

 

81:5 Dan apabila binatang binatang liar telah dihimpunkan ( mati ),

 

81:6 Dan apabila lautan telah dipenuhkan ( melimpah limpah ),

 

81:7 Dan apabila  diri (roh ), telah dipercampurkan dengan tubuh ( hidup kembali).

 

81:8 Dan apabila anak anak puteri yang dikuburkan hidup hidup ditanyai,

 

81:9 Kerana dosa apakah ia dibunuh? ( Ya, tidak ada dosanya ).

 

81:10 Dan apabila buku buku (amalan) telah disiarkan,

 

81:11 Dan apabila langit telah dikelupaskan (dicabut),

 

81:12 Dan apabila neraka telah dinyalakan,

 

81:13 Dan apabila surga telah dihampirkan (kepada orang yang patut memasukinya),

 

81:14 (Maka ketika itu) mengetahui tiap tiap orang apa apa yang telah dihadirkannya (dikerjakannya).

 

81:13 Dan apabila surga telah dihampirkan (kepada orang yang patut memasukinya),

 

90:8 Tiadakah Kami adakan baginya dua buah mata,

 

90:9 Dan lidah dan dua buah bibir,

 

90:10 Dan Kami tunjukkan kepadanya, dua buah jalan, (jalan yang baik dan jalan yang buruk).

 

90:11 Tetapi manusia tidak mau menempuh kesulitan, (mengerjakan yang berat).

 

90:12 Tahukah engkau apakah kesulitan itu?

 

90:13 (Ialah) memerdekakan budak,

 

90:14 Atau memberi makan pada hari kelaparan,

 

90:15 Kepada anak yatim yang berkarib,

 

90:16 Atau orang miskin yang telah tidur di tanah (sangat miskin).

 

90:17 Kemudian ia (orang yang mengerjakan demikian itu) tergolong orang orang yang beriman dan berwasiat dengan sabar dan berwasiat dengan berkasih sayang.

 

90:18 Mereka itulah golongan kanan (ahli syurga).

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.