Virgin forever at the
same age
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang
terkutuk.
3:14
Dihiaskan kepada manusia, mencintai shahwat (keinginan nafsu), seperti
perempuan2, anak anak dan harta benda yang banyak, dari emas, perak, kuda yang
bagus, binatang binatang ternak dan tanam tanaman. Demikian itulah kesukaan
hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaik baiknya (iaitu
syurga).
3:15
Katakanlah: Adakah kamu suka, ku khabarkan kepadamu barang yang lebih baik
daripada yang demikian? (Yaitu) : Untuk orang orang yang taqwa di sisi Tuhannya
ada surga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka itu kekal di
dalamnya dan (lagi) isteri isteri yang suci dan keredhaan Allah, dan Allah
Mahamelihat segala hambanya.
30:21
Dan di antara tanda tandaNya, bahawa Dia menciptakan jodoh untukmu dari dirimu
(bangsamu) supaya kamu bersenang senang kepadanya dan Dia mengadakan sesama
kamu kasih sayang dan rahmat.
Sesunguhnya tentang demikian itu, menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang
memikirkan.
38:49
Inilah peringatan nama baik mereka. Sesungguhnya untuk orang orang yang taqwa
sebaik baik tempat kembali.
38:50
(Iaitu) syurga Aden yang dibukakan pintu pintunya untuk mereka.
38:51
Sedang mereka duduk bersandar di sana, sambil meminta buah buahan yang banyak
dan minuman.
38:52
Disisi mereka ada (isteri isteri) yang rendah mata (bukan mata keranjang) lagi
sebaya.
38:53
Inilah yang dijanjikan kepadamu pada hari berhisab (kiamat).
38:54
Sesungguhnya inilah rezeki Kami yang tidak habis habisnya.
55:54
Mereka bersandar diatas hamparan, yang sebelah kedalamnya dari sutera. Dan buah
kedua dua kebun itu rendah rendah, (mudah memetiknya).
55:56
Dalam syurga itu perempuan perempuan yang pendek pemandangan (bukan bermata
keranjang), mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka.
55:58
Seolah olah perempuan perempuan itu permata yakut dan mutiara.
55:60
Tiadalah balasan kebaikan, melainkan kebaikan pula.
55:64
(Keduanya) sangat hijau daun-daunnya.
55:66
Dalam keduanya ada dua buah mata air yang terpancar keduanya.
55:68
Dalam keduanya ada buah buahan, pohon kurma dan delima.
55:70
Di dalam semuanya ada perempuan perempuan yang baik akhlak dan cantik parasnya.
55:72
(Iaitu) bidadari (perempuan yang putih) yang tertutup dalam khemah.
55:74
Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka.
55:76
Mereka bersandar di atas bantal yang hijau warnanya dan permaidani yang cantik
rupanya.
55:77 Maka nikmat Tuhanmu yang
manakah kamu dustakan?
55:78
Mahasuci nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan.
56:10
Dan orang orang dahulu yang terdahulu (masuk Islam).
56:11
Mereka itu orang yang hampir di sisi Tuhan.
56:12
Dalam syurga kesenangan.
56:13
Mereka itu banyak diantara orang orang dahulu,
56:14
Dan sedikit diantara orang orang yang kemudian.
56:15
Mereka di atas dipan ( peterana ) yang bertatahkan ( emas dan intan ).
56:16
Sedang mereka bersandar di atasnya, berhadap hadapan,
56:17
Mereka dikelilingi ( dilayani ) oleh anak anak yang berkekalan,
56:18
( Menghidangkan ) cangkir-cangkir, kendi kendi dan gelas arak yang mengalir,
56:19
Mereka tiada pusing dan tidak pula mabuk, kerana minuman itu,
56:20
Dan buah-buahan di antara apa apa yang mereka sukai,
56:21
Dan daging burung yang mereka ingini.
56:22
( Di samping ) mereka itu ada bidadari,
56:23
Seperti mutiara yang tersimpan rapi,
56:24
(Sebagai) balasan bagi amalan yang mereka kerjakan.
56:25
Mereka tiada mendengar di dalamnya omong kosong dan tidak pula yang mendosakan,
56:26
Melainkan ucapan: Selamat, selamat!
56:27 Golongan kanan, siapakah
golongan kanan itu?
56:28 Mereka dalam (kebun) pohon
sidr yang tidak berduri,
56:29 Dan pohon pohon pisang yang
tersusun,
56:30 Dan Naung yang terbentang,
56:31 Dan air yang mengalir terus
56:32 Dan buah buahan yang banyak,
56:33 Yang tidak putus putus dan
tidak pula terlarang
56:34 Dan hamparan yang tinggi
56:35 Sesungguhnya Kami adakan (
untuk mereka ) bidadari bidadari dengan satu kejadian.
56:36
Lalu Kami jadikan mereka itu tetap perawan,
56:37
Cinta kepada suaminya, sebaya umurnya.
56:38
(Semuanya itu) untuk orang2 golongan kanan,
56:39
(Mereka itu) banyak di antara orang orang dahulu,
56:40
Dan banyak pula di antara orang orang yang kemudian.
56:88
Adapun jika mayat itu di antara orang
orang yang hampir (kepada Tuhan),
56:89
Maka ( untuknya ) kesenangan, rezeki yang baik dan syurga kenikmatan,
56:90
Adapun jika ia diantara golongan kanan,
56:91
Maka keselamatanlah bagi engkau, kerana (ia) golongan kanan.
63:9 Hai orang2 yang
beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak anakmu
daripada mengingat Allah. Barang siapa memperbuat demikian itu, maka mereka
orang merugi.
63:10 Nafkahkanlah sebahagian
rezeki yang Kami berikan kepadamu, sebelum maut datang kepada salah seorang
kamu, lalu ia berkata: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau tidak memberi tempoh
kepadaku, hingga waktu yang dekat, supaya aku bersedekah dan termasuk orang
orang yang salih?
63:11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seseorang, bila telah sampai ajalnya.
Allah Maha amat mengetahui apa apa yang kamu kerjakan.
76:5
Sesungguhnya orang orang baik akan meminum (arak) dari gelas, yang campurannya
(air) kapur (nama tumbuh2an yang harum baunya).
76:6
Dari mata air, yang diminum oleh hamba hamba Allah (yang salih), mereka alirkan
dia dengan aliran (kemana yang disukainya).
76:8
Dan mereka memberikan makanan yang dikasihinya kepada orang miskin, anak yatim
dan orang tawanan.
76:10
Sesungguhnya kami takut dari pada Tuhan kami akan hari, (pada masa itu) orang
orang bermuka masam sesangat sangat masamnya.
76:11
Kemudian Allah memeliharakan mereka dari kejahatan pada hari itu, dan menganugerahi
mereka (muka) yang berseri seri dan (hati) yang gembira.
76:12
Dia membalasi mereka, kerana mereka sabar, dengan syurga dan pakaian sutera,
76:13
Sedang mereka duduk di sana di atas dipan yang indah. Mereka tiada melihat di
dalamnya matahari (yang memanaskan) dan tidak pula sangat dingin.
76:14
Naung (pohon pohonnya) hampir kepada mereka dan buah buahannya mudah
memetiknya, semudah mudahnya.
76:15
Diedarkan kepada mereka bejana dari perak dan gelas gelas dari botol botol,
76:16
(Iaitu) botol botol dari perak, mereka aturkan menurut kadarnya.
76:17
Dan mereka diberi minum di dalamnya dengan arak, campurannya adalah sepedas
(jahe).
76:18
Dari mata air di dalamnya dinamai Salsabila.
76:19
Beredar keliling mereka beberapa anak anak yang kekal, apabila engkau melihat
mereka, niscaya engkau kira mereka itu mutiara yang bertebaran.
76:20
Apabila engkau lihat di sana, niscaya engkau lihat nikmat dan kerajaan yang
besar.
76:21
Di atas (badan) mereka kain sutera halus yang hijau dan kain sutera yang tebal.
Dan dihiasi (tangan) mereka dengan gelang gelang dari perak dan Tuhan mereka
memberi minuman mereka dengan minuman yang suci.
76:22
Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu dan usaha kamu diterima dengan baik.
76:25
Sebutlah nama Tuhanmu pada pagi pagi dan petang petang.
76:26
Pada malam hari hendaklah engkau sujud kepadaNya dan tasbihlah (sembahyang
tahajud) pada malam yang panjang.
78:31
Sesungguhnya untuk orang orang yang taqwa ada tempat kemenangan,
78:32
(Iaitu) Taman taman dan kebun kebun anggur,
78:33
Dan perawan perawan yang sebaya,
78:34
Dan piala (gelas gelas) yang dipenuhi,
78:35
Mereka tiada mendengar di dalamnya omong kosong dan tidak pula kedustaan.
78:36
Sebagai balasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup,
78:37
(Iaitu) Tuhan langit dan bumi dan apa apa yang di antara keduanya, lagi
Mahapengasih, mereka tiada kuasa berbicara kepadaNya.
78:38
(Iaitu) pada hari, yang berdiri ruh (Jibril) dan malaikat malaikat berbaris
baris, mereka tiada bercakap cakap, kecuali orang yang diizinkan oleh Rahman
dan ia berkata dengan benar.
78:39
Itulah hari yang sebenarnya (untuk mendapat hak masing masing). Barang siapa
yang menghendaki, hendaklah ia mengambil tempat kembali kepada Tuhannya.
78:40
Sesungguhnya Kami memberi peringatan kepadamu, dengan siksa yang dekat; pada
hari itu manusia melihat apa apa yang dilakukan oleh kedua tangannya, dan orang
yang kafir berkata: Aduhai kiranya jadi tanahlah aku.
79:35
Pada hari (itu) teringatlah manusia apa apa yang telah dikerjakannya.
79:36
Dan diperlihatkan neraka kepada orang yang melihat,
79:37
Maka barang siapa yang durhaka,
79:38 Dan mengutamakan hidup di
dunia.
79:39
Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya.
79:40
Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada
nafsunya,
79:41
Maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.