Total Pageviews

Friday 5 July 2019

Pencarum Perkeso tidak tahu hak



Ramai pencarum Perkeso tidak tahu hak



SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.

Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.

“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan. “Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.

“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.

"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.

Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.

“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya.

Ramai orang tak tahu tentang perkara ini. “Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.
"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.




Ramai mencarum SOCSO tapi tak tahu mencarum apa. Walaupun ramai perasan dalam slip gaji mereka ada potongan SOCSO, namun tak ramai yang tahu kenapa dan apa manfaat yang mereka boleh perolehi melalui caruman ini. Rugi kepada pencarum dan ahli tanggungan jika tak manfaatkan faedah yang ada.
Untuk tahu status sama ada ada pencarum socso ataupun tidak boleh semak di link esemak.perkeso.gov.my.

1. APA ITU PERKESO?

PERKESO ialah PERtubuhan KEselamatan SOsial (atau SOCSO : SOcial Security Organisation) ditubuhkan menurut kehendak Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menyediakan bantuan tertentu contohnya perubatan dan kewanngan melalui skim tertentu kepada pencarum.
Manfaat ini turut boleh dinikmati oleh ahli tanggungan sekiranya berlaku kematian kepada pencarum dengan syarat tertentu.

2. SKIM PERKESO

Terdapat 3 skim dalam PERKESO iaitu :
a. Skim Bencana Pekerjaan
b. Skim Keilatan
c. Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri.

3. APA FAEDAH SKIM SOCSO?

a. Skim Bencana Pekerjaan
1.     Faedah Perubatan
2.    Faedah Hilang Upaya Sementara
3.    Faedah Hilang Upaya Kekal
4.    Elaun Layanan Sentiasa
5.    Faedah Orang Tanggungan
6.    Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
7.    Program ‘Return To Work’
8.    Faedah Pengurusan Mayat
9.    Faedah Pendidikan
b. Skim Keilatan
Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang mengidap keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak mempunyai kaitan dengan pekerjaan mereka.
KEILATAN adalah suatu keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.
Perlindungan kepada pekerja yang mengidap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Antara penyakit-penyakit kronik penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma dan sebagainya.
Faedah-faedah di bawah skim ini adalah:
1.     Pencen Ilat
2.    Bantuan Ilat
3.    Elaun Layanan Sentiasa
4.    Pencen Penakat
5.    Faedah Pengurusan Mayat
6.    Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Dialisis
7.    Program ‘Return To Work’
8.    Faedah Pendidikan

4. APA JENIS CARUMAN YANG ADA DAN BERAPA KADAR CARUMAN?

a. Jenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan)
Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah jenis pertama kecuali bagi pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 55 tahun. (Pindaan Akta Berkuatkuasa 1 Januari 2013).
Kadar caruman di bawah jenis ini adalah terdiri daripada 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja
b. Jenis Kedua (Skim Bencana Pekerjaan Sahaja)
1.     Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 60 tahun dan masih bekerja,
2.    Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun ketika mula-mula mendaftar dan tiada caruman sebelum mencapai 55 tahun.
Orang berinsurans yang menerima Pencen Ilat yang masih bekerja dan mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap keilatan. Caruman jenis ini dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
Kadar caruman di bawah jenis ini adalah daripada syer majikan sahaja iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja.

5. ADAKAH SAYA WAJIB MENCARUM DENGAN PERKESO?

Caruman PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 setiap bulan kecuali dinyatakan dalam Jadual 1 Akta Keselamatan Sosial Pekerja.

6. PANDUAN DALAM KANDUNGAN GAMBAR DI BAWAH :

Berikut saya kongsikan panduan berkaitan SOCSO untuk rujukan anda:
i. Pengenalan – background merah
ii. Skim Bencana Pekerjaan – background biru muda
iii. Skim Keilatan – background kuning cair
iv. Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri – background putih

i. Pengenalan -Sila klik pada pautan utk keterangan





.




.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.