Total Pageviews

Friday, 5 July 2019

P Ramlee menghina Iblis




P Ramlee Tumbuk hantu



 


Dalam Filem ini P. Ramlee menghina Iblis dengan mengatakan iblis sebagai hantu Gigi. Tiada ketakutan langsung pada P. Ramlee. Syabas dan Tahniah P Ramlee kerana tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam Quran, Surah Al Jin, ayat 6 ( 72:6 ).  


Al Jin - 72:6 Dan sesungguhnya orang laki laki di antara manusia minta berlindung kepada beberapa laki laki di antara jin, lalu manusia menjadikan jin jin bertambah sombong,



Dua kali hantu Gigi tersungkur akibat ditumbuk oleh P Ramlee sudah cukup untuk melambangkan kekuatan manusia apabila manusia ingat pada Allah. Jelas P Ramlee menghina Iblis di sini !! Di mana Iblis tidak mempunyai sebarang kuasa selaras dengan janji Allah dengan Iblis dahulu di awal penciptaan Adam. 


2:34 (Ingatlah) Ketika Kami berkata kepada malaikat: Tunduklah kamu kepada Adam! Lalu mereka itu tunduk, kecuali iblis, ia enggan, dan tekebur, dan ia termasuk orang2 kafir.

7:11 Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu (bapakmu Adam), kemudian Kami bentuk rupamu, kemudian Kami berkata kepada malaikat : Tunduklah kamu kepada Adam! Lalu mereka itu tunduk, kecuali iblis (bapak setan). Ia tidak termasuk orang orang yang tunduk.

7:12 Allah berfirman: Apakah yang melarang engkau tidak mau tunduk, ketika Aku menyuruhmu? Sahut iblis: Aku terlebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan dia daripada tanah.

7:13 Allah berfirman: Turunlah engkau dari syurga , tidak pantas engkau berlaku sombong dalam syurga, maka keluarlah, sesungguhnya tetap engkau jadi orang2 yang hina.

7:14 Ia (iblis) berkata: Beri tempohlah aku hingga hari berbangkit.

7:15 Allah berfirman: Sesungguhnya engkau orang yang diberi tempoh.

7:16 Ia berkata: Disebabkan Engkau menyesatkanku, maka aku akan duduk (mengintip) mereka atas jalan Engkau yang lurus.

7:17 Kemudian aku datang kepada mereka (memperdayakan) dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. (Sehingga) kebanyakkan mereka, tiada berterima kasih kepada Engkau.

7:19 Hai Adam, tinggallah engkau bersama isterimu (Hawa) dalam syurga dan makanlah kamu berdua sebagaimana kamu kehendaki dan janganlah kamu hampiri pohon kayu ini, nanti kamu termasuk orang orang yang aniaya.

7:20 Lalu iblis memperdayakan keduanya, supaya terbuka bagi keduanya kemaluannya yang tertutup, serta ia berkata: Tiadalah Tuhanmu melarang menghampiri pohon itu melainkan supaya jangan kamu menjadi malaikat (raja) atau tetap kekal (dalam syurga)

7:27  Hai anak anak Adam, janganlah kamu terpedaya oleh syetan, sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapamu dari dalam syurga, sedang ia menangggalkan pakaian keduanya, supaya terbuka kemaluannya. Sesungguhnya syetan itu dan bala tenteranya melihat kamu sedang kamu tiada melihatnya. Sesungguhnya Kami angkat syetan2 itu menjadi wali bagi orang2 yang tiada beriman.

7:200 Jika syaitan menghasut (menipu) engkau dengan suatu tipuan, maka hendaklah berlindung kepada Allah. Sesungguhnya Dia Mahamendengar lagi Mahamengetahui.

7:201 Sesungguhnya orang orang yang taqwa, jika mereka disentuh oleh syetan yang berkeliling, mereka lekas ingat, lalu mereka melihat (kebenaran).



Nampaknya P Ramlee lebih memahami Quran berbanding dengan kita orang sekarang. Walaupun umurnya singkat, namun P Ramlee menguasai Quran dengan sangat baik dan banyak di paparkan pengajaran di dalam filem filem beliau. Sedangkan Quran sendiri menyuruh kita mengambil pengajaran dari ayat ayatnya!






17:41 Sesungguhnya telah Kami terangkan (semuanya) dalam Quran ini, supaya mereka mendapat peringatan. Tetapi yang demikian tiada menambah mereka melainkan lari (dari kebenaran).

18:54 Sesungguhnya telah Kami nyatakan dalam Quran ini bermacam macam contoh untuk manusia. Tetapi manusia itu amat banyak bantahannya.

54:22 Sesungguhnya telah Kami mudahkan Quran (bagi manusia) untuk  pengajaran. Adakah orang yang mengambil pengajaran (daripadanya)?

54:32 Sesungguhnya telah Kami mudahkan Quran untuk  pengajaran. Adakah orang yang mengambil pengajaran (daripadanya)?

54:40 Sesungguhnya Kami telah memudahkan Quran untuk  jadi pengajaran. Maka adakah orang yang mengambil pengajaran (daripadanya)?





Quran Al Jin - 72:6 Dan sesungguhnya orang laki laki di antara manusia minta berlindung kepada beberapa laki laki di antara jin, lalu manusia menjadikan jin jin bertambah sombong,



Malang kerana filem filem Melayu sekarang suka cenderung menonjolkan ketakutan yang sangat amat besar kepada hantu lalu menyebabkan hantu syaitan bertambah sombong. Ketakutan kepada hantu adalah sebenarnya  berdosa besar kerana umat Islam itu tidak memperakui kalimah Allahuakbar yakni tidak beriman kepada hanya Allah saja yang Mahaberkuasa, Allah saja yang layak disembah, Allah sahaja segala puji, Allah saja yang maha penentu segala kejadian urusan dsbnya. 

13:16 Katakanlah: Siapa Tuhan langit dan bumi? Katakanlah: Allah. Katakanlah: Adakah kamu ambil wali wali selain daripadaNya, yang tiada memberi manfaat kepada dirinya dan tiada pula memberi melarat? Katakanlah: Adakah bersamaan orang yang buta dengan orang yang melihat? Bahkan adakah bersamaan gelap dengan nur (cahaya)? Bahkan adakah mereka mengadakan bagi Allah sekutu sekutu yang menjadikan seperti Allah menjadikan, lalu serupa makhluk atas mereka? Katakanlah: Allah yang menciptakan tiap tiap sesuatu dan Dia Esa lagi Mahakuasa.




15:26 Sesunguhnya telah Kami ciptakan manusia dari tanah kering, dari tanah hitam yang telah berubah.

15:27 Jin Kami ciptakan sebelum manusia dari api yang sangat panas.

15:28  Ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat : Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah kering, dari tanah hitam yang telah berubah.

15:29  Apabila Aku sempurnakan kejadiannya, dan Kutiupkan ke dalamnya daripada ruhKu, lalu meniaraplah mereka sujud kepadanya (Adam).

15:30 Maka sujudlah malaikat2 semuanya.

15:31  Kecuali iblis, ia enggan sujud bersama malaikat2 yang sujud.

15:32  Allah berfirman : Hai iblis! Mengapakah engkau tidak mau sujud bersama malaikat2 yang sujud itu?

15:33  Sahutnya : Aku tiada patut sujud kepada manusia yang Engkau ciptakan dari tanah kering, tanah hitam yang telah berubah.

15:34  Berfirman Allah : Keluarlah engkau dari sini! Sesungguhnya engkau terusir,

15:35   Sesungguhnya atas engkau kutuk sampai hari pembalasan.

15:36  Ia berkata : Ya Tuhanku ! Berilah aku tempoh, sampai hari berbangkit.

15:37  Allah berfirman : Sesungguhnya engkau diberi tempoh,

15:38  Sampai waktu yang ditentukan.

15:39 Berkata iblis : Hai Tuhanku! Demi, sebab Engkau menyesatkan ku akan ku hiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan ku sesatkan mereka itu semuanya,

15:40  Kecuali hamba2Mu yang ikhlas.

15:41 Allah berfirman : Inilah jalan yang lurus bagiKu.

15:42  Sesungguhnya hamba2Ku tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang2 yang sesat.

16:98 Apabila engkau membaca Quran, hendaklah berlindung kepada Allah dari syetan yang direjam (terkutuk).

16:99 Sesungguhnya syaitan itu tiada mempunyai kekuasaan atas orang orang yang beriman serta bertawakkal kepada Tuhannya.





.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.