Total Pageviews

Friday 5 July 2019

Bahan Kimia Dalam Makanan






Aditif Makanan bermaksud apa-apa bahan yang dimasukkan dengan sengaja ke dalam atau pada makanan dalam kuantiti kecil bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensi, rupa, bau, rasa, kealkalian atau keasidan makanan tersebut, ataupun secara tidak langsung semasa pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan.


Bahan Pengawet: Apa-apa bahan yang apabila ditambah pada makanan boleh menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian atau pengasidan makanan tersebut.

Peraturan Makanan 1985 membenarkan penggunaan asid benzoik, asid sorbik, sulfur dioksida dan asid propionik sebagai bahan pengawet bagi sampel-sampel tertentu pada tahap seperti yang telah dinyatakan dalam Jadual Keenam, Peraturan Makanan 1985.


Seksyen Makanan menyediakan perkhidmatan analisis menggunakan High Performance Liquid Chromatography ( HPLC ), Ion Chromatography ( IC ) dan Gas Cromatography (GC) yang boleh mengesan bahan pengawet tersebut pada tahap yang rendah secara tepat.


Bahan pewarna : Apa-apa bahan yang apabila ditambah pada makanan boleh memberi warna pada makanan tersebut. Analisis yang dijalankan meliputi kedua-dua bahan pewarna iaitu bahan pewarna yang dibenarkan dan bahan pewarna yang tidak dibenarkan seperti Sudan, Para Red, Rhodamine B, Orange II,Orange RN dan lain-lain.


Pemanis Tiruan Tanpa Zat : Pemanis tiruan tanpa zat adalah sebatian yang dicampurkan ke dalam makanan untuk memberikan rasa manis tetapi tidak mempunyai zat. Bahagian Kimia Makanan menganalisis pemanis tiruan tanpa zat termasuk sakarin dan siklamat.
Bahagian Kimia Makanan juga menyediakan analisis aditif makanan yang lain iaitu :
  • Antipengoksida
  • Kondisioner makanan
  • Penambah Perisa



 
Kemaskini: Mei 25, 2018 pada 11:26 am





.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.