Total Pageviews

Friday 5 July 2019

Puluhan tahun jual madu palsu


Puluhan tahun jual madu palsu




Jakarta: Polis semalam menahan dua lelaki atas dakwaan menipu orang ramai apabila mereka didapati menjual sirap gula dengan mendakwa ia madu.
Ia perkembangan terbaru kes penipuan membabitkan makanan di Indonesia.
Ketua Polis Jakarta Timur Umar Farouk berkata, suspek ditangkap di kawasan Makasar di daerah itu kelmarin selepas orang ramai mengadu madu yang mereka jual sejak puluhan tahun lalu palsu.
Polis masih belum mendedahkan identiti kedua-dua lelaki berusia 76 dan 58 tahun itu.
“Mereka berniaga madu palsu sejak 1970-an,” kata Umar.
Menurutnya, pelanggan utama kedua-dua suspek ialah kedai jamu yang biasanya menggunakan madu sebagai pemanis semula jadi.
“Mereka menghasilkan madu itu dengan mencampurkan gula, serbuk soda dan asid sitrik,” kata Umar.
Madu palsu itu dijual dalam botol dengan pelekat diluarnya mendakwa ia dari lebah hutan yang banyak terdapat di lereng Gunung Tambora, gunung berapi di wilayah Nusa Tenggara Barat.
Untuk meyakinkan pelanggan mereka, pelekat itu juga mencatatkan nombor sijil kelulusan daripada pihak berkuasa makanan dan ubat-ubatan Indonesia.
Suspek berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapati bersalah melanggar undang-undang keselamatan makanan dan perlindungan pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:25 AM



.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.