Mencari Suami
P Ramlee pernah berpesan
dalam lagunya, kalau memilih suami ala adik, biar betul betul. jangan tersalah
pilih ala adik, kena kaki botol.
Demikian juga bagi kaum
lelaki, P Ramlee berpesan; Kalau memilih isteri ala abang, biar betul betul, jangan tersalah pilih ala abang, kena Queen Control...
Jika diamati senikata lagu P.
Ramlee ini, memang ada dan tepat kebenarannya...
Oleh itu, perlulah kita bijaksana prihatin dalam memilih bakal calon pasangan
masing masing.
Lelaki baik dan perempuan baik memang ada dan kita perlu sabar menunggu carinya sehingga berjumpa. Sekiranya ketemu, jangan tunggu lama lama membuang masa memikirkannya.. Ambil saja cepat sebelum dia diambil orang!!
Lelaki baik dan perempuan baik memang ada dan kita perlu sabar menunggu carinya sehingga berjumpa. Sekiranya ketemu, jangan tunggu lama lama membuang masa memikirkannya.. Ambil saja cepat sebelum dia diambil orang!!
Justeru, coretan kali ini
ditujukan khas kepada kaum wanita untuk panduan mereka memilih pasangan hidup masing
masing. Untuk kaum lelaki, inshaAllah di kelapangan waktu yang lain jika tiada
halangan, akan cuba diselitkan.
Walaupun tips ini bukan yang terbaik, namun telah diusahakan dengan seupaya mungkin supaya ia bermanfaat untuk diguna pakai.
Walaupun tips ini bukan yang terbaik, namun telah diusahakan dengan seupaya mungkin supaya ia bermanfaat untuk diguna pakai.
1.
Tidak merokok – kerana merokok akan merosakkan
kesihatan anak dalam kandungan ibu. Suami perlu wash out atau mengosongkan Residual Volume udara paru paru di luar
rumah iaitu sekurang kurangnya suami perlu berada 15 minit di luar rumah
sebelum masuk ke dalam rumah. Jika tidak, Residual
Volume udara yang masih tinggal (500mL) dalam paru paru suami boleh
mencemarkan kualiti udara dalam rumah dengan bau dan racun rokok.
2.
Tidak melakukan rosak bencana, sebaliknya
melakukan kebaikan kepada alam, insan, flora dan fauna.
a. Menjaga
kelestarian alam sekitar dan bukan memporak perandakan alam sekitar – konsep
ini diajarkan semasa mengerjakan haji di mana dilarang memetik memotong
mengerat daun atau pucuk rumput, juga dilarang membunuh atau menyiksa haiwan, belalang,
semut dilarang mengalihkan batu atau tanah tanpa sebab. Perkara baik ini
eloklah diamalkan walaupun sudah tidak berada di tanah Mekah.
b. Gemar
bercucuk tanam.
c. Mencintai
alam sekitar dan keindahan semulajadi.
d. Tidak
membuang sampah merata rata.
e. Memusuhi
plastik dan sebarang bentuk pencemaran → bahaya bahan pencemar kimia phthalate dan
dioxin kepada kesihatan.
f. Minat
melakukan pembiakan atau penggandaan pokok pokok nadir atau haiwan ( pokok atau
jenis binatang yang jarang ditemui atau sudah hampir pupus ).
g. Akan
mencuba seboleh upaya untuk mengelak dari melanggar dengan sengaja katak, mengkarung,
siput, labi labi yang melintas jalan.
3.
Berfikiran jauh, memikirkan masa depan serta
suka mengenalpasti apa bentuk masalah yang akan datang beserta langkah
penyelesaian:
a. Teratur
dan berhemah.
b. Meletakkan
pam dalam kereta.
c. Meletakkan
payung dalam kereta.
d. Ada
meletakkan kain baju dalam kereta.
e. Menyediakan
baju hujan pada motosikal.
f. Meletakkan
air basuh tangan dalam kereta.
g. Pengurusan
kewangan yang baik dan tidak boros.
h. Dsbnya
4.
Berlaku adil
5.
Bertangungjawab
6.
Berfikir sebelum bercakap – apa impak atau
apa keburukan atau apa kebaikan atau apa tanggapan orang lain kepada apa yang
bakal dituturkan.
7.
Menganalisa Quran, mengambil pengajaran
darinya dan mengamalkan apa yang diajarkan oleh Quran.
4:82
Tiadakah mereka memperhatikan Al Quran? Kalau sekiranya Al Quran itu lain dari
sisi Allah, niscaya mereka peroleh di dalamnya perselisihan yang banyak.
18:54 Sesungguhnya telah Kami nyatakan dalam Quran ini bermacam macam
contoh untuk manusia. Tetapi manusia itu amat banyak bantahannya.
29:19 Tiadakah mereka memperhatikan, bagaimana Allah memulai kejadian,
kemudian Dia mengulangnya (menghidupkannya kembali). Sesungguhnya demikian itu mudah bagi Allah.
30:19 Dia mengeluarkan (menjadikan) yang hidup dari (benda) yang mati
dan menjadikan (benda) yang mati dari yang hidup, dan Dia menghidupkan bumi
sesudah matinya (keringnya). Maka seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari
dalam kuburmu).
30:20 Di antara tanda tandaNya, ialah bahwa Dia menciptakan kamu dari
tanah, kemudian tiba tiba kamu menjadi manusia yang bertebaran (di muka bumi).
30:21 Di antara tanda tandaNya, bahwa Dia menciptakan jodoh untukmu dari
dirimu (bangsamu), supaya kamu bersenang senang kepadanya dan Dia mengadakan
sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi
ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.
30:22 Dan diantara tanda tandaNya, ialah kejadian langit dan bumi, dan
bermacam macam bahasa kamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya tentang demikian itu
menjadi tanda bagi orang orang yang mau tahu.
30:23 Di antara tanda tandaNya juga, ialah tidurmu pada malam dan siang
dan menuntutmu akan kurniaNya (rezekiNya). Sesungguhnya tentang demikian itu,
menjadi tanda bagi kaum yang mau mendengarkan.
30:24 Dan diantara tanda-tandaNya, bahwa Dia memperlihatkan kilat
kepadamu, lalu kamu takut (akan petirnya) dan harap (akan turun hujannya),
kemudian Dia turunkan air dari langit, lalu dihidupkanNya dengan air itu, bumi
sesudah matinya. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi ayat bagi kaum yang
memikirkan.
30:25 Dan diantara ayat ayatNya, ialah bahawa berdiri langit dan bumi
dengan perintahNya ( kekuasaanNya ). Kemudian bila Dia menyeru kamu dengan satu
seruan, tiba tiba kamu dikeluarkan dari dalam bumi (kuburmu).
30:46 Di antara tanda tandaNya, bahawa Dia mengirim angin sebagai khabar
gembira dan supaya Dia merasakan rahmatNya kepadamu dan supaya berlayar kapal
dengan perintahNya dan supaya kamu mencari rezekiNya, mudah mudahan kamu
berterima kasih (kepadaNya).
32:27 Tiadakah mereka melihat, bahwa Kami mengalirkan air ke bumi yang
kering; lalu Kami tumbuhkan dengan dia tanam tanaman, setengahnya dimakan oleh
ternak mereka dan diri mereka sendiri? Tiadakah mereka melihatnya?
36:37 Dan (lagi) satu keterangan bagi mereka, ialah malam, Kami
kelupaskan siang daripadanya, lalu mereka dalam kegelapan.
36:38 Dan (suatu keterangan juga bagi mereka) matahari, ia berlari
(beredar) hingga tempat tetapnya. Itulah takdir (aturan Allah) yang Mahaperkasa
lagi Mahamengetahui.
36:39 Dan bulan, Kami aturkan (perjalanannya) pada beberapa tempat,
sehingga ia kembali seperti seludang yang tua (kecil seperti sabit).
36:40 Matahari tiada sepatutnya mengejar bulan, dan malam tiada
(sepatutnya) mendahului siang. Masing masingnya beredar pada falaknya (tempat
peredarannya).
54:17 Sesungguhnya telah Kami mudahkan Quran (bagi manusia) untuk jadi
pengajaran. Adakah orang yang mengambil pengajaran (daripadanya)?
54:22 Sesungguhnya telah Kami mudahkan Quran (bagi manusia) untuk pengajaran. Adakah orang yang mengambil
pengajaran (daripadanya)?
54:32 Sesungguhnya telah Kami mudahkan Quran untuk pengajaran. Adakah orang yang mengambil
pengajaran (daripadanya)?
54:40 Sesungguhnya Kami telah memudahkan Quran untuk jadi pengajaran. Maka adakah orang yang
mengambil pengajaran (daripadanya)?
8. Sentiasa
mengingati Allah tidak kira semasa ia berdiri duduk atau berbaring.
a. 3:191 (Yaitu) orang orang yang
mengingat Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring; dan mereka memikirkan
kejadian langit dan bumi, (sambil berkata): Ya Tuhan kami, bukanlah Engkau
jadikan ini dengan percuma (sia2). Mahasuci Engkau, maka peliharakanlah kami
dari siksaan neraka.
b.
4:103 Apabila kamu telah selesai mengerjakan
sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring. Apabila kamu telah aman (tiada
berperang lagi), maka dirikanlah sembahyang (sebaik baiknya). Sesungguhnya
sembahyang itu diperlukan atas orang2 mukmin pada waktunya.
9.
Tidak takut mati malah mereka menanti
nantikannya.
2:94 Katakanlah: Jika kampung
akhirat khusus untukmu di sisi Allah, tanpa manusia yang lain, maka hendaklah
kamu cita cita mati, jika kamu orang yang benar.
3:185 Tiap2 diri (yang berjiwa)
mesti merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari
kiamat. Barang siapa yang terjauh dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,
sesungguhnya menanglah ia. Tiadalah hidup di dunia ini, melainkan kesenangan
yang memperdayakan.
4:78 Di mana juapun kamu berada, niscaya maut akan mendapati kamu,
meskipun kamu tinggal dalam benteng yang tertinggi.
20:75 Barang siapa menghadap Tuhan, sedang ia beriman dan mengerjakan
yang baik baik, maka untuk mereka itu pangkat yang tinggi.
29:57 Tiap tiap diri (manusia) mesti merasai mati. Kemudian kepada Kami
kamu dikembalikan.
33:23 Di antara orang-orang Mukmin ada beberapa lelaki yang menepati apa
yang telah dijanjikannya kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang telah
sampai ajalnya (mati) dan di antara mereka ada yang menanti-nantikannya (ajalnya), dan mereka tiada menukar (janji)
dengan tukaran apa pun.
62:6 Katakanlah: Hai orang-orang
Yahudi, jika kamu mendakwakan, bahawa kamu wali ( kekasih ) Allah, bukan
manusia (yang lain) maka hendaklah kamu cita cita mati, jika kamu orang yang
benar.
62:8 Katakanlah: Sesungguhnya mati, yang lari kamu daripadanya,
sesungguhnya ia akan menemui kamu, kemudian kamu dikembalikan kepada Yang
mengetahui yang ghaib dan yang hadir, lalu dikhabarkanNya kepadamu apa apa yang
telah kamu kerjakan.
67:2 Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di
antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia Mahaperkasa lagi Pengampun.
10.
Berani menegur perkara yang salah dan
menyeru kepada kebaikan walaupun tahu dengan berkata benar atau menegakkan yang
benar dia akan menjadi tidak popular atau mungkin dicerca atau dimusuhi oleh
pihak yang lain.
3:104 Hendaklah ada di antara kamu umat yang
menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang
dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang.
11.
Lelaki tersebut meminta isterinya melayan ibu
bapa suami melebihi sedikit daripada apa yang si isteri melayan diri suami itu
sendiri. Ini bertepatan dengan konsep syurga suami ada pada ibu suami (suami wajib
taat kepada ibu); manakala syurga isteri ada pada suami ( isteri mesti taat
kepada suami. Sekiranya sudah menjadi isteri, layanlah suami dengan sebaik
mungkin kerana syurga isteri ada pada suami.. )
12.
Pastikan lelaki itu boleh berkata kata: Saya
sayang cik puan dengan sebenar benar sayang, dunia akhirat kerana Allah Taala.
InshaAllah, suami seperti ini tidak akan meninggalkan puan sekiranya puan telah
tua, telah jatuh sakit, lumpuh, cacat, perlu rawatan hemodialisis dsbnya. Sedarlah
bahwa, apabila lelaki atau wanita berkahwin, mereka sebenarnya berkahwin atau
bertanggungjawab kepada semua ahli keluarga pasangan tersebut!
13.
Ingatlah, bahawa kesempatan peluang yang baik
tidak kerap dijumpai atau tidak datang selalu. Sekiranya cik puan terjumpa
lelaki seperti ini, ayuh, janganlah bertangguh lagi, jangan banyak berfikir, jangan
lepaskan peluang, nanti mereka diambil orang kerana lelaki seperti itu sedikit
sebanyak, ada memiliki sifat kriteria manusia
yang hampir dengan Allah ( lihat Tafsir
Ayat Quran 56:11 di bawah ). Justeru, seboleh bolehnya jika cik puan mau
mencari calon suami, pilihlah mereka dari golongan mereka yang hampir dengan
Allah ( Quran 56:11 ). Golongan hampir adalah mereka yang paling banyak
mendapat ujian dari Allah dan mereka sangat taqwa kepada Allah. Sekiranya cik
puan susah mendapatkan golongan hampir, kerana bilangan mereka sekarang hanya
sedikit ( 56:14 ), maka gunalah kebijaksanaan cik puan mencari calon suami dari
mereka yang bergolongan kanan ( Quran 56:8 ).
2:155 Demi, sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan suatu (cubaan), iaitu
ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah buahan. Dan berilah
khabar gembira orang2 yang sabar (atas cubaan itu).
2:156 (Iaitu) orang2, apabila mereka ditimpa musibah (melapetaka),
mereka berkata: Inna lillahi wainna ilaihi radji’un. ( Bahwa sesungguhnya kita
kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).
2:157 Untuk mereka itu salawat (berkat) dari Tuhannya serta rahmat , dan
mereka itu mendapat petunjuk.
3:68 Sesungguhnya, yang sehampir hampir manusia kepada Ibrahim, ialah
orang2 yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad) serta orang2 yang beriman, dan
Allah wali (memimpin) orang2 yang beriman.
3:163 Mereka itu bertingkat tingkat di sisi Allah dan Allah Mahamelihat
apa apa yang mereka kerjakan.
3:106 Pada hari (kiamat) ada yang putih muka dan ada yang hitam muka.
Adapun orang orang yang hitam mukanya (dikatakan kepadanya): Mengapakah kamu
kafir sesudah kamu beriman? Sebab itu rasailah olehmu siksaan, kerana kamu
kafir.
3:107 Adapun orang2 yang putih mukanya, mereka dalam rahmat Allah
(syurga), serta kekal di dalamnya.
3:191 (Yaitu) orang orang yang mengingat Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring; dan
mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata): Ya Tuhan kami,
bukanlah Engkau jadikan ini dengan percuma (sia2). Mahasuci Engkau, maka
peliharakanlah kami dari siksaan neraka.
4:103 Apabila kamu telah selesai
mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring.
Apabila kamu telah aman (tiada berperang lagi), maka dirikanlah sembahyang
(sebaik baiknya). Sesungguhnya sembahyang itu diperlukan atas orang2 mukmin
pada waktunya.
8:19 Jika kamu minta pertolongan, sesungguhnya telah datang pertolongan
itu kepada mu dan jika kamu berhenti, lebih baik bagimu. Tetapi jika kamu
kembali, Kamipun kembali pula. Tidak berguna bagimu jamaah kamu sedikit juga,
sekalipun banyak bilangannya. Sesungguhnya Allah beserta orang orang yang beriman.
8:46 Taatlah (patuhlah) kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu
berbantah bantah, nanti kamu lemah (kalah) serta hilang kekuatanmu; dan
hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya
Allah beserta orang orang yang sabar.
13:28 (Iaitu) orang orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan
mengingat Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingat Allah itu, tenteramlah
segala hati.
25:63 Hamba hamba Yang Mahapengasih, ialah orang orang yang berjalan di
muka bumi dengan tenang (tidak sombong), jika mereka dicela oleh orang orang
jahil (jahat), mereka berkata: Selamat !
25:64 Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada
Tuhannya.
25:65 Dan orang orang yang berkata : Ya Tuhan kami, hindarkanlah siksa
neraka daripada kami. Sungguh siksanya itu mesti menimpa (orang orang yang
kafir).
25:67 Dan orang orang yang menafkahkan (hartanya) tanpa berlebih lebihan
dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya.
25:68 Dan orang orang yang tiada menyembah Tuhan yang lain bersama
Allah, dan tiada pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan
kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang memperbuat demikian,
niscaya akan menemui dosa (siksa).
25:70 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan amal salih.
Maka Allah akan mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Pengampun
lagi Penyayang.
25:71 Barang siapa yang taubat dan beramal salih, maka sesungguhnya ia
bertaubat kepada Allah sebenar benarnya taubat.
25:72 Dan orang orang yang tidak mau menjadi saksi palsu, jika mereka
liwat dengan omong kosong, mereka lewat sebagai orang yang mulia.
25:73 Dan orang orang, jika mereka diberi peringatan dengan ayat ayat
Tuhan, mereka tiada menerima dengan telinga pekak dan mata buta (malahan
diturutnya).
25:74 Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri
isteri dan anak anak yang mengirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam
(ikutan) bagi orang orang yang taqwa.
25:75 Orang orang yang tersebut itu akan diberi balasan dengan darjat
yang tinggi (syurga) kerana mereka berhati sabar, dan mereka akan disambut
dengan kehormatan dan keselamatan di dalamnya.
25:76 Mereka kekal di dalamnya. (Syurga itu) sebagus bagus tempat tetap
dan tempat diam.
29:69 Orang orang yang berjuang dalam (menunaikan hak) Kami, niscaya
Kami tunjuki mereka ke jalan Kami. Sesungguhnya Allah beserta orang orang yang memperbuat kebaikan.
50:16 Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia dan
Kami ketahui apa apa yang diwas-waskan (dibisikkan) oleh hatinya dan Kami lebih
hampir kepadanya dari urat lehernya.
56:7 (Ketika
itu) kamu ada tiga macam:
56:8 Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu? (Orang orang mukmin
yang diunjukkan buku amalannya dari sebelah kanannya).
56:9 Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu? (Orang orang kafir
yang diunjukkan buku amalannya dari sebelah kirinya).
56:10 Dan
orang orang dahulu yang terdahulu (masuk Islam).
56:11 Mereka
itu orang yang hampir di sisi Tuhan.
56:12 Dalam syurga kesenangan.
56:13 Mereka itu banyak diantara orang orang
dahulu,
56:14 Dan sedikit diantara orang orang yang
kemudian.
56:15 Mereka di atas dipan ( peterana ) yang bertatahkan ( emas dan
intan ).
56:16 Sedang mereka bersandar di atasnya, berhadap
hadapan,
56:17 Mereka dikelilingi ( dilayani ) oleh anak
anak yang berkekalan,
56:18 ( Menghidangkan )
cangkir-cangkir, kendi kendi dan gelas arak yang mengalir,
56:19 Mereka tiada pusing dan
tidak pula mabuk, kerana minuman itu,
56:20 Dan buah-buahan di antara apa apa yang mereka
sukai,
56:21 Dan daging burung yang mereka ingini.
56:22 ( Di samping ) mereka itu ada bidadari,
56:23 Seperti mutiara yang tersimpan rapi,
56:24 (Sebagai) balasan bagi amalan yang mereka
kerjakan.
56:25 Mereka tiada mendengar di
dalamnya omong kosong dan tidak pula yang mendosakan,
56:26 Melainkan
ucapan: Selamat, selamat!
56:27
Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu?
56:28 Mereka
dalam (kebun) pohon sidr yang tidak berduri,
56:29 Dan
pohon pohon pisang yang tersusun,
56:30 Dan
Naung yang terbentang,
56:31 Dan air
yang mengalir terus
56:32 Dan
buah buahan yang banyak,
56:33 Yang
tidak putus putus dan tidak pula terlarang
56:34 Dan
hamparan yang tinggi
56:35 Sesungguhnya Kami adakan ( untuk mereka ) bidadari bidadari dengan
satu kejadian.
56:36 Lalu
Kami jadikan mereka itu tetap perawan,
56:37 Cinta
kepada suaminya, sebaya umurnya.
56:38
(Semuanya itu) untuk orang2 golongan kanan,
56:39 (Mereka
itu) banyak di antara orang orang dahulu,
56:40 Dan
banyak pula di antara orang orang yang kemudian.
56:41 Orang orang golongan kiri, siapakah orang orang golongan kiri itu?
56:42
(Mereka) dalam api yang panas dan air yang panas
56:43 Dan
naungan asap yang hitam.
56:44 Yang
tiada sejuk dan tiada pula baik.
56:45 Sesungguhnya mereka sebelum itu (dahulu) bersenang senang
(bermewah mewah),
56:46 Dan
mereka terus menerus (memperbuat) dosa yang besar.
56:47 Dan mereka itu berkata:
Apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang tulang, adakah kami
akan dibangkitkan kembali,
56:48 Dan manakah
bapa bapa kami yang dahulu?
56:49 Katakanlah: Sesungguhnya orang orang dahulu dan orang orang
kemudian,
56:50 Akan
dihimpunkan pada waktu hari yang ditentukan,
56:51 Kemudian, sesungguhnya kamu, hai orang orang yang sesat dan
mendustakan,
56:52 Akan
memakan pohon zaqum,
56:53
Sehingga memenuhi perutmu kerananya,
56:54 Lalu
kamu meminum air yang sangat panas,
56:55 Lalu kamu meminumnya, seperti minum (unta) yang sangat haus.
56:56 Inilah hidangan (yang disediakan) untuk mereka pada hari pembalasan.
56:57 Kami telah menjadikan kamu, maka mengapakah kamu tidak membenarkan
(hari berbangkit itu)?
56:88 Adapun jika mayat itu di antara
orang orang yang hampir (kepada Tuhan),
56:89 Maka ( untuknya ) kesenangan, rezeki yang baik dan syurga kenikmatan,
56:90 Adapun jika ia diantara golongan kanan,
56:91 Maka keselamatanlah bagi
engkau, kerana (ia) golongan kanan.
56:92 Adapun jika ia diantara
orang orang yang mendustakan lagi sesat,
56:93 Maka hidangan rezekinya ialah air yang sangat
panas,
56:94 Dan masuk neraka.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.