Total Pageviews

Friday, 5 July 2019

Larangan buat bencana di atas bumi


Larangan berbuat bencana kerosakan di atas muka bumi


Kita diajar Allah agar memelihara kelestarian bumi dan segala jenis hidupannya, haiwan dan tumbuh tumbuhan, kita ditugaskan dan diberi amanah serta kepercayaan dari Allah sebagai khalifah menjaga alam sekitar. Kita diarah menjauhi daripada berbuat kerosakan dan kemusnahan atau kepincangan alam sekitar dan hidupannya.

Jelas sekali kita di ajar dalam ibadah haji di mana terdapat larangan memusnahkan hidupan samada haiwan atau tumbuhan. Malah kita dilarang memindahkan batu kecil sekalipun. Supaya mudah mudahan apabila jutaan ribu jemaah apabila telah kembali pulang ke negeri masing masing terajar untuk meneruskan pengajian dan amalan menjaga kelastarian alam sekitar dan hidupan di dalamnya.


3:104 Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar ; dan mereka itulah yang menang.

7:56 Janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi, sesudah baiknya. Mintalah kepadaNya dengan ketakutan dan harapan. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat dari orang2 yang berbuat kebaikan.

10:22 Dia (Allah) memperjalankan kamu di darat dan di laut, sehingga ketika kamu dalam kapal dan kapal itu berlayar dengan angin yang baik, sedang mereka bergembira, tiba tiba bertiuplah angin topan dan datanglah ombak dari tiap tiap penjuru, sehingga mereka menduga, bahawa mereka akan ditimpa bahaya. (Ketika itu) mereka memohon kepada Allah, serta mengikhlaskan agama kepadaNya : Demi jika Engkau lepaskan kami daripada bahaya ini, niscaya kami berterima kasih.

10:23 Tatkala Allah melepaskan mereka, tiba tiba mereka membuat bencana di muka bumi tanpa kebenaran. Hai manusia, sesungguhnya bencana yang kamu lakukan itu, (bahayanya) atas dirimu sendiri. Itulah kesukaan hidup di dunia. Kemudian tempat kembalimu kepada Kami, lalu Kami khabarkan kepadamu apa apa yang telah kamu kerjakan.

11:52 Hai kaumku! Minta ampunlah kepada Tuhanmu, kemudian taubatlah kepadaNya, niscaya Dia turunkan hujan yang lebat kepadamu dan Dia tambah kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling menjadi orang berdosa.

11:85 Hai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan keadilan dan janganlah kamu kurangkan hak orang sedikit juapun dan jangan pula berbuat bencana di muka bumi sebagai orang orang perosak.

22:78 Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dengan sebenar benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu orang Islam dari dahulu dan dalam ini (Quran), supaya rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia wali kamu; Maka Dia sebaik baik wali dan sebaik baik penolong.
35:8 Adakah orang yang dihiaskan kepadanya perbuatannya yang jahat, lalu dilihatnya baik, (serupa dengan orang yang dapat petunjuk?). Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang dikehendakiNya, sebab itu janganlah diri mu binasa (Ya Muhammad) terhadap mereka, kerana penyesalan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa apa yang mereka perbuat.

35:19  Tiadalah sama orang yang buta dengan orang yang melihat,

35:20  Dan tidak pula (sama) kegelapan dengan cahaya,

35:21  Dan tidak pula (sama) naung (sejuk) dengan angin yang panas,

35:22  Tidak sama orang2 yang hidup dengan orang2 yang mati. Sesungguhnya Allah memperdengarkan (petunjuk) kepada orang yang dikehendakiNya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan kepada orang yang dalam kubur.

39:9 Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat Tuhannya (sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah: Adakah sama orang orang yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal.

49:11 Hai orang orang yang beriman, janganlah kaum laki laki menghinakan kaum laki laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk buruk nama ialah pasik sesudah beriman. Barang siapa yang tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.

99:8 Barang siapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarrah, akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu.


.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.