Total Pageviews

Friday 5 July 2019

Periksa semula semua pengeluar minuman dalam botol


Periksa semula semua pengeluar minuman dalam botol – CAP




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Kementerian Kesihatan untuk memeriksa semula semua premis pengeluar air minuman dalam botol untuk mengesahkan punca air yang diperoleh.

Pemangku Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata ia berikutan tindakan Agensi Makanan Singapura (SFA) yang mengarahkan air minuman jenama Starfresh ditarik balik daripada pasaran negara itu susulan pencemaran bakteria, Rabu lalu.

Beliau berkata, SFA mengarahkan air minuman itu dikeluarkan daripada edaran selepas didapati tercemar dengan ‘Pseudomonas Aeruginosa’, iaitu sejenis bakteria yang ditemui dalam najis, air dan sisa kumbahan.

“Bakteria ini boleh mengakibatkan pelbagai jangkitan tetapi jarang menyebabkan penyakit serius kepada individu sihat. Tindakan sama perlu dilakukan di Malaysia jika produk sama dijual di negara ini bagi mengelak sebarang risiko kesihatan.

“Kita mahu tahu apa yang akan dilakukan terhadap air minuman Starfresh yang ditarik balik itu, sama ada air akan disterilkan sebelum dibuang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, minum air yang dimasak menggunakan gelas atau cawan adalah alternatif yang ideal, berbanding menggunakan botol kerana bakteria dan klorin yang berbahaya di dalam air akan terhapus.

“Gelas atau cawan digunakan boleh dicuci dan tidak seperti botol plastik yang mengandungi ‘plasticisers’ dan boleh mengganggu sistem endokrin badan.

“Sistem ednokrin ini bertanggungjawab untuk membantut jangkitan kanser tumor, kecacatan kelahiran, dan gangguan terhadap perkembangan tubuh,” katanya.






.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.