Total Pageviews

Friday, 5 July 2019

Rahsia Lagu P Ramlee






 




Insan seni luar biasa yang telah meninggalkan kita... Malang sekali hidupnya kerana beliau tidak kelihatan untuk diberikan cahaya untuk meneraju Dewan Bahasa Pustaka, atau sekurang kurangnya dilantik menjadi Ketua Pengarah FINAS atau setaranya... Inilah tanggungjawab pemimpin masa lampau yang alpa lalai untuk menilai seseorang yang berwibawa untuk dilantik ambil memperkasa seni anak bangsa pada zamannya, telah terbuang begitu sahaja...



Perginya beliau di pangkuan isteri tercinta Saloma, pada subuh hari di mana paginya beliau terpaksa hadir ke mahkamah untuk menjadi penjamin kepada seseorang yang berhutang..



Tidak mustahil P Ramlee mati kerana kesedihan dan kerisauan lantaran filem filemnya tidak lagi mendapat sambutan pada ketika itu kerana disabotaj musuh musuh dan syarikat yang dengki irihati dengan kejayaannya. 


Dukacita kerana antara filem terakhir beliau; dia terdesak, beliau terpaksa mengubah rentak; kononnya untuk mengikut citarasa peminat yang suka kepada unsur unsur haprak; di mana filem itu akhirnya juga tidak mendapat sambutan galak. 


Kalau lah P Ramlee diambil menjadi Ketua Pengarah FINAS atau bekerja tetap dan ada sumber kewangan yang kukuh ketika itu, mungkin beliau tidak berada dalam situasi stress mencengkam jiwa yang amat sangat sehingga beliau mendapat serangan jantung, Myocardial Infarction, yang meragut nyawanya. 




Dirinya terkenal amat pemurah; 
tidak berkira, gemar bersedekah. 


Memandang manusia miskin kaya sama gagah... 
Tiada dibezakan manusia senang atau insan susah. 





Tidak mustahil P Ramlee tergolong kepada golongan hampir iaitu tiga golongan yang ada di sebut di dalam Quran kerana apa filem yang dibuatnya, apa lagu yang diciptanya, apa nada yang direkanya secara ikhlas dan bukan dengan kebetulan adalah bertujuan untuk mengajar manusia menjadi insan dan mengelakkan manusia dari menjadi haiwan juga menghindar insan dari terikut langkah setan. 




Sewajarnya kita mendoakan agar roh beliau ditempatkan di tempat terbaik dan tertinggi di kalangan mereka yang Allah redha dan di kalangan mereka yang hampir dengan Allah.



Amen.



.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.