Jangan buang sampah merata rata
Semasa
kita mengerjakan haji, antara peristiwa yang kita diajarkan adalah agar kta
tidak membuang sampah merata rata tempat serta kawasan kerana ia akan banyak
membawa mudarat kepada alam sekitar, flora dan fauna dan manusia lain.
Antaranya:
1. Air
bertakung akan menjadi tempat pembiakan yang amat sesuai kepada nyamuk aedes
albopictus dan aedes aegypti yang menjadi kenderaan yang amat mewah untuk virus
penyakit denggi. Terdapat 4 jenis virus denggi yang boleh menjangkit anda atau
anak anda iaitu Den1, Den2, Den3 dan Den4. Apabila anda dijangkiti oleh Den 1,
di masa depan, badan anda hanya menawarkan imuniti terhadap
virus denggi jenis Den 1 sahaja. Badan anda tidak boleh menawarkan
imuniti kepada 3 jenis virus denggi yang lain iaitu virus denggi jenis Den2, Den3
dan Den4. Sebaliknya, misalnya jika dahulu kala anda pernah dijangkiti oleh Den
1 dan di masa lain anda dijangkiti oleh apa apa virus dengi selain daripada
Den1 iaitu dari jenis Den 2, Den 3 dan Den4, symptom yang anda alami selalunya akan
menjadi lebih teruk daripada jangkitan virus denggi pada pertama kali dan boleh
pula melarat ke fasa denggi berdarah (leaking phase) dan boleh membawa maut.
Perlu diingatkan bahawa penyakit denggi dari apa apa Virus Denggi dari ke empat
empat jenis itu tidak mempunyai rawatan! Rawatan yang diberi adalah dari jenis
supportive sahaja dan bukan curative!!! Rawatan supportive adalah memberi air
melalui saluran intravena atau memberi platelet atau plasma.
2. Selain
denggi, nyamuk dari air betakung boleh juga membawa penyakit Chikungunya, Zika,
Malaria, Filaria, Yellow Fever dsbnya. Syukur Alhamdullilah belum ada kes
nyamuk menjadi pembawa kepada penyakit HIV Aids yang telah dilaporkan.
a. Chikungunya → Kenderaan membawa virus penyebabnya adalah nyamuk
aedes betina aegypti dan albopictus.
b. Zika →
c. Malaria → Kenderaan membawa parasit penyebabnya adalah nyamuk anopheles
betina .
d. Filaria→
e. Yellow Fever→
3. Plastik
mengambil masa yang amat lama untuk diuraikan. Plastik juga sentiasa
mengeluarkan bahan leachate iaitu phthalate. Phthalate adalah bahan yang boleh
menyebabkan kanser dan merosakkan buah pinggang anda. Sekiranya anda prihatin
dan sedar, setiap jarak dekat, anda akan
boleh melihat dialysis center tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Phthalate
juga bertindak sebagai bahan pengendala hormone ( Endocrine Disrupting
Chemicals / EDCs ) yang menggangu tindakbalas hormone dalam badan anda, anak
anda dan cucu cicit anda. EDCs boleh
menyebabkan anak perempuan cepat datang bulan dan cepat pula menopause. Pada
anak lelaki, EDCs menyebabkan mereka menjadi pondan yang lembut serta hilang
sifat sifat kelelakian mereka di mana testes akan mengecut dan gagal berfungsi
sebagai mana layak kebiasaannya.
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.