Barcelona: Ketika seluruh Britain melaporkan keadaan
berdebu yang teruk, ikan di Sepanyol membuktikan kesan pencemaran terhadap alam
sekitar itu sendiri. Ahli kumpulan Sel Biologi dalam Toksikologi Alam Sekitar
menemui bukti bahawa ikan jantan di Basque Country menjadi ‘betina’ akibat
pencemaran kimia di dalam air.
Pengarah kumpulan
penyelidikan terbabit, Miren P Cajaraville dalam satu kenyataan berkata
keputusan menunjukkan bahawa gangguan endokrin ini adalah fenomena yang menjadi
punca masalah itu. “Jika ia dikesan di negara lain bermakna kita sedang
berdepan dengan masalah pencemaran. Kami juga mengesahkan hubung kait antara pencemaran
dan fenomena ikan jantan menjadi ‘betina’,” katanya.
Jurnal alam sekitar,
Marine Enviromental Research melaporkan bahan kimia pengganggu sistem endokrin
(EDCs) bertindak seperti estrogen iaitu hormon seks betina utama yang meresap
ke dalam air dan menyebabkan gangguan perkembangan dan reproduktif.
Bahan kimia terbabit
ditemui dalam produk harian seperti racun serangga, pil perancang dan bahan
pencuci.
Ia dikatakan memasuki
muara selepas melalui sistem pembersihan di dalam loji rawatan air atau hasil
daripada aktiviti industri dan perladangan.
Penyelidik melakukan kajian terhadap lima populasi ikan belanak dari pantai Basque dan apa yang dipanggil ‘penyakit interseks’ dikesan terhadap tiga daripada sampel ini.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.