Berisiko Hidap Kanser, Doktor
Kongsi Bahaya Guna Kuali, Periuk Jenis Aluminium & Copper
July 12th, 2019
Pernah
tak korang sedar peralatan memasak di rumah sekarang boleh memudaratkan
kesihatan. Mungkin ramai beranggapan hanya makanan yang memberi kesan kepada
tubuh. Namun sebenarnya korang silap.
Di facebook, seorang doktor
yang dikenali sebagai DrRizal Abu Bakar kongsi
penyebab kanser hari ini adalah kerana toksik yang dibebaskan dari kuali atau
periuk di rumah. Ini tips penting memilih peralatan dapur di rumah serta cara
penggunaannya.
Hari ni
seronok lain macam. Wok granite coated with ceramic dah sampai. Lama dok cari
akhirnya bertemu juga di dunia online. Kita mungkin tak perasan antara
penyumbang toksik kepada makanan ialah peralatan dapur yang kita guna. Kita
punyalah jaga bab makan minum. Tetapi terlepas bab kuali, periuk dan wok yang
kita guna setiap hari.
Selalunya
tradisional cookware macam wok, periuk dan kuali diletak teflon coating. Tujuan
dia tak nak kasi melekat. Ada jenis cookware dari aluminium dan copper. Semua
ini dedahkan kita pada bahaya sebab kemampuannya lepaskan bahan kimia yang
dapat mengubah hormon kita.
Ada bahan
kimia pada permukaannya
Saya ni
bila nak beli peralatan cookware baharu mesti pening. Yang dijual selalunya non
stick cookware. Saya memang akan elak beli non stick cookware sebab bahan kimia
macam PFOA dan PTFE.
PFOA
ni ialah “perfluorooctanoic acid”, sintetik ciptaan yang juga diguna untuk
fabrik dan karpet kalis kotor. PFOA akan diserap ke dalam tubuh dan
persekitaran kita. Itu yang bahayanya.
Risiko kanser
PFOA
dikaitkan dengan gangguan kepada sistem endokrin dan risiko kepada kanser.
Bukan itu sahaja. Ada penyakit lain lagi macam tinggi cholesterol, gangguan
pada pundi kencing, kerosakan pada buah pinggang, kanser testicular pada
lelaki, kerosakan liver dan darah tinggi.
Itu
yang menakutkan. Macam silent killer tengah bekerja secara senyap. Kita ingat
kita sihat. Tiba tiba diberitahu ada penyakit. PTFE pula ialah for
“polytetrafluoroethylene”, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan fluorine.
Dia nilah bagi non stick tu. Bahayanya tidak jauh dari PFOA.
Gunalah jenis
selamat
Ada
yang pilih guna copper cookware. Bahaya pada otak sebab copper
toxicity. Jadi nak selamat carilah cookware batu, berlian (haha kalau
mampu), marble, Seramic, titanium, dan porcelain. Jenis jenis ini lebih selamat
sebab selamat dari coating toksid dari teflon.
Granite
cookware lebih selamat sebab dibuat dari batu dan disalut dengan seramik. Jadi
bebas dari teflon, PFOA dan PFTE. Untuk keselamatan kita kena tahu cara
guna.
Kena
pastikan:
Tips guna
peralatan memasak seramik
1. Kita
panaskan pada api medium dan tinggi. Kaedah ini pastikan jangka hayatnya lebih
panjang
2. Sekiranya guna minyak, pastikan minyak yang sama diguna pada suhu medium dan tinggi ini. Jangan panaskan tanpa minyak.
3. Guna spatula kayu. Elakkan yang besi atau aluminium.
Kalau dah tercalar atas apa
sebabkan pastikan wok kita campakkan dalam tong sampah. Memang mahal. Tapi
kesihatan kita lebih mahal. Dan Cukai kesakitan itu lebih tinggi dan mahal lagi.
.#DrRizal
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.