Rahsia di sebalik Aci Aci Buka Pintu
Para pengeluar filem zaman
sekarang wajar berasa malu dengan P Ramlee. Ini kerana P Ramlee jauh lebih maju
meninggalkan pengeluar pengeluar filem di zaman teknoloji canggih zaman
sekarang!
Apakah rahsia filem P Ramlee
masih malar hijau malah dapat pula diterima oleh anak anak generasi baru?
Jika diperhatikan dalam lagu
Aci Aci buka pintu :
“Hantu shaitan semua kechot,
nampak parang gerenti chabot”
“Kalau datang shaitan dan
hantu, Aci pukul dengan penyapu”
Malangnya masyarakat jarang
membuat kajian perincian post mortem terhadap apa mesej sebenar yang hendak dipaparkan oleh P Ramlee...
Antara sebab filem P Ramlee
malar hijau adalah kerana ia sejajar dengan Al Quran. Yakni ada (pengajaran) Quran dalam filem filem P Ramlee.
Al
Quran menyindir manusia yang takut kepada hantu melalui → 72:6
Dan sesungguhnya orang laki laki di antara manusia minta berlindung kepada
beberapa laki laki di antara jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin jin
bertambah sombong,
Allah
amat tidak suka kepada para manusia yang takut kepada hantu kerana manusia ini seolah
tidak mengiktiraf kalimah Allah yang Maha Besar Allahuakbar.
Sebaik baiknya, manusia hendaklah
mengikut mesej yang disampaikan oleh P Ramlee menerusi filem filem beliau. Lagu
Aci Aci buka pintu adalah sejajar dengan ayat di bawah di mana manusia dilarang
menbuatkan jin jin bertambah sombong atau berbuat perkara tidak sepatutnya.
15:42 Sesungguhnya hamba2Ku tidak ada bagi engkau
kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau diantara orang-orang
yang sesat.
16:99 Sesungguhnya syaitan itu
tiada mempunyai kekuasaan atas orang-orang yang beriman serta bertawakkal
kepada Tuhannya.
16:100 Hanya kekuasaannya atas
orang orang yang mengikutnya dan orang orang yang mempersekutukan Allah dengan
dia.
17:65 Sesungguhnya hamba2Ku , tak ada bagi engkau
kekuasaan atas mereka itu. Cukuplah Tuhanmu menjadi wakil.
38:82 Berkata Iblis : Demi kekuasaanMu, sungguh
akan kusesatkan mereka (Adam dan anak keturunannya) semuanya.
38:83 Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara
mereka.
39:67
Mereka tiada membesarkan Allah menurut hak kebesaranNya. Bumi semuanya
segenggamanNya. Pada hari kiamat dan langit
(semuanya) dilipat dengan kananNya. Mahasuci Dia dan Maha Tinggi dari
apa apa yang mereka persekutukan.
P Ramlee tidak pernah membikin atau bergantung kepada filem hantu untuk berjaya, Justeru, malulah wahai pembikin pembikin filem zaman sekarang...
Dukacita, pengeluar filem zaman sekarang sangat gemar mengambil kesempatan atas perasaan takut bagi menjadikan filem filem hantu keluaran mereka meraih untung besar.
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.