Total Pageviews

Tuesday, 1 November 2016

Timah Hitam bahaya pd anda



Tahukah anda apa itu Timah Hitam?


Nama lainnya adalah Plumbum atau Lead... Ia sejenis logam berat yg boleh memudaratkan anda atau anak2 anda...Timah Hitam boleh merosakkan saraf, otak, buah pinggang, organ pembiakan dan organ dalaman bdan anda. Timah hitam juga menyebabkan penyakit kurang darah (Anemia).


Pada masa dahulu, lead ditambah ke dalam petrol sebagai antiknocking. apa bila diketahui kesan mudaratnya kepada kesihatan kerana menyebabkan kurang darah.... lead telah ditukarkan kepada antiknocking yang baru iaitu benzene...

Terdapat kajian sebuah universiti mengatakan bahawa kadar plumbum dalam darah di dalam darah kanak kanak di Lembah kelang adalah lebih tinggi dari pada kanak kanak yg duduk di pedalaman. Ia juga menyumbangkan kepada kanak kanak kurang cerdas IQ nya (Lembam) jika dibandingkan dengan kanak kanak yg tidak tercemar dengan logam berat plumbum. 

Logam berat plumbum mungkin boleh dijadikan asas dalam produk gincu murahan yg belum  diluluskan oleh KKM atau jabatan kimia atau apa apa badan penguatkuasa di Malaysia. Justeru anda perlu berhati hati ...


Plumbum juga mungkin dijadikan dakwat dalam penulisan di atas kertas... jadi menggunakan suratkhabar lama sebagai pembungkus makanan adalah kurang bijak....





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.