Total Pageviews

Sunday 27 November 2016

Salmonella Paratyphi Varian Java

Salmonella Paratyphi Varian Java

Tahukah anda bakteria yg diberi nama Salmonella Paratyphi Varian Java? Bakteria ini dari kumpulan Salmonella dan boleh menyebabkan anda cirit birit. Bakteria Salmonella Paratyphi Varian Java ini telah menyebabkan kematian dalam kejadian keracunan makanan cirit birit dalam kenduri kahwin di Sungai Petani Kedah tak silap saya dalam tahun 2014. Ia boleh membiak pada daging ayam yang tercemar dan lama dibiarkan dalam keadaan mentah.

Justeru daging ayam tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlampau lama. Ini boleh menyebabkan bakteria patogenik cepat membiak. Ada juga bakteria yang boleh merembeskan toxin. Daging ayam sepatutnya disimpan dalam peti ais bersuhu minus 18°C.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan ayam tidak dibiarkan lama sebagai ayam mentah. Apabila ke rumah kenduri jadikan amalan anda untuk datang awal dan makan seawal mungkin. Jangan makan makanan sejuk atau yang sudah lama disediakan.

Sekiranya anda ragu atau was was anda boleh melaporkan gerai makanan tidak bersih kepada Pejabat Kesihatan Daerah paling terdekat dengan anda.

Ingat bahawa menjadi hak anda untuk mendapat makanan yang bersih dan selamat untuk seisi ahli keluarga anda !


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.