Total Pageviews

Sunday, 27 November 2016

RACUN PEROSAK DALAM BIJIRIN

ISU RESIDU RACUN PEROSAK GLYPHOSATE DALAM PRODUK MAKANAN BIJIRIN


Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta menjadi viral di media sosial kebelakangan ini.

Laman web tersebut melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat telah mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat tersebut didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.

Glyphosate merupakan sejenis racun rumpai. Di bawah sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oats adalah 30mg/kg.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemantauan ke atas produk makanan bijirin oat yang dijual di pasaran tempatan dan sehingga kini hasil pemantauan menunjukkan glyphosate tidak dikesan.

Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkaraperkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna melalui penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan demi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

28 Mei 2016

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.