Total Pageviews

Sunday 27 November 2016

SILAP SERAH MAYAT

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


KESILAPAN PENYERAHAN MAYAT DI HOSPITAL PULAU PINANG

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin merujuk kepada kejadian kesilapan penyerahan mayat kepada waris sepertimana dalam laporan akhbar Kwong Wah Press pada 22 November 2016.

Makluman dan siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa perkara ini telah berlaku dan siasatan mendalam kini sedang dijalankan.

Pihak KKM berasa sangat kesal dan memandang serius insiden ini. Pihak JKN Pulau Pinang serta hospital telah pun berjumpa dengan waris keluarga bagi memberi penjelasan dan berbincang mengenai perkara ini.

Kementerian berpendirian bahawa ianya tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital, sama ada hospital kerajaan ataupun swasta.

Pihak hospital dan Jabatan Forensik sememangnya sudah mempunyai Garis Panduan serta Standard Operating Procedure (SOP) of Forensic Medicine Service di mana ianya telah menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris.

Tindakan tegas telah diambil terhadap kakitangan yang tidak bertanggungjawab serta tidak mematuhi peraturan serta SOP ini.

Beliau telah digantung tugas serta akan dihadapkan dengan tindakan tatatertib yang tegas.

KKM juga telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta-merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelakkan hal yang sama daripada berulang.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 November 2016

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.