KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK
MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN
BERJADUAL
Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan
daripada membeli dan mengguna produk kosmetik berikut:
Bil.
|
Nama
Produk
|
Nombor
Notifikasi
|
Racun
Berjadual Yang Dikesan
|
Nama
Pemegang
Notifikasi
|
|||
1.
|
Melan
:Off Intensive Mask
|
NOT140703507K
|
Asid
Azelaik
|
Horizon
Pharmaceuticals (Asia) Sdn. Bhd.
|
|||
2.
|
Melan
:Off Maintenance Cream
|
NOT140703508K
|
Asid
Azelaik
|
||||
3.
|
Afrina
Night Cream
|
NOT140404270K
|
Merkuri
|
Afrina
Skin Care
|
|||
4.
|
Afrina
Daily Cream
|
NOT140404269K
|
Merkuri
|
||||
5.
|
Krim
Herba Kemboja
|
NOT141005910K
|
Merkuri
|
Warisan
Insan Enterprise
|
|||
6.
|
Day
Pinky Cream
|
NOT140802977K
|
Merkuri
|
Eniq
World Enterprise
|
|||
7.
|
Night
Glow Cream
|
NOT140802979K
|
Hydroquinone
dan Tretinoin
|
||||
8.
|
Debella
Nadien Glow Night Cream
|
NOT150604563K
|
Hydroquinone
dan Tretinoin
|
Bella-Z
Mutiara Marketing (M) Sdn. Bhd.
|
|||
9.
|
Mekar
Semilu Scrub Muka Mutiara Beauty Collection
|
NOT131203244K
|
Merkuri
|
Mekar
Semilu Beauty Collection
|
|||
10.
|
Mekar
Semilu Cream Mekarsutra
|
NOT141005768K
|
Merkuri
|
||||
Produk-produk kosmetik di atas telah
diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual asid azelaik, hydroquinone,
tretinoin dan logam berat merkuri yang tidak dibenarkan di dalam
produk kosmetik (gambar produk disertakan dalam LAMPIRAN A). Oleh itu,
produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Produk yang mengandungi asid azelaik,
hydroquinone dan/atau tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang
perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan
dengan nasihat profesional kesihatan. Hydroquinone biasanya digunakan untuk
tujuan merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi, manakala tretinoin
dan asid azelaik pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat
masalah jerawat (acne vulgaris). Penggunaan hydroquinone, asid azelaik
dan/atau tretinoin tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan
dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan
hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat
masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Hydroquinone boleh menyebabkan
kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang
tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan
hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang
mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh
meningkatkan risiko kanser kulit.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu
dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan
membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh
menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih,
mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu
dengan asid azelaik biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat.
Penggunaan asid azelaik tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional
kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti
bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan
kemerahan dan kulit rasa kesemutan serta kebas.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu
dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan dan ia lazimnya dipasarkan untuk
tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat,
kulit tidak sekata dan kedutan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik
boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang
dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang
masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Selain itu, kesan mudarat akibat
pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya
kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada
kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada
merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau
orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan
jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri
boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Notifikasi
produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab
ke atas notifikasi produk kosmetik berkenaan telah diarahkan untuk
memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggilbalik
kesemua stok fizikal produk kosmetik tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72
jam.
Sesiapa yang mempunyai stok produk
kosmetik di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan
produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan
produk-produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan
Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan
ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak
melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak
melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk
kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh
dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga
RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Pengguna adalah dinasihatkan untuk
menghubungi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian
03-78018496/78835537/78835532 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau
kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
21 Oktober 2016
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.