Total Pageviews

Sunday 27 November 2016

LOGAM BERAT & KIMIA PERKAKAS DAPUR

ISU KANDUNGAN LOGAM BERAT DAN BAHAN KIMIA DALAM PERKAKAS DAPUR SERAMIK


Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan oleh akhbar The Star pada 9 Julai 2016 di mukasurat 14 bertajuk "Health risk in household ware".

Laporan itu menyatakan bahawa kajian awal yang dijalankan oleh pihak Malaysian Association of Standard Users bersama Greenfinite Sdn Bhd mendapati bahawa kesemua lapan perkakas dapur seramik yang diuji mereka dengan kaedah X-ray Fluorescence Spectrometry mengandungi logam berat dan bahan kimia pada paras yang tinggi.

Mengikut subperaturan 28(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983, barangan seramik yang digunakan dalam penyediaan, pembungkusan, penstoran, penyerahhantaran atau pendedahan makanan perlu diuji mengikut Malaysian Standard MS 1SO 6846-1 Ceramic ware, glass ceramic ware and glass dinnerware in contact with food – Release of lead and cadmium –

Part 1: Test method. Jumlah plumbum dan cadmium yang dibebaskan daripada barangan seramik tersebut tidak boleh melebihi kadar maksimum yang dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan tersebut.

Kegagalan mematuhi peraturan tersebut 2 adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun.

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa kaedah analisis X-ray Fluorescence Spectrometry yang digunakan oleh pihak Malaysian Association of Standard Users adalah berbeza dengan kaedah yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan.

Malaysian Association of Standard Users menggunakan kaedah analisis X-ray Fluorescence Spectrometry untuk mengukur kandungan logam berat yang terdapat dalam perkakas dapur seramik dan bukannya kandungan logam berat yang dibebaskan oleh perkakas dapur seramik.

Dalam hal ini, kaedah analisis yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepertimana yang diperuntukkan dalam subperaturan 28(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah lebih sesuai kerana ia menganalisa kandungan logam berat yang dibebaskan oleh perkakas dapur seramik ke dalam makanan bagi tujuan menilai risiko kepada pengguna.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemantauan ke atas perkakas dapur seramik yang dijual di pasaran dan sehingga kini hasil pemantauan menunjukkan bahawa hanya satu perkakas dapur seramik dikesan membebaskan logam berat plumbum melebihi had yang dibenarkan. Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkaraperkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan, Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti 3 makanan adalah terkawal.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan.


DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
10 Julai 2016


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.