Total Pageviews

Saturday 12 November 2016

UDANG KERING DISEMBUR DENGAN BAHAN PEWARNA


KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
ISU UDANG KERING DISEMBUR DENGAN BAHAN YANG TIDAK
DIKETAHUI



Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan bertajuk                                                    
“Dried shrimps sprayed with substance caught on clip” yang disiarkan di
akhbar The Star bertarikh 20 Oktober 2016 di muka surat 4. Laporan
tersebut menyatakan terdapat rakaman video yang menjadi viral dalam
media sosial memaparkan dua lelaki menyembur sesuatu bahan ke atas
udang kering untuk jualan di pasar besar Kota Kinabalu, Sabah.

KKM telah menjalankan siasatan terhadap perkara ini dan hasil siasatan
menunjukkan bahan yang disembur adalah pewarna yang tidak
dibenarkan dalam udang kering di bawah Akta Makanan 1983.

Sehubungan itu KKM akan mengambil tindakan perundangan terhadap
penjual udang terbabit.

Penggunaan bahan pewarna yang tidak dibenarkan dalam udang kering
adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13B(2) Akta Makanan 1983 dan
sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda RM 20,000 atau
penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh
mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai
sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan,
sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri
terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my
 atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan

28 Oktober 2016

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.