KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA AMARAN KEPADA ORANG AWAM MENGENAI PENGAMBILAN
PRODUK TIDAK BERDAFTAR - ZA’FARAN
1. Pusat
Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara
(NPRA) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau
menggunakan produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional dengan
nama ZA’FARAN (gambar produk disertakan dalam LAMPIRAN A). PERIHAL PRODUK DAN
KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN
2. Sampel produk
ini telah diperolehi melalui laporan kesan advers yang diterima oleh Pusat
Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, NPRA. Hasil ujian yang telah
dilakukan oleh NPRA mendapati bahawa produk ini mengandungi dexamethasone
(sejenis kortikosteroid) dan chlorpheniramine (sejenis antihistamin) yang
dikawal di bawah Akta Racun 1952.
3. Semakan
pangkalan data NPRA mengesahkan bahawa produk ini adalah tidak berdaftar dengan
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Kesan advers yang dilaporkan kepada NPRA
berkenaan produk ini termasuklah ketidakseimbangan elektrolit yang boleh
menyebabkan masalah lain seperti degupan jantung tidak teratur dan kelemahan
otot. PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
4. Dexamethasone
adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah
pembengkakan dan radang yang serius. Penggunaan dexamethasone secara
berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan
kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan
otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi,
katarak, 2 peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing. Pesakit yang
menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan
paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan
komplikasi yang serius.
5.
Chlorpheniramine adalah sejenis antihistamin yang digunakan untuk melegakan
selesema serta reaksi alahan seperti ruam. Kesan sampingan chlorpheniramine
termasuk mengantuk, penglihatan kabur, muntah-muntah, sembelit dan kelemahan
koordinasi anggota badan. PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI
6. Sesiapa yang
mempunyai stok produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan, pengedaran
atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa
pemilikan untuk jualan produk ini adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan
kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak
melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk
kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi
5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang
melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan
pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. PERINGATAN
KEPADA ORANG AWAM
7. Orang awam
yang sedang menggunakan produk ini adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan
nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan. Pengguna yang telah
mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama dinasihatkan supaya tidak
memberhentikan penggunaannya secara mendadak kerana ini boleh menyebabkan
masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan
kesihatan (akibat withdrawal syndrome).
8. Orang awam
digesa supaya tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar dengan
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kerana tidak dijamin kualiti 3 dan
keselamatannya. Orang awam juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak
mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual dengan tuntutan boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit terutamanya produk tradisional yang memberi
kesan dengan cepat.
9. Orang awam
yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan untuk
menyalurkan maklumat tersebut kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian
Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my ATAU mana-mana
Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melaui talian 03-78413200
agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras pengedaran produk ini
di pasaran.
10. Orang awam
juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang
http://npra.moh.gov.my/ ATAU dengan menghubungi NPRA di talian 03-78835400.
Datuk Dr Noor
Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 7 November 2016
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.