Total Pageviews

Saturday 12 November 2016

Produk Susu




KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN
ISU SUSU XX DITARIK BALIK SECARA SUKARELA


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu Susu 
HL 200 mililiter (ml) dan satu liter (l) yang ditarik balik secara sukarela
berkuatkuasa serta merta oleh Syarikat Malaysia Milk Sdn. Bhd. seperti yang
dilaporkan oleh akhbar The New Straits Time dan Berita Harian pada 17 Oktober 2016.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa syarikat terbabit mengambil tindakan
berkenaan selepas menerima maklumbalas pelanggan berhubung produk susu
berperisa coklat yang didakwa lebih pekat daripada biasa.

Walaupun maklumbalas pelanggan merujuk secara khusus kepada susu
xx HL berperisa coklat, syarikat tersebut mengambil langkah proaktif
menarik balik produk susu lain, termasuk xx HL rendah lemak, berperisa
strawberi dan Sterol Tumbuhan. Hanya produk susu xx HL dengan tarikh
luput sebelum 7 November bagi Semenanjung Malaysia dan tarikh luput
sebelum 11 November bagi Sabah, Sarawak dan Labuan ditarik balik dengan
serta merta. Pelanggan yang sudah membeli produk terbabit dinasihatkan
supaya memulangkannya balik.

Hasil siasatan KKM menunjukkan susu terbabit menjadi lebih pekat dari biasa
akibat daripada pencemaran bakteria berpunca dari injap yang rosak semasa
pemprosesan. Siasatan juga menunjukkan syarikat terbabit telah mengambil
tindakan pembetulan terhadap kerosakan injap tersebut. Di samping itu, KKM
sedang memantau proses penarikan balik dan pelupusan produk terlibat untuk
memastikan semua produk yang dihasilkan dari tarikh pengilangan produk yang terlibat dalam aduan sehingga masa kerosakan injap dikesan ditarik balik.

Dalam hal ini, KKM menasihatkan orang ramai supaya mengikuti nasihat syarikat tersebut, jangan meminum produk terbabit dan memulangkannya kembali produk yang dimaksudkan kepada penjual. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
19 Oktober 2016


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.