Total Pageviews

Sunday 27 November 2016

Salmonella Enteritidis





Salmonella Enteritidis

Tahukah anda bakteria yg diberi nama Salmonella Enteritidis? Bakteria ini dari kumpulan Salmonella dan boleh menyebabkan anda cirit birit. Ia boleh ujud dalam najis ayam.

Justeru telur ayam yang masih ada tahi ayam kering mungkin ada Salmonella Enteritidis. Justeru jika anda memakan telur yang tidak bersih anda boleh mendapat keracunan makanan yakni cirit birit.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk bertanya kepada pengendali makanan yang anda berkunjung makan samaada adakah penyediaan makanan mereka benar benar bersih dan mengikut Akta Keselamatan Makanan 1983 yang dikuatkuasakan oleh KKM?

Sekiranya anda ragu atau was was anda boleh melaporkan kedai makanan tidak bersih kepada Pejabat Kesihatan Daerah paling terdekat dengan anda.

Ingat bahawa menjadi hak anda untuk mendapat makanan yang bersih dan selamat untuk seisi ahli keluarga anda !


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.