Melahirkan
Budaya Kitar Semula
Bagaimana cara kita
merealisasikan budaya kitar semula di kalangan masyarakat kita?
Kita boleh menetapkan
satu botol kaca bernilai sebanyak 50 sen sebotol. Nilai ini adalah dijadikan sebagai
nilai tetap iaitu misalnya, sebiji botol ditetapkan bernilai 50 sen ( dsbnya
menurut kualiti jenis / botol masing masing ) dan tak boleh dijual dengan
tujuan mencari untung. Berksud harga 50sen ini tidak boleh dinaikkan atau
diturunkan sesuka hati oleh individu tertentu.
Sesiapa yg memilikinya
boleh menjualkan semula botol tersebut dengan harga 50 sen kepada sesiapa saja.
Macam nilai duit! Jadi orang akan mencarinya sentiasa dan tidak lagi membuang
botol kaca sesuka hati!
Kepada penggunaan botol plastik
telah tiba masanya untuk kita beralih kepada penggunaan botol kaca yang jauh lebih
mesra alam dan tidak berbahaya kepada kesihatan alam sekitar melalui penyebaran
racun dalam produk plastik seperti EDCs, BPA, VCM, dioxin dsbnya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.