Bersihkah
ais kita minum?
Jijik & meloyakan...
KETIKA anda
sedang minum segelas air sejuk di restoran tahukah anda tahap kebersihan ais
yang digunakan?
Sebenarnya
mudah untuk kita mengetahui yang mana satu ais yang bersih, yang mana satu pula
ais yang kotor.
Namun
kebanyakan daripada kita mengambil mudah tentang kebersihan ais itu sendiri.
Biarpun
tidak semua kilang memproses ais mengabaikan aspek kebersihan, tetapi sebagai
pengguna, tahukah anda di mana datangnya atau ais itu milik syarikat mana?
Jika
syarikat A menghasilkan ais yang berkualiti, tahukah anda restoran atau kedai
itu menggunakan ais syarikat A?
Jawapannya
hampir pasti anda tidak tahu. Apa yang anda tahu segelas ais sejuk sudah
terhidang di atas meja selepas menu dipesan.
Isu
halal ais itu sendiri memainkan peranan yang sungguh besar. Halal itu bukan
sahaja pada ais itu sendiri tetapi merangkumi segenap aspek sama ada kebersihan
kawasan kilang, bekalan sumber air, mesin dan prosedur pemakaian pekerja.
Anda
harus ingat, ais yang kotor jika masuk ke dalam badan boleh mengundang pelbagai
penyakit. Ais yang tidak bersih dan tidak mengikut prosedur akan mengakibatkan penyakit
bawaan air seperti typoid, e-coli, kolera dan gastroenterisis serta Hepatitis
A.
Terpanggil
untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna, Sorot melakukan siasatan
terhadap berapa buah kilang ais bersama sumber yang sebelum itu menyalurkan
maklumat betapa tahap ais yang diproses hanya ingin mengaut keuntungan
semata-mata, mengetepikan aspek kebersihan dan kesihatan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mana
satu ais yang lebih bersih?]
Beberapa
buah kilang disiasat dan hasilnya hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan
semuanya iaitu jijik.Anda
bayangkan, air yang sepatutnya dibuang digunakan semula untuk dijadikan ais
kiub. Lebih teruk, saluran air buangan itu berlumut. Loya tekak menggambarkan
apa yang dilihat dengan mata sendiri.
Ada
juga binatang peliharaan seperti anjing, mudah keluar masuk ke lokasi memproses
ais kiub. Bayangkan apa yang anjing itu buat di situ.Tidak
dapat juga dibayangkan bagaimana pekerja membersihkan diri selepas menggunakan
tandas. Ini kerana tandas terdapat di dalam premis itu terlampau kotor dan
berbau.
Itu
hanya sebahagian yang mampu diperkatakan. Di sini, Sorot menyenaraikan apa yang
kami peroleh sepanjang siasatan kami.Apa
yang menjadi harapan kami selepas ini, pihak berwajib perlu memandang serius
dan melakukan siasatan segera bagi memastikan semua ini tidak berpanjangan. Buat
pengguna pula, kita seharusnya peka terhadap aspek pengambilan makanan atau
minuman yang bersih. Jangan ambil mudah dengan situasi ini. Jangan biarkan
makanan tercemar menjadi sebahagian daripada darah daging kita.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.