Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains
Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak
berkata, walaupun minuman itu dikatakan
mengandungi ginseng atau Tongkat Ali untuk menambahkan tenaga, namun
kandungannya amat sedikit. “Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan
kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga
sudu teh.”
“Namun ramai yang
tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! Semalam.
Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi,
kebanyakan minuman 3-dalam-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer
susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.
Katanya, krimer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang
boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan
seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum
minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi
lebih serius.
Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara faktor yang
menyebabkan minuman 3-dalam-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah
disebabkan kosnya yang murah iaitu antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.
Menurutnya, gaya
hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut
memainkan peranan mempopularkan minuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun
di tempat kerja.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman
tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan
turut diseimbangkan dengan makanan lain.
Info Kandungan minuman 3-dalam-1:
Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek. Gula
yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak
tepu yang boleh membahayakan kesihatan Turut mengandungi kafein yang
menyebabkan rasa jantung berdebar ( palpitation ) dan menyukarkan proses tidur
pada waktu malam.
Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori. Jumlah kalori
itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi. Jika diambil tiga paket
sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan
berlebihan.
Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali,
kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal
dan sukar untuk diperoleh.
Rujukkan: Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains
Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.