Haramkan lolipop pendafluor
Persatuan Pengguna
Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan segera
penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) memandangkan ia
mengandungi bahan-bahan bertoksik.
Dalam satu tinjauan
yang dijalankan, CAP mendapati lolipop pendafluor amat digemari oleh
kanak-kanak. Lolipop ini menarik perhatian kanak-kanak kerana ia terlekat pada
batang plastik yang bersinar. Beberapa orang kanak-kanak yang ditemui berkata
kadangkala mereka menyimpan batang tersebut dan menggunakannya untuk tujuan
lain. Batang pendafluor itu mengandungi bahan-bahan kimia bertoksik yang boleh
ditelan oleh kanak-kanak jika kimia cecair dalam batang itu merembes keluar.
Lolipop pendafluor boleh dibeli dalam kotak berisi 24 batang dengan pelbagai warna pada harga RM6.00 sekotak. Vendor menjualnya kepada kanak-kanak dengan harga 40 sen sebatang. Walaupun tidak diketahui negara asalnya, seorang pemborong memberitahu kami lolipop itu datang dari China. Pada kotaknya terpampang logo Halal yang tidak diluluskan dan mempunyai nama sebuah syarikat.
Selain terdapat di pasar raya mini, lolipop tersebut turut dijual oleh vendor di hadapan sekolah. Kami percaya ia dijual di seluruh negara.

Ujian-ujian yang
dijalankan oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan
Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan batang plastik
lolipop berkenaan mengandungi ftalat dan Poly aromatic carbon (PAH), di
mana ftalat bertindak sebagai pelarut untuk PAH. Gabungan kedua-dua bahan kimia
tersebut menimbulkan tindak balas oksigenan, menghasilkan sinaran cahaya yang
menarik pada batang tersebut.
PAH pada hakikatnya
merupakan sejenis bahan kimia yang amat toksik, biasanya digunakan hanya untuk
tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi
gen dalam manusia.
Sehubungan dengan
keracunan lolipop pendafluor, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa
Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan segera penjualan dan pengedaran kandi
seumpamanya. Kerajaan juga perlu menyita produk yang sudah berada di pasaran
ini.
Kenyataan Akhbar - 9hb. Mac 2012
Kenyataan Akhbar - 9hb. Mac 2012
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.