Total Pageviews

Saturday 15 October 2016

Rotavirus di taman tema air

Sah Rotavirus di taman tema air

Ipoh: Hasil siasatan dijalankan Jabatan Kesihatan Perak mendapati jangkitan Rotavirus yang dikaitkan dengan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) baru-baru ini berpunca daripada air yang tercemar di taman tema air itu.
Pengarahnya, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, berdasarkan analisa dan keputusan makmal daripada sampel diambil dari pesakit menunjukkan kemungkinan air di kolam taman tema itu tercemar pada tarikh 24 September.
"Hampir semua pesakit memberikan sejarah melawat resort yang sama, oleh itu kita boleh mengatakan bahawa wabak itu disebabkan pendedahan air yang tercemar pada hari itu di resort berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, jabatan setakat ini sudah selesai memantau wabak di taman tema air berkenaan kerana tiada lagi kes baharu dilaporkan.
"Tempoh pemantauan sudah selesai dengan mengambil kira tempoh pengeraman Rotavirus antara dua jam hingga tiga hari dan jangkitan kali terakhir dilaporkan pada 1 Oktober lalu," katanya
Juita berkata, tema tema air itu bagaimanapun masih belum dibenarkan dibuka untuk orang ramai dan melaui perbincangan, pihak pengurusan taman itu menjangka selesai melakukan kerja pembersihan serta memperbaiki sistem penapisan air kolam sebelum 26 Oktober ini.

Ahad, 9 Oktober 2016


IPOH: Jabatan Kesihatan Perak mengesahkan jangkitan rotavirus yang dihidapi beberapa kanak-kanak sebelum ini berpunca daripada air yang tercemar di taman tema air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR). Pengarahnya, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, berdasarkan analisa dan keputusan makmal sampel diambil daripada pesakit menunjukkan punca wabak berkemungkinan daripada air yang tercemar pada tarikh 24 September. "Hampir semua pesakit memberikan sejarah melawat resort yang sama, oleh itu kita boleh mengatakan bahawa wabak itu disebabkan pendedahan air yang tercemar pada hari berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, jabatan itu setakat ini selesai memantau wabak di taman tema air berkenaan kerana tiada lagi kes baharu dilaporkan. "Tempoh pemantauan sudah selesai dengan mengambil kira tempoh jangkitan rotavirus antara dua jam hingga tiga hari dan jangkitan kali terakhir dilaporkan pada 1 Oktober lalu," katanya. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, baru-baru ini berkata, semua sampel air yang diambil di taman air berkenaan pada 29 dan 30 September adalah negatif untuk virus. Beliau berkata, keputusan negatif berkemungkinan disebabkan oleh pembersihan dan klorin yang sudah dijalankan oleh BMLR pada 24 September sebelum sampel air diambil oleh jabatan kesihatan.


BAGAN SERAI - Operasi Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini ditutup dua hari bermula hari ini berikutan berlaku jangkitan rotavirus kepada pengunjungnya. Namun Pengurus Besar BMLR, Kamal Hussein berkata ujian sampel air taman tema itu oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kerian belum diperoleh. Beliau berkata pihaknya akan segera mengambil langkah susulan sekiranya disahkan virus terbabit berpunca daripada taman tema itu.
"Bagaimanapun pihak kami masih menunggu hasil laporan penuh daripada pihak terlibat sebelum keputusan rasmi dibuat," katanya ketika dihubungi. Semalam Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan tujuh kes membabitkan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital kerana muntah dan cirit-birit adalah akibat terkena jangkitan Rotavirus setelah mandi di BMLR pada Sabtu lalu.
Rotavirus berupa virus yang menyebabkan jangkitan pada perut dan usus yang  menyerang kanak-kanak terutama yang berumur lima tahun ke bawah dengan mengalami gejala seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut. - Bernama



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.