Anda pernah mengalami
anak kecil atau bayi anda cirit birit yang berpanjangan? Ia mungkin disebabkan
oleh Rota Virus. Rotavirus adalah agen penyebab penyakit gastroenteritis (radang
usus atau cirit birit). Usus yang dijangkiti adalah usus kecil.
Rota Virus adalah agen penyebab
yang kerap menjadi punca cirit birit di kalangan bayi kecil atau neonates.
Sekiranya anda menyusu badan, si kecil mungkin terselamat dari cirit kerana
terdapat antibodi ibu di dalam susu badan anda masuk ke badan bayi bagi
melindungi bayi! Justeru bayi berumur antara 6 hingga 2 tahun adalah paling
berisiko mendapat jangkitan Rota Virus.
Biasanya orang dewasa
imun kepada Rota Virus.
Tanda tanda jangkitan adalah
anak mengalami cirit birit yang teruk, loya, muntah, demam dan kekurangan air
dalam badan. Kanak kanak di bawah umur lima tahun adalah berisiko tinggi
mendapat jangkitan Rota Virus.
Risiko jangkitan boleh
disebarkan ke kanak kanak lain mahupun orang dewasa. Anak anda biasanya ambil
masa dua hari sebelum mengalami cirit birit. Muntah dan cirit boleh berpanjangan
antara 3 hari sehingga seminggu.
Rawatan jangkitan Rota
Virus adalah simptomatik. Tiada antivirus bagi merawat penyakit ini. Suruh anak
anda minum air selalu. ORS boleh diberikan. Untuk kes teruk, anda boleh memberi
tambahan air Normal Saline melalui saluran intravena di hospital.
Walaubagaimanapun, telah
ada vaksin bagi mencegah jangkitan Rota Virus.
Fakta:
Cara Jangkitan = Faecal
oral
Tempoh eraman = 2 – 4 hari
Muntah adalah tanda
paling menyerlah diikuti oleh cirit birit.
Najis berair dan terdapat
mucus
Selain Rota Virus,
terdapat virus virus jenis lain yang juga menyebabkan cirit birit di kalangan
bayi kecil:
Norwalk virus
Adenovirus
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.