Total Pageviews

Monday, 12 September 2016

Madu tiruan banjir di Pasaran


Malam ini, 12 September 2016 bersamaan dengan Hari Raya pertama Aidil Adha 2016, ku menonton siaran majalah 3 pada pukul 9.30 hingga 10.00 malam. Ku berasa amat kecewa dengan pendedahan majalah 3 iaitu dari beberapa orang Profesor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mendedahkan terdapat banyak madu tiruan dijual di pasaran iaitu mungkin menjangkau 80-90% . Madu tiruan atau madu tidak asli atau madu sintetik dibuat oleh bukan calang calang orang!!! Individu yang berjaya membuat madu sintetik ini mempunyai latar belakang food chemistry dan juga food engineering yang tinggi !!!  Sepatutnya setiap botol madu yang dijual mesti diwajibkan label nama pengeluar, alamat pengeluar, kandungan dan tarikh luput.

Yang sedihnya… kenapa kita tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya?

Kenapa masih membiarkan pengusaha madu tiruan berleluasa bergerak bebas menjual madu tiruan yang berpotensi memudaratkan kita sebagai pengguna?

Dari Majalah Tiga malam ini juga dapat dibuktikan bahawa kepercayaan orang ramai bahawasanya madu asli tidak mudah larut dalam air adalah tidak berasas kerana madu asli boleh larut dalam air. Madu asli juga boleh menyerap lebih pantas dari madu tiruan ke dalam kertas.  Ujian terbakar juga adalah meleset.

Seperti disarankan oleh UMT, melalui perbandingan graf, kita memerlukan alat High Performance Liquid Chromatography bagi melihat kehadiran banyak antioksidan dalam madu asli manakala tiada kehadiran antioksidan dilihat dalam madu tiruan!

Kami juga tiada kemudahan mikroskop bagi melihat debunga sebagai kontaminan Normal ada hadir dalam madu asli dimana ia tiada dalam madu sintetik!

Akhir kata pesanan Majalah 3 adalah hanya Jauhari mengenal manikam tetapi berapa kerat Rakyat Malaysia yang boleh membezakan antara madu tiruan dan madu asli hanya dengan melihat dengan pandangan mata tanpa bantuan analisa alat alat canggih seperti HPLC, GC dsbnya?

Adakah kita sanggup melihat semakin ramai antara kita yang mendapat sakit buah pinggang akibat memakan bahan kimia sintetik dalam madu tiruan yang banyak dijual di pasaran?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.