Ramai
antara kita memilih pewarna tiruan apabila saja mahu membuat air minuman, kuih
muih, kek, ais krim, nasi hujan panas dsbnya yang berasaskan makanan….
Industri
juga cenderung untuk menggunakan pewarna tiruan apabila membuat produk makanan
kerana harganya yang murah di samping mudah apatah lagi menjimatkan masa.
Sebagai contoh, belacan boleh ditambah dengan pewarna merah bagi menarik orang
ramai. Air minuman juga mempunyai pelbagai warna menarik. Ada merah, ungu, kuning,
jingga, hijau dsbnya.
Ramai
tidak mengetahui terdapat dua jenis pewarna di pasaran iaitu pewarna yang
dibenarkan dan juga pewarna tidak dibenarkan sebagai bahan tambah ( food additive
) dalam makanan.
Antara
sebab pewarna ini diharamkan dalam produk makanan adalah kerana kesan buruknya
kepada kesihatan, umpamanya, ia boleh menyebabkan kanser, merosakkan saraf,
merosakkan buah pinggang, menyebabkan penyakit kurang darah (anemia),
mengganggu pertumbuhan Normal kanak kanak dsbnya. Sebagai contoh, terdapat
pengusaha belacan yang tidak bertanggungjawab menambah rhodamine B ke dalam
produk belacan atau teh untuk warna merah. Rhodamine B adalah sejenis dye
pakaian dan telah pula terbukti berbahaya dan sebagai penyebab kanser ( bahan
karsinogenik ).
Untuk
pewarna makanan yang dibenarkan pula adalah kerana sifat mereka yang belum
dapat dibuktikan akan atau boleh memudaratkan kepada kesihatan manusia. Apabila
kesan buruk pewarna ini dapat dibuktikan, pewarna makanan yang dibenarkan akan
menjadi pewarna yang tidak dibenarkan. Tetapi, perkara ini selalunya mengambil
masa yang sangat lama untuk dibuktikan kerana kejadian kanser, pembantutan
otak, alzheimer dsbnya mengambil jangka masa yang lama sehingga puluhan tahun
baru kesannya akan terpapar. Justeru, apakah kita sanggup menjadi guinea pig ( tikus
ujikaji makmal ) bagi tujuan ini?
Justeru
itu, sebagai amanat akhir, sudah sampai masanya kita melihat ke produk alami
zaman tok nenek kita pada zaman dahulu kala iaitu berbalik kepada hasilan
semulajadi. Ini disahkan dengan tok nenek kita dahulu mereka jarang mendapat
penyakit kronik. Tok nenek kita mampu memanjat pokok kelapa walaupun sudah
berumur lanjut. Mampu pula mengayuh basikal dalam jarak jauh kerana stamina mereka
tinggi. Mereka jarang sakit dan hidup dalam suasana sihat dan boleh pula hidup
sampai beratus tahun. Makanan mereka dari sumber asli segar lagi tidak
tercemar. Mereka tidak mengunakan plastik sebagai bekas makanan. Malahan botol
susu bayi adalah diperbuat sedari kaca yang berbentuk pisang.
Kadar
kesuburan mereka tinggi dan rata rata mereka mempunyai lebih 10 orang anak. Walaupun
beranak ramai, wanita zaman dahulu tidak pula mengalami reput tulang atau gigi
luruh akibat osteoporosis.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.