Jakarta: Sumber pendapatan nelayan di Tasik Citra di sini
terjejas teruk apabila beribu-ribu ikan di tasik berkenaan mati tiba-tiba.
Pegawai
perikanan dan saintis juga bingung dengan punca menyebabkan bertan-tan ikan
mati dan terapung di tasik itu.
Bagaimanapun,
hujan lebat di Jakarta sejak beberapa hari lalu dipercayai menjadi punca.
Jabatan
perikanan memberitahu, hujan lebat mungkin menyebabkan suhu air meningkat
mendadak.
Keadaan
itu mungkin menyebabkan paras oksigen dalam air menurun menyebabkan ikan di
tasik berkenaan mati.
Sekumpulan
nelayan dan sukarelawan semalam dilihat mengumpul bangkai ikan untuk dilupuskan
bagi mengelak tasik itu tercemar.
Saintis
juga mengambil sampel bangkai ikan dan air tasik untuk mencari punca kematian.
Seorang
nelayan, Bambang, 47, berkata, pada mulanya dia melihat beberapa ekor ikan mati
dan terapung.
“Beberapa
jam kemudiannya jumlah ikan yang mati meningkat mendadak dan mengeluarkan bau
yang sangat busuk.
“Kejadian ikan mati seperti ini pernah berlaku, tetapi kali ini
jumlahnya sangat banyak,” katanya.
Ada
beberapa sebab boleh menyebabkan ikan mati.
1.
Oksijen berkurangan
2.
Pencemaran
bahan kimia yg larut dalam air hujan lalu mengubah pH air
3.
Bahan
kimia terlarut yang tidak sesuai untuk persekitaran ikan.
Jadi adakah ikan ini
selamat untuk dimakan oleh manusia dalam jangka panjang? Sekiranya benar ikan2 ini mati disebabkan oleh bahan kimia sudah tentu tidak selamat untuk dimakan manusia untuk tempoh jangka panjang oleh kesan bioakumulatif.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.