Sikap
positif bantu lawan kanser
Oleh ZUHAYATI YAZID 14/06/2011
Tanggal 2006 adalah tahun paling
mencemaskan kepada saya kerana didiagnos sebagai pesakit kanser. Tetapi saya
bersyukur dan tidak panik walaupun penyakit itu kritikal.
"Saya yakin selagi mana saya
ditakdirkan hidup, saya mantapkan fikiran yang positif untuk menghadapi segala
kemungkinan,'' ujar Datin Rahmah Mahmood ketika berkongsi pengalaman mengenai
kanser payu dara yang menyerang dirinya.
Cerita adik kepada Allahyarham Datin Seri
Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
ini, selepas pemergian kakak tersayang, dia disyorkan oleh doktor supaya
menjalani ujian penentuan untuk memastikan bebas dari virus kanser.
"Setelah menjalani ujian saya
disahkan sebagai pesakit kanser. Masa itu, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya
selepas disahkan ada virus itu di tubuh saya.
"Tambahan pula, saya sendiri
menyaksikan keperitan melihat kakak Endon berhempas pulas melawan penyakit yang
cukup memeritkan itu,'' ujarnya tenang mengimbau pengalaman dirinya disahkan
menghidap kanser payu dara.
Katanya lagi, mengingatkan keadaan
bagaimana kakaknya melawan penyakit itu, menjadikannya serik dan takut. Namun
mengenangkan kenapa perlu mengalah dan menyerah sahaja pada takdir membuatkan
wanita cekal ini berubah hati untuk bingkas bangun dan bertekad untuk melawan
penyakit tersebut.
"Saat itu juga saya mulakan misi
untuk mencari rujukan dan maklumat. Malah ketika itu buku dan Internet adalah
kawan yang paling rapat selain sokongan anak-anak.
"Malah hampir keseluruhan masa
digunakan untuk mencari maklumat tentang penyakit tersebut.
"Sebenarnya bukan sesuatu yang senang
untuk merawat kanser, saya perlu mengubah keseluruhan gaya hidup saya,''
ujarnya yang disarankan supaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan
seterusnya menjalani proses kimoterapi.
Dalam usaha bersungguh-sungguh melawan
penyakit, dia bersyukur seorang teman mengesyorkan dia bertemu dengan seorang
doktor perubatan yang mempunyai klinik terapi di Melbourne, Australia iaitu Dr.
Vagif Soultanov.
Tutur wanita cekal itu, kehadiran lelaki
itu bagaikan penyelamat dalam hidupnya. Ketika itu, hatinya kembali berbunga.
Malah, kata-kata semangat daripada doktor
terebut membuatkan dia seolah-olah menerima motivasi dan bersemangat untuk
terus berjuang melawan penyakit nombor satu yang menyerang kaum Hawa itu.
Tambahnya lagi, ketika itu dia
dinasihatkan oleh Dr. Soultanov supaya terus mengikuti prosedur menjalani
pembedahan sebelum membuat rawatan herba .
"Mungkin berkat kesabaran dan
kesungguhan diri, akhirnya saya berjaya menjalani pembedahan itu dan kemudian
mencuba rawatan alternatif yang menggunakan bahan semula jadi,'' katanya pada
satu majlis memperkenalkan ubatan herba semula jadi secara alternatif untuk
rawatan pesakit kanser.
Rahmah memberitahu, selepas menggunakan
rawatan herba yang disyorkan oleh Dr. Soultanov keadaan dirinya semakin berubah
dan menjadi semakin sihat dan kuat.
Kini selepas sekian lama menggunakan
rawatan alternatif daripada Dr. Soultanof dirinya disahkan bebas daripada virus
kanser.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.